FILIA
MERENUNG siling di bilik Tira. Petang tadi dia sudah dibenarkan keluar dari
hospital. Sekarang dia bermalam di rumah Tira. Ibu dan ayah juga bermalam di
sini. Sebenarnya sejak sebelum dia menjalani pembedahan lagi. Mereka berdua risaukan
keadaan Filia lantas memutuskan untuk menumpang tinggal buat sementara waktu di
sini. Tambahan pula ibu dan ayah Tira sudah pun mengenali dan mesra dengan
mereka berdua sejak kedatangan mereka beberapa bulan yang lalu.
Farhan
sejak dari pagi tadi entah berapa kali menelefon dan menghantar mesej.
Jadualnya yang padat tidak memungkinkan dia menjemput Filia. Dia berasa begitu
bersalah. Oleh itu, dia berjanji akan datang awal menjemput Filia apabila mahu
ke kampung atuknya nanti.
Memikirkan
itu Filia jadi resah, dia mengeluh perlahan,“Tira aku rasa macam tak nak pergi
kampung dia.”
Tira
berpaling dari bacaan novelnya lalu menongkat dagu. “Kenapa pula? Bukankah kau
sudah berjanji hendak ke kampung dia, kenapa pula sekarang rasa tidak mahu?
Boleh anda ceritakan kepada saya?”
Filia
tepuk perlahan dahi Tira. “Buat main. Aku cakap serius ni.”
“Baiklah,
sebenarnya kenapa? Kau gaduh dengan dia lagi?” Tira bertanya sekali lagi. Dia
bangun duduk di birai katil, tangan di letakkan di bahu temannya itu. “Aku
tengok kau dan dia baik je?”
Dia
mengeluh perlahan, kemudian angkat bahu. “Entah aku sendiri tak tahu. Aku rasa
macam tidak sedap hati. Rasa lain macam saja. Farhan memanglah aku kenal tapi
keluarga dia? Dibuatnya dia orang ingat aku ini teman istimewa dia haru aku.”
Tira
senyum. “La... apa susah mengaku sahajalah. Memang betul pun kau teman
wanitanya!” gurau Tira.
Filia
menampar lengan Tira. Mata dijegilkan. “Kau kalau nak bergurau pun jangan benda
inilah. Aku dan dia hanya kawan.”
Tira
menjuihkan mulut. “Berkerak dah telinga aku dengar ayat yang sama itu berulang
kali. Cubalah sesekali ubah sikit, dah basilah ayat tu.”
“Memang
itu yang aku rasa. Aku dan dia hanya kawan. Katalah apa yang kau nak kata. Pada
aku hubungan persahabatan aku dan dia tidak akan berubah. Kami dah berjanji
ikat kontrak mati teman sejati selamanya.”
“Memanglah
hanya teman sejati bagi kau tapi pada pendapat aku teman sejati sehidup semati
selamanya bagi Farhan. Kau tahu tidak betapa tak tentu arahnya dia bila dapat
tahu pasal penyakit kau. Aku nampak sendiri dengan mata aku, dia hampir
menangis.”
Tira
sudah duduk menghadap Filia. “Kebelakangan ini pula aku tengok Farhan macam dah
tak nak cover
dia punya hidden
secret. Minggu lepas dia datang melawat kau
dengan identiti Ariel kan?” Filia angguk lemah. “Itu bermakna apa? Aku rasa kau
sendiri dah boleh agak.”
Kosong.
Entah mahu ditafsirkan sebagai apa perhubungan mereka tika ini. Tira
mengandaikan Farhan ada hati padanya. Dari pandangan dia, Farhan nampak biasa
sahaja. Baiklah ada kelainan sedikit, itupun sebab dia mengambil berat dan
bimbangkan kesihatan dia selepas menjalani pembedahan. Dia sendiri pun
sebenarnya risaukan Farhan. Dia bekerja sehari ke sehari, boleh pula berkejar
ke hospital kerananya. Dia bimbang Farhan jatuh sakit kerana dirinya. Pagi tadi
pun jenuh dia berkeras dengan Farhan agar jangan datang menjemputnya kalau dah
sibuk. Barulah Farhan mengalah.
“Lusa
ni ibu kau nak buat kenduri kesyukuran kan? Aku jamin seratus peratus dia mesti
akan cuba sedaya upaya untuk datang.” ujar Tira penuh yakin.
Filia
tertunduk lama merenung lantai, seketika kemudian matanya mula berkaca.
“Tira,
throw
away your prediction, aku dan dia hanya
boleh kekal sebagai kawan. Okey, mungkin kau akan kata aku takut segala yang
aku miliki dengan Farhan akan hilang. Ya, memang betul pun, aku takut
kehilangan kawan yang baik seperti dia.”
Suara
Filia seakan serak. “Dan lagipun aku tak rasa aku sesuai untuk dia. Dia tetap
Ariel!! Penyanyi popular tanah air! Itu kenyataan dan realitinya sekarang kau
cakap dia sukakan aku dan selama ini aku hanya sukakan seorang sahaja, orang
itu Farhan!! Farhan! Bukan Ariel!!” Merembes keluar air matanya.
Tira
sudah pun memeluk Filia. Dia mengusap lembut rambut Filia.
“Aku
minta maaf aku tak patut selongkar rahsia hati kau tapi aku terpaksa aku tak
suka tengok kau pendam perasaan seorang diri. Aku tahu sukar bagi kau
mengakuinya tapi sesekali tidak salah untuk kita menyatakannya walau hanya pada
diri sendiri. Selagi kau menolak semakin mendalam perasaan itu akan menguasai
hati kau.”
Aku
tahu kau sebenarnya keliru. Farhan kawan baik kau. Ariel pernah menjadi idola
kau. Satu saja yang tidak berbeza mereka berdua itu orang yang sama. Dia
cintakan kau cuma mungkin dia sendiri tidak berani menyatakannya, bimbang kau
akan menolak.” Tira membuat kesimpulan.
Filia
masih teresak menangis di dada Tira. “Tira tolong simpan rahsia ini.” Tira
angguk. “Jangan bimbang, selama ini pun aku selalu ada di sisi kau susah atau
pun senang kan?
Aku
lega kerana akhirnya kau jujur pada perasaan sendiri. Dahlah janganlah nangis,
hodohlah muka awak kalau menangis macam ini.” usik Tira cuba berseloroh.
Filia
akhirnya ketawa perlahan.
Terima kasih
teman, kau tak pernah tinggalkan aku sendirian. Dalam sunyi aku merasai
kehadiranmu, tika sakit kau setia menemaniku, dalam aku keliru dengan perasaan
sendiri, kau hadir menenangkan aku. Tira, kau sahabat aku dunia dan akhirat.
Pada-Nya aku meminta agar berkekalan kasih kita.
SEGALA
puji bagi-Nya, selesai sudah kenduri kesyukuran bagi meraikan Filia yang telah
selamat di bedah.
“Filia,
janji dengan ibu jaga diri. Amalkan pemakanan yang berkhasiat, jangan main
taram saja makan minum kamu tu. Awak tu baru saja keluar dari hospital jangan
sampai masuk kali kedua, nanti ibu dan ayah pula yang sakit.”
Filia
terangguk-angguk mengiyakan saja. Al-maklumlah apabila ibunya, Puan Eliza ini
sudah bertukar mod kepada doktor peribadi dirinya. Jalan penyelesaiannya lebih
baik angguk atau diam saja. Kalau tidak lagi berjelalah ceramahnya. Agaknya
sampai sebelum Subuh pun belum habis lagi da..
Si
ayah, Encik Helmi mula mencelah. “Eliz, kalau iya pun jom masuk makan dulu,
petang nanti kita dah nak bertolak balik, karang sampai Sungai Petani lewat
pula. Esoknya saya dah nak masuk bertugas, awak tu takpalah, dapat cuti
panjang. Bos saya tu, lambat sikit pun dah nak memekak. Saya paling pantang
kalau pagi-pagi dah kena sound, dek orang tua tu.”
“Ya
baik, saya datang. Sesekali nak bermanja dengan anak pun tak boleh. Sudahlah
anak kita ni di ajak balik sekali tak nak, nak pergi bercuti di kampung kawan.
Awak tu, ikutkan sangat budak ni, kalau jadi apa-apa macam mana.” rajuk Puan
Eliza.
“Eliz,
awak bukannya bermanja awak bagi ceramah kat budak tu, dia dah besar pandailah
dia jaga diri. Sekali-sekala kita lepaskan dia tengok tempat orang. Kalau macam
ni sampai bila-bila pun Filia takkan berkahwin sebabnya awak tu terlalu
mengongkong dia.”
“Mana
ada kalau tidak takkan terlepasnya dia belajar sampai di sini.”
Encik
Helmi ketawa perlahan. “Emm, itu sebab saya yang pujuk awak kalau tidak…”
Puan
Eliza bangun. “Dah jom masuk awak kalau dah mula bercakap payah nak berhenti.”
Puan Eliza dan Encik Helmi sudah menghilang ke dalam rumah.
Filia
geleng kepala. Ayahnya kalau dah mula berleter mengalahkan mak nenek. Siapa
kata orang lelaki tak berleter, hah ini contoh terdekat, ayahandanya yang
tercinta, sampaikan ibunya pun tidak terlawan.
Tira
yang duduk disebelah Filia mengulum senyum. Ibu dan ayah Filia memang agak
kelakar karakter mereka, bezanya macam langit dan bumi, tapi itulah kuasa
Tuhan, tetap serasi bersama juga walau tinggi mana pun perbezaanya.
Filia
menyiku Tira. “Senyum-senyum ni apahal? Kau nak nombor telefon Hospital Bahagia?
Senang sahaja aku boleh minta kat ayah dan ibu nak tak?”
Tira
tarik muka. “Oho, kau ingat otak aku dah merenglah?”
Filia
gelak. “Aku tak cakap itu kau yang cakap.” Lalu berlakulah adegan kejar mengejar ala-ala
filem Hindustan.
Tiba-tiba
mereka berdua berhenti berlari. Filia menahan penat. Tira sudah terduduk. Mata
Filia membulat. Jejaka itu entah dari mana munculnya sedang tersengih
memandangnya.
Filia
mendengus. “Apa tengok-tengok?”
Dia
ketawa. “Bertenang janganlah marah-marah. Baru tiga hari tak jumpa kau dah
garang ek?”
Filia
tidak menjawab. Di pandang lelaki itu atas bawah, kemudian dia garu kepala,
kepala pula digelengkan perlahan.
Tira
pelik. Kenapa pula dengan Filia ni?
Lelaki
itu pula lagilah tidak senang duduk di tenung Filia lama begitu.
“Farhan
kenapa kau kurus sangat ni? Kau tak cukup tidur? Aku yang sakit, kau pula yang
terlebih nampak sakit dari aku.”
Melopong
terus Farhan dan Tira.
“Mana
ada, aku sihat! Mungkin ini sebab aku diet.” ringkas jawapan Farhan.
Filia
membalas, “Diet konon, macam lidi adalah.”
Senyap.
Farhan menatap wajah Filia lama. Ayunya
bila Filia bertudung. Kan bagus kalau dari dulu dia pakai macam ni . Cantik.
Jelita.
Filia
mengangkat kening bertanya. Farhan senyum. “Kau sihat?” Di angguk perlahan.
Tira menguntum senyum lalu mengundur diri meninggalkan mereka berdua.
“Persiapan
album baru kau macam mana?” Pertanyaan yang hanya sekadar di lontarkan tanpa
arah. Filia jadi resah sendiri. Sesi luahan hati bersama Tira, membuatkan dia
berasa segan berhadapan dengan Farhan.
Farhan
melurutkan cermin mata tebalnya mata ke bawah, di kenyitkan mata, “Ini Ariel,
jadi semuanya dah pun selesai dengan jayanya, tiada yang mustahil dengan adanya
diriku ini.”
Filia
mencebik meluat lalu di tadahkan tangan, “Ya Tuhan, bantulah temanku ini agar
dia tidak terlalu membangga diri, amin!” Farhan menjeling geram. Filia senyum
geli hati.
Angin
petang berhembus perlahan. Sesekali selendang Filia berombak di sapa angin.
“Esok
dalam pukul 8 pagi kita bertolak.” beritahu Farhan.
Filia
yang sedang ralit menikmati angin yang menyentuh lembut pipinya, tidak
mendengar dengan jelas butir bicara Farhan, terkebil-kebil matanya bertanya
Farhan.
“8
pagi? Awalnya. Kita nak pergi mana?”
Farhan
tolak perlahan kepala sahabatnya itu, “Kalau orang bercakap tolong dengar, buka
telinga itu, bukannya berangan.” kata Farhan.
Filia
sengih. “Kau bercakap pasal balik ke kampung atuk kau?”
Farhan
geleng. Wajahnya bertukar serius. “Tak, kita balik Sutrasia! Aku bawa kau jumpa
ibu dan ayah aku!” Farhan tersenyum penuh makna pabila melihatkan seraut wajah
Filia mulai berubah keruh.
“Cik
Filia, kenapa ni? Saya hanya acah sajalah bukannya betul pun! Lain kali jangan
nak buat pekak tolong dengar bila saya bercakap.” sakat Farhan lagi apabila
Filia masih tidak memberikan sebarang reaksi. Agak lama juga dan Filia masih
tetap begitu. Farhan tolak bahu Filia. Filia tersentak. “ Kau okey?” tanya
Farhan bimbang. Balas Filia, “Hmm… okey
je!”
Farhan
hela nafas. “Kau buat aku takutlah.”
Filia
mengukir senyuman mendengar kata-kata Farhan itu. “Aku peliklah siapa diri kau
yang sebenarnya ni? Farhan atau Ariel? Aku keliru.” Tanpa sedar dia bertanya soalan itu pada tuan empunya badan walhal kalau di
ikutkan itu hanyalah lebih kepada monolog kepada dirinya sendiri.
Filia
tersedar apabila Farhan bertanya padanya, “Apa maksud kau ni? Aku tak faham!”
Filia
membalas dengan sengihan untuk menutupi kesalahan sendiri.
“Nothing, I’m just
rumbling. Just ignore it.”
Farhan
garu kepala berpura-pura tidak memahami. Walhal dia sendiri jelas mengapa Filia
bertanya sedemikian rupa. Dia sendiri pun tiada jawapannya, dia juga keliru
jadi manakan dapat dia menjawabnya.
Di
sebelah sini dia hanya mahu kekal menjadi sahabat Filia, di jalan yang satu
lagi, dia mahu terus mengejar impian menjadi penyanyi yang disegani ramai.
Namun itu, sebenarnya telah pun dia miliki. Berpaling ke belakang, ada janji
yang harus dia lunasi terhadap ayahandanya yang tercinta. Tanggungjawab yang
berat sedang menantinya di hadapan. Ingin sekali dia meraung namun adakah ianya cukup untuk meleraikan segala kekusutan?