TERKOCOH-KOCOH
si budak bilik sebelah menghulurkan beberapa keping surat padanya. Filia
terpingga-pingga. Di pandang rakan sehostelnya itu. “Nor, ini surat apa?”
Nor
sengih kemudian ketawa bisu. “Peminat rahsia. Dia silap hantar, nama kita
berdua bemula dengan Nur kan? Jadi yang kawannya si posmen tukang hantar ni
ingat Nur itu aku? Bila aku baca dan baca baru aku tahu N.U.R itu kau bukan aku N.O.R.”
Ketawa
rakan-rakan yang berada di situ pecah.
Tira
pegang bahu Filia. “Kecewa Farhan nanti bila dia tahu yang Filianya ada peminat
rahsia.”
Mata
Nor membulat “Filia kau dengan Farhan Nerdy lagi skema itu bercinta? Biar
betul?”
Filia
geleng. “Mana ada. Kawan sajalah.”
Nor
mengeluh lega “Nasib baik bukan, kalau tidak jatuh saham kau. Farhan dengan kau
tak sesuailah, kawan. Dia tu apa ada. Nak kata kacak jauh sekali dan peminat
rahsia kau ni boleh tahan juga orangnya. Aku dah siasat nama dia Redza, budak
akaun.”
Filia
garu kepala. Di pandang Tira. Tira angkat bahu.
“FARHAN
kau rasa aku patut keluar dengan Redza atau tidak?”
Farhan
diam. Sudahlah dalam beberapa hari ini mereka jarang bertemu. Dia sibuk dengan
persembahan di sana sini. Filia pula sibuk dengan kuliah dan projek
kamsis(hostel). Dia faham itu akan tetapi takkanlah kedatangan ibu dan bapanya
pun tidak di beritahu. Dia dapat tahu pun dari mulut Tira yang becok bercerita.
Farhan mengeluh. Kenapa aku kisah pulak
ni. Dia mendesis. Paling tidak tahan, Filia ada peminat rahsia. Damn!
“Farhan,
kau dengar ke tidak?” tegur Filia.
Farhan
angguk. Siapa dia untuk menghalang? Kalau Filia pun sukakan peminat rahsia dia.
Siapa yang tidak suka dan terharu kalau ada seseorang yang menyukai kita dalam
diam?
“Ikut
kata hati kau. Lagi pun aku tengok budak Redza ni syarat dia baik juga, kacak,
bergaya, mutu dan keunggulan.”
Filia
senyum kelat.“ Seriuslah sikit.”
Farhan
ketawa, ketawa yang di paksakan sebenarnya. “Aku seriuslah ni. Kalau kau suka
dia, keluar dengan dia, kenal hati budi dia. Kalau tidak pun just keluar juga
dan cakap terus terang dengan dia. Dia pasti faham. Manners. Understand!”
ANGIN
PANTAI menyapa pipi. Filia memeluk diri. Kesejukan terasa di sapa angin petang
yang tiba selepas hujan reda. Senyuman di lemparkan semanis mungkin kepada
jejaka di sisi. Jejaka itu mengangguk perlahan. “Jadi, awak sukakan orang
lain.”
Filia
keras. Kaku. Kelu. “Redza saya hargai perasaan awak dan jujur saya terharu tapi
itulah apa yang saya rasa. Saya harap awak faham.”
Filia
sendiri tidak tahu apakah masih ada peluang untuknya mendapat seseorang yang
begitu menyukainya seperti ini. Namun dia tiada pilihan. Apa pilihan yang dia
ada pun? Dia sendiri kurang pasti.
Redza
bersuara memecah sepi. “Dia tu senior awak kan? Saya ada dengar awak dan dia
bersahabat baik kan?” Filia angguk kemudian geleng. Redza ketawa perlahan. “Awak
ni kelakarlah. That’s
why I
like you. First time saya jumpa awak masa
awak bergaduh dengan senior awak tu. At that time, saya rasa awak
ni memang yang jenis ikut kepala sendiri.”
Pipi
Filia memerah. Biar betul?
“Saya
cuba nak dekat dengan awak tapi setiap kali tak berhasil, senior awak lagi
cepat dari saya.”
Filia
renung wajah Redza. “Awak buat saya rasa seram.”
Redza
sengih. “Don’t
be. Truly to say I am not that kind of the crazy maniac secret admire, okay?”
Filia
terus ketawa. “And
truly to say too, saya rasa kalau awak tak
keberatan, saya suka kalau boleh berkawan dengan awak. You really like a fun
person. Comfortable person.”
Redza
senyum nakal. “And
that’s mean you start to like me or what
?” Redza merenung terus ke dalam anak mata Filia.
Filia
melarikan pandangan. “And now you sound like a jerky player!”
Redza
ketawa di sambung pula dengan tawa Filia.
FIKRI menampar
perlahan lengannya yang di gigit nyamuk.
“Farhan, kalau iya pun nak mengintai carilah tempat yang strategik. Ini tempat
penuh nyamuk da…”
Farhan
menekup mulut Fikri, “Diamlah. Dia orang dengarlah nanti.”
Fikri
ketawa bisu. “Kawan, nak dengar apanya kita duduk jauhlah satu meter pun tak
sampai. Redza dan Filia nampak macam orang lidi aja dari sini.”
Farhan
buat tidak endah. Ketawa mereka berdua bagai menikam jantungnya.
“Farhan
kau ni dah parahlah. Kau nak aku telefon bonda pinangkan Filia untuk kau?
Itulah, dulu kata tidak sekarang apa cerita?”
Farhan
terus angkat kaki. Malas mahu melihat ‘drama’ di tepi pantai.
Fikri
geleng kepala. Hai anak raja sorang ni,
marah nampak.
FIKRI
MENYIKU FARHAN. Di hulurkan telefon
bimbit. “20 mesej? 10 missed call?”
Farhan
buat tidak endah. Gitar di ambil dan di petik talinya. Suaranya mula menyanyi
mengikut alunan petikan jemarinya.
Fikri
tepuk perlahan bahu sahabatnya itu. “Bro, hampir dua minggu
kot?”
Farhan
berhenti menyanyi. “Kau nak aku buat apa? Aku tengok dia gembira jadi aku tak
nak jadi penghalang itu saja. Lagipun aku ni kawan dia saja!”
Fikri
mengajuk cakap Farhan. “Bla bla... itu sajalah alasan kau. Kalau iya pun betul statement kau
tu, kau tak patut menghilang dan menjauhkan diri dari Filia. Binggung sekejap
budak tu aku tengok.”
Farhan
senyum tipis. Dicapai malas telefon bimbitnya. Di buka mesej.
Sms 1 : Farhan kau kenapa? Aku ada
buat salah?
Sms
2: Farhan kau ada masalah? Ceritalah..
Sms
3: My idol Ariel, are you okay?
Sms
4: Bro, kenapa ni? Kau buat aku risau. Aku ada buat salah kat kau ke?
Farhan
memicit kepala. Filia. Satu persoalan yang dia sendiri tiada jawapan. Dia
selesa menjalinkan persahabatan dengan Filia dan atas dasar itulah dia tidak
mahu merosakkannya. Sekarang dia sendiri keliru. Kemunculan Redza mengocak
tebing hatinya. Seperti hak miliknya di ragut dari hidupnya. Cintakah dia?
Benarkah perasaan yang di rasainya kini? Apatah lagi Filia sehingga kini masih tidak
mengetahui siapakah dia yang sebenar-benarnya. Dia takut. Jika kebenaran ini
dibongkar jurang antara mereka pasti akan menjauh.
“Fikri,
sejujurnya aku lega ada orang yang boleh jaga Filia. Nanti bila aku kembali ke
Sutrasia taklah dia terasa sangat.” Tutur Farhan tidak semena-mena.
Fikri
lalu meluku perlahan kepala Farhan.
Farhan
mengaduh. “Kau kenapa?”
Fikri
separuh menjerit. “Kau tu yang kenapa? Ayat yang sadis sangat tu kenapa? Filia
dia perlukan kau. Walau apa pun aku tahu dia jenis yang setiakawan. Tindakan
kau ni boleh buat dia sakit jiwa tahu tak?”
Farhan
cebik kemudian di ketap bibir. “Fikri, kau rasa aku… dah melampau sangat? Hati
aku. Sakit.” Di raup muka.
Fikri
pandang Farhan lama. “Maksudnya kau…?”
Farhan
angguk.
Fikri
terdiam terus. Sangkaannya langsung tidak meleset.
RUANG legar perpustakaan mula di penuhi para
pelajar. Peperiksaan akhir semester semakin hampir. Maka, di saat akhir
beginilah barulah kelam kabut pakat semua dok buka buku kejar ke perpustakaan.
Filia
meninjau ke sekeliling. Tira turut membuang pandangan. “Cari Farhan? Jangan
harap dia nak jengah ke sini. Petang ni kan dia ada show. Live
kat t.v. Kau tak tengok berita?”
Filia
geleng. Senyumnya tampak pudar. “Mesej aku langsung dia tak balas. Aku
risaulah. Hampir dua minggu aku tak jumpa dia.”
Tira
bersuara, “Filia cakap sajalah kau rindu dia. Farhan sihatlah. Kau tak payah
nak risau segala. Fikri kan selalu ada dengan dia. Apa-apa jadi pun mesti Fikri
akan inform
kau.”
Filia
kurang jelas mengapa Farhan berperangai seperti ini. Inilah kali pertama mereka
berenggang. Takkanlah sebab akhir-akhir ini dia rapat dengan Redza jadi Farhan
sengaja mengundur diri? Mungkinkah? Tapi Farhan tidak pernah mengatakan. Apatah
lagi meletakkan hubungan mereka atas dasar lain, selain atas nama persahabatan.
“
Tira petang ni teman aku kita pergi jumpa Farhan.”
Tira
ternganga. “Kau biar betul? Dahlah jauh. Tak naklah aku. Nanti Farhan terkejut
tengok aku. Lagipun dia tak tahu yang aku dah tahu siapa dia. Karang dengan aku
sekali kena serang.”
Filia renung Tira tajam. “Jadi kau tak nak
ikut? Baik, aku pergi seorang!” Filia sudah mengatur langkah seribu. Tira
mengejar dari belakang.
FIKRI
menggosok matanya. Benarkah dia tidak salah melihat? Berkali-kali
dipejam-celikkan matanya. Jeritan dari gadis itu mematikan keanehannya. “Filia
kau buat apa di sini dan... Tira pun ada juga?”
Filia
tidak terus menjawab matanya dikerlingkan ke arah beberapa orang krew dan
pengawal keselamatan.“Pertama sekali, boleh tidak kau beritahu mereka ini, kau
kenal aku?”
Fikri
segera mengerti lalu menghampiri dan memberitahu Filia adalah kenalannya.
Mereka angguk kemudian beredar. Di pandang Filia dan Tira. Filia tampak tenang.
Tira pula jelas tampak gusar.
“Kau
datang sini nak jumpa Farhan?”
Filia
angguk menjawab pertanyaan Fikri. Dia lalu berkata, “Fik, dia dah habis show kan,
jadi boleh tak kau bawa aku jumpa dia?”
Fikri
berfikir agak lama sebelum berkata, “Okey, aku boleh bawa kau jumpa dia tapi
hati-hati jangan sampai ketahuan dek wartawan.”
Filia senyum. “Terima kasih, Fikri.”
“Sebelum
itu, boleh aku tahu bagaimana Tira tahu semua ini? Bukankah kau dah berjanji
akan simpan rahsia?”
Pertanyaan
Fikri mematikan langkah mereka berdua. Tira sengih.
Filia
senyum. “Itu lain kali aku cerita, pokoknya Tira akan simpan rahsia ni dengan
selamat. Aku tak beritahu dia, cuma secara tidak sengaja Tira boleh tahu. Accindentally!”
ujar Filia.
Fikri
akhirnya mengangguk perlahan. “Baik, mari kita ke bilik Farhan.”
MATANYA
terpaku melihat Filia. “Fikri, kenapa kau bawa dia?”
Fikri
geleng. “Bukan aku! Dia sendiri datang khas nak jumpa kau.” jelas Fikri. “Tira,
jom, biar dia orang settle sendiri.” ajaknya lalu
mengatur langkah, Tira mengekori Fikri dari belakang.
Farhan
renung Filia. Kenapa dia datang sini? Dia
rindu aku? Takkan kot?
Filia
tunduk, mengelak dari memandang Farhan alias Ariel. Apa pun yang terjadi Filia tetap dan masih
menganggap Ariel idolanya. Sehingga sekarang pun kalau berhadapan dengan Ariel
dia masih terasa kekok. Walaupun dia sendiri jelas Ariel itu adalah sahabatnya
Farhan.
Sepi.
Suara hati mula berperang. Pagi tadi dia yang beriya mahu bersemuka dan kini
dia terdiam seribu bahasa. Farhan di lihat sihat dan tidak sakit. Memanglah,
kalau tidak bagaimana dia boleh bertenaga dan bersemangat dalam acara t.v.
Serentak
suara mereka bergema. “Filia!” “Farhan!” Selama hampir dua minggu tidak
berjumpa. Binggung. Terasa tidak terluahkan apa yang sebenarnya terpendam dan
terendam di hati?
Akhirnya
Filia terbangun. Automatik. Spontan. Filia terus mencapai tombol pintu.
“Kau
okey?” Farhan bersuara, lalu memaksa Filia menoleh.
Mata
Farhan ditentangnya. “Kalau okey, kau rasa aku akan datang sini?” Hilang terus
kejanggalan yang dirasainya tadi.
Farhan
pula lalu berkata, “Baik, just cakap apa yang kau nak
cakap.”
Filia
menarik nafas. “Aku ada terhiris hati kau? Kalau tidak pun, kenapa kau macam
nak menjauh dari aku? Tolong terangkan boleh?”
Farhan
senyum. “Kenapa? Kau rasa kehilangan?”
Filia
kerut dahi. Kita tanya dia? Dia tanya
kita balik? Soalan entah apa-apa pula tu? Dia nak jerat akukah?
Farhan
senyum lagi dan kali ini wajahnya tampak tenang.“Kebelakangan ni, aku sibuk show
sana sini. Sorry,
aku tak boleh nak ada dengan kau selalu.
Whatsoever,
there’s Redza along to help you. Dengar kata kau
dan dia sudah berpacaran. Good luck
for
both of you and your final exam.”
Bila
mana nama Redza di sebut Filia tanpa berfikir panjang terus menyepak kaki
Farhan.
Farhan
terus terduduk. Sungguh tidak
di sangka. Filia kau ini unpredictable sungguh? Filia
sudah melenting.
“Kau
sawan ke apa? Bila masa pula aku boleh ter ‘couple’ dengan dia? Kau tahu
tidak bercouple tu
bukan dalam list
aku? Aku kenal dia baru lagi dan dia hanya setakat kawan biasa.”
Dia benar-benar
naik angin. Farhan telan liur. Aku silap cakapkah?
“Filia
aku tidak bermaksud nak cakap macam tu tapi itu yang aku terdengar?”
Filia
cebik. “Kau dengar dari siapa?”
Farhan
membisu.
Filia
renung Farhan tajam. “Jadi, sebab tu kau menjarakkan diri dari aku? Mogok tak
nak bercakap dengan aku? Kebudakan sungguh! Sibuk dengan show
konon. Alasan!”
Farhan
masih mematung.
Filia
menyambung, “Siapa yang terasa kehilangan ni kau atau aku? Farhan takkan kau
sukakan…?” Filia terhenti di situ.
Terasa dia menjerat atau pun sebenarnya sedang terbelit dengan kata-kata sendiri?
Farhan
senyum sinis. “Cakaplah lagi apa hal berhenti? Habiskanlah… Seronok pula aku
dengar kau bermadah berhelah hari ini. Terubat terus rindu aku. Filia sayang, cakaplah lagi...”
Mamat ni memang
sengaja je kan... Banggang betullah. Filia mendesis geram. Marah dengan diri
sendiri yang sebenarnya, dah terlebih overdose marah Farhan sampai terbabas
terlanggar traffic light. Last-last sekali percuma je kena usik dengan Farhan.
Adus, obvious sangat ker aku nervous ni?
Farhan
berkata perlahan, “Jujur aku katakan kau istimewa dan tersangatlah bohong kalau
aku tidak terasa kehilangan teman baik aku.”
Filia
menarik senyum segaris. Kini hanya sepi yang menghuni bilik itu.
“Tira
macam mana dia boleh tahu?” Farhan tukar topik.
Filia
teragak-agak untuk menjelaskan, “Itu... Tira… dia... secara tidak sengaja
dia follow aku masa aku nak
hantar jaket jadi begitulah ceritanya… Sorry? ” Filia seakan
tersedar.
Mengapa
pula dia yang tergagap dan terserba salah ni memanglah hakikatnya dia bersalah
juga kerana tidak berhati-hati dalam menjaga rahsia dan mujurlah Tira yang
mengetahui dan bukannya orang lain. Sekarang ini kesnya dia dan Farhan tengah
bertegang pasal hal lain dan tiba-tiba… Filia terjerit kecil.
Farhan
ketawa. “Kenapa otak dah tak betul?”
Filia
menjeling tajam. “Yang kau tiba-tiba tukar topik apahal? ”
Farhan
cebik. “Yalah, madam.
Saya yang bersalah. Puas hati?”
Filia
menggetap bibir. Geram. Kecik besar kecik
besar je aku nampak jantan ni!
“Filia
kau dan Redza betul hanya kawan? Kalau macam tu bolehlah kau jadi girlfriend
Ariel nak?” Farhan senyum nakal. “Tawaran aku masih terbuka. Lagipun aku nak
tutup gosip yang mengarut tu.”
“Farhan,
sayang…” Dileretkan suaranya kemudian matanya dijegilkan, “Keputusan aku
muktamad. Aku tak nak!”
“Sejuk
hati aku, kau panggil aku macam tu. Kau
tak nak jadi awek Ariel? Baik, kalau macam tu Filia jadi awek Farhan boleh?”
Filia
juling mata ke siling. “Meremang bulu tengkuk aku dengar. Kau kalau bab nak
mengarut, menyakat memang terror.” Filia tepuk tangan memerli.
“Bulu
tengkuk pun tak ada. Dia yang mengarut kata orang.” Farhan gelak.
Sabar
Filia sabar. “Mangkuk! Orang Utan! Sewel!”
Mulutnya sudah tidak berlapik.
“Orang
utan yang sewel dan mangkuk inilah juga yang pernah jadi idola orang tu.”
“Kau
memang sengaja nak menyakitkan hati aku…”
“Tak
mengaku pula. Malulah tu.” Masa berlalu.
Filia tidak membalas. Kaki sudah di atur.
“Filia
nak keluar tu tolong tutup pintu rapat sikit. Terima kasih.”
Filia
mendengus kasar. Di hempasnya kuat daun pintu. Farhan tergeleng kepala. Mulut
aku ni pun satu kenapalah asyik terbabas saja. Filia terpacul semula di muka
pintu. Farhan tersentak. “Handphone tertinggal.” beritahu
Filia.
Farhan
menyuakannya pada Filia. “Antara Redza dan aku kau lebih sukakan siapa?”
Terangkat
dua inci kening Filia mendengar pertanyaan serius daripada Farhan.
“Aku
tanya kau ni, pekak ke apa?” tengking Farhan tiba-tiba.
“Kau apa hal pulak ni tadi bukan main sakat
aku sekarang ni nak marah-marah pula?”
Farhan
mengeraskan suara, “ Kau tak jawab soalan aku…”
“Soalan
apa yang kau tanya ni? Antara kita hanya sahabat dan kau tak berhak halang aku
berkawan dengan sesiapa pun. Jawapan tu sebenarnya dah ada pada diri kau
sendiri, dan aku rasa tak perlu untuk aku menjawabnya.” Filia sudah mula
bermain emosi.
“Filia
aku minta maaf.” suara Farhan mengendur
perlahan.
“Maaf?
Simpanlah maaf kau tu dalam almari.”
Aku cuba
untuk berbaik tapi sia-sia juga. Farhan kau kejam. Biarlah kali ini dia tidak
akan mengalah. Kalau Farhan masih sayangkan persahabatan ini dia sendiri yang
akan datang dan menjernihkannya kalau tidak… maka sebaliknya yang akan berlaku…
.