‘ARIEL BERCINTA
DENGAN Surya Alya!’. Gamat seisi dewan
kuliah dengan jeritan pelajar-pelajar perempuan yang meminati Ariel.
Shasha
menunjukkan muka depan majalah hiburan itu, “Filia kau tengoklah ini. Mereka
berdua ni memang tidak sepadan langsung.”
Filia
angguk, kemudian geleng. Sesaat kemudian dia jongket bahu. “Entah, no comment.”
jawabnya pendek.
Shasha kerut dahi. “Apa? Bukankah kau minat
juga dengan Ariel kan?”
Filia
senyum nipis, bawah bibir digigit. Kalaulah boleh di laung sekarang lega
rasanya hati. Sebulan telah berlalu. Sukarnya untuk dia menyimpan rahsia.
Kenapalah
dulu Shasha boleh ternampak album Ariel di dalam begnya. Ditariknya Filia masuk
ahli kelab peminat, dalam terpaksa dia merelakan diri. Terasa menyesal pula
sekarang ini.
“Sha,
hal dia biarkan sajalah. Asalkan dia bahagia. Aku gerak dulu.” Dia mula bangun.
Shasha
tidak puas hati. “Kau betul atau tidak ni. Surya ni sudahlah gedik. Dia ingat
dia cantik sangat. Kalau betullah cerita ni, aku ganyang perempuan ni.”
Bersemangat Shasha membangkang ‘percintaan’ Ariel.
Filia
ketawa sehingga mengalir air mata. “Macamlah kau berani sangat nak buat macam
tu. Tak takutkah di buatnya si Surya itu pun mak singa macam kau, gerenti masuk
Buletin Utama.”
Shasha
cebik bibir. “Cubalah dia serang aku balik. Aku nenek segala singa. Lagipun aku
presiden kelab. Jadi siapa yang nak jadi girlfriend Ariel harus berdepan
dengan aku.” ujar Shasha masih tidak habis dengan lagaknya.
Dalam
Filia dan Shasha sedang asyik berborak, Farhan menerpa duduk di sebelah Filia.
“Filia, ikut aku,” Beg sandang Filia sudah di ambilnya. Filia buat muka. Ini
sudah tentu nak ‘jelaskan’ mengenai gosipnya dengan Surya.
Shasha
meyampuk “Kau tak reti beri salam dulu, main terjah ikut suka hati.”
Farhan
memekakkan telinga malas mahu melayan karenah Shasha. “Filia, benda ini
penting,” desak Farhan. Filia merengus perlahan. Dia bangun.
Shasha
terkulat-kulat di tinggal begitu. “Filia, assignment ni macam mana.?” jerit
Shasha “Kau kata nak discuss di library.
Filia
melaung dari jauh “Malam ni aku datang ke blok kau.”
“TERUK
betullah, memandai saja dia orang reka gosip yang gila macam ni? Aku hanya
bertegur sapa sahaja dengan Surya, itupun masa kita selisih dengan dia di KLCC.
Siap ada kau dengan Fikri lagi, boleh dia orang tulis hanya aku dan Surya
sahaja. Siap makan malam ala romantik pakai lilin segala. Ingat penggambaran
filemkah apa?”
Filia ternganga, panjangnya dia
berleter, mengalahkan ibu aku. “Farhan, bertenang! Kau kalau dah mula bercakap
bukannya tahu nak berhenti.”
Farhan melabuhkan punggung, duduk
di sisi Filia.
Fikri memerhati sahaja gelagat
mereka. Nasi goreng di suap ke dalam mulut. Terfikir olehnya bagaimanalah
mereka berdua boleh menjadi sahabat? Walhal masing-masing ibarat kutub utara
kutub selatan. Hairan aku?
Farhan di lihat melepas nafas
perlahan. “Bukankah bagus macam ni. Tenang. Farhan kau jangan ikutkan perasaan
sangat, nanti kau boleh sakit jiwa. Tekanan perasaan yang melampau boleh
mengancam nyawa.” nasihat Filia.
Hening.
Farhan tongkat dagu. Berseleranya melihat Fikri menjamah nasi goreng. Perutnya
mula memalukan gendang. “Kak Timah, nasi pattaya satu, jus oren kurang gula
satu...”
Pesanan makanan secara tiba-tiba
oleh Farhan membuatkan muka Filia memerah menahan kegeraman. Dalam pada dia
tengah serius menasihati, boleh pula Farhan aci redah pesan makanan macam itu
sahaja.
“Farhan, kau pernah tengok gunung
berapi meletus di Malaysia tak?” lunak suaranya bertanya.
Farhan dengan muka tidak
bersalahnya bertanya, “La… kau pernah nampak? Di mana? Sempadan Siam?”
Filia menggepal penumbuk. “Kalau aku jatuhkan
bom ke muka kau, rasanya pasti otak kau berfungsi semula kan?”
Farhan
ketawa. Sensitip betullah minah ni.
Fikri
yang dari tadi enak menjamu selera menyampuk. “Filia, comellah bila kau marah.”
Filia
merenung mereka berdua lama. Farhan dan Fikri terdiam terus.
Farhan mula serius. “Iya, aku tahu. Akan
tetapi kali ini mereka agak melampau, aku bersabar selagi aku boleh bersabar.
Sekarang ini bukan saja peminat aku yang marah. Aku ni lagi membara.
Surya tu sudahlah perhubungannya
sesama rakan artis terlalulah rapat melebihi sempadan usia. Sesama jantina
mungkinlah agak terkawal tetapi yang berlainan semuanya dia nak sapu. Aku
dengar yang pangkat Datuk pun, dia kebas. Ini bukan gosip tapi fitnah. Kalau mak
bapak aku tahu, habislah berkecai kerjaya seni aku.”
“Farhan kalau pun kau marahkan
wartawan tak baik tuduh Surya yang bukan-bukan. Mungkin dia juga mangsa. Aku
tengok Surya lemah lembut sahaja. Kita tidak sepatutnya bersangka buruk dan
mengadili sikap seseorang kerana yang selebihnya akan terarah kepada kita.”
Filia,
kau tak tahu Surya tu macam mana. Kau tak tahu dunia artis ni macam mana. Namun, dia tetap angguk bersetuju. Dia tahu,
Filia hanya ingin menenangkannya. “Thanks,” ucapnya pendek.
Filia senyum. “Most welcome!”
“Idea!” Fikri terus bangun. Filia
dan Farhan terkejut. Filia mengusap dadanya. “Apa kata kau mengaku bahawa kau
sudah ada teman istimewa. Jadi takkan ada gosip liar tentang kau lagi.”
“Kau gila! Dia orang buat semua itu
sebab mahukan Farhan dedahkan ‘awek’ tak wujud dia.” bangkang Filia. “Paling
bahaya bila mereka ini dapat hidu siapa Ariel yang sebenarnya. Kau mahu
kehidupan peribadi Farhan terjejas?”
“Filia
nampaknya kau begitu mengambil berat hal Farhan. Why not
kau jadi awek Ariel?” Fikri angkat kening “What say you?”
Farhan
tenung Fikri tajam. Fikri membuang pandang ke arah lain.
Filia
kaku di situ, beberapa saat kemudian “Aku ada hal, nanti Tira cari pula ke mana
aku pergi. Aku janji nak temankan dia outing.”
“Filia, kau sahabat aku kan?” suara
Farhan menerpa perlahan.
Filia berkata untuk sekian kalinya,
“Aku tak nak terlibat dalam perkara ni. Betul aku sahabat kau. Aku sentiasa
menyokong kau tapi untuk menipu begini aku tak setuju!!”
“Baiklah,
aku tak nak paksa. Aku hormat keputusan kau. Filia, Fik, thanks!
Aku tahu kau orang risaukan aku tapi bila di fikirkan balik, biarlah aku
selesaikannya dengan Abang Murad.” Putus Farhan.
FILIA
dan Fikri termanggu seketika, sabar menanti panggilan dari Farhan. Filia mula
tidak sedap hati. Wajahnya mula menampakkan riak kerisauan. Bimbang sekiranya
Farhan melakukan perkara yang tidak masuk akal hanya kerana gosip itu.
“Fik,
aku gerak dulu.” beritahu Filia.
Fikri
mengajukan pertanyaan, “Kau nak pergi mana? Cari Farhan?”
Filia
tidak menjawab. Dia terus beredar.
Fikri
hanya mampu menggeleng kepala. Dia amat berharap dapat menyatukan mereka berdua
dalam keadaan ini, nampaknya semuanya terserah pada takdir.
KELEGAAN
jelas terpancar di mukanya. Akhirnya orang yang dicari, ditemui. Entah
bagaimana dia dapat merasakan Farhan bukannya pergi jumpa Abang Murad akan
tetapi datang mencari ketenangan di kawasan perbukitan ini. Filia memberi
salam. Mata Farhan membuntang, namun dia tetap membalas salam dan mempersilakan
Filia duduk di sisinya.
“Macam
mana kau tahu aku…”
“Ada di sini?” Potong Filia.
Farhan
angguk.
Filia
sengih. “Heh! Tak tahu pun! Aku main agak saja.”
Farhan
tunduk mencebik.
Kicauan
burung mengalunkan melodi indah mengisi kesunyian antara mereka.
Filia bersuara memecah kebisuan
“Farhan…”
Farhan menyahut perlahan, “Ya,
saya!” matanya masih melekat pada sekawanan burung yang seakan menari pabila
disapa sang angin.
“Hidup ini kalau tidak ada cabaran
bukan hidup namanya. Contohnya, kau jadi artis pastinya ada liku-liku yang kau
harus tempuhi. Akan tetapi kerana minat, sabar dan yakin pada diri. Kau tetap
teruskan langkah walaupun jatuh.”
“Aku pasti sebelum jadi artis kau
tentunya sudah dapat merasakan yang perkara sebegini pasti akan berlaku. Lumrah
alam. Tidak semua orang suka melihat kejayaan pada seseorang itu.”
Filia diam sebentar sebelum
meneruskan. Farhan hanya menjadi pendengar yang setia.
“Aku pelik juga dengan kau
sebenarnya, walhal sebelum ini banyak lagi gosip yang mengarut tentang kau tapi
kau sedikit pun tidak goyah tetapi sekarang?”
“Ada
tokoh jadi pakar motivasi rupanya sahabat aku ni.” Farhan berkata perlahan
tetapi tetap jelas di pendengaran Filia.
Filia
mencebik. “Itu mengata akulah tu. Kita ini bersungguh bagi nasihat kat dia boleh
pula dia kata macam tu?” Filia merajuk.
Farhan
ketawa. “Buruknya rupa. Aku gurau sahajalah. Whatsoever, thanks a lot! I’m really
appreciate
it.” Farhan merenung lama ke dalam anak mata
Filia tanda dia jujur menghargai dorongan dan sokongan dari Filia.
Filia berdehem kecil. Dia tidak
selesa di tatap sebegitu rupa. Panahan mata Farhan seakan mengocak benteng
hatinya. “Jom, hari pun dah petang sangat ni,”
Farhan tidak mengendahkan ajakan
Filia. Dia masih tidak berkutik walaupun sesaat.
“10 minit lagi. Aku nak tengok
matahari terbenam.” Suaranya seakan merengek. Manja.
“Mengada-ngadanya!” Filia terpaksa
menurut lalu duduk semula.
Indahnya. Langit bertukar menjadi
jingga disimbah sedikit warna seakan kemerahan. Filia punya impian mahu melihat
pemandangan ini dengan seseorang yang istimewa tetapi seringkali jua dia
melihat bersama Farhan. Pertama kali masa di pantai dan kali ini di sini.
Apakah ini suatu kebetulan yang aneh atau takdir sedang melukiskan sesuatu yang
tidak terduga buat mereka?
“Kau tahu tak kau dah merosakkan
impian aku?”
Farhan pandang Filia tidak faham.
“Maksud aku... ini kali kedua aku
tengok matahari terbenam dengan kau. Aku kan selalu angankan dapat tengok ini
dengan seorang yang istimewa tapi hancur…”
“Aku
pun sama juga Filia. Memang agak pelik bila lelaki mengharapkan benda yang
macam ini tapi pada aku, it’s a nice thing.”
“Tapi
kau mesti agak kecewa kan?”
“Kenapa
pula?”
“Yalah,
terpaksa melihat panorama nan indah ni dengan aku. Mana nak romantiknya tengok
dengan kawan kan? Tengok dengan awek barulah tangkap cintan.”
“Awek?
Siapa awek aku?”
“Surya
Alya.” Filia ketawa. Seronok dapat mengenakan Farhan.
Farhan
yang geram dengan telatah Filia spontan mencubit hidung sahabatnya itu.
“Sakitlah. Apa cubit-cubit ni!
Hidung aku ni hanya untuk suami aku je tau. ” Sejak bila Farhan dah berani sentuh-sentuh aku ni?
Giliran Farhan pula yang ketawa.
“Sebenarnya bagus juga tengok dengan kau. Kau pun istimewa juga di hati aku.”
Filia tergamam. Matanya membulat
kemudian mencebik. Dia tahu Farhan memaksudkannya tetapi dalam erti kata
seorang sahabat.
“Filia..”
“Hmm… saya!”
“Filia…”
“Apa
dia? Aku tahulah nama aku sedap tak payahlah nak panggil banyak kali. Aku masih
boleh mendengar bukannya pekak.”
“Jom
couple?”
Sepatah
kata dari Farhan memaksa Filia spontan berdiri membelakangkan Farhan.
“Aku
serius.”
Filia ketawa mendengar ajakan
Farhan. “Kau kalau iya pun tengah runsing dengan hal gosip tu. Janganlah sampai
nak buat lawak pula.” Terasa melucukan. Dia dan Farhan? Memang dashyat sungguh otak Farhan boleh pula dia fikir perkara luar alam.
Farhan senyum
nipis. Dia sendiri kurang pasti mengapa di saat Filia berkata tidak pada
cadangan Fikri, hatinya sedikit terguris. Apa yang kurang padanya sehinggakan
hanya untuk menyamar sebagai teman wanita, Filia tidak sudi.
“Kenapa? Kau tidak sukakan akukah?
Bukankah kau suka Ariel? Jadi kenapa kau menolak untuk menyamar sebagai teman
wanita? Apa alasannya?” Farhan jelas menuturkan apa yang dirasainya.
Filia binggung, dia memikirkan
Farhan mungkin keliru dan tertekan. “Aku rasa kau ini tidak demam, sihat masih
waras lagi. Apa yang tidak kena sebenarnya ni?”
Farhan memicit dahinya. Suhu badan
terasa makin panas meruap hingga ke kepala. Lembabnya,
takkan kau tak tahu apa sebabnya perempuan. Aku cintakan kaulah, Filia.
Farhan terkedu, mendengar suara hatinya sendiri.
“Sudahlah, cakap dengan kau serupa
bercakap dengan tunggul kayu!” Farhan sudah berjalan jauh meninggalkan Filia.
Filia terpingga-pingga, tidak
sempat memproses apa yang Farhan katakan.
“Filia, jom balik...” laung Farhan.
Filia menyahut sambil kelam kabut
berlari mendapatkan Farhan.