Home Novel Keluarga SEINDAH TAKDIR CINTA
SEINDAH TAKDIR CINTA
Kamsiah Abu
7/12/2012 18:17:17
236,320
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 20

Apanak heran, bro. Sekarang perempuan lebih ramai daripada lelaki kat KL ni, jadi mamat tu tentu tak lepas peluang kalau ada perempuan yang nak ikut dia. Mahu pulak kalau mamat tu orang kaya macam lu, mesti perempuan-perempuan tu ikut ke mana-mana aje,” komen Adam Hadi dengan nada nakal.

“Eh Adam, tak baik tau lu tuduh perempuan tu macam tu. Lu tengoklah perempuan-perempuan tu semua sopan-sopan aje. Entah-entah mereka tu adik-beradik ke, mana kita tahu. Ataupun mungkin memang mereka sengaja datang bertiga kerana kalau berdua aje lelaki dan perempuan akan mudah timbul fitnah nanti. Perempuan yang solehah takkan berdua-duaan sahaja dengan lelaki bukan mahramnya kerana yang ketiga nanti adalah syaitan. Maka sebab itulah agaknya dia ajak seorang lagi kawan mereka itu,” sampuk Rashid bagaikan seorang ustaz, cuba menasihati kawan-kawannya. Entah mengapa hatinya bagaikan tidak rela kawan-kawannya mengutuk Rodhiah.

“Alamak bro, bila lu jadi ustaz?” perli Jafril sambil tertawa geli hati.

“Kenapa? Kalau cakap pasal agama aje mesti jadi ustaz ke? Dah gua tahu sikit-sikit pasal hukum Islam, jadi salah ke kalau gua nak kongsi dengan lu orang?”

“Lu orang tahu tak, walau macam mana pun kita bersosial tapi pasal agama kita tak boleh ambil senang. Nanti dalam kubur macam mana kita nak jawab kalau kita tak nak ambil tahu pasal agama,” ujar Rashid bagaikan bertazkirah kepada kawan-kawannya itu.

Kelihatan Adrian, Jafril dan Adam Hadi agak tergamam kerana tidak menyangka Rashid boleh berkata begitu kerana selama ini Rashid tidak pernah menasihati mereka sehingga begitu sekali walaupun mereka tahu yang kedua-dua ibu bapa Rashid memang agak alim orangnya. Ada tak ada pun Rashid sekadar mengingatkan mereka agar tidak terlalu terikut-ikut cara kehidupan barat ketika mereka sama-sama belajar di United States dulu.

Hati Adrian benar-benar terusik dengan kata-kata Rashid itu. Adakah sebab aku tak mengambil berat tentang hukum agama Islam maka Mia menjauhkan dirinya daripada aku? Bisik hati kecil Adrian.

“Betullah apa lu kata, bro. Gua pun kadang-kadang terfikir jugak pasal tu. Lu ingat tak masa kat States dulu ada seorang pelajar Malaysia yang mati ketika sedang enjoy kat disco? Gua dengar paru-paru dia macam tak berfungsi tiba-tiba sebab banyak sangat minum minuman keras dan merokok. Huh, bila ingat-ingat tu, gua jadi takut sangat bro,” ujar Adam Hadi sebagai menyokong kata-kata Rashid.

“Dan sebab tulah lu terus berhenti hisap rokok?” soal Adrian.

“Hmm...” Adam Hadi hanya mengangguk.

Thanks, bro.banyak ilmu yang dapat kita pelajari dalam masa singkat ni. Tak rugilah gua belanja lu orang hari ni,” ujar Adrian sambil menepuk lembut bahu Rashid yang duduk di sebelahnya.

“Betul, betul, gua pun setuju dengan apa yang Andy cakap tu. Thanks, Rash. Lu banyak buat gua sedar hari ni,” ucap Jafril yang bagaikan terkedu sejak tadi turut menepuk lembut bahu Rashid.

“Berkongsi perkara yang boleh memberi kebaikan kepada sesama manusia boleh dikira sebagai ibadah jugak. Jadi kalau tak dapat nak buat pahala banyak-banyak pada ibadah lain-lain yang kita pun mungkin tak mampu nak buat, maka gua cubalah cari pahala dengan cara-cara yang mudah macam ni,” ujar Rashid sambil tersenyum mesra.

“Huh, gua cemburulah sama lu, Rash. Gua ingat lepas ni gua pun nak pergi belajar agama jugaklah walaupun sikit-sikit dulu. Gua rasa kita dah banyak buang masa untuk enjoyaje masa kat overseadulu,” sampuk Adam Hadi pula.

“Baguslah tu, Adam. Semoga ALLAH akan permudahkan niat lu itu dan semoga lu pun akan dapat awek yang sopan-sopan macam mamat yang Andy tunjuk tu. Lu tahu tak, gua ada terdengar satu ceramah oleh seorang ustaz bercakap pasal jodoh kita bahawa ALLAH ada berfirman, hanya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Maka kalau kita nak awek yang baik-baik maka kita pun kenalah baiki diri kita dulu” ujar Rashid bertazkirah bagaikan seorang ustaz.

Adrian yang mendengar kata-kata Rashid itu terkedu. Dia tidak tahu mengapa hatinya tiba-tiba rasa sendu dan tanpa dia menyedarinya telah terlontar keluhan yang dalam daripada bibirnya. Cepat-cepat Adrian menyedut straw minumannya bagi menyorokkan reaksi yang tidak disengajakannya itu apabila tersedar kawan-kawannya memandang ke arahnya, walaupun tiada apa-apa yang terucap daripada mulut mereka.

So, malam ni punya program macam mana?” soal Adam Hadi memecahkan kesunyian.

Cancel ajelah,” cadang Jafril spontan.

“Kenapa?” soal Rashid berkerut dahi.

“Tak apa ke kita berkaraoke?” soal Jafril.

“Apa salahnya kalau kita sama kita aje? Asalkan kita tak buat maksiat atau berdua-duan dengan perempuan yang bukan muhrim kita. Setakat berkaraoke untuk menghiburkan hati aje, tak mengapa,” jelas Rashid.

“Kalau macam tu, tak bolehlah gua nak bawa awek gua,” ujar Adam Hadi sambil tersenyum nakal.

“Hei, bila pulak lu ada awek?” soal Jafril, sengaja mengusik.

“Apa awek-awek ni? I rasa kita ni dah macam budak-budak mat rempitlah pulak dengan bahasa yang caca marba ni. Mengapa tidak, mulai dari sekarang kita jadi lelaki yang berkeperibadian tinggi dan matang, kerana bila you alldah mula bekerja nanti, kenalah you alltunjukkan contoh yang baik kepada pekerja-pekerja dan yang pentingnya kewibawaan you allketika berurusan dengan pelanggan atau pelabur di syarikat tempat you allbekerja nanti! Tak ada lagi lu gua atau awek mawek yang mengarut-ngarut ni. Kita gunakan bahasa yang betul walau dalam situasi mana pun ketika berkomunikasi. Macam mana? Okey?” celah Adrian tiba-tiba.

“Hah, you alldengar tu kawan-kawan. Sekali Pengarah Urusan muda ni buka mulut, tak terjawab kita dibuatnya. You has really shown your leadership and charismatic qualities, bro,” komen Rashid sambil menepuk lembut bahu Adrian.

“Hisy, ada-ada ajelah you ni Rash. Anyway, kalau you dah boleh kongsi sedikit ilmu agama dengan kami tadi, jadi I rasa tak salah kan kalau I jugak dapat kongsi sedikit ilmu motivasi dengan you allsemua untuk bagaimana nak jadi orang yang berjaya dalam kerjaya kelak,” balas Adrian sambil tersenyum mesra.

Well, very good.Sekurang-kurangnya sekarang bukan aje perut kita yang kenyang tetapi minda kita pun berisi dengan ilmu yang boleh kita manfaatkan. Tak rugi kita berjumpa hari ni,” ujar Jafril.

Adrian, Adam Hadi dan Rashid mengangguk-angguk tanda bersetuju.

“Err... to be frank,I memang seronok dapat jumpa you allni, tetapi I mintak maaf banyak-banyak sebab tak boleh nak berlama-lama. I ada mesyuarat pukul 3.00 nanti. Jadi macam mana? Dah habis makan ke semua? Boleh ke kita beredar sekarang kerana dah dekat pukul 2.00 ni?” ujar Adrian sambil melihat jam tangan.

No problem. Kami faham tugas you, Andy. Esok-esok kalau kami dah kerja pun pasti akan terkejar-kejar masa macam you,” ujar Adam Hadi sambil memandang Jafril dan Rashid seolah-olah memohon sokongan.

“Betul apa yang Adam kata tu. Anyway, kami ucapkan terima kasih banyak-banyak pada you Andy kerana belanja kami makan hari ni. Nanti kalau kami dah kerja, kami akan belanja you pulak,” ujar Jafril menyokong Adam Hadi.

“Betul ke you allnak belanja I? Tapi kalau you all bertiga nak belanja I seorang, tak mainlah kalau restoran macam ni aje,” balas Adrian dengan nada nakal.

“Alamak, bukan main lagi dia demand,” usik Jafril mengusik sambil tertawa terkekeh-kekeh sebelum bangun mengikut Rashid dan Adam yang sudah pun berdiri untuk beredar.

“Alang-alang nak belanja, apa salahnya kan? Err... you all tunggu kat luar sekejap ya, I nak uruskan bil bayaran dulu,” ujar Adrian terus dengan nada nakal sebelum turut bangun apabila melihat kawan-kawannya yang bertiga itu sudah mula mahu beredar dari meja mereka itu.

Sempat Adrian berpaling seketika ke arah meja Mia Karmila apabila kawan-kawannya telah pun beriringan menuju ke pintu restoran. Hati Adrian bergetaran apabila matanya bertembung lagi dengan anak mata Mia Karmila yang kebetulan sedang turut memerhatikannya Oh Mia, spontan jelas kelihatan bibir Adrian bergerak-gerak menyebut nama Mia Karmila tanpa disedari.

Mia Karmila yang perasan reaksi Adrian itu hanya mampu menelan air liur, menahan hatinya yang juga tiba-tiba rasa bergetaran tidak menentu. Mia Karmila tidak tahu mengapa dia harus rasa bergetaran begitu kerana baginya sama ada Adrian dapat menerima perubahan penampilannya itu atau tidak sudah tidak memberi apa-apa makna padanya.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.