Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,561
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1


Apabila lampu insyarat bertukar hijau, pedal minyak kereta Suzuki Swift itu terus ditekannya. Sambil memandu matanya mengerling ke arah jam di tangan kanannya.

''10 minit lagi kelas dah nak mula, matilah aku kalau lambat!''

Sofia mengomel seorang diri. Semuanya gara-gara dia terbangun lewat pagi itu. Apabila sampai di dalam kawasan kolej, lantas dia terus mencari parking lot kereta yang kosong. Dari jauh dia sudah nampak tempat parking yang kosong, baru sahaja dia mahu memberi signal, tiba-tiba muncul sebuah Proton Iswara lama masuk ke dalam parking lot itu. Pemandunya pula terus keluar dari kereta dan menuju kearah bangunan kolej. Lantas Sophia menekan hon keretanya.

''Hoi! Tak nampak ke orang dah bagi signal nak masuk parking tu! 

"Awak buta ke?''

Pemandu Proton Iswara yang memakai kemeja berwarna ungu itu seakan-akan tersentak tatkala mendengar jeritan Sofia. Merah mukanya menahan malu. Lagi-lagi pabila orang sekeliling memandang kearahnya seakan-akan dia melakukan kesalahan besar.

''Ish budak perempuan ni! Kurang ajar betullah, kalau tak sebab ramai orang, siap kau!''

Dia sengaja berpura-pura tidak mendengar lalu terus melangkah pergi. Melihat sahaja lelaki itu berlalu pergi begitu sahaja tanpa langsung memandangnya, hati Sofia bertambah marah. Tapi bila difikirkan dia sudah terlewat ke kelas, lantas dia mencari tempat letak kereta lain dan cepat- cepat bergegas ke kelasnya.

Sampai sahaja di kelasnya, kelihatan Mr.Raja sedang mengagihkan kertas ujian. Sofia menarik nafas lega. Mujur ujian masih belum bermula.

''Hah! Awak lagi Sofia, lain kali dah tahu saya nak buat test, datang awal sikit boleh tak? 

"Alasan apa pula awak nak beri hari ini?''

Sofia tersengih apabila ditegur pensyarahnya.

'' Sorry sir, saya tak sengaja. Cari parking tak jumpa-jumpa tadi!''

''Kalau macam tu, cepat duduk, saya nak mulakan ujian sekarang.''

Sophia mengangguk, lantas kakinya melangkah ke tempat duduk yang kosong. Dalam hatinya dia masih menyalahkan lelaki tadi. Nyaris-nyaris dia terlambat untuk menjawab kertas ujian hari ini gara-gara berebut parking lot dengan lelaki itu.

Usai menjawab soalan ujian itu, Sofia didekati oleh rakan-rakannya.

“Awek, jom ikut kami pergi shopping nak tak? Aku dengan yang lain ingat nak cuci mata dekat mall.''

''Ala, kau orang tak cakap awal-awal, aku dah plan nak buat benda lain hari ni!''

Berkerut dahi Hana mendengar jawapan Sofia.

''Kau nak kemana? ''

''Adalah, mana boleh beritahu, rahsia! Eh, kau kenal tak siapa tuan punya kereta Iswara itu?''

Hana menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

“Kenapa kau tanya?''

''Aku bengang betul lah dengan driver dia pagi tadi. Sebab dia lah aku lewat tadi. Aku nak balas dendamlah!''

Lantas tangannya menyeluk poket begnya mencari sesuatu sambil dirinya melangkah kearah kereta yang dimaksudkannya itu. Rakan-rakannya yang langsung tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Sofia hanya berpandangan antara satu sama lain sambil turut mengikut rakan mereka dari belakang.

Irfan berjalan bersama rakannya Johan menuju kerarah tempat parking. Tatkala terpandang sahaja kereta milik rakannya yang dipinjamnya sebentar penuh dengan contengan, Jrfan menepuk dahinya. Johan pula hampir sahaja terbeliak matanya melihat keretanya sebegitu rupa.

‘’Beb, apasal kereta aku jadi macam ni? Baru pinjamkan dekat kau sekejap, dah kena conteng! Dengan lipstik pula tu. Kau cari pasal dengan perempuan mana ni?''

Johan membebel sambil membelek cermin tingkap keretanya yang penuh dengan contengan lipstik merah jambu. Irfan mula berasa bersalah. Jika bukan kerana keretanya rosak, dia tidak akan meminjam kereta rakannya itu dan pasti kereta rakannya itu tidak akan diconteng sebegitu rupa.

“Ini mesti kerja budak perempuan tadi..ishh.. Asal kau punya student kolej ni? Ganas gila!''

''Hah! baru kau tahu..aku dah mengajar tiga tahun dekat sini yang tanggung azab tau!, anak orang berada, mana reti hormat orang lain.''

''Aduh..sorry la bro!..kita pergi car wash dulu, settlekan kereta kau, lepas tu baru ke bengkel ambil kereta aku''

Johan mengangguk tanda setuju. Irfan mengeluh sendirian apabila ternampak sebatang lipstik di tepi tayar kereta itu. Lantas dikutipnya lipstik itu sambil tebayang di dalam kotak fikirannya wajah gadis sebentar tadi.

'' Siap kau kalau aku jumpa lagi!''

************************************

''Mak long, rumah siapa ni? Besarnya, kenduri pun macam meriah je, anak datuk mana yang kahwin ni?''

Bisik Sofia di telinga mak longnya.

''Ish budak ni, tak kan tak ingat? Ni kan kawasan rumah Sofia dulu. Waktu kecilkan Sofia dengan Adam selalu datang main dekat sini dengan Irfan, Ingat tak? Hari ini mereka buat kenduri doa selamat untuk Irfan, dah 8 tahun dia tak balik Malaysia.''

''Oooo...yeke..''

Sofia membalas pendek. Dari riak mukanya sahaja mak longnya dapat mengagak gadis itu masih tidak dapat mengingatinya.

'' Haa..tak ingat la tu!''

Sofia tersengih bila disergah oleh mak longnya.

''Ala mak long ni, Fia ingat-ingat lupa la..rasa macam pernah datang rumah ni.''

“Memanglah, inilah tempat awak main waktu kecil dulu, asal bangun dari tidur je, awak usung bantal busuk pergi rumah sebelah. Tak malu betul, pagi-pagi dah cari anak teruna orang ajak main!''

Sofia mengerutkan keningnya tanda tidak percaya.

''Tipulah mak long ni..tak percayalah lah Fia''

Baru dia mahu bertanyakan soalan lagi kepada mak long nya, tiba-tiba seorang wanita berusia kira-kira 50 an datang memeluk mak longnya.

''Ya Allah Mar, datang pun kau, lama dah aku tunggu!''

''Eh, mestilah aku datang, dah lama betul aku tak jumpa kau! Aku lambat sementara tunggu si Sofia ni habis kelas. Nak harapkan si Mukhriz tu, alamatnya tak dapat datanglah aku kenduri kau ni, busy memanjang! Sofia, sini, salam mak cik Nina.''

Sofia yang masih terpinga-pinga lantas menghulurkan kedua belah tangannya namun lantas dipeluk oleh wanita itu.

''Sofia ke ni Mar? Masya Allah, dah besar dah sekarang. Dulu kecik je, dengan pakai lampinnya. Dah besar ni cantik sangat mak cik tengok! Ingat mak cik lagi tak?''

Sofia tersenyum tersipu malu. Perlahan-lahan memori di rumah besar itu muncul di fikirannya. Betul kata mak long nya, baru dia teringat, dulu sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, keluarganya pernah menetap di Hulu Langat dan rumah besar itulah tempat dia bermain ketika masih kecil.

''Bakal menantu kau, memanglah kau kata cantik Nina''

Balas puan Marlia.

''Haha, yela, siapa yang tak nak menantu cantik macam ni, dah jom masuk. Mak ayah kamu dah lama sampai.''

Sofia menjenguk ke dalam rumah itu, kelihatan ayah dan ibunya sedang berborak dengan tetamu lain. Sebentar tadi abangnya telah meminta dirinya mengambil mak long mereka dirumahnya. Memandangkan abangnya agak sibuk, Sofia bersetuju untuk mengambil mak longnya itu manakala ibu dan ayahnya pula telah bertolak lebih awal kerana ingin membantu dalam persiapan kenduri itu.

''Tunggu apa lagi tu, jom lah masuk, mak long pun dah lapar ni''

Lantas Sofia mengangguk dan mengikuti mak longnya dari belakang. Suasana rumah itu agak meriah memandangkan telah ramai tetamu yang hadir. Setelah selesai bersalaman dengan tetamu yang ada, Sofia lantas menuju ke bawah khemah untuk mengambil makanan. Perutnya sebenarnya sudah lama lapar. Sengaja dia tidak menjamah makanan memandangkan dia perlu hadir ke majlis itu.

Irfan memerhatikan Sofia dari jauh, gadis itu sedang sibuk mengambil makanan yang telah disediakan di bawah khemah. Apabila melihat Sofia duduk di sebuah meja, lantas dia pun bergegas duduk di meja berhadapan dengan Sofia. Matanya memandang tajam kearah gadis itu. Sofia pula ketika sedang menjamu selera,tiba tiba dia merasakan dirinya diperhatikan.

“Apahal mamat depan aku ni? aku tahu la aku lawa, tak payah la pandang sampai macam tu sekali”

Sofia berpura-pura tidak melihat Irfan lalu menyambung menjamu selera.Tiba-tiba dia tersedak apabila dia menyedari Irfan duduk disebelahnya ketika dia khusyuk menyambung menjamu selera. Lantas dia meneguk air dengan gelojohnya.

“Haa..itulah, makan gelojoh sangat, kan ke dah tersedak?’’

Sofia menjeling kearah Irfan.

“Awak nak apa? kalau ye pun nak duduk tepi saya, tak boleh ke bagi salam dulu?”

Sofia merungut sambil mengelap mulutnya dengan tisu. Di pandangnya kiri dan kanan, mujur tak ramai yang berada di khemah itu. Kalau tidak pasti sahamnya turun gara-gara tersedak ketika khusyuk menjamu selera

“Eh, memang saya nak bagi salam, tapi tak sempat bagi, awak dah tercekik dulu!”.

Sofia menjeling Irfan sekali lagi. Bila diamatinya wajah lelaki itu macam pernah dilihat olehnya sebelum ini.

“Awak ni siapa? Datang dari mana? Nak apa?”

“Wah, banyaknya soalan? Saya datang ni sebab nak tanya awak ada hilang barang ni tak?”

Irfan mengeluarkan sebatang lipstick dari poket baju melayunya. Melihat lipstick itu Sofia lantas mengambilnya dari tangan Irfan.

“Eh! mana awak jumpa? Lipstik MAC saya..baru beli ni..penat saya cari dari petang tadi….”

Tiba-tiba mukanya berubah merah padam, lalu lipstick yang dipegagnya itu dipulangkan pada Irfan.

“Ini bukan saya punya, awak salah orang lah! Cuba tanya dekat perempuan lain..mungkin ada yang tercicir tadi!’’

Sofia terus tergesa-gesa bagun meninggalkan meja itu. Irfan pula tatkala melihat gadis itu bergegas meninggalkannya, dia lantas terus mengejar gadis itu lalu menarik tangannya di hadapan khalayak ramai.

“Oh, awak dah conteng kereta kawan saya dengan lipstick ni, sekarang tak mengaku pula ye?”

“Apa awak cakap ni? saya tak fahamlah!”

Sofia cuba melepaskan tangannya daripada pegangan tangan Irfan. Mukanya bertambah merah padam pabila melihat ramai orang sedang memerhatikan mereka berdua. Aduh..macam manalah dia boleh cam muka aku?

“Eh, awak ingat saya tak cam ke muka awak pagi tadi? suka hati awak je nak conteng kereta orang!”

“Sakitlah..lepaslah tangan saya! alah setakat kena conteng macam tu, bukan mahal pun kos nak hilangkan! cakap je berapa? Setakat benda macam tu saya boleh bayarlah!”

Irfan mula kurang sabar mendengar jawapan Sofia yang dirasakannya agak kurang ajar. Tanpa berfikir panjang dia meninggikan lagi suaranya. Tetamu yang hadir semakin ramai mengelilingi mereka tatkala mendengar suara mereka berdua.

“Wah, wah, senangnya dia cakap! dah buat salah, tak nak mengaku, lepas tu tak reti-reti nak minta maaf! Awak ni memang jenis budak kecil tak ada adab ke?”

“Eh! Suka hati awak je panggil saya budak kecil! Saya dah besar lah!”

“Saya peduli apa awak besar ke kecil! Sekarang saya nak awak minta maaf cepat!”

“Saya minta maaf dengan awak? Eh sorry lah! Saya Iris Sofia tak kan minta maaf kalau orang lain yang mulakan dulu!”

“Eh awak yang conteng kereta tu! Kenapa saya yang mulakan pula?”

“Hello! Sebab awaklah saya nyaris lambat jawab ujian tadi tahu tak!”

“Oh, sebab berebut parking tu? Awak ni memang dasar budak kecil! Fikiran tak matang langsung! Budak tadika pun tak kan conteng kereta orang tahu tak!”

“Eh! Awak ni kan….”

Baru sahaja Sofia mahu membalas kata-kata Irfan, tiba- tiba dia terdengar ibunya menjerit namanya.

“Iris Sofia! tak malu ke gaduh-gaduh dekat rumah orang?”

“Tapi ibu, dia yang mulakan dulu..”

“Sudah! ibu tak nak dengar apa pun! Kamu pergi balik sekarang!”

“Tapi bu…”

“Balik sekarang!”

Sofia akur dengan kata-kata ibunya. Dia berlalu pergi. Namun dia sempat menoleh kearah Irfan dan mendapati Irfan sedang tersenyum sinis kearahnya tatkala melihat Sofia dimarahi.

“Siap kau! kau dah malukan aku, ingat aku nak lepaskan kau macam tu saja?”

Melihat Sofia dimarahi oleh ibunya, Puan Nina berasa bersalah lalu pergi mendekati ibu Sofia.

“Sudahlah Aida, Irfan ni yang mulakan, bukan salah Sofia pun. Budak tu baru nak makan, tak kan nak suruh dia balik? Kasihan Sofia..”

“Tak apalah kak, biar dia balik ke rumah,nanti bergaduh lagi.Buat malu depan orang je!”

“Ya Allah Aida..Sofia tu tak salah, si Irfan ni yang cari gaduh dulu!”

Tanpa sempat mengelak tiba-tiba tangan ibunya hinggap ke lengannya lalu dicubit oleh ibunya. Irfan mengaduh kesakitan.

“Aduh! Sakitlah ummi…dia yang cari gaduh dulu la..bukan salah Irfan pun..”

“Memang patut pun ummi cubit kamu! Yang kamu pergi usik Sofia tu kenapa?”

“Bukan Irfan lah..perempuan tu yang cari pasal dulu..Irfan tak tipulah ummi…”

“Tak apalah kak..biar si Sofia tu balik..kadang-kadang dia memang macam tu. Dah besar pun gaduh macam budak-budak..tak pasal-pasal pula Irfan yang akak marah.”

Irfan tersengih tatkala mendengar ibu Sofia menyokongnya. Padan muka kau perempuan!

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.