“KENALKAN,
INILAH, Tok Wan kesayangan aku.” Farhan memeluk erat atuknya. Sesekali
tangannya nakal bermain janggut atuknuya tu. Atuk Farhan ketuk kepala cucunya
itu. Farhan ketawa kecil sambil menyendeng ke bahu atuknya.
Buat-buat comel plus
manja la konon. Tapi... memang dia comel pun.
Filia dan Tira ketawa kecil.
Farhan melangkah setapak ke arah seorang wanita yang kelihatan anggun
walaupun hanya mengenakan blaus dan skirt labuh. “.... dan yang ini pula Mak Usu
aku yang tercinta…” sebelum sempat Farhan menghabiskan sesi kenal mengenal, Mak
Usu terus memeluk Filia dan berlaga pipi. Tira terkebil-kebil matanya memerhati
gelagat ibu saudara Farhan yang cepat mesra ini.
Filia diterpa rasa malu di layan
sebegitu.
Farhan senyum. “Mak Usu dah buat Filia
seganlah, tengok muka dia dah merah.” usiknya pula.
“Filia, pedulikan sahaja budak tak cukup
umur ni, dia ni bukan boleh di layan, kalau di layan makin menjadi.” ujar Mak
Usu. Dia hanya membalas dengan anggukan.
Mak
Usu masuk sebelah aku ? Yess…Filia jelir lidah.
Farhan sengih.
Si atuk yang melihat gelagat mereka
berdua, hanya mampu tersenyum. Cucunya ini ternyata bahagia. Hati tuanya dapat
merasakan.
“Eh,
mana Fikri kata nak mai sekali?” tanya Mak Usu.
Farhan, Filia dan juga Tira serentak
ketawa mendengar pertanyaan Mak Usu.
“Dia ada dalam kereta tengah membuta agaknya.
Dah dikejutkan tapi liat bukan main.” beritahu Farhan dengan ketawa yang masih
bersisa.
Semakin riuh jadinya bila Fikri dah terjaga dan jalannya pula terhuyung-hayang
macam orang mabuk. “Bro, dah sampai ke belum?”
tanyanya sambil menenyeh mata.
“Dah
berkurun dah pun.” balas semua yang berada di situ. Fikri tersengih malu.
Mereka
tiba agak lewat petang, jadi usai sahaja makan malam dan membersihkan diri.
Mereka berempat terus masuk bilik merehatkan badan.
“Ini bilik Filia dengan Tira kalau ada
apa-apa jangan segan-segan nak panggil Mak Usu iya? Bilik Mak Usu hanya selang dua bilik dari
hampa berdua saja.” beritahunya ramah.
Tersipu malu keduanya masih tidak biasa.
Usai Mak Usu menutup perlahan daun pintu, Filia dan Tira saling berpandangan
sesama sendiri.
“Kau ada fikir apa yang aku terfikir
tak?” tanya Tira. Filia angguk.
“Siapa Farhan yang sebenarnya ek? Rumah
atuk dia begini punya besar, bilik dah macam bilik istana luas gila. Jujur
cakap rumah ni macam banglo kat tengah kampung.” bisik Tira perlahan.
Filia telan liur. Memang banyak yang dia
tak tahu tentang Farhan. Badan dibaringkan di atas katil, mata dipejam celik
memikirkan sesuatu. Tira turut melakukan perkara yang sama.
“Empuknya tilam. Aku rasa macam dah tak nak
baliklah pula. Rasa macam tinggal dalam hotel. Selesanya.” Tira mula berguling.
Filia
ketawa lucu. “Sakailah hang ni,overacting betui!”
Tira ketawa, “Sesekali hang keluar
loghat utara, jenuh aku garu kepala tak faham.” Terus meledak ketawa mereka
berdua.
Telefon Filia berlagu tiba-tiba. Tertera
nama Farhan di mesej masuk. Meleret senyuman Tira. “Hai, jarak hanya satu bilik
pun nak ber ‘SMS’?” usiknya. Filia menggetu lengan Tira. “Adoi sakitlah mak ketam.”
Filia ketawa. “Bila masa aku kahwin
dengan bapa ketam?”
Tira menjawab selamba. “Semalam!”
Terkukik dia ketawa. Filia menggeleng geram.
Mesej
Farhan di buka.
Salam. Maaf. Ganggu
ke? Tentu kau agak terkejut kan? Tok Wan dan Mak Usu aku memang macam tu. Mesra
alam. Harap kau tak kisah.
Filia
senyum dan membalas ringkas,
Tak. Tak pa.
Farhan
senyum nipis. Sikit punya panjang aku
hantar mesej. Sekali Filia hantar mesej banyak tu sahaja?Dia tidak puas
hati lalu ditekan butang hantar.
HUH? ITU JE??
Filia
kerut kening. Farhan ni biar benar, dia
nak suruh aku cakap apa? Dia lalu
membalas dengan dungunya,
Dah tu?
Farhan
ketap bibir. Dia menahan sabar, kemudian tersenyum penuh makna.
Sudahlah pergi tidur. Jumpa esok. Selamat malam, sweetie!!
Dream of me will you?
Terbuntang
mata Filia. Hai sejak bila Farhan sudah
naik taraf ni? Dah pandai mengayat nampak.
SMS di hantar. Filia sengih.
Will do but aku akan mimpikan kau
bergayut atas pokok makan pisang. HUHAHUHA. DA….
Filia
ketawa puas. Hambik kau kan dah kena
sejibik. Ini Filialah.
Farhan
pegang dahi. Pening aku macam ni, memang dasar hati batu,
konkrit!
MATAHARI
malu-malu di sebalik cik awan. Cuaca pagi itu amat mendamaikan. Filia menarik
nafas kemudian di hembus perlahan. Nyamannya udara di kampung. Hamparan
permaidani kuning a.k.a padi yang menguning pasti memukaukan mata sesiapa yang
memandang.
Angin
sepoi bahasa yang bertiup bagai menghantar irama yang begitu indah. Kicau
burung yang terbang bebas membelah awan. Filia tenggelam dalam diri sendiri,
dia begitu leka tanpa menyedari ada sepasang mata yang memerhatinya dalam diam.
Fikri
menghampiri Farhan yang duduk di pangkin bawah pohon rambutan. Dia menyuakan
secawan teh pada Farhan. Dia berdehem perlahan sebelum duduk di sebelah Farhan.
“Hai,
sudah-sudahlah pandang anak gadis orang macam tu, kalau betul berkenan hantar
rombongan habis cerita.The end!” sakat Fikri.
Farhan
berpura-pura tengok tempat lain. “Mana ada, aku tengah tengok cik burung tu
bagi anak dia makan.” Tunjuk Farhan pada seekor burung di celah bumbung rumah.
Fikri
ketawa sakan. “Kawan, aku dah lama kenal kau dari zaman tok kaduk lagi, ni tak
payah nak kona pusing kiri kanan. Dah basilah.”
Filia
yang sudah habis bertafakur berjalan ke arah mereka berdua.
“Wei
mana aci makan tak ajak aku.” marah Filia tapi tangan tetap pantas menyambar
kuih tepung talam lalu di suapkan ke mulutnya. Tak malu sungguh minah ni kan?
Farhan dan Fikri tidak terkata apa. Fikri tetiba ketawa. Farhan senyum cuba
menahan dari ketawa juga.
Filia
binggung tidak faham. “Korang apahal? Pagi-pagi dah mereng?”
Farhan
dan Fikri menggeleng. “Tak! Mana ada!”
Hermm… apa-apalah labu.
Filia angkat bahu, kemudian di ambilnya air teh tanpa bertanya jika ada yang
sudah meminumnya terlebih dahulu. Hening tiba-tiba.
“Kenapa?” tanya Filia.
Fikri
selamba berkata,“Itu air Farhan!”
Berubah
air mukanya. Spontan tersemburlah air teh yang di minumnya tadi dan tepat pula
ianya tersembur ke muka Farhan yang duduk kat depannya tu. Fikri tanpa dapat
menahan lagi terus ketawa dengan galaknya.
“JOLOKLAH atas sikit, mana nak kena buah tu,” beritahu
Tok Wan. “Kalau kamu tolak macam tu sampai bila pun buah tu tak jatuh ke tanah.
Itulah balik kampungnya jarang, bila di suruh buat kerja sikit, mulalah nak
merungut letih badanlah, sakit sendi tulanglah.”
Farhan
menadah telinga mendengar. Atuknya kalau di suruh membantu di dusun beginilah
jadinya. Itu tak kena ini tidak kena, semuanya tak betullah pendek kata. Dia
sayang benar dengan dusun buah-buahan dia ini. Rosak sedikit sahaja buah-buahan
dia mulalah dia berleter mengalahkan arwah nenek.
Filia
senyum simpul mendengar Farhan kena marah dengan atuk. Farhan jeling Filia
dengan ekor mata. Oho, kau happy tengok
aku kena bebel dengan atuk iya? Nanti kau. Farhan mula merencanakan
sesuatu.
“Aduh,
sakitlah,” Sebiji buah manggis jatuh atas kepala Filia.
Farhan
dengan muka tidak bersalah lalu berkata, “Maaf, sengaja.” Dia tersenyum nakal
lalu mengenyit mata.
Filia
mendengus marah. Sengaja nak kenakan akulah tu.
Tira
dan Fikri pula sibuk mengait buah mangga. “Fikri sebelah sana tu, kuning dah
elok sangat tu, sebelah sini pun ada, lagilah besar.”
Fikri
penat terkinja sana terlompat sini. Tira pula tak henti bercakap. Galah di
tangan terus diberikan pada Tira. “Kau pula cuba kait. Penat aku tahu tak?
Boleh tak seminit mulut kau tu di zipkan sebentar. Bising tahu tak?” Fikri
sudah duduk bersila di atas tanah. Tira mencebik.
Disebabkan
oleh kelempaban tanah selepas hujan awal tengah hari, tadi maka tanpa di sangka,
pacat mencium lutut Fikri yang sekadar memakai seluar bermuda. Tira terus lari
lintang pukang ke arah Tok Wan, Farhan dan Filia.
Mereka
bertiga pula terus berlari mendapatkan Fikri setelah di ceritakan apa yang terjadi.
Setibanya disitu, kelihatan Fikri terlompat-lompat menahan sakit akibat di
hisap darahnya oleh si anak pacat. Hendak di buang, dia tidak berani memegang,
dia geli dengan spesis yang panjang melingkar dan bendalir macam pacat, cacing dan terutama sekali ular.
Filia
ketawa dengan galaknya. “Fik, kau ni memang buat malu kawan sejenislah. Pacat
pun takut? Apalah…”
Fikri
sedaya upaya cuba mengkontrol macho. “Mana ada aku cuma terkejutlah.”
Farhan
pula dengan pantasnya terus mencabut keluar pacat itu lalu di campaknya ke
tanah. “Kau macam mana okey?” tanyanya setelah melihat agak banyak juga darah
yang mengalir keluar.
Fikri
geleng “Rasa pedih sikit, tapi nanti bubuh minyak angin hilanglah.” Farhan
angguk mendengar jawapan Fikri.
Tok
Wan dah tergeleng kepala. “Kamu ni Fikri dari kecik sampai sekarang fobia kat
pacat masih juga tak hilang.”
Filia
dan Tira ketawa perlahan. Spontan timbul idea dalam kepala Filia. Tira yang
perasan akan tingkah laku Filia yang sudah mencangkung ke tanah dan matanya
pula mula meliar mencari sesuatu di sebalik daun yang lembap, dia sudah dapat
menangkap. Segera dia melarikan diri ke sebelah Tok Wan.
Filia
tersengih bila sudah mendapat apa yang di cari. “Hujung kampung ni ada sungai
kan? Filia nak pancing ikan. Manalah tahu rezeki kita dapat ikan yang
besar-besar boleh kita buat ikan bakar
lepas tu cecah air asam.”
Tok
Wan hanya tersenyum sambil menggeleng.
Fikri
menahan geli melihat Filia begitu bersahaja memegang pacat dan juga cacing.
Farhan
menghampiri Filia. “Wei, kau ni biar betul, tak takut ke?”
Filia
geleng. “Tak, aku dah biasa, aku selalu pergi memancing dengan ayah kalau time
cuti dulu. Jadi benda ni, benda kecil saja bagi aku. Betul tak Tira?” Dia
menyuakan pacat ke muka Tira.
Dia terjerit. “Filia, aku tahulah kau berani
pegang benda tu, tapi aku lemah semangat, aku pengsan nanti baru kau tahu.”
Farhan
juga tidak ketinggalan mengusik Fikri. Pacat di tangan Filia di ambil dan di
acah mahu dilemparkan ke arah Fikri. Bertempiaran lari Fikri dan Tira dek
kenakalan Farhan dan Filia.
Tok
Wan pula hanya mampu tergeleng dan tergeleng kepala dengan gelagat cucu dan
kawan-kawan cucunya ini. Perlahan-lahan bibir tuanya mengukir senyum, dia
benar-benar terhibur dengan karenah mereka berempat. Tambahan pula, Farhan
dilihatnya sudah mampu riang ria dan seakan kembali seperti dahulu. Tidak lagi
bermurung dan menyendiri. Filia… pastinya ada kena mengena dengan gadis ini.
Dia pasti akan itu.
PETANG
ITU, Filia duduk termenung di beranda.
Tira pula sudah terlena di buai mimpi di kamar beradu. Fikri dengan Tok Wan
entah bersembang apa di ruang tamu. Malas dia mahu mencuri dengar. Mak Usu ke
rumah kawannya mengambil kain baju yang di tempah. Farhan pula entah ke mana
menghilang, rindu pula rasanya. Filia berdehem sendiri mendengar kata hatinya.
Tanpa
dia sedar Farhan sudah terpacak di bawah. “Jom…” ajak Farhan sambil tersenyum.
Basikal tua di sisi ditongkat.
Filia
pandang dia pelik. “Pergi mana?”
Farhan
senyap. “Ikut dulu pastu baru kau tahu.”
Filia
geleng. “Beritahu dulu kalau tidak aku tak mahu pergi.” Filia tetap dengan pendiriannya.
Farhan
menjawab malas, “Tempat rahsia aku!”
Filia
tarik muka tak faham. “Tempat persembunyian aku sewaktu kecil.”
Filia
ketawa. “Nostalgia juga kau ni.”
“Sudah
jangan nak banyak songeh, naiklah cepat, then baru kau tahu, kalau
aku cakap banyak pun tak guna, nanti tak supriselah.”
Setibanya
di situ, tanpa mukadimah, Farhan bercerita dengan penuh bersemangat.
“Ini
namanya Pondok Impian! Tempat aku melepaskan tekanan, melalak waktu kecil.
Kononnya berangan nak jadi penyanyi yang terkenal dan tak sangka pula impian
itu tercapai.”
Filia
meliar memandang kawasan sekitar pondok. Ada bukit kecil tidak jauh dari situ.
Tempat ini memang cantik, tambah pula ada anak sungai yang mengalir di belakang
pondok.
Farhan
senyum melihat Filia tertinjau sana dan sini sejak dari tadi. Dia tahu Filia
tentunya terpegun dengan keindahan lanskap di sini. Farhan bangun lalu memetik
sekuntum bunga yang di tanam.
“Untuk
kau.” ujar Farhan lalu di selitkan ke celah tudung Filia.
Filia
mencerun memandang Farhan. “Kenapa aku rasa kau macam pelik saja hari ini?”
Farhan
menahan gemuruh yang dirasai. “Mana ada, lagipun aku tengok bunga tu cantik dan
spontan saja aku terfikir nak bagi pada kau. Kalau kau nak tahu agak lama juga
aku tanam pokok ini, tapi tak pernahnya nak berbunga.”
Filia
menguntum senyum. Bunga yang terselit di ambil dan di belek. “Tempat ini
terjaga dengan elok, kau ada suruh orang tolong jagakan?”
Farhan
senyum mengangguk, “Puteri Bunian yang tolong jagakan untuk aku.”
Filia
jatuh bahu. “Mood aku tengah baik sekarang. Jangan nanti ada yang mati kena
makan dengan aku.” Filia menahan geram yang memuncak.
Farhan
menyusun sepuluh jari. “Aku gurau sajalah. Aku yang bersihkan tempat ni tadi
sebelum pergi ambil kau tadi, kalau tidak tempat ni macam sarang tikus.” jelas
Farhan.
Filia
terpempan. Tempat ini agak jauh dari rumah atuk, dan si Farhan berpatah balik dengan
mengayuh basikal tua sekadar untuk menjemputnya?
“Filia…”
panggil Farhan lembut. Filia berpaling kemudian tertunduk ke bawah. Farhan
ketap bibir. Aku ada tersinggung hati dia
ke? Belum sempat dia membuka mulut bertanya Filia terlebih dahulu mendahuluinya.
“Kalau
balik ke sini, kau dengan Fikri selalu lepak sinilah?”
Farhan
angkat kening mendengar pertanyaan sahabatnya itu. Dia mengeluh lega. Rupanya
hanya perasaan dia sahaja.
“Kalau
kau nak tahu aku tak pernah bawa Fikri ke sini pun. Kau orang pertama yang aku
bawa.”
Filia
jelas tidak percaya. “Bohonglah, Fikri kan kawan baik kau. Habis tu takkan kau
lepak sorang-sorang?”
“Fikri
tidak pernah tahu. Sebenarnya aku selalu menghabiskan masa di sini berjam-jam dengan
seorang kawan ni. Kawan zaman kanak-kanak aku.” beritahu Farhan. Farhan
memejamkan mata kemudian badan di rebahkan seakan mengimbau kenangan silam.
Sejujurnya dia rindukan temannya itu, tapi sehingga sekarang jejaknya tidak
dapat dia kesan.
Filia
dapat merasakan Farhan begitu merindui teman semasa kecilnya itu.
“Mana
dia sekarang? Dia masih di kampung ni?”
“Entah
aku tak tahu. Masa umur aku 13 tahun, keluarga dia berpindah dan terus terputus hubungan macam
tu je. Kalau kau nak tahu dialah yang sering beri aku sokongan dan dia juga
pengkritik tetap aku, dan dia juga cikgu yang mengajar aku bermain gitar.”
“Aku
ingatkan Fik seorang sahaja kawan baik kau dunia dan akhirat..”
“Habis
tu? Kau ingat aku ni apa tak reti berkawan? Kau tu bukan
kawan aku?”
“Bro,
janganlah marah-marah. Aku cakap sajalah yang kau emosi sangat apahal?”
Farhan
geleng kepala. Betul juga Filia tidak tahu tentang perkara yang sebenarnya
tentang hidup dia. Dalam sekelip mata dia kehilangan seorang teman baik sewaktu
kecil yang terjun parit, panjat pokok dan mandi sungai bersama. Zaman
kanak-kanaknya hilang begitu sahaja, semuanya selepas dia di kejutkan dengan
kenyataan yang sehingga ke hari ini masih sukar untuk dia menerimanya.
“Kadang-kadang
tu kan aku rasa nak jadi macam kau dan orang lain, menjalani kehidupan yang
normal, yang biasa, yang rutin tapi aku tahu ianya tidak mungkin.”
Dia
renung Farhan lama. Apa maksud Farhan? Sungguh dia tak faham langsung. Raut
wajah Farhan jelas menampakkan ada sesuatu yang mahu dia bicarakan tetapi
kenapa dia kelihatan seakan ragu-ragu untuk menyatakannya?
“Bukankah
kau yang pilih untuk menjadi penyanyi? Tidak semua benda kita boleh dapat di
dunia ini. Kadang tu mungkin kau dapat yang ini, yang itu tak dapat. Itulah
namanya kehidupan kan? Lagipun kau adadouble life kan? Sekarang kau
Farhan.
Hal
Ariel just
ignore it for a while. Sehingga sekarang
semuanya masih berjalan dengan lancar. Jadi apa yang merisaukan kau lagi?”
Farhan
senyum tawar. Filia memang pandai menyejukkan hatinya. Namun, bukan itu yang
menganggu benaknya tika ini. Ingin sekali dia meluahkan rahsia hati akan tetapi
seiring dengan itu masih ada sesuatu yang perlu dia jelaskan kepada Filia
terlebih dahulu.
Dia
menarik nafas sedalam yang mungkin. “Filia, kalau aku katakan aku ini bukan
hanya sekadar Ariel atau Farhan yang kau kenali, kau masih akan tetap jadi
kawan aku tak?”
Terbit
senyuman kecil di bibir Filia. “Kiranya kau nak jelaskan kau ni pewaris harta
atuk kau? Kau rasa bersalah sebab tak
beritahu aku yang atuk kau kaya begitu?”
Rupanya
Farhan runsing memikirkan bagaimana mahu menjelaskan duduk perkara yang sebenar
padanya. Mulanya terkejut juga dia. Rumah atuk Farhan umpama sebuah vila di
tengah kampung siap dengan ada dusun buah-buahan yang berekar-ekarlah juga.
Farhan
garu pelipis. Alahai, sebahagiannya tu
memang betul. Masalahnya bukan itu, Filia. Farhan yang di depan kau ini lebih
dari sekadar pewaris. Aku pewaris takhta kerajaan Sutrasia. Kalau aku cakap aku
ini Putera Raja, agaknya kau akan pengsan sebagaimana ketika kau tahu aku Ariel
tak?
Dia
garu kepala. “Itu pun betullah juga tetapi sebenarnya apa yang aku nak beritahu
kau, ianya lebih daripada itu,”
Filia
pandang Farhan lain macam. Siap dengan
bahasa baku segala. Farhan betul ke tidak ni? “Maksud kau?”
“Janji
jangan nak gelak atau cop aku tak betul ke apa!”
“Aku
janji!”
Ya Tuhan, berikan aku
kekuatan. Amin. “Kau tahu kan aku berasal dari
Sutrasia. Kau pernah kata yang nama ayah aku sama dengan sultan yang memerintah
sekarang kan?”
Filia
angguk, “Apa kena mengenanya? Sultan tu bapa kau?” tebak Filia sekadar ingin
bergurau namun senyumannya mati tatkala melihat wajah serius Farhan.
“Kalau
aku cakap iya dan aku sebenarnya putera mahkota kau percaya?” Farhan masih
tidak berubah riak.
Filia
pula seakan hilang terus dalam dirinya. Dia pandang Farhan meminta kepastian.
Farhan merenungnya lama, sengihan yang semakin melebar di wajah Farhan
membuatkan Filia terasa mahu menghempuk semahunya kepala temannya itu.
Farhan
ketawa mengekek. “Aduh sakit perut aku. Muka kau memang kelakar tak hingatlah.
Kau nampak macam percaya gila dengan cerita aku.” Dia menahan perutnya yang
terasa sakit kerana penat menahan ketawa.
Filia
menjeling tajam. Cabuk! Otak gila! Macam
nak terbang jiwa aku tadi. Dia boleh buat lawak tak bodoh dia tu.
Farhan
senyum dan senyuman itu hanya dia seorang yang mengerti. Filia maafkan aku sayang, belum tiba masa untuk kau tahu siapa aku yang
sebenarnya. Andai saat itu tiba biarlah aku jauh dari sisimu, aku tidak sanggup
melihat duka di matamu… Farhan terkedu sendiri. Alamak hai bila masa aku jadi jiwang sangat ni? Dia tergaru kepala
yang tidak gatal.
Sergahan
dari Filia mematikan lamunannya. Dia langsung tersengih malu.
Awan
mendung yang berarak sejak tadi melimpahkan isinya. Farhan dan Filia ralit
memerhati titisan hujan yang jatuh ke bumi. Sejenak sepi menyelubungi.
Kedinginan
yang mencengkam tubuh memaksa Filia memeluk erat badannya. Farhan senyum tipis.
Baju sejuk yang di pakai di letakkan pada bahu Filia. Filia senyum. Bibirnya
perlahan mengucapkan terima kasih. Farhan angguk lalu mata di tala ke hadapan
semula, menghadap bukit kecil yang kini di kaburi hujan.
Sepi
semula. Farhan petik jari, “Hmm… seperti yang aku janjikan. Lagu yang aku cipta
dah pun siap. Nak dengar tak?”
“Hujan
lebat kau nak nyanyi? Ribut taufan nanti macam mana?” usik Filia.
Farhan
senyum dengan geramnya. “Hello, aku Ariel okey? Kau tu dah berkira bertuah tahu
tak dapat dengar aku menyanyi? Tapi kalau kau tak nak dengar aku nyanyi takpa
boleh je, lagipun siapalah Ariel pada kau kan?” Farhan buat-buat merajuk.
Filia
mengulum senyum, lalu di hulurkan gitar pada Farhan. “Sorry, can you please
sing for me, please!!” Matanya
dikelip-kelipkan lalu tersenyum comel.
Farhan
telan liur. Alamak, dia dah buat gaya
menggoda tu pula. Ini yang cair ni. Di hadapan Filia harus control macho
lalu Farhan mendengus keras. “Tak payah nak senyum sangatlah, aku tak tergoda pun!” Farhan senyum melebar
melihat cebikan Filia. “Tapi aku ni jenis yang berpegang pada janji jadi aku
akan nyanyikan untuk kau..”
“Aku
tahu kau takkan sanggup nak kecewakan aku.”
Farhan
sudah pun bersedia dengan gitar di tangan, tali gitar terus di petiknya
perlahan. Nafas di tarik, “ Baiklah,here we go. Specially for Miss Filia sincerely from me,
Ariel.
Secebis
senyumanmu menggetar jiwa
Hatiku terpaut
rindu padamu
Kasih-Nya yang
menemukanku
dengan dirimu,
Jelingan matamu
merantai hatiku
Hadirnya dikau
memberi sinar
pada jiwaku yang
kian kelam…
Nafasku terhenti
saat menatapmu
Salam kasih ku
hulur,
berikanlah aku
jawapanmu….
Filia
terkedu, suara Farhan begitu meruntun kalbu. Bagaikan lagu itu ditulis untuk dirinya,
tapi ah tak mungkinlah. Siapa aku pada
dia? Dia dan Farhan tidak layak di gandingkan bersama. Atau mungkin juga iya itupun jika Farhan
hanyalah Farhan dan bukannya Ariel.
Air
mata menitis tanpa sempat di seka. Farhan berhenti menyanyi, “Dear, are you okay?”
Filia senyum nipis. Dia senang dipanggil dengan nama manja sebegitu oleh
Farhan. Farhan hanya akan memanggilnya begitu jika dia terlalu risaukan
dirinya.
Semuanya
kerana Farhan bimbang jika sel barah di dalam otaknya masih ada. Di fikirkan
balik, selepas pembedahan Farhan agak memanjakan dirinya. Cakaplah apa sahaja
sedaya upaya dia akan tunaikan. Mereka juga sudah jarang bertengkar tak tentu
hala seperti dahulu.
“Aku
terharu, macam bukan betul macam dalam mimpi! Truly to say aku masih lagi
sukar nak percaya kau ialah Ariel!”
“Even aku
bawa kau khas ke konsert aku?” Filia angguk. Farhan terus bertanya, “Ataupun
sebabnya aku pakai spek mata tebal ni? Dan rambut aku pula langsung tak stylo?
Atau gaya aku yang agak simple ni?” Filia geleng.
“Dah tu?”
Filia
angkat bahu. “Entah aku sendiri tiada jawapan untuk itu.” ujarnya perlahan.
“Maksud
kau?”
“Look,
kau Farhan, memang kawan baik aku yang loyar buruk dan terkadang agak
merimaskan aku dan tidak terlarat aku nak melayan karenah kau yang pelik, manja
dan entah apa-apa tu.”
Farhan
sengih. “Ada ke pula cakap aku macam tu? Kutuk aku terang-terangan pula tu.”
“And here come Ariel
inside in you. Aku memang tak kenal langsung
sisi kau yang itu. I’m still adjusted to it!
Ariel… popular, penyanyi yang dikenali ramai dan yang kononnya, dengar iya? Kononnya
jejaka terhangat idaman Malaya jadi kegilaan ramai dek kerana kekacakan dan
kecomelannya.”
Farhan
merenung dalam ke mata Filia. “Apa yang kau cuba nak sampaikan ni?”
Filia
memikir sebentar. “Farhan kau memang kawan aku tapi Ariel aku rasa macam
kelakarlah. Macam tak logik pun ada. Eventhough you and him is that same person I know.
Berbeza yang amat sangat.”
“Dan
kau nak tahu kenapa? Ariel itu memang sebahagian dari diri aku tapi diri aku
yang sebenar adalah Farhan yang berada depan kau sekarang ini. Jadi tidak kira
rupa atau gaya yang macam mana aku bawa, kau kena ingat aku masih tetap orang
yang sama dan aku janji pada kau aku takkan sesekali berubah.”
Janji
Farhan padanya terasa begitu mendalam. Dia bagaikan ternampak sinar kejujuran
di mata Farhan. Pada Farhan pula dia mengatakan seikhlas hati, dan benar-benar
memaksudkan. Meskipun begitu dia tahu semuanya di tangan Tuhan. Ikhlas atau
tidak hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Farhan
menyambung lagi, “Dan kau ingat senang
aku nak handle
semua ini? Hanya di depan kau sahaja aku boleh jadi diri sendiri dan aku
sendiri tak tahu kenapa? Perangai gila-gila panas baran semua terkeluar.”
Filia
tersenyum. “Dan jangan lupa kau juga teramatlah degil dan kepala batu.”
“Kau
kutuk aku ek!” Dia jeling Filia tajam kemudian tersenyum. “Tapi kan kalau kau
rasa tak selesa dengan imej aku yang ini aku boleh je jadi Ariel untuk peminat
setia aku ni. Lagipun kat sini jarang orang lalu lalang.”
“Gila.
Ingat apa sini kawasan pendalaman kat Sabah tu ke? Kalau ada orang yang terlalu
sini dan nampak kau, tak ke nahas?”
“Wei,
sini tempat rahsia akulah, jadi aku tahulah.” Dia terus melurut jatuh spek mata
tebalnya. Rambut yang agak berjuntai di tarik ke belakang.
Filia
mencebik tapi dalam masa yang sama. Kuatkan
iman hambaMu Ya Allah. Memang dia akui Farhan memang boleh membuatkan jiwa
dan hatinya cair dalam sekelip mata.
“Kau
apahal dah tergoda dengan ketampanan aku ke?” Farhan buat muka comel.
Filia
mencebik geram. Tapi kan kalau dia dah
mula bercakap terasa macam gunung berapi nak meletus pulak rasanya.
Hujan
yang lebat tadi kian surut. Sang suria kembali menyapa di sebalik bukit. Di
sebalik awan kelihatan pelangi mula terbentuk. Sepi keduanya. Mungkin terpegun
dengan keindahan panorama selepas hujan.
Farhan
bersuara tiba-tiba. “Kalau aku katakan aku tidak mahu menyamar lagi, apa
pendapat kau?”
Filia
berpaling, tajam matanya cuba menelah maksud
di sebalik kata-kata Farhan itu. “Kau biar benar? Dari tadi pun aku tengok kau macam nak
luahkan sesuatu. Jadi ini apa yang kau nak cakapkan?”
Dia
angguk perlahan. “Terkadang tu aku rasa, sudah cukup aku membohongi semua
orang, sampai bila aku ingin semua ini berterusan. Paparazzi tetap juga ingin
membongkar latar belakang aku, intip aku sana dan sini. Sudah sampai masanya
untuk aku berhenti dari membohongi para peminat aku. Bagi keluarga aku pula
sudah cukup bagi mereka terpaksa menjaga rahsia aku ini.”
“Jika
itu apa yang kau rasakan terbaik. Just do it. Tapi kalau akibatnya
hanya akan memakan diri kau semula, aku rasa kau patut berfikir dengan lebih
rasional. Nama kau sekarang tengah berada di puncak, kalau kau beritahu
sekarang, ianya akan…”
Farhan
memintas, “Membawa bencana?” Filia angguk.
“Dari
mula lagi aku dah bersedia dengan segala kemungkinan. Aku hanya mahu capai
impian aku tapi tak terjangka begitu havoc jadinya. Atau
sebenarnya Dia sedang menguji aku, untuk aku lebih dekat pada-Nya?” Farhan terdiam
agak lama.
Filia
lalu mengutarakan pendapatnya,“Mungkin apa yang kau cakap tu ada betulnya juga.
Tuhan takkan sengaja menjentik akal kau untuk berfikir sedemikian jika ianya
bukan untuk kebaikan kau kan? Setiap yang terjadi pasti ada sebab dan
akibatnya.”
Farhan
tersenyum tawar, “Walaupun aku punya segalanya tapi hati aku terasa kosong.
Adakah kerana aku tidak di cintai atau mencintai? Atau sebenarnya aku dah jauh
dari Dia? Sejujurnya, seringkali aku solat tidak pernahnya nak kusyuk dan sukar
juga untuk aku mencukupkan lima waktu akibat kekangan jadual kerja aku yang
padat.” luah Farhan. Keluhan kecil di lepaskan.
Filia
merenung lama wajah Farhan. “Kalau itu keadaanya, kau harus buat solat
Isthikarah itu sebaik-baik jalan bagi setiap keputusan yang mahu atau ingin
kita lakukan. Berkenaan solat, cuba kuatkan hati dan sentiasa beringat hidup
kita ditangan-Nya, dan bayangkan itu solat terakhir yang kita kerjakan.”
Farhan
senyum, “Kau kalau berceramah dah macam ustazah pula,” usik Farhan.
Terherot
mulut Filia, “Aku pun bukannya baik sangat, tapi tak salah kan kalau saling
menasihati, sampaikan walau hanya sepotong ayat…”
Farhan
angguk. “Aku setuju, aku berterima kasih sesangat pada kau. Aku pun tak tahu
kenapa ringan sangat aku beritahu semua ni pada kau. Pada Fikri pun susah aku
nak bukak mulut bercerita, rasa malu walhal aku dan Fikri dah lama bersahabat.
Fikri tu kalau kau nak tahu nampak saja santai, lepak macam tu tapi kalau bab
agama serah kat dia. Ada juga dia nasihat aku, kadang tu jalan juga tapi kadang
tu….”
“Aku
faham sebab bukan kau seorang saja yang buat macam tu, banyak lagi hamba Allah
kat luar sana yang masih tidak terlintas di fikiran mereka untuk berubah ke
arah kebaikan. Sekurang-kurangnya kau ada buat walau tak kusyuk dan tak cukup
waktu tapi akan lebih baik jika kau berusaha untuk lebih kusyuk dan mencukupkan
lima waktu.”
“Filia,
actually
thanks for everything. Kalau bukan kerana
kau di timpa penyakit aku takkan tersedar dari mimpi indah aku ni. Aku pernah
sakit jantung dan di bedah, dan atas kuasa-Nya aku terselamat, tapi begitu
cepat aku lupa. Aku lupa untuk mengingati-Nya di masa senang.”
“Farhan
sedar atau pun tidak kau juga yang memberi aku semangat untuk menjalani
pembedahan.At
that time, kata-kata kaulah yang banyak
menyedarkan aku. Ingat kita bukan malaikat, kita manusia dan manusia tidak
dapat lari dari membuat kesilapan.”
“Filia
kau sedar tak, bukan aku yang mengajar kau apa itu persahabatan tapi aku yang
belajar dari kau. Kau satu dalam sejuta. Nampak keras dari luar tapi hati kau
lembut dan penyayang.” beritahu Farhan dalam senyuman yang semakin memekar.
“Aku
rasa macam kita berdua ni punya chemistry yang kuat. It’s only you that can
understanding me better and so do me to you. Do you realise that?”
tanya Farhan.
Filia
menelan liur. Ke mana arah perbincangan mereka hendak di tala? Farhan seakan
ingin menyampaikan maksud yang lebih mendalam? Otak Filia pula seakan sudah
tidak dapat berfungsi.
Filia
tidak menjawab. Dia mencari jalan selamat dengan menukar topik. “Dahlah jom
balik hujan pun dah reda, nanti depa semua dok pakat cari kita pula.”
“Itu
di tanggung beres. Aku cakap ajelah aku bawa awek aku ni pergi dating
sat dan ronda keliling kampung jadi Tok Wan pun tak membantah sangat. Tok Wan
aku ni sporting
tahu tak.”
“Bila
masa aku jadi awek kau hah? Boleh blah tak hingin aku.”
“Cakap
di mulut memanglah tapi kat hati tu? Sukanya aku.” usik Farhan.
“Kau
tak nak balik lagi kan? Takpa biaq aku balik sendiri. Jalan kaki lagi bagus
dari naik basikal dengan kau..”
Farhan
menyaingi Filia. “Alahai che adik, janganlah merajuk, abang memang tak reti nak
pujuk. Kalau kucing abang yang merajuk abang boleh belai dia tapi kalau buah
hati pengarang jantung, memang putus nyawa pun tak tau nak pujuk lagu mana…
Sumpah!”
Filia
menahan gelak. “Bila masa pula kau bela kucing?”
Farhan
sengih pabila melihat Filia sudah mula tersenyum. “Baru saja sesaat yang lepas.”
“Otak
tak betul, mereng!”
Farhan
mengeluh. “Okey sorry!
Cepatlah naik dah nak senja. Tok Wan paling pantang kalau dah maghrib pun ada
kat luar rumah lagi.”
“Macam
tak ikhlas je.”
“Saya
minta maaf tuan Puteri.” Farhan mula menahan geram.
“Itu
baru ikhlas.” Filia lalu duduk di belakang.
“Mengada-ngada,
kasihan sungguh aku pada laki kau nanti nak memujuk bini yang keteqaq macam kau
ni.”
Serentak dengan itu belakang Farhan di
tamparnya.
“Sakitlah.”
“Mulut
tu tutup kaki aja yang mengayuh.”
“Baik
puan besar!” Pecah ketawa antara mereka berdua.