BUNYI DAUN PINTU
dibuka menyedarkan Farhan dari alam mimpinya. Dia lihat Fikri berdiri di
sebelah katil wad sedang merenungnya. “Fikri, Filia dia macam mana? Dia
baik-baik sahaja kan?”
Itu yang terkeluar dari mulut Farhan?
Fikri kerut dahi. “Dalam sakit macam ini kau masih bimbangkan dia? Sayang betul
kau kat dia kan?”
“Fik, berapa kali aku
nak cakap. Dia kawan baik aku sama macam kau juga.” ujar Farhan tegas.
“Wahai sahabatku, itu
memang tidak dinafikan tetapi lelaki dan perempuan susah untuk kekal sebagai
sahabat. Terutamanya dalam kes kau ini, kau dah teruk kawan. Ini baru dapat
berita Filia pengsan, masuk hospital. Kalau kau dengar dia jatuh gaung aku tak
tahulah apa nak jadi lepas ni.” sindir Fikri dalam seriusnya.
Mendengar Fikri menyebut ‘masuk hospital’,
Farhan seolah tersedar, jika dia dan Filia ditempatkan di hospital yang sama,
kemungkinan rahsianya pecah amat tinggi.
“Hospital? Filia dia
kat hospital ni juga ke?”
Belum sempat Fikri
berkata apa-apa, kelibat Filia sudah pun muncul di muka pintu. Tergamam mereka
seketika. Linangan air mata di pipi Filia bertambah deras apabila melihat wayar
yang berselirat pada tubuh Farhan. Wajah Farhan pucat. Matanya kuyu.
Tira tengok Filia
dengan ekor matanya. Filia eloklah sangat
korang berdua ni. Saling merahsiakan penyakit masing-masing. Dan sekarang entah
siapa yang terlebih berahsia.
“Farhan…” rintihnya
perlahan dalam sendu. Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir.
Farhan tidak
mempamerkan sebarang reaksi. Air mukanya tampak kosong. Tangannya ringan sahaja
mahu menyapu sisa gerimis yang mengalir di pipi Filia. Namun di campak jauh
angannya itu.
Fikri dan Tira
menghilang entah ke mana. Kini yang tinggal hanya Filia dan Farhan. Filia
menyelak langsir memberi ruang udara dan cahaya masuk menyinari.
“Filia,how that you know?”
Farhan terlebih dahulu membuka kata.
Filia masih bersandar
ditepi jendela. Pandangannya di tala ke bawah melihat deretan kereta yang
bersusun. Petang begini memang ramai yang melawat pesakit. Hujung minggu pula
tu. Mana tak ramainya.
“Filia, macam mana kau
tahu? ” ulang Farhan.
Filia jawab, “Redza nampak
Fikri dan the rest is as you can
see now.”
Sepi semula. Sesaat
kemudian Farhan pandang muka Filia. “Maaf, aku tak datang melawat kau.” ujar
Farhan. “Kau macam mana? Sihat? Aku tengok kau macam sakit. Fikri kata Red
cakap kau pengsan sebab kekurangan air dalam badan.” sambung Farhan.
Filia masih kaku.
Farhan renung Filia yang masih berada di tepi jendela. Serupa bercakap dengan
dinding Filia langsung tidak memandang ke arahnya.
Tadi
Filia menangis kan? Maknanya dia dah tak marah kat aku lagilah?
Farhan garu kepala. Takkan kot? Kalau
betul mesti dia pandang aku. Ini nak tengok muka aku pun tak nak. Ini apa kes
aku terbercakap dengan diri sendiri pula ni. Haila ada kawan datang melawat pun
diam aje memanjang. Sepatah di tanya, sepatah di jawab.
“Farhan, mulai dari
hari ini, janji dengan aku jaga kesihatan kau.”
Ayat ambil berat dari
Filia membuatkan Farhan mengoyak senyum di pinggir bibir.
“Awak juga Cik Filia.
Jangan nak nasihat saya sahaja. Kesihatan awak pun amat penting, jangan sampai
pengsan lagi.” Akhirnya Filia juga turut tersenyum meskipun tawar. Farhan
tenung wajah Filia, dia bersuara perlahan, antara terkeluar dan tidak, “Rindunya
aku pada senyuman kau.”
Filia angkat kening.
“Apa kau cakap?”
Farhan tersengih malu-malu.
“Tak ada apalah. Cuma aku terfikir lama tak jumpa kau. Kau semakin cantik dan
comel.” selorohnya.
“Kepala otak kau.”
bidas Filia kasar. Dia kembali dingin.
Farhan mengeluh. “Filia sayang, aku minta maaf
for anything I did
wrong, mulut aku memang tak ada insuran. I admit it so can you accept my apology?”
pintanya separuh merayu.
Seminit
berlalu dan barulah Filia mengangguk. Terpancar kelegaan pada wajah Farhan.
Dikerling sekilas, Filia masih memakai baju pesakit bermakna, dia masih di
tahan di hospital. “Aku rasa kelakar pula, pesakit lawat pesakit. Elok
sangatlah tu dan ada juga faedahnya, ada juga kawan buat ajak bersembang.
Lagipun doktor dan cik misi pun tak bising walau waktu melawat dah tamat kan?”
“Apalah yang kau
merepek ni?”
Farhan angkat bahu.
“Entah, just throw
apa yang terlintas aja.”
“Farhan kau asal mana?
Aku tak pernah nampak mak bapak kau lawat kau sepanjang kau kat sini. Tak
pernah juga tengok kau balik kampung ke apa macam orang lain. Di fikirkan balik
kita ini tak habis lagi sesi perkenalan kan?” tutur Filia.
“Ibu bapa aku jauh nun
di seberang sana, Sutrasia. Keluarga yang sederhana, penuh dengan kasih sayang
dan aku di didik dengan ilmu agama yang secukupnya. Ibu aku suri rumah sepenuh
masa dan ayah pula pegawai kerajaan.” cerita Farhan ringkas meskipun hanya
separuh darinya yang betul.
“Sutrasia? Negara
pengeluar kain sutera yang terbesar di Asia. Sutrasia adik-beradik dengan
Brunei kan? Cuma kedudukan geografi Sutrasia menghala ke utara Sabah kan?”
Farhan
ketawa. “Banyak juga yang kau tahu iya?”
“Mestilah. Subjek Geo,
time PMR dulu aku skor A. Jadi semua dalam kocek aku sajalah.” Filia senyum
bangga. “Sultan Sutrasia, sultan kedua terkaya selepas Sultan Brunei di Asia
Tenggara ini.”
“Riak pula dia. Baik
kalau macam tu apa nama sultan yang memerintah sekarang?” tanya Farhan
bersahaja.
Filia berfikir sejenak,
“Sultan Zakaria Izzudin!” Filia garu kepala. “Kejap, bukankah nama bapak kau
pun Zakaria Izzudin?” Imzi Farhan bin
Zakaria Izzudin.
Farhan terkelu. Sejarah pun dia skor juga ke ni?
“Kebetulan aja tu…” Farhan berdehem,
lebih kepada menyembunyikan gemuruh yang di rasainya.
Filia angguk. Mungkin
juga. “Farhan selama dekat sini kau duduk dengan siapa, sementara cuti sem?
Yalah, maksud aku, bukannya selalu boleh balik Sutrasia tu kan? Dahlah jauh.
Tambang pun mahal.”
Farhan sengih. “Kepoh
juga kau ni, aku ada atuklah kat sini. Ibu aku asal orang Malaysia. Kahwin
dengan ayah dia berhijrah ke Sutrasia menetap terus di sana.” beritahu Farhan
dalam tawanya.
Filia membulatkan
matanya. “Asal negeri mana?” Dia teruja mahu tahu.
Farhan gelak lagi.
“Kepala Batas, Pulau Pinang.”
Filia terjerit kecil.
“Tak jauh manalah kita ni rupanya. Hang pun orang utara jugalah kiranya. Aku
orang Sungai Petani. Padanlah cara hang bercakap pun ada bunyi utara.”
Farhan ternganga
mendengar betapa pekatnya dialek utara Filia. Kemudian dia tergelak besar.
“Hahlah, aku dulu
pernah duduk sementara kat sini, atuk aku yang jaga mana pula aku tak pandai cakap
utara, cuma dia sesekali saja terkeluaq...” Mereka ketawa lagi. “Apa kata,
lepas kita keluar hospital aku bawa hang pi kampung aku.” cadang Farhan.
Filia memikir. Kampung Farhan memanglah tak jauh dari rumah
tapi kalau bagitau ibu mesti ibu tak bagi punya. Tambah pula dia dah tahu aku
masuk hospital. Ini Tiralah punya pasal, tak boleh nak simpan rahsia langsung. Bedah!
Ibu suruh dia menjalani pembedahan.
Itu yang paling dia
takuti tapi doktor kata kalau tak buat pembedahan, ianya boleh membawa maut.
Dia tahu dan dia sedar tapi…
“Filia…” Lamunannya
terbang. “Lamanya fikir, jangan risaulah. Mak Usu aku dia tinggal sekali dengan
atuk, jadi kau ada kawan untuk di bawa bersembang. Kalau kau rasa kekok juga
kau boleh ajak Tira.”
Filia
masih diam memikir. “Bukan aku tak nak cuma…”
“Filia, kau duduk
semalam pun jadilah lepas tu kau terus balik SP, okey?” usul Farhan.
Filia ketap mulut. “Aku
tak boleh nak janji, kena beritahu ibu dulu. Kalau o.k. then baru
aku cakap kat kau.” Jenuhlah nak beritahu
ibu, kawan lelaki pula tu.
Sepi seketika. Mungkin ini hikmahnya
mereka di masukkan ke hospital. Ironinya kini mereka lebih saling mengenali.
“Okey, now
about you. Ibu bapa kau kerja apa?” tanya Farhan.
Filia menjawab sepatah,
“Doktor!”
Mata Farhan bersinar.
“Dua-dua doktor? Kau masuk hospital dia
orang tahu?”
Filia angguk. “Mana
taknya kenalan mereka merata ceruk.”
Farhan ketawa sakan.
Dia sendiri tak tahu di mana lucunya. Mungkin kerana wajah Filia yang cemberut
membuatkan dia tertawa.
“Maaf, it’s
just sound so funny to me.”
Filia
turut tersenyum. Maaf juga kerana aku tak
jujur dengan kau. Aku yang terlebih berahsia. Farhan aku sakit, sakit yang
boleh membawa maut.
“Kau okey? Aku tengok muka kau agak pucat.”
Sedari tadi diperhatikan Filia tampak lemah berbandingnya.
“Aku sihat, cuma letih.
Orang nak daki bukit, gunung aku pun nak join tapi
kurang preparation
jadi inilah akibatnya.”
Farhan angguk seakan berpuas
hati dengan penjelasan Filia.
Filia menyambung kata, “Aku memang sahabat
yang teruk, langsung tak peka akan kesihatan kau. Jantung kau betul-betul
stabil? Tak perlu buat pembedahan?” Filia tidak tahu apa yang sepatutnya
diperkatakan lagi kalau boleh dia tidak mahu Farhan bertanya lebih lanjut tentang
dirinya.
Farhan senyum. “Aku dah
pernah bedah, jantung aku baik-baik sahaja mungkin dia agak terkejut.” ujarnya
bersahaja. “Yalah, siapa yang tak terkejut dengar kawan dia pengsan kan? Siap
masuk hospital lagi. Fikri tu saja yang terlebih aksi bawa aku ke hospital.”
Tanpa sedar Farhan terlajak kata.
Teragak-agak Filia mahu
bertanya, “Kau pengsan sebab terkejut dengar berita aku pengsan?”
Farhan tergagap.
Senyumnya serba tidak kena. “Taklah bukan macam tu aku…” Akan tetapi kata-kata
Farhan itu tidak cukup kuat untuk meyakinkan Filia.
Seribu persoalan mula
berlegar. Farhan pengsan kerana aku?
Kenapa? Adakah? Andaian itu ditepis. Mungkin
sebab…? Sebab apa Filia? Filia
sendiri jadi takut untuk menghuraikannya. Senyap. Masing-masing terus mengunci
mulut. Selepas seketika.
“Farhan, rasanya aku
patut balik ke wad. Aku rasa macam dah ganggu kau nak berehat,” bicara Filia
sekadar berbahasa.
Farhan buat muka. “La, mana
ada. Lagipun boringlah aku kalau kau keluar nanti. Sudahlah dalam wad ni tak
ada pesakit lain selain aku.” Farhan melirik memandang dua buah katil yang
kosong di kiri dan kanannya.
Filia
senyum. Penakut cakaplah penakut.
“Fikri kan ada teman kau.”
“Memanglah tapi
tengoklah ke mana dia menghilang aku pun tak tahu. Ala, kau tunggulah sekejap
sahaja lagi, sehingga Fikri datang.” pintanya dengan nada separuh manja.
Filia membulatkan mata.
Dia tersalah dengarkah? “Baiklah, Farhan.”
Farhan menguntum
senyum. “Itulah namanya kawan.”
Filia tukar topik, “Kau
masuk sini wartawan tahu tidak? Aku tak nak tiba-tiba aku keluar nanti silau
mata aku kerana lampu kamera.” tanyanya, kerana sekarang Farhan adalah Ariel.
Farhan geleng. “Aku
minta Fikri diamkan sahaja perkara ini dan beritahu doktor dan para jururawat
supaya rahsiakan keberadaan aku di sini,” jelasnya.
“Pelik juga aku. Kalau
tidak bukan main beriya kau menyamar segala. Masuk hospital apasal kau tak
menyamar?” ujarnya setelah agak lama dia memikirkan selamba sahaja Farhan guna
identiti sebagai Ariel.
Mana nak sempatnya
fikir pasal itu semua. Kepalanya ketika itu berserabut. Dia berada pula di set
penggambaran untuk video muzik bagi lagu terbarunya. Sebaik dengar ayat keramat
Red melalui telefon, jantungnya terasa sakit, dadanya mula berombak, akhirnya
dunianya terus gelap. Bila buka mata
semula, dia sudah pun berada di atas katil hospital.
“Bunyi macam lain macam
saja ni. Kau takut aku termenggoda nurse-nurse
kat sini ek?” Renungan Farhan tajam menembusi mata Filia.
Filia berdehem. “Gi-la!
Mana ada.” Hai hati kenapa dengan kau ni.
Janganlah berdebar sangat. Bukan di hadapan lelaki ini. Tenang Filia. Farhan
sekadar bergurau sahaja tu.
Farhan terkukik ketawa.
Kurang
asam jawa. Buat
main pulak dia. “Aku keluarlah kalau macam ini,” rajuk Filia.
Farhan masih lagi dalam mood mengusiknya, “Ala
busuk-busuk, maaf itu hanya gurauan semata. Sumpah tiada niat pun.” Farhan siap
mengangkat tangan lagak orang mengangkat sumpah. “Kecil hati betullah awak ni.”
Filia membalas dengan
jelingan tajam.
“Aduh, terpana aku dalam renunganmu itu,”
ujarnya penuh puitis.
Tak
padan dengan sakit. Kali ini Filia pula
ketawa. “Gila!” Terburai ketawa keduanya. Penuh bahagia. Tetapi benarkah ada
bahagia hingga ke penghujungnya?
AIR yang di pesan tidak terusik. Fikiran Tira
melayang entah ke mana. Fikri pelik. Kenapa
pula dengan minah ini. “Tira, tadi kau yang ajak aku datang kantin. Air itu
apa hal tak diminumnya?” tanyanya.
Tira tidak menyahut.
Dia masih hilang dalam diri sendiri. Fikri menjerit kecil di tepi telinga Tira.
Bahunya sedikit berhinggut.
“Fikri aku tak
pekaklah,” marahnya.
Fikri terus membalas,
“Aku tengok kau macam ada masalah berat sahaja. Jarang nak nampak kau termenung
macam ni.”
Berat teramat berat
sehingga tidak tertanggung. Dia tersepit di celah kemelut ini. Maju ke hadapan,
ada yang akan terluka. Jika statik pada titik asal tetap juga ada yang
menanggung derita. Bibir tersenyum, akan tetapi hati yang telah sedia bernanah
jika tertusuk jarum pasti akibatnya teramat menusuk. Air di minum sekadar
membasah tekak. Tira terus bangun. “Aku nak ke wad Filia. Kau nak naik sekali
tak ke wad Farhan?”
Fikri geleng. “Kau
pergilah dulu. Aku nak habiskan makan laksa ni dulu.”
Tira angguk. Dia terus
mengatur langkah. Matanya berkelip tidak percaya. Bibir spontan tersenyum penuh
mesra. “Mak cik?”
“Tira, Filia mana? Mak
cik perlu bercakap dengan budak degil ni. Kali ini dia sudah melampau. Dia
macam orang yang tak sayangkan nyawa.” Suaranya serak di sulami sebak yang
menghuni. Tubir mata Puan Eliza juga mulai dipenuhi gerimis.
Fikri yang ternampak
situasi itu dari jauh, kian di buru rasa ingin tahu.
Encik Helmi, ayah Filia
memaut bahu Puan Eliza. “Eliz, cuba bawa bertenang. Kita naik jumpa Filia
dulu.” Setelah di lihat mood Puan Eliza kembali tenang, Tira kemudiannya
membawa kedua ibu-bapa Filia ke wad Farhan, kerana dia pasti Filia masih berada
di situ.
DAUN pintu ditutup perlahan. Sebaik dia berpusing
ke belakang. “Ibu? Ayah?” Nada suaranya bergetar. Matanya bertanya pada Tira.
Tira angkat bahu. Filia menunduk menyalami ibu dan ayahnya.
“Tiada alasan lagi,
kali ini kamu harus menjalani pembedahan. Muktamad!” tutur Encik Helmi tegas.
Puan Eliza memeluk
anaknya, “Filia jangan rasa takut, ibu dan ayah yang akan bedah Filia. Kami
pasti akan selamatkan Filia dengan izin-Nya.” pujuknya lembut.
Tira
mengajak mereka ke wad Filia, mengerti perasaan Filia yang diterjah sebegitu.
Dia juga bimbang sekiranya Farhan terdengar dari dalam.
Sebaik menapak masuk, Encik Helmi terus
menjadi pemula bicara, “Ayah sudah pun berbincang dengan Doktor Sulaiman, dan
dia mengatakan keadaan kamu sekarang sesuai untuk dibedah.” beritahunya.
Filia pandang sepi
kedua ibu-bapanya. Suaranya bercampur sebak,
“Ayah, ibu… Filia tidak
bersedia lagi. Filia tak mahu hilang memori. Ibu dan ayah sendiri tahu tumor
itu berada dekat dengan peti memori. Filia tak mahu hilang segala kenangan.
Tumor itu mungkin tidak sebesar mana tetapi Doktor Sulaiman sendiri yang cakap
risiko untuk Filia hilang ingatan tinggi jika pembedahan itu berjaya sekali
pun.” Air mata mula membasahi. Filia meminta pergertian dari keduanya. Matanya
penuh berharap agar mereka menimbal semula keputusan yang telah dibuat.
Puan Eliza mengesat air
mata Filia. “Filia, kalau kamu berterusan bersikap degil macam ni, ianya akan
lebih membahayakan nyawa kamu.Try
to be confident. Setiap kesulitan pasti ada
kemudahannya. Ingat, Tuhan sentiasa mengabulkan doa hambanya, yang yakin dan
ikhlas berdoa kepadanya.”
Dilentokkan kepala ke
bahu Puan Eliza, “Ibu, Filia pinta sekali ini sahaja. Filia perlukan masa dan
untuk itu Filia mohon agar ibu dan ayah beri keizinan untuk Filia tenangkan
fikiran. Filia janji akan ikut cakap ibu dan ayah dan bersedia untuk
dibedah.”
Mereka berdua saling
berpandangan. Hanya Filia seorang anak mereka. Anak tunggal ini sering
ditinggalkan sendirian lantaran pekerjaaan mereka berdua yang menuntut mereka
bertugas di luar kawasan. Filia tidak pernah merungut. Kali ini hanya itu
permintaaannya, dengan rasa berat hati mereka memberi kata putus dan memberi
Filia ruang untuk bertenang dan berfikir sebaik mungkin.
“Tira, mak cik nak kamu
temankan Filia. Kalau ada apa-apa yang buruk terjadi, senang untuk kami juga
kerana Tira ada bersama.”
Tira angguk. Rasa sedih
yang bertamu cuba di tahan sebaik mungkin. “Mak cik, saya balik dulu dah agak
lewat ni.” pinta Tira mengundur diri. Tangan Puan Eliza disalamnya. Dia terus
melangkah keluar.
Air mata yang mengalir
turun disapu. Tidak di sangkanya, rupanya itulah sebab mengapa Filia berkeras
tidak mahu menjalani pembedahan. Dia takut memorinya hilang, itu satu tamparan
yang besar baginya. Segala kenangan terindah bersama ahli keluarga serta
pengalaman suka dan duka bersama sahabat juga akan luput seiring dengan
berjayanya pembedahan.
“Tira,”
sapaan satu suara mengejutkan Tira.
“Kau? Kenapa kau boleh ada kat sini?”
“Tira,
aku nak kau jelaskan satu persatu.” pintanya.
“Jelaskan
apa?”
Dia
tersenyum sinis, “Aku dah terdengar semuanya, jangan nak berdalih lagi.”
Tira gugup. “Baiklah.” Lalu mereka berdua
berbual panjang.