Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Keluarga SEINDAH TAKDIR CINTA
SEINDAH TAKDIR CINTA
Kamsiah Abu
7/12/2012 18:17:17
165,826
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 1 - 8

1

Riuh rendah bunyi musik yang dipasang melalui music machine itu bagaikan bertambah semarak apabila semua yang berada di rumah itu sedang menikmati alunan musik yang telah bertukar dari irama rock keras kepada irama slow rock dan romantik. Johana selaku tuan rumah yang menganjurkan pesta itu sengaja menyuruh Brian menukar irama itu apabila melihat ramai kawan-kawannya yang telah mula letih dengan irama rock keras tadi.

“Mia !.. come closer to me, darling!.. Menari rentak macam ni, mana boleh jauh-jauh!..” dengan suara yang bagaikan tenggelam timbul Adrian berbisik di telinga Mia Karmila sambil menarik pinggang Mia Karmila rapat kepadanya.

“Hei Endy!.. apa you buat ni?”

Kedengaran keras suara Mia Karmila yang segera memusingkan badannya dan menepis kuat tangan nakal Adrian yang sedang cuba menarik zip belakang baju Mia Karmila yang agak ketat sambil mulutnya cuba mencium leher Mia Karmila yang agak terdedah itu.

“Alah!.. takkan nak pegang sikit macam tu pun Mia nak marah!.. Come on!... Macamlah Mia tak biasa!.. Mia tengok Liza dengan Suhaimi tu!.. Dia orang tak kesah pun!..”

Dengan muka selamba diiringi senyuman sinis Adrian berkata sambil matanya menjeling ke arah Suhaimi dan Rosliza yang bagaikan sudah hayal berpelokkan tanpa segan silu. Kelihatan tangan nakal Suhaimi terus terlekat pada paha Rosliza yang hanya dibaluti skirt yang pendek itu sambil mengikut rentak musik yang memeriahkan pesta ulang tahun Johana itu.

Alunan musik irama perlahan dan keadaan cahaya yang agak samar-samar di ruang tamu yang luas itu telah menambahkan lagi suasana romantis sehingga semua penghuni yang ada di situ bagaikan hanyut melakukan aktiviti mereka bersama pasangan masing-masing, tanpa mengendahkan orang lain.

You jangan cuba-cuba nak buat tak senonoh dengan I, Andy!.. I tak suka!..” bentak Mia Karmila keras, tanpa mempedulikan apa yang ditunjukkan oleh Adrian itu. Mia Karmila menjegilkan biji matanya seolah memberi amaran kepada Adrian.

Come on Mia!.. Don’t spoil the night!... You tengok kawan-kawan kita tu, semuanya tengah enjoy!.. Jadi, takkanlah you nak biarkan I sorang-sorang tengok sajer kat you macam ni?..” sambil cuba lagi menarik tangan Mia Karmila supaya rapat kepadanya, Adrian terus memujuk.

“Endy!... kalau I cakap jangan, maknanya I memang tak suka you buat tak senonoh macam tu pada I. Kalau you hendak sangat enjoy macam kekawan yang lain tu, you carilah sesiapa yang nak layan you!.. I nak balik!..”

Mia Karmila menarik tangannya dengan keras dari pegangan Adrian sambil berpaling mahu melangkah pergi. Sempat dia menjeling kepada beberapa kawan-kawan mereka termasuk Johana yang bagaikan sedang hayal memadu asmara bersama pasangan masing-masing tanpa segan silu. Kelihatan juga beberapa tin minuman keras yang sudah kosong bertaburan di atas meja di mana mereka makan-makan tadi.

“Hei Mia !... You nak ke mana?”

Adrian memanggil sambil menuruti Mia Karmila yang sedang melangkah laju menuju ke pintu utama rumah banglow mewah itu.

You nak enjoy dengan mereka, you pergilah!.. Jangan ikut I…” ujar Mia Karmila tanpa memandang ke belakang lagi.

“Mia!... Come on!.. Kenapa you ni?” Adrian yang sudah hampir di belakang Mia Karmila segera menarik lengan gadis itu membuatkan Mia Karmila tidak dapat meneruskan langkahnya ketika mereka sudah berada berhampiran pintu pagar rumah banglow mewah di Damansara itu.

“Andy!.. lepaskan I. You tak faham ke I nak balik!..” jerkah Mia Karmila sambil cuba menarik lengannya yang dipegang oleh Adrian.

“Mia tak boleh balik selagi Andy tak balik!..”

Adrian yang terasa tercabar dengan jerkahan Mia Karmila itu segera merangkul pula pinggang Mia Karmila dari belakang sambil cuba menarik Mia Karmila untuk kembali masuk ke dalam rumah yang sedang riuh rendah dengan musik yang dimainkan sehingga tiada siapa pun yang menyedari akan apa yang berlaku antara Mia Karmila dan Adrian itu.

“Lepaskan I, Andy!...” jerit Mia Karmila sambil meronta dan cuba menolak lengan Adrian yang sedang memeloknya itu dengan sedaya upayanya.

“Apa kena dengan you ni Mia ?... Bukannya kita tak biasa berpengang tangan ketika menari?..” soal Adrian sambil terus merangkul kemas pinggang Mia Karmila.

Yes, Mia akui yang kita sering berpegangan tangan tetapi bukan bermakna Andy boleh sewenangnya mencabuli tubuh Mia macam apa yang Andy nak buat tadi!.. Andy dah melampau, tau tak?..” dengan suara yang keras Mia Karmila terus cuba melepaskan dirinya dari rangkulan Adrian.

Adrian yang bagaikan harimau lapar yang baru dapat menangkap mangsanya terus menarik Mia Karmila untuk kembali masuk ke dalam rumah tanpa mengendahkan jeritan gadis itu walaupun Mia Karmila terus meronta-ronta untuk dilepaskan. Gelora di hati Adrian bagaikan membuak-buak dan dia juga mahukan Mia Karmila melayannya sebagaimana Rosliza dan Johana sedang melayan kekasih mereka masing-masing tadi. Kelakian Adrian benar-benar tercabar dengan reaksi Mia Karmila itu.

Entah bagaimana, tiba-tiba Mia Karmila teringat akan satu artikel yang dibacanya di dalam sebuah majalah tentang salah satu cara bagaimana gadis-gadis boleh cuba menyelamatkan diri jika terperangkap oleh lelaki yang cuba mencabuli mereka. Lalu Mia Karmila segera berhenti meronta dan sebaliknya cuba berdiri dengan betul untuk memantapkan tapak kakinya sambil memandang tepat ke arah Adrian.

“Haha!.. dah ubah fikiran? Andy tahu Mia pasti tidak akan sanggup nak lepaskan peluang untuk enjoy dengan Andy malam ni!..”

Adrian yang agak terkejut dengan reaksi Mia Karmila yang berubah tiba-tiba itu segera bertanya dengan senyuman sinis seolah bangga dapat mempengaruhi kembali gadis itu

“Ya!.. memang Mia tak mahu lepaskan peluang untuk tengok Andy enjoy macam ni!.. Nah!..”

Dengan suara yang bergetar seolah menahan geram, Mia Karmila segera menolak siku kanannya dengan sekuat tenaganya ke perut Adrian dan kemudian mengangkat kaki kanannya sambil menyauk betis Adrian dengan tumit kasutnya yang tajam itu apabila Adrian terpaksa melepaskan rangkulannya pada pinggang Mia Karmila kerana terpaksa menahan sakit diperutnya yang disiku Mia Karmila tadi.

Tanpa melepaskan peluang, Mia Karmila segera berlari keluar menuju ke pintu pagar sebaik sahaja tangan Adrian terlepas daripada pinggangnya. Betis Adrian yang terasa amat sakit kerana disauk oleh tumit tinggi kasut Mia Karmila yang agak tajam itu telah membataskan pergerakkan Adrian untuk terus mengejar Mia Karmila.

Oh!.. mengapalah aku tak bawa kereta hari ni? Macam mana dan ke mana aku nak lari dengan kasut tumit macam ni!.. Mia Karmila baru tersedar yang dia datang bersama Adrian tadi, jadi dia tidak punya kenderaan ketika itu untuk segera melarikan dirinya dari terus ditarik kembali oleh Adrian.

Namun Mia Karmila terus nekad. Tanpa mahu lagi memandang ke belakang, Mia Karmila terus berlari menuju ke jalan raya, meninggalkan rumah banglow mewah itu dengan hati yang sebal dan geram sehingga dia hampir-hampir dilanggar oleh sebuah teksi yang kebetulan melalui jalan di situ. Nasib baik pemandu teksi itu sempat menekan brake teksinya membuatkan teksi itu terpaksa berhenti secara mengejut di tebing jalan di mana Mia Karmila sedang berdiri.

Bagaikan terpukau, Mia Karmila sendiri tidak sedar entah bila dan bagaimana dia boleh membuka pintu teksi itu lalu terus melangkah masuk dan segera duduk di tempat duduk belakang teksi itu.

“Jalan encik!.. Cepat jalan sebelum dia dapat mengejar saya!..” dengan suara yang termengah-mengah ketakutan bagaikan dikejar hantu, Mia Karmila mengarahkan sebaik sahaja dia menutup kembali pintu teksi itu.

Dalam keadaan yang agak terkejut juga, Shahriman segera memasukkan gear dan menekan pedal minyak teksi yang dipandunya meninggalkan kawasan rumah banglow mewah itu. Kedengaran Mia Karmila menarik nafas lega apabila melihat Adrian hanya mampu melambai-lambaikan tangannya apabila teksi yang dipandu Shahriman bergerak laju sebentar tadi.

“Cik, nak ke mana?”

Mia Karmila terus leka mengurut dadanya bagaikan lega benar kerana dapat lari dari Adrian tadi tanpa mengendahkan pertanyaan Shahriman.

“Cik!...” Shahriman menegur gadis yang duduk di belakang teksinya itu apabila gadis itu tiada memberi sebarang reaksi terhadap pertanyaannya tadi.

“Oh ya!.. ya.. kenapa?” Mia Karmila sebaliknya bertanya dengan nada agak terkejut bila tersedar yang pemandu teksi itu menegurnya.

“Cik nak ke mana sekarang?” Shahriman yang kebetulan sedang berhenti di lampu isyarat bertanya.

“Oh!.. ma’af!.. saya agak terleka tadi. Encik tolong hantar saya ke Country Height…” Mia Karmila segera memberitahu.

Melalui cermin pandang belakang, Shahriman dapat melihat wajah Mia Karmila yang agak pucat tadi telah kembali berseri. Dia segera menekan kembali pedal minyak teksinya apabila lampu isyarat telah bertukar warna hijau, namun sempat juga Shahriman menjeling ke arah Mia Karmila yang masih mengurut-ngurut dadanya seolah tanda rasa kelegaan.

Teringin pula Shahriman mengetahui apakah sebabnya gadis itu begitu lega sekarang kerana Shahriman juga perasan bahawa ada kelibat lelaki yang melambai-lambai teksinya ketika Mia Karmila mula-mula masuk tadi. Kenapa pula gadis ini tergesa-gesa meninggalkan lelaki itu tadi?... hati kecil Shahriman terus bertanya-tanya.

2

“Cik!... boleh saya bertanya sesuatu?” Shahriman cuba memberanikan dirinya untuk bertanya.

“Hah?.. apa dia?” spontan Mia Karmila membalas pertanyaan Shahriman.

“Kenapa Cik tergesa-gesa tadi sedangkan saya nampak ada lelaki yang melambai-lambai cik tadi?..”

“Eeerrrr… sa… saya…” Mia Karmila bagaikan hilang kata-kata.

“Ada apa-apa yang buruk telah berlaku atau pun yang telah menakutkan cik ke tadi?” Shahriman cuba menyimpulkan apa yang agak susah untuk diperkatakan oleh Mia Karmila itu.

“Eeerrr… ya!.. Saya… saya ketakutan tadi!..” akhirnya Mia Karmila mengakui.

“Eeemmm… Cik takut pasal apa? Pada lelaki yang melambai-lambai tu ke?...” Shahriman semakin ingin tahu.

“Ya!..” jawab Mia Karmila sepatah.

Terfikir juga di hati Shahriman, apakah yang gadis itu buat bersama-sama lelaki itu tadi kalau itu bukan rumah gadis itu kerana waktu telah pun menunjukkan lebih pukul sepuluh malam ketika itu.

“Jadi… sekarang ni cik nak balik ke rumah cik ke?” Shahriman bertanya lagi.

“Ya!.. Balik ke rumah saya!.. Kenapa encik tanya?” Mia Karmila pula menyoal, agak hairan.

Shahriman menjeling cermin pandang belakang untuk melihat wajah gadis itu dengan lebih jelas apabila terdengar nada terperanjat dalam suara gadis itu.

“Tidaklah!... saya hanya agak hairan dan kagum tengok cik sebagai seorang gadis muda berani naik teksi sorang-sorang malam-malam begini!.. Dah tu perjalanannya agak jauh juga!..” ujar Shahriman jujur.

“Saya terpaksa!...”

“Kenapa? Boleh saya tahu?”

“Sebab saya tak memandu kereta saya sendiri tadi…”

“Oooh!... maknanya inilah pertama kali cik naik teksi malam-malam begini!..”

“Ya!.. tetapi kenapa encik seolah risau sangat pasal saya naik teksi encik ni?” soal Mia Karmila pula kerana masih agak hairan mengapa pemandu teksi itu seolah beriya-iya benar ingin ambil tahu akan hal dirinya.

“Cik tak takut ke?...”

“Takut apa?”

“Iyalah!... sekarang ni terdapat juga pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab, walaupun bukan semua namun ada juga yang suka mengambil peluang menginyaya penumpangnya terutama gadis remaja macam cik ni!..” Shahriman cuba menerangkan.

“Macam saya cakap tadi, saya terpaksa!.. Tetapi encik tak macam tu kan?” kedengaran suara Mia Karmila tiba-tiba bergetaran kerana baru tersedar akan bahaya yang mungkin berlaku.

Shahriman menjeling lagi ke arah Mia Karmila melalui cermin pandang belakang. Walaupun keadaan dalam teksi itu agak samar namun Shahriman dapat melihat wajah Mia Karmila kembali kelihatan pucat dan ketakutan seperti dia mula-mula melangkah masuk ke teksinya tadi. Timbul rasa kesihan di hati Shahriman.

“Alhamdulillah!... nasib baik cik dapat naik teksi saya tadi!..” Shahriman sendiri tidak tahu mengapa dia berkata begitu.

“Maksud encik?” soal Mia Karmila agak keliru.

“Insya-ALLAH cik akan selamat dalam teksi saya ini. Saya tidak akan melakukan perkara yang dilarang ALLAH kerana tujuan saya membawa teksi ini adalah untuk mencari rezeki yang halal dan bukannya berbuat jahat!..” dengan nada yang tenang, Shahriman cuba menyakinkan gadis yang kelihatan risau itu.

“Terima kasih encik…” kedengaran Mia Karmila seolah mahu menyebut nama Shahriman tetapi tidak tahu apa yang harus disebut.

“Shahriman!.. kawan-kawan panggil saya Aiman…” bagaikan faham apa yang dimaksudkan oleh gadis itu, segera Shahriman memberitahu namanya.

“Eeerrrr… terima kasih Encik Aiman kerana menolong saya!..” ujar Mia Karmila dengan nada penuh keikhlasan.

“Bila saya tolong cik?” Shahriman pula yang keliru sekarang.

“Teksi Encik Aiman sampai tepat pada masanya dan telah menyelamatkan saya dari lelaki yang melambai-lambai tadi…” kedengaran ada kelegaan dalam suara Mia Karmila.

“Menyelamatkan cik dari lelaki itu? Siapa lelaki itu dan kenapa pula cik mahu lari darinya?” soal Shahriman lagi, semakin keliru.

Mia Karmila menarik nafas panjang. Tiada suara yang kedengaran dari mulutnya tetapi hanya keluhan kecil yang seolah agak keberatan untuk menjawab soalan Shahriman itu.

“Ma’af cik kerana bertanya begitu. Saya tahu saya tidak sepatutnya bertanya yang bukan-bukan pada penumpang teksi saya!..” Shahriman segera memohon ma’af apabila terdengar keluhan Mia Karmila itu.

“Eeemm… tak mengapa!.. Saya faham bahawa niat Encik Aiman adalah mahu menolong saya!..” balas Mia Karmila agak perlahan.

“Kerana itu sudah menjadi tanggungjawab seorang Islam membantu sesama insan terutamanya insan lain yang sedang dalam kesusahan!.. Saya lakukan sekadar apa yang termampu oleh saya!..” ujar Shahriman jujur.

“Memang betul kata Encik Aiman tadi…”

“Apa dia?..” Shahriman agak keliru lagi.

“Saya bernasib baik kerana dapat pemandu teksi yang jujur macam Encik Aiman!.. Sebenarnya saya sendiri tidak terfikir langsung pasal kemungkinan perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku sekiranya saya menaikki teksi yang pemandunya tidak bertanggung jawab macam yang Encik Aiman katakan tadi di dalam keadaan malam-malam dan perjalanan yang agak jauh begini!..” Mia Karmila berkata dengan nada yang jelas kedengaran kelegaannya.

“Itu tanda ALLAH masih sayangkan cik!…”

“Mungkin!..”

“Jadi Cik…” suara Shahriman bagaikan tersekat.

“Mia Karmila… panggil sajer Mia...” ujar Mia Karmila yang bagaikan faham pula maksud nada suara Shahriman ketika itu.

“Jadi Cik Mia Karmila kenalah bersyukur kepada Allah!..”

Dari cermin pandang belakang Shariman dapat melihat Mia Karmila mengerutkan dahinya seolah tidak memahami apa yang Shariman maksudkan.

“Sebagai umat Islam kita perlu selalu bersyukur kepada ALLAH apabila kita mendapat rezeki atau terlepas dari sebarang musibah, sebagai tanda penghargaan kita kepada NYA yang telah menolong kita!... Sekurang-kurangnya dengan ucapan Alhamdulillah!.. Saya yakin Cik Mia Karmila tahu kan pasal tu?..” Shahriman segera berkata apabila terlihat wajah Mia Karmila yang masih agak keliru itu.

“Eeeerrrr… ya!... ya… Alhamdulillah!..” balas Mia Karmila agak tergagap-gagap.

Shariman terus memerhatikan reaksi Mia Karmila dari dalam cermin pandang belakang kerana kebetulan teksi Shariman sedang berhenti di lampu isyarat yang mahu membelok ke jalan menuju ke kawasan rumah gadis itu. Berdegup juga jantung Shahriman apabila terlihat dada Mia Karmila yang agak terdedah dengan bajunya yang ketat itu. Segera Shahriman beristigfar di dalam hati.

Sayang!.. muka yang manis dan tubuh yang cantik yang ALLAH telah anugerahkan kepadanya, dia biarkan sahaja bagaikan tiada harga sehingga boleh mengundang dosa kepada orang lain!..Tidakkah dia tahu akan hukum ALLAH kerana tidak menutup aurat yang sewajibnya?.. hati kecil Shahriman seolah berbisik kesal.

Apakah tugasmu sebagai seorang Islam yang soleh? Bukankah itu salah satu tanggungjawabmu untuk membimbing insan-insan yang kesesatan itu kembali mengingati suruhan ALLAH?... bagaikan ada suara halus yang menjawab bisikan hati kecil Shariman tadi. Shariman tersentak dan tanpa disedarinya dia telah beristigfar agak kuat sehingga mengejutkan Mia Karmila.

“Encik Aiman, kenapa?” Mia Karmila segera menegur.

“Eeerrrr… tak ada apa-apa!... Saya termelamun sekejap tadi…” dengan nada agak termalu Shariman menjawab.

Oh!.. perlukah aku menasihati gadis itu sekarang?... Mahukah dia mendengar nasihatku kalau ibu bapanya sendiri tidak pun menjalankan tanggungjawab itu?.. hati kecil Shahriman terus bertanya sendirian.

Namun hati Shahriman terus berbelah bagi dan akhirnya mematikan niatnya apabila terlihat dari cermin pandang belakang, Mia Karmila sedang memicit-micit kepalanya sambil matanya yang terpejam. Mungkin gadis itu juga sedang memikirkan sesuatu, maka bukanlah masa yang sesuai untuk Shahriman menasihatinya waktu itu.

“Eeerrr… Cik Mia, jalan mana rumah Cik Mia?..” Shahriman bertanya apabila teksinya telah membelok ke kawasan Country Height.

Namun Shahriman jadi agak hairan apabila tiada jawapan yang didengarnya. Segera Shahriman menjeling ke belakang melalui cermin pandang belakang.

Laaa!.. tertidur rupanya cekmek ni!.. Shahriman berbisik sendirian apabila terlihat kepala Mia Karmila yang terlentuk ke dinding dengan mata yang terpejam. Lalu segera Shahriman memberhentikan keretanya di tepi jalan kerana tidak tahu arah mana yang hendak ditujunya.

Astagfirullahalazim!.. Shahriman segera beristigfar, cuba mengawal hatinya yang tiba-tiba bergetaran apabila melihat Mia Karmila yang seksi dengan mata terpejam begitu.

3

“Cik Mia?..” Shahriman cuba menguatkan sedikit suaranya sambil mengalihkan badannya memandang ke belakang dengan harapan gadis itu akan terdengar suaranya dengan lebih jelas.

“Eeerrrr… ya… ya!... saya di mana ni?..” bagaikan terkena kejutan elektrik, Mia Karmila menegakkan badannya dan menggosok-gosok matanya.

“Cik Mia berada dalam teksi saya!.. Saya tak tahu jalan mana rumah Cik Mia !..” Shahriman memberitahu sambil kembali memandang ke depan.

“Oh!.. ma’afkan saya!.. Saya terlelap tadi, letih sangat pulak rasanya!.. Eeerrr... rumah saya terus sahaja ke hadapan tu, dan selepas gate security guard tu belok ke kanan di jalan Kudalari.” Mia Karmila berkata sambil cuba menstabilkan kembali keadaannya yang agak mamai tadi.

“Eeerrr… Cik Mia tinggal sorang ke di sini?”

Entah mengapa, Shahriman sendiri tidak tahu mengapa dia perlu bertanya begitu apabila dia telah mula memasukkan gear dan menekan pedal minyak teksinya untuk menuju ke jalan yang dikatakan Mia Karmila tadi.

“Tidak!.. Saya tinggal dengan ayah dan mama saya!..” jawab Mia Karmila sambil mengerutkan keningnya, merasa pelik mengapa Shahriman bertanya begitu.

“Ooh!.. tapi dia orang tak marah ke Cik Mia balik malam-malam macam ni sorang-sorang? Ni dah dekat pukul sebelas setengah ni!..” Shahriman bertanya lagi.

“Eeemmm… harap-harap tidak!.. Sebenarnya tadi saya pergi dengan kawan saya, jadi mereka ingat pasti saya balik dengan dia juga!..”

Mia Karmila menjawab dengan nada yang agak bergetar kerana dia sendiri sebenarnya agak bimbang kalau ayah dan mamanya akan bertanya mengapa dia balik naik teksi dan bukannya dihantar oleh Andrian. Harap-harap ayah dan mama belum balik lagi!.. Hati kecil Mia Karmila seolah berdo’a kerana dia tahu ayah dan mamanya juga keluar menghadiri jamuan makan malam dengan menteri tadi.

“Lelaki yang melambai-lambai tadi ke?”

“Ya!..”

“Oh!.. mengapalah dia sanggup melepaskan Cik Mia balik sorang-sorang macam tu tadi? Berbahaya!... Saya harap lain kali Cik Mia akan lebih berhati-hati kerana sekarang ni banyak sangat kes-kes yang melibatkan gadis-gadis remaja diperkosa di sana sini!..” ujar Shahriman jujur.

Sebenarnya Shahriman sendiri tidak tahu mengapakah hatinya begitu terdorong untuk mengambil berat tentang keselamatan gadis yang hanya penumpang teksinya itu.

“Ya!... terima kasihlah Encik Aiman kerana mengingatkan saya!.. Nasib baik saya dapat teksi Encik Aiman tadi, kalau tidak… saya pun tak tahu apa nak kata!...” balas Mia Karmila dengan suara yang jelas kedengaran keikhlasannya menerima nasihat itu.

“Alhamdulillah!.. Sekarang Cik Mia dah selamat. Jadi sampai di rumah nanti Cik Mia jangan lupa sujud syukur, ya!..” Shahriman cuba lagi menasihati.

“Hah?... Sujud syukur?.. apa tu?..”

Berkerut-kerut dahi Mia Karmila cuba memahami apa yang dikatakan oleh pemandu teksi itu kerana setahunya sujud hanyalah ketika menunaikan solat sahaja. Tidak pernah pula dia mengetahui bahawa ada sujud lain yang dinamakan sujud syukur.

Shariman segera memandang ke cermin pandang belakang untuk melihat wajah Mia Karmila apabila dia terdengar suara gadis itu yang agak terkejut dengan saranannya tadi. Hati Shahriman jadi amat belas dan terharu apabila menyedari gadis manis itu agak jahil tentang pengetahuan ugama dan tidak mengetahui fadilatnya sujud syukur.

Haruskah aku menjelaskan kepadanya?.. Ya ALLAH!.. Kau kurniakanlah taufik dan hidayah MU kepada gadis manis ini!.. Kasihan dia!.. hati kecil Shahriman terus berbisik.

“Sujud syukur dilakukan apabila kita bersyukur atau pun berterima kasih kepada ALLAH kerana menghargai pertolonganNYA atau pun untuk apa-apa yang DIA telah anugerahkan kepada kita!..”

Shahriman cuba menerangkan secara ringkas dengan berhati-hati supaya Mia Karmila tidak terasa hati atau malu akan kejahilannya itu.

“Bukan ke kita sujud semasa solat sahaja?” soal Mia Karmila pula, tambah keliru.

“Betul!.. kita sujud semasa solat. Itu sujud yang diwajibkan sebagai salah satu rukun wajib solat, tetapi sujud syukur adalah sujud yang boleh kita lakukan pada bila-bila masa sebagai tanda kita bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH. Sujud syukur juga akan lebih afdhal dilakukan selepas kita melaksanakan solat. Tak kiralah solat wajib atau pun solat sunat!.. ALLAH akan lebih memberkati rezeki dan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita jika kita sentiasa sujud syukur!..” jelas Shahriman lagi dengan nada yang ceria dengan harapan Mia Karmila akan dapat lebih memahami apa yang cuba diterangkannya itu.

“Oh!.. iya ke?... Okeylah, nanti saya akan buat sujud syukur!..” balas Mia Karmila dengan nada suara yang agak malu-malu di atas kejahilannya itu.

“Alhamdulillah!.. Elok benarlah tu!.. Eeerrr… yang mana rumah Cik Mia? Kita dah di Jalan Kudalari ni?..” Shahriman bertanya sambil cuba memperlahankan teksinya apabila dia sudah membelok ke jalan yang dikatakan oleh Mia Karmila tadi.

Shahriman menelan air liornya apabila terpandang rumah-rumah banglow mewah yang besar-besar dan cantik-cantik di kiri kanan jalan itu. Oh, sayangnya!.. gadis manis ni beruntung hidup di dunia jadi anak orang kaya tetapi masih cetek tentang ilmu ugama!.. Bagaimanakah dia mahu meneruskan keberuntungan hidupnya di akhirat kelak kalau tiada sesiapa yang membantunya?..

Ya ALLAH, Engkau kurniakanlah taufik dan hidayah MU kepada gadis manis ini!.. Shahriman mengulangi lagi do’anya dalam hati. Entah kenapa, Shahriman sendiri tidak tahu mengapa hatinya begitu membuak-buak untuk membimbing gadis itu ke jalan yang sepatutnya walau dalam waktu yang singkat itu. Belum pernah dia berperasaan begitu walaupun telah ramai gadis-gadis moden yang pernah ditemuinya sebelum ini.

“Eeerrr… rumah saya yang ada banyak lampu di depan tu!..” Mia Karmila memberitahu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah rumah yang ada di hujung jalan.

“Eeemm… cantik-cantik ya rumah di sini!.. Beruntung Cik Mia ada ibu bapa yang kaya raya dan rumah besar macam ni!..” puji Shariman, mengkagumi anugerah ALLAH kepada makhluknya.

“Alhamdulillah, kerana ALLAH sayangkan saya,” spontan Mia Karmila menjawab.

Shahriman yang tidak menyangka jawapan Mia Karmila yang spontan itu bagaikan terpukau lalu berpaling memandang ke arah gadis yang duduk di belakang itu dengan pandangan yang agak susah hendak ditakrifkan.

Mata mereka bertembung kerana kebetulan Mia Karmila juga sedang memandang ke arah Shahriman. Mata bertentang mata lidah kelu untuk berbicara. Keadaan sepi seketika bagaikan ada malaikat melintasi mereka. Mia Karmila sendiri bagaikan tidak percaya perkataan itu boleh terlontar dari mulutnya tadi.

“Seronok saya mendengarnya!.. Semoga ALLAH akan sentiasa merahmati dan memberkati Cik Mia sekeluarga!.. Dan… saya harap Cik Mia tidak akan lupa untuk bersyukur kepada ALLAH!..” ujar Shahriman perlahan sambil segera berpaling kembali ke hadapan untuk menumpukan perhatiannya kepada pemanduannya.

Shahriman terus berharap agar Mia Karmila akan dapat menerima sedikit sebanyak nasihatnya tadi dan tidak akan lupa akan keagungan ALLAH SWT yang begitu pemurah terhadap semua makhluknya.

“Terima kasih Encik Aiman kerana telah menghantar saya selamat balik sampai ke rumah!... Eeerrr… berapa tambangnya?” Mia Karmila segera membalas dan bertanya apabila Shahriman telah memberhentikan teksinya di hadapan pintu pagar rumahnya.

“Itu dah tanggungjawab saya sebagai memenuhi amanah ALLAH di dalam menjalankan tugas saya sebagai pemandu teksi. Eeerr… kalau ikut meter teksi saya ni, tambangnya hanya RM38.00 sahaja…” dengan suara yang tenang Shahriman menjelaskan sambil memuncungkan bibirnya ke arah meter yang terdapat di dashboard teksinya itu.

Kelihatan Mia Karmila membuka beg tangannya lalu menarik beberapa keping wang kertas dari begnya itu.

“Eeemmm… nah, ini duitnya!..” Mia Karmila menyerahkan sekeping wang kertas bernilai seratus ringgit kepada Shahriman sambil mahu membuka pintu teksi itu untuk segera keluar.

“Eeerrr… Cik Mia, nanti sekejap saya ambil duit bakinya!..” Shahriman segera menahan Mia Karmila apabila terlihat nilai wang kertas itu.

“Tak payah!.. Encik Aiman ambillah bakinya!.. Lagi pun sekarang dah hampir pukul sebelas lebih, kan tambang teksi selalunya double kalau tengah malam!..” sambil tersenyum manis Mia Karmila berkata ketika tangannya telah pun menolak pintu teksi yang sudah dibukanya.

“Eh!.. itu kalau lebih pukul dua belas. Lagi pun kalau pun double, masih ada bakinya!.. Nah, Cik Mia!..” balas Shahriman sambil mengalihkan badannya, berpaling ke belakang memandang ke arah Mia Karmila untuk menyuakan duit baki yang dimaksudkan.

“Tak pa!.. tak pa!... Saya ikhlas beri pada Encik Aiman!... Simpanlah duit tu untuk Encik Aiman makan esok pagi!..” ujar Mia Karmila sambil menggoyang-goyangkan tangannya seolah menolak duit baki yang cuba diberikan oleh Shahriman.

“Alhamdulillah!.. kalau dah macam tu kata Cik Mia, saya terimalah duit Cik Mia ni kerana tak baik menolak rezeki yang mungkin ALLAH dah tetapkan untuk saya malam ini. Saya do’akan agar Cik Mia sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi dari sebarang bahaya atau kejahatan!..’’ jawab Shahriman dengan nada ceria.

Kemudian Shahriman segera menurunkan cermin keretanya sambil memandang ke arah Mia Karmila yang sudah pun keluar dan menutup kembali pintu teksi itu.

“Terima kasih di atas do’a Encik Aiman itu!.. Selamat malam!..” balas Mia Karmila dengan nada mesra sambil tersenyum manis bagaikan membalas reaksi Shahriman yang sedang memerhatikannya menekan remote pintu pagar rumahnya.

“Sama-sama dan Assalamualaikum!..” ujar Shahriman perlahan sambil terus memerhatikan gadis itu berjalan masuk menuju pintu utama rumahnya apabila pintu pagar yang terbuka tadi telah di tutup kembali.

Shahriman jadi agak tergamam apabila terpandang Mia Karmila melambaikan tangan ke arahnya sambil terus tersenyum mesra sebelum gadis itu memasukki rumahnya. Bagaikan terpukau, Shahriman juga turut membalas lambaian gadis itu sebelum dia mula menekan pedal minyak teksinya untuk meninggalkan rumah banglow mewah itu dengan hati yang berbunga setelah kelibat Mia Karmila hilang di sebalik daun pintu yang sudah tertutup.

Ya ALLAH, Engkau limpahkan dan kurniakanlah hidayah MU kepada gadis manis itu agar dia sentiasa selamat di dunia dan di akhirat… Shahriman sekali lagi berdo’a dengan penuh ikhlas.

4

Adrian yang masih merasa kesakitan betis kerana disauk oleh tumit kasut Mia Karmila yang tajam itu hanya mampu melihat teksi yang dinaikki Mia Karmila terus berlalu meninggalkan rumah Johana. Terasa kesal juga di hati Adrian kerana bertindak terburu-buru tadi sehingga telah menyebabkan Mia Karmila meninggalkannya tanpa ada rasa belas melihatnya kesakitan tadi.

Adrian juga tidak menyangka gadis yang sosial seperti Mia Karmila itu agak konservatif apabila dia cuba berseronok-seronok dengannya tadi. Sangkanya pasti Mia Karmila tidak kesah dan sedia melayani segala gelora di hatinya apabila semua kawan-kawan mereka yang lain tanpa segan silu berseronok-seronok bersama pasangan masing-masing. Lagi pun selama ini tidak pernah pula Mia Karmila menolak kalau Adrian mengajaknya ke kelab-kelab malam atau pun ke disko untuk bersuka ria.

Hati Adrian tiba-tiba berdetik bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu pada Mia Karmila, sudah pasti kedua ayah dan mama Mia Karmila akan mencarinya dan menyalahkannya kerana mereka tahu bahawa dia yang membawa Mia Karmila keluar tadi. Lalu segera Adrian mengeluarkan telefon bimbitnya untuk cuba menghubungi Mia Karmila, namun Adrian jadi bertambah kesal apabila telefon bimbitnya mati tanpa sedarnya kerana telah kehabisan bateri.

Oh!.. masa inilah pulak bateri telefon ni nak kong!.. Apa punya nasiblah malam ni!.. Adrian mengeluh kesal. Akhirnya mahu tidak mahu Adrian terpaksa masuk kembali ke dalam rumah Johana yang masih hingar bingar dengan alunan musik yang dimainkan di mana semua kawan-kawannya sedang asyik melayani kerenah pasangan masing-masing sehingga tiada siapa pun yang perasan akan kehilangan Adrian dan Mia Karmila tadi.

“Hei Andy, mana Mia? Kenapa you duduk sorang-sorang kat sini?”

Tiba-tiba Adrian yang baru mahu melepaskan lelahnya duduk di sebuah kerusi di satu sudut di ruang tamu yang luas itu sambil meneguk minumannya telah dikejutkan oleh suara manja Zetty, salah seorang bekas kawan sekuliah Mia Karmila yang kini juga merupakan seorang model yang sedang meningkat naik namanya.

“Hei Zetty!.. Mia sakit perut, dia dah balik!..” balas Adrian, berbohong.

“Eh!.. dia balik sorang-sorang ke?” soal Zetty agak hairan.

“Dah dia nak balik sangat, takkan I nak larang dia!..” jawab Adrian selamba, namun jelas kedengaran nada terkilan dalam suaranya.

“Hairan juga ya!... sanggup dia tinggalkan you sorang-sorang kat sini!.. Are you sure she had gone back? Who knows she went somewhere with somebody else?..” tanya Zetty lagi seolah sengaja mahu membakar perasaan Adrian yang kelihatan agak sugul itu.

Berdetup hati muda Adrian mendengar komen Zetty itu kerana tidak pernah dia terfikir akan kemungkinan perkara itu, lebih-lebih lagi apabila terlihat bagaikan telah dirancang pula apabila ada sebuah teksi lalu di situ sebaik Mia Karmila berlari keluar tadi.

Tak mungkin!.. Mia Karmila bukan jenis gadis yang sebegitu!.. Kalau tidak, takkan dia marah sangat bila aku cuba berpeleseran dan bermesra dengannya tadi?.. detik hati kecil Adrian seolah cuba mententeramkan perasaan cemburunya.

“Entahlah!.. tapi I tak rasa dia buat begitu kerana dia memang sakit perut tadi!..” ujar Adrian sambil menganjakan sedikit duduknya bagi memberi ruang kepada Zetty yang mahu melabuhkan punggungnya di ruang yang agak kosong di sebelah Adrian itu.

“Eeemmm… kalau begitu, bolehlah you jadi my partner malam ni kerana I pun memang datang sorang tadi!..” dengan suara yang manja Zetty mencadangkan sambil mengelus-ngelus lembut lengan Adrian dengan tanpa segan silu.

“Eh!.. bukan ke tadi I nampak you menari dengan Sam!.. ke mana pulak Sam pergi?..” soal Adrian seolah tidak percaya dengan cadangan gadis di sebelahnya itu.

“Sam bukannya my partner!.. Dia kan datang dengan Sue!.. Sajer je kami nak cuba-cuba dan seronok-seronok menari dulu semasa Sue belum habis makan lagi tadi!.. Lagi pun… Sam is not my taste lah!..” sambil terus mengelus manja lengan Adrian, Zetty menerangkan.

Adrian berpaling memandang ke arah Zetty dengan renungan yang tajam sambil mengangkatkan keningnya seolah memohon kepastian akan kata-katanya itu. Sempat juga mata nakal Adrian menjeling ke arah dada Zetty yang bajunya agak terdedah sehingga hampir menampakan lurah payudaranya yang amat seksi itu. Adrian menelan air liornya apabila anak matanya bertembung kembali dengan anak mata Zetty yang kelihatan tersenyum manis seolah sedang menunggu komen dari lelaki itu.

“Betul ke Sam is not your taste? Habis tu, I ni suit your taste ke?..” dengan nada nakal Adrian cuba memancing perasaan Zetty.

“Perempuan mana yang boleh terlepas pandang lelaki kaya, macho dan romantik macam you?.. Kalau I diberi peluang, I akan sedia temankan you selalu!…” tanpa mahu berselindung Zetty menyuarakan perasaannya.

“Tapi you pun tahu kan yang I hanya sayang pada Mia Karmila dan I nak dia sahaja yang menemankan I setiap masa!.. Jadi, I don’t think I need somebody else now!.. Lagi pun Mia Karmila tu kan kawan you, jadi tak eloklah kalau dia tahu you rapat dengan I pulak!..” sebaliknya Adrian berkata jujur, sambil menarik lengannya dari pautan Zetty.

Zetty tergamam seketika sambil merenung Adrian dengan mata yang agak membulat. Namun segera pula dia tersenyum manja lalu memaut kembali tangan Adrian sambil mengelus-ngelus lembut lengan lelaki itu bagaikan mahu memujuk.

“Alaah!.. bukannya I nak rebut you dari dia!.. I hanya nak temankan you sajer malam ni kerana dia pun tak boleh nak temankan you sekarang!.. Takkanlah itu pun dia nak marah!..” dengan suara yang seolah merengek manja, Zetty berkata sambil melentukkan kepalanya ke bahu Adrian.

“Eeemmm… I rasa tak perlulah you nak temankan I kerana I ingat I pun dah nak balik ni!.. Lemas pulak I dengan musik yang tak berhenti sejak tadi!..” balas Adrian agak bosan sambil cuba mahu bangun untuk berdiri dari tempat duduknya itu.

“Andy!.. janganlah macam tu!.. Kenapa yang you dah nak balik cepat sangat ni? Awal lagi!.. Eeemm.. kalau you boring kat sini, macam mana kalau kita pergi somewhere yang lebih cosy dan tenang!.. Mungkin I boleh tolong hilangkan rasa boring you tu!..” Zetty tidak berputus asa mahu menggoda Adrian sambil menarik tangan lelaki itu dari terus bangun.

Andrian yang terduduk kembali menarik nafas panjang sambil memandang ke arah Zetty dengan mata yang agak terjegil seolah tidak suka dengan tindakan gadis itu menghalangnya untuk pergi. Zetty yang perasan akan reaksi Adrian itu segera membalas tenungan Adrian itu sambil menjilat bibirnya beberapa kali dan kemudian mengedipkan matanya seolah memohon simpati dengan tangannya terus mengenggam jari jemari Adrian.

“Apa sebenarnya yang you hendak, Zetty?” akhirnya Adrian menyoal dengan nada yang sudah agak mengendur apabila melihat Zetty diam sahaja.

Timbul juga rasa kesihan di hati Adrian melihat Zetty yang begitu beriya-iya mahu menemankannya malam itu. Kalau ikutkan hati Adrian yang memang agak kecewa dengan sikap Mia Karmila tadi, mahu sahaja dia menerima pelawaan Zetty itu kerana sekurang-kurangnya tidaklah dia keseorangan sekarang walaupun Mia Karmila tidak mahu melayan gelora di hatinya tadi.

“I tak mahu apa-apa!.. I hanya nak temankan you kerana I tengok you sorang-sorang tadi!.. Tapi kalau you tak sudi, tak mengapalah!.. I tak boleh nak paksa you!..” balas Zetty perlahan dengan nada agak kecewa sambil melepaskan jari jemari Adrian dari genggamannya.

Entah mengapa, bagaikan dipukau Adrian segera menarik jari jemari Zetty dan kali ini dia pula yang menggenggam jari jemari gadis itu. Ditenungnya wajah yang manis itu seolah mencari sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa. Namun apa yang Adrian tahu hanyalah gelora kelakiannya yang mendambakan belaian seorang wanita ketika itu.

“Betul you nak temankan I malam ni?” tanya Adrian seolah menduga.

“I tak kisah dengan you atau pun dengan sesiapa sahaja yang boleh berhibur dengan I malam ni!.. To be frank, I’m so boring now!.. I perlukan kawan untuk menghilangkan rasa boring tu!..” ujar Zetty dengan nada yang jelas kedengaran amat mengharapkan persetujuan Adrian.

You tak kisah ke walaupun you tahu I adalah kekasih kawan you sendiri?” Adrian terus menduga untuk mencari kepastian.

“Apa masaalahnya samada you kekasih kawan I atau tidak? Apabila dia tiada bersama you dan tidak dapat melayan you ketika you memerlukan seseorang untuk berhibur, maka I rasa tak salah untuk you bersama dengan orang lain yang bersedia dan boleh menggembirakan you!.. Betul tak?..” soal Zetty seolah mahu mengukuhkan pendapatnya sambil cuba meyakinkan Adrian.

“Betul!.. You memang hebat, Zetty!..” balas Adrian sambil mengelus lembut pipi Zetty dengan senyuman yang melebar.

Zetty yang tidak menyangka reaksi Adrian itu segera mengukirkan senyuman manis sebagai membalas senyuman lelaki itu sebelum menarik nafas lega.

“Jadi, apa yang you nak I buat untuk you sekarang?..” Zetty pula sengaja bertanya dengan nada yang manja seolah mahu memancing perasaan Adrian.

Adrian merenung tepat ke dalam anak mata Zetty yang sedang merenungnya seolah cuba mencari sesuatu dari mata itu. Adrian tidak nampak apa-apa melainkan sinar yang jelas membayangkan keghairahan dalam hati gadis itu. Perlahan-lahan Zetty melentukkan kepalanya ke bahu Adrian seolah minta dibelai.

Apa tunggu lagi?.. Ini peluang baik untuk kau!.. syaitan seolah berbisik di telinga Adrian. Betul!.. betul!.. Mengapa mesti aku biarkan rezeki yang sudah ada di depan mata?.. Bukan aku sengaja mengkhianati cintaku pada Mia Karmila, tetapi dia yang tak pandai nak layan aku!.. hati kecil Adrian pula berbisik seolah bersetuju benar dengan bisikan syaitan yang jahat itu.

“Apa yang you boleh buat untuk kita enjoy malam ni?” dengan senyuman nakal Adrian bagaikan mencabar Zetty.

You nak kat sini ke atau kat tempat lain yang lebih romantik?” Zetty menyahut cabaran Adrian dengan jelingan manja yang amat menggoda.

“I tak kisah, kat mana-mana pun tak mengapa asalkan kita boleh enjoy!.. You tengoklah kawan-kawan kita tu semuanya macam dah tak sedar diri nampaknya!..”

Terus dengan senyuman nakal Adrian sempat memuncungkan bibirnya ke arah beberapa orang kawan-kawan mereka yang bagaikan sedang khayal memadu asmara sambil berpelokkan bersama pasangan masing-masing tanpa segan silu.

“I cadangkan kita pergi tempat lain yang lebih romantik, you hendak tak?... Sekurang-kurangnya tak ada siapa yang akan nampak kita bersama, jadi tak adalah sesiapa yang nak sampaikan pada Mia Karmila nanti!..” Zetty mencadangkan sambil turut memandang ke arah kawan-kawan mereka di ruang tamu di rumah banglow mewah itu.

“Di mana?” soal Adrian sambil mengangkatkan keningnya.

“Di kondo I…” jawab Zetty spontan.

“Kondo you? Habis keluarga you macam mana?” soal Adrian lagi agak terkejut.

“Mana I tinggal dengan keluarga? I tinggal dengan dua orang kawan-kawan lain. Kami ambil sebilik sorang!..” terang Zetty sambil terus tersenyum manja.

“Selamat ke kat kondo you tu? Nanti apa pulak kata kawan-kawan you kalau dia tengok I ikut you balik malam-malam ni?..” tanya Adrian agak khuatir walaupun hati dan naluri kelakiannya sedang bergelora membuak-buak bagaikan sudah tidak sabar untuk berseronok-seronok dengan gadis di hadapannya itu.

“Jangan risau pasal tu!.. Kawan-kawan I bukan jenis yang suka jaga tepi kain orang, lagi pun malam ni mereka tiada di rumah!.. I tahu anak-anak orang orang kaya, lebih-lebih lagi anak VIP macam you, I pasti you tak mahu orang tahu pasal apa yang kita buat kan?.. Don’t worry, we are safe with total privacy at my condo!..” balas Zetty penuh yakin.

Mata mereka bertautan seketika seolah cuba mencari persefahaman dalam apa yang ada di dalam fikiran masing-masing.

“Okey!.. kalau you dah kata begitu, I no problem!..” akhirnya Adrian berkata sambil mengangkatkan kedua bahu dan tangannya seolah menandakan yang dia sudah bersedia bila-bila masa sahaja.

Well!.. kalau begitu, marilah kita pergi sekarang!..” Zetty mengajak sambil bangun untuk keluar dari rumah banglow mewah itu.

Bagaikan dipukau, Adrian turut bangun lalu merangkul pinggang Zetty yang seksi itu menuju ke keretanya yang dipakirkan di hadapan rumah banglow mewah itu. Alunan musik yang masih berkemundang di ruang tamu di mana semua kawan-kawan mereka yang lain sedang asyik dengan pasangan masing-masing, membuatkan tiada siapa pun yang sedar apabila Adrian dan Zetty keluar tadi.

5

Mia Karmila melangkah masuk ke dalam rumah dan kemudian menutup kembali pintu utama rumah banglow itu perlahan-lahan kerana tidak pasti samada ayah dan mamanya sudah balik atau belum kerana dia tidak sempat pun menjengok ke garaj kereta samada kereta ayahnya sudah ada atau tidak.

Terus dengan perlahan-lahan juga sambil berjingkit-jingkit Mia Karmila menaikki tangga untuk ke biliknya. Sempat dia menjeling pintu bilik ayah dan mamanya yang tertutup ketika dia melintasi bilik itu.

Mia Karmila menarik nafas lega sambil mencampakkan beg tangannya ke atas katil apabila dia sudah menutup pintu biliknya. Dengan keletihan dan rasa mengantuk yang bagaikan tidak boleh membuka mata lagi, Mia Karmila terus merebahkan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu tanpa sempat membuka baju yang dipakainya.

“Jangan lupa sujud syukur ya!..”

Tiba-tiba Mia Karmila bagaikan terdengar suara mersik berbisik di telinganya, seolah cuba mengingatkannya ketika sebaik sahaja dia mahu memejamkan matanya. Mia Karmila tergamam dan bingkas bangun dari pembaringannya lalu duduk di birai katil sambil memandang sekeliling seolah mencari suara siapakah itu.

Oh!.. bermimpikah aku?... keluh Mia Karmila sambil mengerutkan dahinya cuba mengingati sesuatu.

Mia Karmila segera menarik nafas panjang bila tiba-tiba terbayang di tubir matanya wajah Shahriman yang walaupun tidak dapat dilihatnya dengan jelas tadi seolah-olah sedang tersenyum kepadanya.

Astagfirullahalazim!.. secara spontan ucapan itu terlontar dari bibir Mia Karmila yang mana dia sendiri agak terkejut dengan reaksinya itu kerana sebelum ini tidak pernah dia mengucapkan istigfar itu dengan begitu senang.

Ya ALLAH!.. Alhamdulillah kerana ENGKAU masih sayang padaku dan mengingatkan aku dari terus terlalai… Mia Karmila berkata perlahan dengan penuh syahdu sambil segera bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Entah mengapa Mia Karmila tiba-tiba rasa amat takut akan dosa-dosanya akibat mengabaikan tanggungjawab yang amat penting itu kerana selama ini dia langsung tidak pernah ambil tahu samada dia sudah bersolat atau belum sebelum tidur. Dan seringkali pula Mia Karmila akan terus tidur apabila keletihan setiap kali kalau dia pulang lewat malam selepas menghiburkan diri di luar.

Selesai membersihkan diri dan berwuduk, Mia Karmila segera mencari telekong dan sejadahnya yang jarang-jarang digunakannya itu. Perasaan berdosa yang terus-terusan bergelodak dalam jiwanya membuat Mia Karmila tidak bertangguh-tangguh lagi mengerjakan Solat Isya dan kemudian dia terus pula meng’qadaq’ Solat Magrib yang tidak sempat dilakukannya semasa mahu keluar dengan Adrian tadi.

Ya ALLAH!... ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya ALLAH!.. Sesungguhnya hambaMU ini telah terlau banyak mengengkari perintahMU. HambaMU jahil dan terlalu lemah untuk melawan godaan syaitan sehingga lalai akan segala perintah-perintahMU. Aku bersyukur Ya ALLAH kerana KAU masih sayang padaku dan menyelamatkan aku dari sebarang kejahatan tadi. Tunjukkanlah aku ke jalan yang KAU redhai Ya ALLAH kerana sesungguhnya aku masih terlalu jahil!.. Dengan suara yang lirih Mia Karmila berdo’a setelah usai solatnya.

“Mia !... Mia ke dalam bilik? Kenapa lampu terang? Mia dah balik ke?..”

Mia Karmila yang sedang mahu membuka telekongnya dikejutkan dengan suara mamanya yang sedang mengentuk lembut pintu biliknya. Segera Mia Karmila membuka pintu dan hampir bertembung dengan mamanya yang juga seolah mahu memusing tombol kunci pintu bilik anak gadinya itu. Jelas kelihatan dahi mamanya berkerut kehairanan apabila terpandang Mia Karmila yang masih bertelekung.

“Kenapa ma?..” Mia Karmila menyoal agak hairan dengan reaksi mamanya itu.

“Tadi kan Mia keluar dengan Adrian?” tanya Datin Mariam

“Haah!..” Mia Karmila mengangguk.

“Mia balik awal ke? Adrian ke mana?”

Datin Mariam jadi agak hairan kerana selalunya kalau Mia Karmila keluar dengan Adrian malam-malam minggu begitu pasti lepas tengah malam baru balik. Dan yang lebih menghairankan Datin Mariam ialah sejak bila pula anak gadisnya itu rajin bersolat walau pun sudah tengah malam begitu.

“Haah!... Mia balik awal..“ jawab Mia Karmila perlahan dan cuba mengelakkan untuk memberitahu mamanya ke mana Adrian.

“Habis tu Adrian mana?” Datin Mariam yang masih lengkap berpakaian cantik menandakan dia juga baru balik dari menghadiri majlis makan malam bersama menteri tadi, terus bertanya.

“Dia dah balik!..” Mia Karmila berbohong, tidak mahu mamanya mengorek lebih lanjut tentang Adrian.

“Oh!.. awal dia balik!.. kenapa? Kata Adrian nak bawa Mia pergi majlis hari jadi kawan dia yang baru balik dari UK tu, cepat pulak habis majlisnya?..” seolah tidak puas hati dengan jawapan Mia Karmila, Datin Mariam terus merisik.

Sebenarnya Datin Mariam amat mengharapkan hubungan rapat Adrian dan Mia Karmila akan terus kekal sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin kerana Datin Mariam tahu apabila Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina menjadi besan mereka maka peluang suaminya, Dato’ Kamal untuk mendapatkan lebih kontrak dan tender untuk meluaskan perniagaan mereka akan lebih mudah.

Datin Mariam tahu pengaruh Tan Sri Affendy di kalangan ahli-ahli Korporat dan juga sektor Perkhidmatan Awam amat kuat. Dan sebab itu jugalah yang membuatkan Datin Mariam sentiasa merestui dan membenarkan Adrian berhubung rapat atau membawa Mia Karmila keluar pada bila-bila masa sahaja walaupun anak gadisnya itu masih lagi belum menamatkan kuliahnya di semester akhir itu.

“Dah tak ada apa yang nak dibuat, maka kami baliklah!.. Lagi pun Mia rasa tak berapa sedap perut tadi!..” acuh tak acuh sahaja Mia Karmila menjawab, masih cuba berselindung agar mamanya tidak mengorek lebih jauh.

“Oh, iya ke?... Dah tu, macam mana rasanya sekarang? Dah baik dah ke perut Mia tu?..” sebaliknya Datin Mariam jadi agak bimbang sambil memegang kedua bahu anak gadisnya itu.

“Eeemm… dah okey dah!.. Mia dah makan penadol tadi!.. Janganlah mama risau pulak!.. “ Mia Karmila cuba melemparkan senyuman manis agar mamanya tidak lagi risau.

Datin Mariah merenung wajah anak gadisnya yang masih bertelekung itu dengan seribu macam persoalan yang dia sendiri tidak tahu apa. Namun jauh di sudut hatinya sendiri tiba-tiba berdetik rasa berdosa kerana bagaikan tidak bersyukur apabila anak gadisnya ta’at kepada perintah ALLAH begitu sedangkan dia sendiri juga sering lalai untuk mengerjakan tanggungjawab yang wajib itu.

“Eeemmm… okeylah kalau Mia dah kata gitu. Mama pun dah letih ni. So, take care, girl... Good night!..” akhirnya Datin Mariam berkata sambil mencium pipi anak gadisnya itu sebelum berlalu ke biliknya sendiri.

Good night, mama!..“ balas Mia Karmila pula sambil menutup kembali pintu biliknya.

Adrian!.. ya!.. apalah agaknya yang Adrian buat setelah aku tinggalkan tadi?.. Adakah sakit betul betisnya yang ku tendang dengan tumit kasutku tadi?.. hati kecil Mia Karmila bertanya sendirian apabila teringatkan keadaan Adrian yang kelihatan seolah menahan sakit ketika ditinggalkannya tadi.

Mia Karmila segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya sebaik sahaja dia selesai melipat dan mengemaskan telekong dan sejadahnya, dengan harapan ada missed calls dari Adrian yang mungkin tidak didengarinya tadi. Namun harapan Mia Karmila itu jadi hampa bila melihat tiada langsung tanda-tanda Adrian ada menelefonnya.

Patutlah telefon aku senyap sahaja sejak tadi!.. Marah betul ke Adrian pada ku sehingga dia tak kisah langsung nak memujuk aku?... Atau Adrian memang betul-betul kesakitan tadi dan terpaksa dihantar ke rumah sakit?... tiba-tiba hati Mia Karmila jadi bimbang tidak karuan.

Tak mungkin!.. Kalau Adrian benar-benar sakit dan perlu dibawa ke rumah sakit, sudah pasti dia perlu dihantar oleh seseorang atau pun kawan-kawan kami yang berada di situ. Kalau kawan-kawan kami yang menghantarnya, sudah pasti mereka akan menghubungi aku kerana semua kawan-kawan kami tahu hubungan rapat Adrian dengan aku!.. hati kecil Mia Karmila terus berfikir.

Ah, biarkanlah!.. Kalau betul Adrian sayangkan aku, pasti dia akan datang memujuk aku kelak!.. hati kecil Mia Karmila seolah berbisik bagaikan memujuknya.

Macam mana kalau dia benar-benar marah pada kau dan tidak mahu lagi berhubungan dengan kau? Atau pun mungkin ada perempuan lain yang sedang menemaninya sekarang sehingga dia lupa pada diri mu!.. Apa kau nak buat?... hati kecil Mia Karmila yang sebelah lagi seolah menghasutnya. Mia Karmila tergamam seketika.

Astagfirullahalazim!.. Mengapa harus aku berfikir yang bukan-bukan!.. Mia Karmila segera beristigfar. Dia sendiri tidak menyangka yang ucapan itu terus begitu senang terucap dari bibirnya kini. Namun jauh di sudut hati Mia Karmila bagaikan dapat merasa bahawa dia tidak keseorangan sekarang ini dan jiwanya jadi begitu tenang dan bersedia untuk menerima apa sahaja reaksi Adrian terhadapnya kelak.

6

“Cik Mia!.. Datin panggil Cik Mia segera ke bawah kerana ada tetamu yang sedang menunggu!..”

Mia Karmila yang baru mahu menghadap komputernya setelah selesai mengerjakan solat zohor selepas makan tengahari tadi, tiba-tiba dikejutkan oleh suara pembantu rumahnya yang mengetuk perlahan pintu biliknya.

Mia Karmila jadi agak terkejut bila mendengar pembantu rumahnya mengatakan bahawa mamanya sedang menunggunya bersama tetamu yang datang kerana setahu Mia Karmila, mama dan ayahnya tidak ada di rumah sejak pagi tadi dan dia sendiri tidak tahu mereka ke mana. Mia Karmila memang tahu benar akan kesebukkan ayah dan mamanya sehingga jarang benar mereka dapat bermesra di rumah yang mewah itu.

Hasrat Mia Karmila mahu meneruskan carian di youtube dan google untuk menjejakki video-video atau blog-blog yang memaparkan ceramah-ceramah dan perkara-perkara berkaitan hukum-hakam ugama Islam oleh ustaz-ustaz terkenal serta para ulama yang telah sedikit sebanyak dijumpainya pagi tadi jadi terbantut. Mia Karmila mendengus kesal.

“Eh, mama dah balik ke? Siapa yang datang bik?..” Mia Karmila segera bertanya apabila pintu biliknya sudah dibuka.

“Tuan Muda Adrian!.. Bibik nampak dia masuk bersama Dato’ dan Datin yang baru balik!..” jawab pembantu rumahnya sambil tersenyum kerana menyangka tentu anak gadis majikannya itu seronok apabila mengetahui kedatangan buah hatinya.

Mia Karmila tergamam seketika. Tidak menyangka yang Adrian akan datang ke rumahnya petang itu tanpa menelefonnya terlebih dahulu sejak Mia Karmila meninggalkannya malam tadi.

“Oh, iya ke?... Eeerrrr… tak mengapalah. Nanti sekejap lagi saya turun!..” ujar Mia Karmila dengan nada agak terkejut mulanya namun kemudian bertukar jadi agak malas.

“Jangan lama-lama ya, Cik Mia sebab Tuan Muda Adrian sudah agak lama sampainya!..” pembantu rumahnya mengingatkan lagi sebelum berlalu apabila perasan riak anak gadis majikannya yang tiba-tiba tidak begitu ghairah mahu bertemu kekasihnya.

“Eeemm… okey!.. okey!..” balas Mia Karmila sambil menutup kembali pintu biliknya dengan perasaan agak sebal.

Setelah menyisir rambutnya dan membetulkan bajunya yang agak berkedut, Mia Karmila segera keluar untuk turun ke ruang tamu di mana Datin Mariam dan Adrian sedang menunggunya. Namun Mia Karmila segera memberhentikan langkahnya ketika menghampiri ruang tamu apabila mendengar suara mamanya bertanya kepada Adrian.

“Masa auntie dengan uncle balik dari dinner function dengan menteri malam tadi, auntie tengok Mia dah ada dalam bilik. Mia kata you all balik awal semalam, kenapa?..” kedengaran Datin Mariam bertanya Adrian.

Berdetup jantung Mia Karmila apabila mendengar soalan mamanya itu. Hatinya jadi berdebar kebimbangan kerana khuatir kalau-kalau Adrian menceritakan kepada mamanya perihal dia telah sengaja menendang betis lelaki itu dengan tumit kasutnya dan telah meninggalkannya dalam kesakitan. Pasti mamanya akan memarahinya kerana telah berbohong malam tadi. Mia Karmila terus tercegat di tempat dia memberhentikan langkahnya tadi untuk mendengar jawapan Adrian.

“Oh, Mia cakap macam tu ke? Dia tak beritahu auntie ke apa sebabnya?” sebaliknya kedengaran Adrian bertanya kepada Datin Mariam.

“Dia kata, dia tak sedap perut dan majlis tu pun agak boring, sebab itulah you all balik awal. Betul ke?..” sambil tersenyum mesra Datin Mariam memberitahu.

“Eeerrrr… be.. betul, auntie!.. Memang majlis tu agak boring kerana tak ada banyak aktiviti yang boleh diseronokkan. Dan bila Mia kata dia tak sedap perut, sa… saya ajak sahajalah dia balik semalam!..”

Dengan suara yang teragak-agak Adrian cuba mengakui apa yang diberitahu oleh Datin Mariam tadi sambil matanya melilau memandang sekeliling dengan harapan Mia Karmila masih belum turun dan tidak akan dapat mendengar pembohongannya itu.

Mia Karmila yang berdiri di sebalik almari di hujung tangga yang mana pastinya tidak dapat dilihat oleh Datin Mariam dan Adrian, segera menarik nafas lega apabila mendengar perbualan kedua wanita dan lelaki itu tadi. Kemudian, dengan menarik nafas dalam-dalam seolah mencari lebih oksigen, Mia Karmila melangkah kembali menuju ke ruang tamu sambil cuba mengukirkan senyuman mesra ke arah Adrian dan mamanya.

“Hah, Mia !.. dah lama Andy sampai tapi Mia tak turun-turun. Mia buat apa kat atas lama sangat tadi?” Datin Mariam bertanya sebaik terpandang Mia Karmila yang berjalan menghampiri sofa di sebelahnya.

“Hai Mia !.. apa khabar hari ni?.. Dah okey ke?..”

Cuba menceriakan suaranya, Adrian juga segera bertanya sebelum sempat Mia Karmila menjawab pertanyaan Datin Mariam, dengan harapan Mia Karmila tidak akan menyatakan apa-apa tentang pertengkaran mereka malam tadi.

Mia Karmila sempat melemparkan jelingan tajam dengan dahi yang berkerut ke arah Adrian seolah cuba mentafsir pertanyaan lelaki itu walaupun hakikatnya dia tahu apa tujuan sebenar Adrian bertanya begitu. Mia Karmila segera melabuhkan punggungnya di sebelah mamanya yang duduk bertentangan dengan Adrian.

“Eeemmm… Okey!.. Kenapa tak telefon dulu nak datang?..” acuh tak acuh Mia Karmila menjawab apabila perasan yang mamanya sedang memerhatikannya.

“Sajer nak surprise kan Mia !..” balas Adrian sambil cuba tersenyum mesra. Sempat dia mengenyitkan matanya pada Mia Karmila seolah ada rahsia antara mereka yang tidak harus diketahui oleh Datin Mariam.

“Eeemmm… nasib baik Mia masih ada kat rumah. Kalau Mia dah keluar tadi macam mana?..” dengan nada seolah merajuk, Mia Karmila bertanya.

“Andy tahu Mia tidak akan keluar dengan orang lain melainkan dia, sebab tu Andy yakin yang Mia ada kat rumah sekarang!..”

Tiba-tiba kedengaran Datin Mariam menyampuk seolah mahu memberitahu Adrian bahawa Mia Karmila adalah seorang gadis yang baik untuk dijadikan isterinya dan juga bahawa mereka memanglah pasangan yang secocok, disamping Datin Mariam juga mahu meyakinkan Mia Karmila bahawa Adrian memang menyayanginya.

“Betul kata auntie tu!.. Andy tahu Mia pasti ada kat rumah hari ni… Lagi pun Andy datang sebab nak minta…” Andy bagaikan terputus kata-kata.

“Minta apa?...” soal Mia Karmila spontan.

Datin Mariam turut mengarutkan keningnya seolah teruja untuk mengetahui apakah yang mahu dikatakan oleh Adrian. Kelihatan Adrian menelan air liornya seolah sedang mencari ungkapan yang terbaik supaya Datin Mariam tidak mengesyakki apa-apa tentang pertengkaran dia dan Mia Karmila malam tadi.

“Andy nak minta ma’af dengan Mia kerana terpaksa hantar Mia balik awal malam tadi!..” dengan nada yang agak lirih Andy menjawab sambil merenung tepat ke anak mata Mia Karmila seolah memohon persetujuan Mia Karmila agar apa yang berlaku malam tadi dirahsiakan dari Datin Mariam.

“Oooohh!.. pasal tu ke?.. It’s okey!.. Mia tak kisah lagi pasal tu!..Janganlah Andy risau-risaukan pasal tu!..”

Mia Karmila yang memahami apa yang tersirat di fikiran Andrian segera menjawab dengan nada yang cuba dimesrakannya agar mamanya tidak mengesyakki apa-apa. Sedangkan hakikatnya memang Mia Karmila ingin benar tahu kenapa Adrian tidak cuba mencari atau menelefonnya sejak malam tadi.

“Tapi Mia…” Adrian terputus kata-kata lagi apabila terpandang Datin Mariam yang sedang merenung ke arahnya.

“Eeemmm… you all bincanglah apa pun yang you all nak bincang. Auntie nak naik berehat dulu!..” kedengaran Datin Mariam segera mencelah sambil bangun hendak berlalu meninggalkan ruang tamu itu apabila melihat kedua teruna dara itu bagaikan tidak selesa untuk berbicara dengan adanya dia di situ.

Andrian hanya mengangguk sebagai tanda hormat apabila Datin Mariam memandang ke arahnya sebelum dia berlalu. Manakala Mia Karmila hanya memerhatikan sahaja lenggang lengguk mamanya dengan pandangan yang kosong seolah bosan untuk melayani Adrian berseorangan.

“Mia !.. ma’afkan Andy pasal malam tadi…” dengan suara yang agak lirih Adrian mengulangi ma’afnya sebaik kelibat Datin Mariam hilang setelah menaikki tangga ke ruang atas.

“Berapa kali Andy nak minta ma’af?..” soal Mia Karmila sebaliknya agak sinis.

“Andy tahu Mia marah pada Andy!..”

“Eloklah kalau Andy tahu!..” balas Mia Karmila selamba dengan nada sinis juga.

“Andy tahu Andy salah kerana cuba buat perkara yang Mia tak suka!.. Dan Andy rasa terima kasih sangat kerana Mia tak beritahu auntie pasal kisah sebenar semalam..” ujar Adrian sambil membongkokkan badannya ke hadapan dan mencapai jari jemari Mia Karmila ke dalam genggamannya.

“Kalau Andy dah tahu Mia tak suka kita buat perkara-perkara macam tu, kenapa Andy buat juga?...” dengan mata yang membulat sambil menarik jari jemarinya dari genggaman Adrian, Mia Karmila bertanya.

Adrian terkedu. Dia merenung dalam ke anak mata Mia Karmila yang masih membulat itu seolah sedang mencari sesuatu.

“Andy sangkakan tentu Mia juga mahu berseronok begitu bersama Andy!..”

“Apa yang buat Andy fikir begitu?”

Aren’t we love and care for each other?” soal Adrian agak emosional.

“Ooohh… love and care?... Kalau Andy betul sayang dan peduli pada Mia, kenapa Andy sanggup nak cuba buat benda tak senonoh tu pada Mia semalam?...” Mia Karmila terus bertanya dengan nada yang agak tegang seolah menandakan marahnya pada lelaki itu masih belum reda sebenarnya.

Adrian terkedu lagi. Dia tidak tahu macam mana mahu memberitahu Mia Karmila bahawa rasa cintanya yang mendalam pada gadis itu telah membuatkan nalurinya sentiasa bergelora setiap kali mereka bertemu. Kebetulan apabila semua tetamu yang hadir malam itu, tanpa segan silu bagaikan hanyut dalam cumbuan pasangan masing-masing, maka itu telah menambahkan lagi gelodak gelora di hati Adrian sehingga dia tidak mampu mengawal nafsunya dan beranggapan Mia Karmila juga mendambakan cumbuannya.

“Andy tak…” Adrian benar-benar tidak tahu apa yang harus dikatakannya.

Hati Mia Karmila tiba-tiba terdetik rasa kasihan apabila terlihat sinar mata Adrian yang sayu merenungnya seolah benar-benar menyesal akan ketelanjuran sikapnya malam tadi dan kini dia benar-benar ikhlas mahu memohon ma’af.

“Okey!.. okey... kali ini Mia ma’afkan Andy, tetapi kalau Andy cuba lagi nak buat perkara tak senonoh tu, Mia tak mahu jumpa Andy lagi sampai bila-bila!..” ujar Mia Karmila tegas sebelum Adrian sempat menyambung kata-katanya yang terhenti itu.

“Mia … janganlah cakap macam tu!.. I love you very much dan Andy tak boleh kalau tak jumpa Mia. Dan sebab itu jugalah Andy datang sini hari ni… Andy tak mahu Mia terus merajuk!..” kembali cuba mencapai jari jemari Mia Karmila, Andy berkata dengan nada yang agak lirih.

“Kenapa tak telefon Mia dari malam tadi? Kalau sesuatu terjadi pada Mia semasa balik malam tadi, macam mana?..” soal Mia Karmila sengaja menduga.

Adrian tersentak. Tiba-tiba terbayang wajah Zetty yang seksi. Segera Adrian menarik nafas dalam-dalam sambil meraup mukanya dengan kedua tapak tangannya seolah-olah mahu menunjukkan reaksi kekesalannya. Namun hakikat yang sebenarnya Adrian cuba mengelak agar Mia Karmila tidak akan dapat mengesani perasaannya yang tiba-tiba bergelora apabila terkenangkan kehangatan Zetty melayannya sepanjang malam tadi.

“Kenapa Andy mengeluh? Entah-entah Andy seronok enjoy dengan orang lain sampai tak ingat nak telefon Mia!.. Tak ambil tahu pun samada Mia selamat sampai rumah ke tidak!..” Mia Karmila terus menduga apabila melihat Adrian hanya mendiamkan diri.

“Segala sangkaan Mia tu tak betul!.. Andy tak telefon Mia kerana takut Mia masih marah pada Andy dan dah tentu Mia tak mahu jawab panggilan Andy tu!..” segera Adrian menafikan komen Mia Karmila itu.

“Andy tak cuba, mana Andy tahu Mia tidak akan jawab telefon Andy?...” Mia Karmila seolah tidak dapat menerima kekhuatiran Andy itu.

“Eeerrrr… Andy cuba panggil telefon Mia sebaik sahaja Mia naik teksi tu, tetapi tak perasan pula bateri telefon Andy dah habis sebab Andy terlupa nak pastikan bateri tu ada lagi sebelum kita pergi ke birthday party tu semalam…” Adrian cuba menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

“Iya ke tu?... Selama ni tak pernah pun bateri telefon Andy habis!.. Macam susah ajer Mia nak percaya!..” perli Mia Karmila dengan nada sinis.

“Betul Mia!.. Andy tak tipu!.. Buat apa Andy tipu Mia sedangkan hati Andy memang sentiasa nak bersama Mia!..” balas Adrian dengan suara yang bersungguh-sungguh mahu membuktikan cintanya pada gadis di hadapannya itu.

“Habis tu Andy buat apa setelah Mia tinggalkan Andy semalam?” teringin juga Mia Karmila mengetahuinya.

“Buat apa lagi? Balik rumahlah!.. Sakit perut dan kaki yang Mia tendang tu tak hilang lagi sampai sekarang!..” jawab Andrian, walaupun dengan nada nakal tetapi jelas kedengaran rasa terkilannya seolah sengaja mahu Mia Karmila berasa bersalah kerana telah menyakitinya semalam.

Serve you right!.. Itulah, lain kali jangan nak cuba-cuba buat tak senonoh pada Mia !..” sambil tersenyum nakal, Mia Karmila bagaikan seronok dapat memberi amaran kepada Adrian bahawa dia bukanlah gadis yang mudah mengalah dengan lelaki.

“Okey!.. okey.. Andy janji Andy tak akan buat lagi. Jadi, mahu tak Mia keluar dengan Andy sekarang sebagai tanda Mia dah ma’afkan Andy?..” tanpa mahu melepaskan peluang, Adrian mengajak Mia Karmila.

Mia Karmila merenung Adrian dengan dahi yang berkerut seolah tidak menyangka itulah tujuan utama Adrian datang ke rumahnya itu.

Adrian hanya tersenyum-senyum sambil mengangkat-ngangkatkan keningnya seolah tidak sabar menunggu persetujuan gadis pujaannya itu.

“Nak ke mana?...”

“Ke mana-mana sahaja. Menonton wayang atau pun minum-minum, asalkan kita boleh bersama hari ini!..” dengan nada ceria dan penuh harapan, Adrian menjawab.

Mia Karmila melengung seketika sambil matanya memandang syiling ruang tamu rumahnya itu seolah sedang mencari idea.

“Kenapa? Mia dah tak mahu ke keluar dengan Andy?” Adrian bertanya seolah tidak sabar bila melihat Mia Karmila melengung tanpa suara begitu.

“Tak!.. bukan begitu!..” balas Mia Karmila agak gugup.

“Habis tu, kenapa Andy tengok Mia macam keberatan ajer nak terima pelawaan Andy tu?...” ada riak gusar dalam suara Adrian.

“Mia kena siapkan assignment yang perlu dihantar esok!..” jawab Mia Karmila agak perlahan.

“Eh!.. Kan Mia dah habis periksa hari Khamis lepas? Macam mana masih ada assignment yang nak kena hantar?” soal Adrian, jelas agak ragu dengan jawapan Mia Karmila itu.

Mia Karmila terkedu. Dia terlupa yang Adrian tahu bahawa dia telah pun selesai mendudukki peperiksaan kertas akhirnya tempoh hari. Hakikatnya Mia Karmila memang masih belum bersedia untuk berduaan sahaja dengan Adrian selepas apa yang berlaku malam tadi. Dia khuatir Adrian hanya berjanji di hujung bibir sahaja tadi.

“Eeerrr… periksa memang dah habis tapi assignment untuk project paper yang akhir tu, pensyarah kata boleh hantar paling lewat esok. Sebab itulah Mia nak kena siapkan kerana selama ni Mia asyik sebuk bersedia untuk periksa sajer!..” Mia Karmila terus cuba meyakinkan Adrian.

“Jadi, Mia tak bolehlah temankan Andy petang ni?...” kedengaran nada suara Adrian yang agak kecewa.

Sorry lah Andy!.. Bukan Mia sengajakan!..” balas Mia Karmila dengan harapan Adrian tidak berkecil hati.

Sebenarnya Mia Karmila sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba sahaja dia merasakan sudah tidak kesah samada Adrian masih mahu keluar bersamanya atau tidak kelak. Dia bagaikan sudah tidak mengharapkan kehadiran Adrian untuk menceriakan hidupnya sepertimana selama ini ketika sering kesepian apabila ayah dan mamanya tidak pernah punya masa untuk bermesra dengannya. Sejak malam tadi hati Mia Karmila merasa lebih tenang dan tenteram tanpa kehadiran lelaki itu.

“Okey!.. Andy faham. Mungkin lepas ni, bila Mia dah habis belajar dan tak sebuk-sebuk lagi pasal periksa, kita boleh keluar bersama selalu!..” akhirnya Adrian terpaksa menerima hakikat yang dia terpaksa keseorangan tanpa Mia Karmila lagi petang itu.

“Ya, of course!.. Bila Mia dah free nanti, mungkin kita boleh pergi menonton atau minum-minum bersama!..” Mia Karmila cuba memberi harapan.

Selepas berbasa basi seketika, kelihatan Mia Karmila yang menghantar Adrian sehingga ke pintu, memerhatikan sahaja Adrian melangkah menuju ke keretanya yang dipakirkan di halaman rumah banglow mewah itu dengan riak wajahnya yang jelas nampak kecewa kerana apa yang diharapkannya pada awal tadi tidak menjadi kenyataan. Sempat Adrian melambaikan tangannya kepada Mia Karmila yang masih berdiri di muka pintu memerhatikannya sebelum keretanya mula mengaum meninggalkan kawasan rumah banglow mewah itu.

“Hello, Zetty!..” kedengaran Adrian menegur sebaik panggilan telefonnya dijawab, setelah lebih kurang lima belas minit dia meninggalkan rumah Mia Karmila.

“Hei Andy!.. what’s up?” Zetty bertanya dengan nada ceria.

You free ke sekarang?”

“Yup!..”

“I nak jumpa you!..”

“Di mana?”

“Di mana sahaja asalkan I ada teman untuk menghiburkan hati I...” balas Adrian dengan suara yang agak tegang dan berbaur kecewa.

Sementara Zetty pula terus tersenyum lebar dengan rasa puas menerima undangan yang tidak diduganya itu.

7

“Huuuh!...” kedengaran Mia Karmila menarik nafas dalam-dalam seolah mengeluh sambil menutup komputernya setelah lebih sejam ber’chatting’ dengan kawan-kawannya di facebook dan twitter.

Tinggal berseorangan di rumah sepanjang pagi memang amat membosankan Mia Karmila. Adik lelakinya Khairil, awal-awal lagi sudah keluar ke kelab kerana ada latihan tennis dengan kawan-kawannya yang sama-sama sedang bercuti semesta Universiti, manakala mamanya pula tak habis-habis sebuk dengan persatuan wanita yang diterajuinya bersama Puan Sri Zalina.

Mia Karmila sendiri tidak tahu apa yang harus dibuatnya sementara menunggu keputusan peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang baru selesai didudukkinya itu. Ayahnya ada mencadangkan agar dia datang ke pejabat ayahnya untuk belajar-belajar membiasakan dirinya dengan suasana pejabat sebelum dia benar-benar dilantik untuk memegang jawatan di syarikat ayahnya itu, tetapi Mia Karmila menolak kerana mahu berehat-rehat dahulu sambil menghilangkan stress setelah berhempas pulas sebelum peperiksaan tempoh hari.

Tiba-tiba Mia Karmila teringat poster Karnival jualan buku oleh Syarikat Karangkraft di ibu pejabat mereka di Shah Alam sebagaimana yang dilihatnya dalam facebooknya pagi tadi. Teringin pula Mia Karmila mahu ke sana. Lalu segera Mia Karmila bersiap-siap mahu ke karnival itu dengan harapan dia akan dapat mencari novel-novel dari penulis kegemarannya dan juga buku-buku lain dengan harga yang lebih murah dari di kedai biasa.

Tanpa Mia Karmila menyedarinya, sepasang mata yang tenang dan redup seolah terpaku ke arah Mia Karmila yang sedang sebuk membelek-belek buku-buku yang bercorak keugamaan setelah Mia Karmila mendapatkan novel-novel yang dicarinya tadi.

Mata itu terus bagaikan terpesona melihat Mia Karmila yang begitu asyik memilih buku-buku ugama. Ingin hatinya menegur Mia Karmila tetapi terpaksa dimatikannya sahaja niatnya itu kerana khuatir Mia Karmila tidak mengenalinya dan dia juga tidak mahu kesungguhan Mia Karmila mencari buku-buku ugama itu akan terbantut.

Setelah selesai membayar semua buku-buku yang dibelinya, Mia Karmila segera menuju ke keretanya yang dipakirkan tidak jauh dari tempat karnival itu tanpa menyedari yang segala gerak gerinya sedang diperhatikan.

Alamak!... bila pula tayar ni bocor?.. Macam mana ni?.. Apa aku nak buat ni?.. Mia Karmila mengeluh panjang sambil membongkok menekan-nekan tayar belakang keretanya apabila terpandang tayar itu telah kempis dan rapat ke bumi ketika dia mahu membuka pintu keretanya.

Segera Mia Karmila mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba menelefon Adrian. Mia Karmila jadi cemas bila Adrian tidak menjawab panggilannya walaupun telah dua kali dicubanya. Andy!.. kenapa tak jawab ni?... Jawablah cepat!.. Andy sedang mesyuarat ke?.. Mia Karmila terus mengomel dengan perasaan seolah tidak sabar apabila panggilannya yang ketiga juga tidak dijawab oleh Andy.

Dengan perasaan sebal, Mia Karmila segera pula menelefon ayahnya, tetapi sama seperti panggilannya kepada Adrian, tidak berjawab. Oh!.. ayah pun sedang mesyuarat ke?... Mia Karmila mengeluh kesal sambil menyimpan kembali telefonnya.

Kelihatan Mia Karmila mundar mandir ke depan ke belakang di tepi keretanya sambil menggomol-gomol kepalanya dengan kedua tangannya seperti orang yang tidak tentu arah. Jelas kelihatan riak cemas pada wajahnya yang sudah kemerah-merahan kerana pancaran matahari yang agak panas itu.

Mia Karmila terus memandang sekeliling dengan harapan ada orang yang datang ke pakir itu yang boleh dia meminta tolong. Namun harapan Mia Karmila hampa apabila tiada kelihatan seorang pun yang datang ke pakir itu. Dengan hati yang sebal dan cemas, akhirnya Mia Karmila tidak dapat menyeka air matanya dari gugur ke pipinya yang mulus itu lalu dengan rasa amat kecewanya dia bersandar di tepi keretanya, mengharap akan ada orang datang menolongnya.

“Assalamualaikum!...” kedengaran suara mersik menegur Mia Karmila yang masih teresak-esak di tepi keretanya.

Mia Karmila segera menyapu air matanya dengan telapak tangannya dan berpaling mencari suara yang menegurnya itu.

“Alhamdulillah!.. ada juga akhirnya orang datang!..” tanpa Mia Karmila sendiri menyedari entah bagaimana ungkapan itu boleh terucap begitu laju dari mulutnya sebaik terpandang sesusuk tubuh seorang lelaki berdiri di belakang keretanya. Lelaki itu juga agak terpegun mendengar ungkapan itu.

Mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Mata Mia Karmila yang masih berair dan anak mata yang tenang dan redup yang sedang memandang ke arah Mia Karmila bertembung dan bertaut buat seketika. Hati Mia Karmila tiba-tiba rasa bergetaran dan jantungnya bagaikan berhenti berdenyut apabila matanya terpandang senyuman yang begitu menggoda dirasanya, sedang terukir di bibir lelaki itu.

“Assalamualaikum!.. Ini Cik Mia Karmila kan?..” dengan nada yang agak teruja, lelaki itu memberi salam sekali lagi apabila melihat Mia Karmila hanya merenungnya tanpa mampu bersuara.

“Waalaikumussalam!.. Ya, saya Mia Karmila!.. Encik ni siapa dan macam mana tahu nama saya?..” balas Mia Karmila agak hairan sambil terus menyapu air matanya yang masih bersisa di kelopak matanya agar tidak dilihat oleh lelaki itu.

“Cik Mia Karmila tak ingat saya lagi? Tapi… iyalah… mungkin Cik Mia tak kenal saya sebab Cik Mia tak nampak wajah saya dengan jelas malam tu!..” jawab lelaki itu perlahan sambil terus melemparkan senyuman mesra yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

Mia Karmila tergamam sambil mengerutkan dahinya, cuba mengingati sesuatu.

“Eeemmm… Malam itu… malam bila ya?... Ooohhhh!... Encik Aiman ke ni?.. Apa Encik Aiman buat kat sini? Tak bawa teksi ke hari ni? Tak sangka kita boleh berjumpa lagi di sini!..” bertubi-tubi soalan yang meluncur laju dari mulut Mia Karmila bagaikan peluru machine-gun.

Mia Karmila bagaikan mahu meloncat kegirangan apabila sudah dapat mengingati dan mengenali siapakah lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Dia benar-benar tidak menyangka yang dia akan bertemu lagi dengan lelaki itu dalam keadaan yang sama iaitu di sa’at mana dia benar-benar memerlukan pertolongan. Oh!.. adakah ini lagi tanda ALLAH masih sayang padaku?... detik hati kecil Mia Karmila dengan rasa penuh kekaguman.

“Ya!.. saya Aiman. Saya tak bawa teksi hari ni kerana kawan saya yang bawa teksi tu. Jadi saya sengaja datang ke sini nak tengok kalau-kalau ada buku-buku yang menarik kerana saya dengar ada banyak potongan harga di karnival ni. Tapi… kenapa saya nampak Cik Mia Karmila sedih sangat ketika saya sampai tadi?..”

Dengan nada simpati dan tanpa mahu berselindung Shahriman bertanya bagai mahu memberitahu Mia Karmila yang sebenarnya dia telah nampak gadis itu menangis sebentar tadi.

“Eeerrrrr… sa… saya tak tahu apa nak buat!.. Itulah yang buat saya sedih tadi...” balas Mia Karmila perlahan kerana terasa agak malu dan tidak menyangka Shahriman nampak dia menangis tadi.

“Cik Mia tak tahu nak buat apa?” Shahriman yang masih tidak menyedari akan tayar kereta Mia Karmila yang bocor itu, bertanya lagi dengan nada agak hairan.

“Tu!.. tayar kereta saya pancit!.. Saya cuba telefon kawan saya nak minta tolong tetapi dia tak angkat telefon. Mungkin dia sedang sebuk kerja agaknya!.. Itu yang buat saya cemas kerana saya tak tahu nak buat apa!..” dengan nada sedih bercampur resah, Mia Karmila memberitahu sambil memuncungkan mulutnya ke arah tayar keretanya yang sudah kempis itu.

“Oooohhh!.. tayar kereta Cik Mia bocor ke?... Eeemmm… Cik Mia ada tayar spare tak?” Shahriman yang membongkok untuk melihat dengan lebih dekat tayar yang kempis itu, kemudiannya bertanya.

“Eeerrrr… entahlah!.. saya pun tak tahu!..” jawab Mia Karmila jujur.

“Haaa!.. Ini mesti kes, start engine terus jalan!.. Tak pernah nak ambil tahu pasal penyelenggaraan kereta!.. Betul tak?” dengan nada nakal, Shahriman berkata bagaikan sengaja mahu mengusik Mia Karmila.

Mia Karmila terkedu. Segera dia mendongak memandang tepat ke anak mata Shahriman seolah memprotes kata-kata lelaki itu walaupun hakikatnya segala apa yang dikatakan oleh Shahriman itu memang benar belaka kerana selama ini semua urusan penyelenggaran keretanya, waimma untuk mengisi minyak sekali pun telah diuruskan oleh Pak Manap, pemandu peribadi ayahnya. Memang menjadi tugas dan tanggungjawab Pak Manap untuk memastikan kereta Mia Karmila adalah dalam keadaan baik setiap pagi sebelum anak gadis kesayangan majikannya itu memandu sendiri keretanya untuk ke kuliah atau ke mana-mana.

“Ma’af!.. kalau kata-kata saya itu menyinggung perasaan Cik Mia. Saya hanya ingin bergurau!..” Shahriman segera berkata apabila menyedari reaksi Mia Karmila itu.

“Eeerrrr… tak mengapa. Saya faham dan saya bukannya marah tetapi hanya terkedu kerana apa yang Encik Aiman kata itu memang betul. Saya memang tak pernah ambil tahu pasal kereta saya ni kerana selalu semuanya diuruskan oleh Pak Manap, pemandu ayah saya. Itu sebab saya tak tahu samada ada ke tidak tayar spare tu!..” dengan nada terkilan dan seolah menyesal, Mia Karmila segera menerangkan.

“Oh, iya ke?... Okey, kalau macam tu, biar saya tengok kalau-kalau ada tayar sparekat dalam boot kereta ini kerana selalunya semua kereta mesti ada tayar spare,lebih-lebih lagi kereta canggih macam kereta Cik Mia ni..” ujar Shahriman sambil cuba mahu membuka boot kereta Mia Karmila.

Mia Karmila turut membongkok untuk menjengok apabila Shahriman telah pun membuka boot keretanya. Dia sendiri tidak pernah tahu yang tayar spare selalunya di simpan di boot kereta. Kegusaran dan kebimbangan Mia Karmila sebentar tadi terus lenyap apabila melihat Shahriman begitu bersungguh-sungguh mahu membantunya.

Hati Mia Karmila jadi bergetaran apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Shahriman ketika mereka sama-sama membongkok menjengah ke dalam boot keretanya itu. Jantung Mia Karmila bagaikan berhenti berdenyut apabila terpandang senyuman Shahriman yang menggoda, lalu segera Mia Karmila kembali menegakkan tubuhnya dan membiarkan Shahriman terus mencari tayar spare yang dimaksudkan.

8

“Eeemmm… Alhamdulillah, nasib baik ada tayar spare!..” kedengaran Shahriman memberitahu sebaik sahaja dia menyelak lapik getah yang menutupi tayar spare itu.

Mia Karmila yang hanya memerhatikan sahaja Shahriman cuba mengeluarkan tayar spare yang dikatakannya itu segera menarik nafas lega. Namun Mia Karmila jadi kembali bimbang apabila melihat Shahriman seperti tercari-cari lagi sesuatu dari boot kereta itu walaupun tayar spare tadi telah diletakkan di sebelah tayar yang kempis itu.

“Encik Aiman nak cari apa lagi?” tanya Mia Karmila agak hairan.

“Cari mechanical tools untuk membuka dan memasang tayar-tayar tu!.. Selalunya semuanya ada bersama tayar spare ni!..” jawab Shahriman sambil terus membongkok ke dalam boot kereta itu, mencari barang-barang yang dikatakan.

Sinaran matahari yang agak panas membahang ketika itu telah membuatkan kulit muka Mia Karmila lebih kemerah-merahan. Begitu juga Shahriman yang kelihatan berpeluh di dahinya. Mia Karmila jadi kembali resah kerana baru tersedar bahawa tanpa peralatan itu tentu Shahriman tidak dapat berbuat apa-apa juga untuk menukar tayar yang kempis itu.

“Eeemm… Alhamdulillah!... ada pun!.. tersorok di bawah kotak ni rupanya!..” kedengaran Shahriman berkata dengan nada yang amat lega sambil mengeluarkan kotak peralatan pembaikan kereta yang baru dijumpainya.

“Alhamdulillah!..” Mia Karmila turut mengucap syukur sambil tanpa menyedarinya telah mengukirkan senyuman manis ke arah Shahriman yang kebetulan sedang memandang ke arahnya.

Senyum berbalas senyum, tanpa sebarang suara mengukir rasa. Bagaikan hilang sudah kata-kata walaupun hati ingin berbicara. Hanya sinar mata mereka terus bertaut, cuba mencari persefahaman akan apa yang terlakar di jiwa.

“Eeemm… biar saya cuba tukarkan tayar kereta Cik Mia ni..” akhirnya Shahriman berkata lalu menghampiri tayar kereta yang kempis itu sambil mengeluarkan peralatan yang diperlukan dari kotak yang dijumpanya tadi.

Mia Karmila yang tidak tahu apa yang perlu dibantu hanya memerhatikan sahaja Shahriman memulakan apa yang hendak dibuatnya. Apabila Shahriman mencangkung, Mia Karmila turut mencangkung. Apabila Shahriman berdiri, Mia Karmila turut berdiri. Tidak berani Mia Karmila bertanya apa-apa kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi Shahriman yang begitu bersungguh-sungguh mengerjakan tugas-tugasnya.

Timbul pula rasa kasihan dalam hati Mia Karmila melihat Shahriman yang berpeluh-peluh bertungkus lumus menukar tayar keretanya itu di bawah terik matahari. Lalu segera Mia Karmila membuka pintu keretanya apabila tiba-tiba dia teringat akan payung yang memang terdapat di bawah tempat duduk belakang keretanya.

Mia Karmila segera berdiri betul-betul di belakang Shahriman yang masih terbongkok-bongkok memulas skru alat penaik tayar yang agak ketat itu, sambil memegang payung yang sudah dibukanya itu bagi memastikan lelaki itu akan terlindung dari panas matahari yang sedang membahang itu.

“Alhamdulillah!.. ada juga orang ingat nak payungkan kita!..” Shahriman berkata dengan suara nakal seolah sengaja mahu bergurau sambil mendongak memandang ke arah Mia Karmila yang sedang memerhatikannya dengan penuh minat.

“Kita cuba tolong apa yang terdaya sajer!.. Takut pulak kalau orang tu pengsan nanti sebab kena panas dan banyak berpeluh-peluh tu!..” Mia Karmila sendiri tidak tahu mengapa dia begitu seronok melawan suara nakal Shahriman itu.

“Eeemmm… kalau macam ni, nak tukar empat-empat tayar pun boleh!..” terus dengan suara nakal Shahriman semakin seronok bergurau.

“Iyalah tu!... satu pun terkial-kial, macam mana nak tukar empat sekali!..” sambil tertawa kecil Mia Karmila juga semakin seronok membalas gurauan Shahriman.

“Oooh!... pandai tuan puteri nak perli saya ya?.. Tak apa… tengok sajerlah nanti!..” ujar Shahriman pula sambil meneruskan apa yang sedang dibuatnya tadi.

Kedengaran Mia Karmila hanya terus tertawa terkekeh-kekeh mendengar suara Shahriman yang seolah merajuk kerana tidak menyangka lelaki itu juga pandai bergurau. Mia Karmila terus berdiri berhampiran Shahriman sambil memayungkannya agar Shahriman terus rasa selesa apabila terlindung dari terik matahari.

Hampir dua puluh minit, akhirnya Shahriman berjaya menukar tayar kereta Mia Karmila yang kempis itu. Sempat Shahriman membelek-belek tayar itu sebelum mahu memasukkan kembali ke dalam boot kereta.

“Eeemmm… ada paku yang tercucuk kat tayar ni!.. patutlah anginnya keluar!..” ujar Shahriman sambil menunjukkan paku yang dijumpainya terpacak ke dalam tayar itu kepada Mia Karmila.

“Eh!.. tak perasan pulak saya bila saya terlanggar paku ni, sebab masa saya parking tadi tayar tu elok ajer!..” komen Mia Karmila agak hairan.

“Selalunya kalau tayar tercucuk paku macam ni, ia tidak akan terus kempis kerana anginnya keluar perlahan-lahan. Mungkin Cik Mia Karmila terlanggar paku ni sebelum datang ke sini tadi agaknya!..” Shahriman memberi pendapatnya.

“Mungkin juga kot, sebab saya banyak berpusing-pusing di kawasan kilang tu tadi sebab tak tahu nak cari jalan ke sini... Nasib baiklah Encik Aiman ada tadi boleh tolong saya, kalau tidak memang saya kena balik rumah naik teksi lagilah nampaknya!..” sambil tersenyum lega Mia Karmila memberitahu.

“Itu tanda ALLAH masih sayangkan Cik Mia, jadi Cik Mia kena sujud syukur!..”

“Ya!.. memang itupun yang terfikir di hati saya tadi…”

“Terfikir apa?”

“ALLAH masih sayangkan saya dan DIA menghantar Encik Aiman lagi ketika saya dalam kesusahan!.. Tak tahulah saya macam mana nak balas jasa Encik Aiman!..” dengan nada yang agak sebak, Mia Karmila menjelaskan.

“Tak payah balas apa-apa pada saya. Bersyukur sahaja kepada ALLAH kerana segalanya adalah DIA yang mengaturkannya!.. Mohon yang baik-baik dariNYA pasti DIA akan memakbulkannya!..” dengan senyuman mesra yang terus terukir di bibirnya, Shahriman cuba mendekatkan Mia Karmila dengan ALLAH SWT.

“Eeeemmm… terima kasih banyak-banyaklah Encik Aiman di atas susah payah Encik Aiman tadi. Eeerrrr… berapa upahnya, Encik Aiman?”

Mia Karmila segera bertanya sambil mengambil beg tangannya apabila melihat Shahriman telah memasukkan kembali kotak peralatan dan tayar kereta yang kempis tadi kembali ke dalam boot kereta dan kemudian menutupnya.

“Tak mengapa!.. Saya tolong sajer tadi. Kan dah memang tanggungjawab kita menolong sesama insan yang sedang dalam kesusahan!.. Lagi pun bukannya susah sangat!.. Yang mustahak, Cik Mia Karmila boleh memandu kembali kereta ni dengan selamat..” balas Shahriman sambil terus merenung Mia Karmila dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

“Oh!.. janganlah begitu Encik Aiman!.. Nah, ambillah duit yang tak seberapa ni. Kalau pun bukan sebagai upah tetapi gunalah untuk belanja Encik Aiman makan tengahari ni!..” Mia Karmila terus mendesak sambil menyuakan dua keping note RM50.00 ke tangan Shahriman.

Hati Mia Karmila tiba-tiba bergetaran apabila anak matanya bertembung lagi dengan anak mata Shahriman yang tenang dan redup yang sedang merenungnya.

“Okey!... oleh kerana Cik Mia Karmila benar-benar nak saya terima wang ini, maka saya terima jugalah kerana saya tak mahu dianggap sombong menolak rezeki yang ALLAH dah tetapkan untuk saya. Dan saya terima ini bukan sebagai upah tetapi sebagai menghargai keikhlasan seorang sahabat yang hendak belanja saya makan tengahari ni.. Jadi, tak perlulah banyak sangat ni, sekeping ni pun dah cukup!..”

Akhirnya Shahriman berkata sambil menerima wang yang disuakan Mia Karmila tadi tetapi memulangkan kembali yang sekeping lagi ke tangan Mia Karmila.

“Terima kasih sekali lagi Encik Aiman kerana sudi menerima saya sebagai sahabat Encik Aiman!.. Saya amat bersenang hati menjadi sahabat Encik Aiman!.. Eeerrr… Encik Aiman hendak ke mana selepas ni? Marilah saya hantarkan!..” dengan nada yang ceria Mia Karmila mempelawa.

“Eeemmm… tak mengapa Cik Mia. Saya datang naik motor dan itulah sebabnya saya lalu di sini tadi untuk nak ambil motor saya yang saya pakir di hujung sana tu!..” balas Shahriman sambil memuncungkan mulutnya ke arah tempat di mana banyak motorsikal dipakirkan.

“Oh, iya ke?... Kalau begitu, tak mengapalah!.. Terima kasihlah kerana menolong saya tadi..” ujar Mia Karmila sambil membuka pintu kereta dan memboloskan dirinya di tempat pemandu.

“Sama-sama!.. Pandu baik-baik ya cik Mia!.. Semoga Cik Mia selamat sampai ke rumah atau ke mana sahaja tempat yang Cik Mia tuju… Tapi jangan lupa solat dan sujud syukur supaya ALLAH akan terus sentiasa menjaga keselamatan Cik Mia!... Assalamualaikum!..” sambil terus tersenyum mesra Shahriman cuba mengingatkan sebelum Mia Karmila mahu menutup pintu keretanya.

Mia Karmila bagaikan terkedu mendengar kata-kata Shahriman. Tangannya yang mahu menutup pintu kereta bagaikan terhenti. Mia Karmila memandang tepat ke arah Shahriman, cuba memahami apa maksud yang tersirat dari kata-kata lelaki itu.

Mata mereka bertautan lagi seketika apabila kebetulan Shahriman memang masih memerhatikan Mia Karmila dengan senyuman yang terus terukir di bibirnya. Mata bertentang mata, lidah kelu untuk berbicara. Akhirnya Mia Karmila hanya mampu menelan air liurnya sebelum menutup pintu keretanya.

“Waalaikumussalam!.. Insya-ALLAH, saya akan buat apa yang Encik Shahriman kata tu!.. Semoga kita jumpa lagi!..” sempat Mia Karmila melambaikan tangannya sambil melemparkan senyuman manis bagi membalas senyuman mesra Shahriman itu sebelum menaikkan cermin tingkap dan mula menghidupkan enjin keretanya.

Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.