DIIKUTKAN petang ini,
Filia dan Tira dah mahu bertolak balik tapi Tok Wan dan Mak Usu menahan mereka
berdua agar bermalam sehari lagi. Oleh kerana ingin menjaga hati orang tua,
mereka akur.
Pagi tadi pula kecoh
juga jadinya manakan tidak Farhan tersangatlah bangga kerana dia dapat
memancing ikan lebih banyak daripada Filia. Filia pula apalagi dek kerana geram
dia lemparkan semula ikan yang Farhan dapat ke dalam sungai. Bertikam lidah
jugalah jawabnya.
Ceritanya begini,
mereka berdua kononnya bertanding, sesiapa yang dapat pancing ikan yang paling
sedikit akan di denda dan dendanya adalah perlu memasak ikan yang di tangkap
oleh si pemenang. Hendak di jadikan cerita Filia tak pandai memasak apatah lagi
menyiang ikan.
Saat dan waktu ini,
ikan yang di pegangnya pun dah ternampak macam rupa Farhan. Pisau di tangan di
ambil dan mahu di potong ikan itu akan tetapi suara Mak Usu mematikan terus
niatnya. Tira yang memerhati reaksi Filia ketawa bisu.
“Dah
lama kenal Imzi?” tanya Mak Usu. Lupa
pula nak di beritahu, ahli keluarga Farhan memanggilnya dengan nama pertama.
“Hampir
setahun.” Jawab Filia ringkas. Tira hanya diam mendengar.
“Tira,
tolong ambilkan sayur tu.” pinta Mak Usu lalu di masukkan ke dalam periuk dan
di kacau perlahan, api diperlahankan sedikit.
“Filia
satu kursus dengan Imzi?” Filia angguk. “Saya junior dia.” Mata di tala ke arah ikan di tangan Filia. Mak Usu senyum tipis. “Mari
sini Mak Usu ajar kamu siang ikan itu.” Filia lantas tersengih malu. Tira terus
ketawa.
Mak
Usu berkata lagi, “Selama ini Imzi tidak pernah bawa sesiapa datang sini
melainkan si Fikri teman baiknya itu. Alih-alih nah dia bawa Filia dan Tira,
perempuan pula tu terkejut juga kami.
Tapi dalam masa yang sama legalah juga.” ujarnya.
Filia
bertanya,“Kenapa pula, Mak Usu?”
Balasnya,“Im
tu susah sikit nak bergaul dengan orang lain, Mak Usu kadang tu takut juga dia
jadi kera sumbang.”
“Oh..”
balas Filia ringkas. Meskipun sebenarnya dia tidak berapa nak faham.
Kedengaran
riuh rendah di luar. “Assalamualaikum, oh tuan rumah..” Mak Usu bergegas ke
depan.
Dia
dan Tira tidak terus mengekori hanya melihat di sebalik jendela. Kelihatan tiga
biji kereta. Limousin? Dengan bendera di hadapan? Dah macam kerabat diraja. Muka
pak cik dan mak cik ni macam familiar je? Pernah masuk t.v. ke? Rasanya tak
kot? Tapi betullah macam pernah nampak. Tapi kat mana iya?
Filia
binggung, blurr…
Mak
Usu tunduk menyalami mak cik berbaju kurung biru berbunga kuning kecil. Si pak
cik pakaian kasual, t-shirt dan berseluar slack, ringkas tapi tampak macam
tokoh korporat. Mereka sudah berjalan naik ke atas rumah.
“Filia,
Tira ini ayah dan bonda Farhan.” beritahu Mak Su meski pun dia agak gementar,
dia tidak menyangka mereka akan singgah ke mari. Dia tahu Filia mahupun Tira
tidak tahu siapa Farhan yang sebenarnya. Farhan telah memaklumkan padanya
sebelum ini.
Filia
dan Tira bersalaman dengan bonda Farhan. Pada ayah Farhan hanya senyuman di
berikan. Bonda seperti juga Mak Usu berlaga pipi dengannya. Mereka begitu mesra
dan penuh dengan tatasusila, macam ada aura yang tersendiri.
Minda
separa sedar bagai mengetuk kotak ingatannya. Majalah yang di belinya ketika
singgah di kedai majalah. Terpapar gambar mereka berdua. Kalau dia tidak silap
mereka berdua ini ialah Sultan dan Permaisuri negara Sutrasia? Filia meminta
diri dengan sopan untuk masuk ke bilik sebentar. Tira terus membuntuti Filia.
Dalam
pada itu sepupu Farhan, Zaki segera memanggil Farhan, Fikri, dan Tok Wan yang
berada di dusun. Farhan tergamam. Terbisu. Dia dan Fikri saling berpandangan.
AIR MATA mengalir
dengan derasnya. Majalah itu terlerai jatuh dari tangannya. Tira mengambil dan
membacanya.
“Putera
kami, Tengku Imzi Farhan, sekarang sedang menimba ilmu di Malaysia. Di mana dia
belajar masih lagi kami rahsiakan. Itu kemahuan dari dirinya. Saya harap semua
sedia maklum, dia tidak di besarkan oleh kami, dia di jaga oleh atuknya ketika
kecil, jadi dia agak sukar untuk menyesuaikan diri.”
Terpapar dengan
jelas wajah mak cik dan pak cik tadi di muka depan majalah. Tira tanpa menunggu
lagi terus menerpa Filia dan menenangkannya.
Sampai
macam ni sekali dia tipu aku? Kosong. Aku rasa macam dah tak kenal siapa
Farhan.Mindanya ligat memikirkan sebab musabab
mengapa Farhan berbuat sedemikian. Apakah dia sengaja mahu mempermainkan
dirinya? Sengaja mahu menyakitkan hati seorang gadis yang naif sepertinya?
Di kala ini apa yang
jelas hanyalah sebuah pengkhianatan yang terpampang di depan matanya. Amarah
yang semakin bermukim di hati semakin memuncak, terasa dirinya benar-benar
diperbodohkan. Di bohongi oleh sahabat sendiri amat memeritkan. Bertambah
melukakan hati kerana dalam diam, dia menyukai sahabatnya ini malah perasaaan
itu terlalu mendalam.
Kenyataan yang di
ketahuinya tika ini memaksa dirinya untuk melupakan terus apa yang di rasai.
Mana mungkin gadis biasa sepertinya bergandingan bersama seorang putera raja.
Setiap kenangan yang mereka ada terasa bukan miliknya lagi. Semuanya seakan
debu yang berterbangan pergi jauh meninggalkan dirinya.
Jurang di antara dia
dan Farhan terasa begitu jauh. Walaupun di hati dia terasa begitu dekat dengan
Farhan. Hakikatnya dia langsung tidak mengenali siapa Farhan yang sebenarnya.
Farhan yang dia kenali seakan telah tiada yang tinggal hanyalah sisa kenangan
yang tidak mungkin tercantum kembali.
Dia mendongak, matanya
redup seakan meminta Tira meninggalkannya seorang diri. Tira geleng perlahan.
“Aku tak nak. Kalau aku keluar lagi aku terasa kekok.”
Filia senyum tawar,
“Ayah dan bonda Farhan tak tahu apa-apa. Nanti mereka ingat kita ni tak sopan
pula. Aku baik-baik saja, don’t worry about me!”
Suaranya kedengaran agak lemah. Wajahnya pula pucat lesi. Tira tetap bertegas.
Mana mungkin dia meninggalkan Filia seorang diri begini.
Dalam pada mereka
saling berbalah terdengar pintu di kuak perlahan.
Keluhan kecil dilepaskan. Matanya singgah pada Filia yang tertunduk mengelak memandang
wajahnya. Tira pula tidak terkata apa hanya matanya yang merenung tajam. Fikri
mengajak Tira membiarkan mereka berdua berbicara dan memberi ruang kepada
Farhan untuk menjelaskan.
Tira mendengus keras,
dia tidak mahu. “Seinci pun aku tak akan berganjak. Cukup sudah kau orang
permainkan dia. Aku ingat kau jujur berkawan dengan Filia tapi kau perbodohkan
dia.”
Fikri membidas semula
kata-kata Tira bagi membela Farhan. “Tira, kalau betul Farhan nak perbodohkan
Filia, buat apa dia beritahu dirinya Ariel? Sebab tahu, dia kawanlah Farhan
beritahu perkara yang sebenarnya. Tetapi hanya di sebabkan satu saja dia buat
silap kau terus nak adili dia tanpa bertanya langsung pada dia?”
Farhan pegang bahu
Fikri. “Fik, sudah. Memang aku pun yang bersalah dalam hal ini. Aku sangka
benda ini dapat di simpan lebih lama lagi sebelum aku sendiri yang beritahu
Filia tapi tak sangka pula ayah dan bonda datang melawat atuk hari ini.”
Fikri akur. Farhan
senyum tipis. Dia melangkah setapak ke arah Filia. Gemuruh yang di rasai
semakin tidak terkawal. Bimbang Filia akan mengamuk. Dia menghela nafas
perlahan.
“Aku tahu kalau aku jelaskan sekarang semuanya
tak berguna sebab kau tentunya tak akan sudi mendengar. Hanya satu yang aku nak
minta, ayah dan bonda nak jumpa kau. Aku harap kau ketepikan sebentar perasaan
marah kau.”
Berkerut terus dahi
Filia. Bagaimana dia boleh setenang itu? Sedangkan sekarang ini dia yang
bersalah? Filia meraup muka. Dia senyum sinis. “Baiklah, hamba pacal yang hina
menurut perintah tetapi petang ini hamba mahu berangkat pulang.”
Sejurus
selepas itu, Filia terus menghilangkan diri di sebalik pintu. Farhan terduduk
di birai katil. Fikri hilang punca untuk berbicara.
Tira
pula seakan menuntut penjelasan di sebalik renungan tajamnya itu.
“Kenapa kau buat dia
macam tu? Aku tak tahulah manusia jenis apa kau ni! Kenapa kau pilih untuk
mencederakan hati orang yang kau sukai? Kau kawan aku. Filia juga kawan aku.
Kalau boleh aku tak nak semua ni jadi begini tapi sekarang aku sendiri dah tak
tahu nak kata apa.”
Farhan
bangun lalu mendekati Tira. “Kau cakap apa? Orang yang aku suka?”
Tira mengangguk.
“Mungkin Filia agak bodoh tapi dengan
aku, kau jangan nak kelentong. Kau suka dia tapi cara kau tu dah silap. Maaf
dalam hal ini aku memang tak dapat nak tolong kau. Bahkan aku sendiri pun tak
menyangka yang rupa-rupanya kaulah putera mahkota Sutrasia yangblow profilebtu.”
Farhan kemudiannya
hanya berkata seringkas mungkin.“Aku harap kau tolong tengokkan Filia, sebab
aku tahu kali ini tak mudah untuk dia memaafkan aku. Malah aku tak rasa aku
layak mendapat kemaafan dari dia.”
Tira
senyum tawar. “Aku harap sangat semuanya kembali seperti biasa tapi rasanya itu
agak mustahil. Mungkin kalau pulih pun, tak mungkin sama seperti dahulu.”
Fikri mencelah. “Tira,
walau apa pun aku dan Farhan tetap kawan kau dan Filia. Percayalah kami
langsung tak berniat nak merahsiakan semua ini. Farhan dia langsung tak
bersalah, kau salahkan aku sajalah sebabnya aku yang suruh dia buat macam tu.”
“Maaf, bukan aku yang
patut kau jelaskan semua ini. Bila marah Filia dah reda aku janji akan membantu
kau orang. Jangan ingat aku tolong kau orang sebab kau tu putera raja iya? Aku
hanya mahu melihat Filia bahagia dan aku tahu orang yang boleh mengembirakan
dia kau Farhan.”
Farhan
tertunduk lemah. “Terima kasih, Tira.”
Tira senyum. Fikri
tersengih tiba-tiba. “Cayalah Tira, aku rasa kau harus tukar kursus ke kursus
psikologi, sebabnya kau boleh baca fikiran Farhan dengan begitu tepat.”
“Seperkara lagi, Fik.
Aku tak kata pun yang aku maafkan kau orang. Jadi jangan nak rasa lega sangat
iya? Kalau bukan Filia yang mengamuk, aku yang akan meradang nanti!” Dia terus
keluar, lagi lama dia berada di dalam bilik ini terasa hendak di cekik mereka
berdua itu.
Farhan dan Fikri saling
berpandangan. “Tuan Putera mengapa patik rasa yang Tira sekarang macam berpihak
pada kita? Tapi melihatkan reaksi dia tadi, patik rasa gerunlah pula.”
Farhan
meluku kepala Fikri. “Tiba-tiba kau berprotokol sangat ni apa hal?”
Fikri tersengih serba
salah, “Sebabnya tuanku sultan dan tuanku permaisuri ada di sini kot? Itu yang
aku pun tersasul. Kau bukan tak tahu ayah dan bonda kau kan cukup jaga bab-bab
macam ni.”
“Memanglah aku tahu
semua tu, tapi depan mereka kau cakaplah segala bahasa istana pun aku tak
kisah. Bila dengan aku hentam sajalah apa pun. Ada faham!”
Fikri telan liur. Alamak, anak raja ni dah murkalah pula.
Farhan terus berlalu ke
ruang tamu di mana ayah dan bondanya sedang beramah mesra dengan Filia dan juga
Tira. Kelihatan Filia sebaik mungkin cuba mengawal kemarahan daripada terpamer.
Farhan tersenyum tawar. Kali ini dia tahu akan mengambil masa yang agak lama
untuk memujuk Filia.
AYAH DAN IBUNYA diserbu kehairanan.
Sejak balik petang tadi , Filia asyik berkurung di dalam bilik. Sepatah di tanya
sepatah di jawab. Mereka mula pening apa yang sebenarnya berlaku.
“Tira sini kejap,”
panggil Puan Eliza apabila terpandang Tira yang baru hendak menapak turun ke
bawah. “Betul dia okey? Mak cik tengok macam dia ada masalah saja. Dia orang
bergaduh ke?”
Tira tersenyum tawar.
Ibu Filia memang cukup prihatin terhadap anaknya. “Ada sedikit salah faham
saja. Buat masa sekarang saya sendiri tak dapat jelaskan. Biarlah Filia sendiri
yang cerita pada mak cik.” jelasnya.
Puan Eliza angguk. Dia
tahu jika tiba masanya mungkin anaknya akan berbincang dengannya. Sejak dari kecil lagi Filia akan merujuk kepadanya jika
dia ada masalah. Jarang sekali anaknya itu merahsiakan sesuatu daripadanya.
MASA berlalu, sedar-sedar telah pun
menginjak ke seminggu. Akhirnya memakan ke sebulan. Selama itu jugalah Farhan
dan Filia tidak bertegur sapa. Jenuh juga Fikri dan Tira mencari jalan
mendamaikan mereka berdua tetapi tetap menemui jalan buntu.
Apatah lagi Farhan
memilih untuk mendiamkan diri dan mengakui sahaja itu memang salahnya. Dia
redha itu yang terjadi. Dia merasakan dia tidak layak untuk mendapat kemaafan
daripada Filia.
Meskipun kini Farhan
sudah pun berada di tahun akhir, dia tetap menyibukkan diri dengan aktiviti
seninya. Semuanya demi mengelakkan dirinya daripada memikirkan perkara tentang
Filia. Dia bekerja siang dan malam. Tiba hujung minggu, dia akan terbang ke ibu
kota bagi memenuhi undangan stesen televisyen dan juga konsert mini.
Filia pula marahnya
masih belum reda sepenuhnya. Selebihnya pula dia geram dengan sikap Farhan yang
penakut untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya. Pada mulanya memang
dia marah. Berdepan dengan kenyataan yang sukar di terima akal.
Namun hakikatnya,
itulah yang berlaku dan benar-benar telah terjadi. Sahabat yang dia kenali
selama ini seorang putera raja.
MALAM yang hening itu, usai solat sunat taubat.
Farhan menyelak helaian tafsir Al-Quran, ayat 284 surah Al-Baqarah itu di
bacanya perlahan.
Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan
di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan,
niscaya Allah Memperhitungkannya (tentang perbuatan itu) bagimu. Dia mengampuni
siapa yang Dia Kehendaki dan Mengazab siapa yang Dia Kehendaki. Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu.
Bergenang tubir
matanya. Tika hati tidak tenang barulah teringat akan Dia yang Satu. Tika susah
barulah tergerak hati untuk menilik diri yang selama ini alpa dalam mengingati
dan menjalankan perintah-Nya.
Sungguhlah ketika
senang kita tidak sedar nikmat yang di anugerahi-Nya. Ketika datangnya ujian
dari Dia mulalah kita berkeluh kesah. Lemah sungguh kita sebagai hamba-Nya.
Hanya dengan mengingati-Nya hati menjadi tenang.
Dia menadah tangan berdoa
pada yang Esa moga di beri petunjuk dan jalan penyelesaian kepada masalahnya
ini. Akhirnya dia bersujud mengharapkan keredhaaan-Nya. Setelah itu dia bangun
mengerjakan solat sunat tahajud di ikuti pula solat isthikarah.
Fikri yang dari tadi
melihat di sebalik pintu menadah tangan memanjatkan kesyukuran. Mungkin inilah
hikmah di sebaliknya. Tuhan telah menggerakan hati Farhan untuk kembali
mengingati-Nya.
ESOKNYA... Fikri pergi berjumpa Filia.
Kalau Farhan tidak mahu membuka mulut menerangkan, biarlah dia yang jadi orang
tengah dan menjadi pendamai. Sebaik menapak ke dalam kafe Jabatan Teknologi
Makanan bibirnya menguntum senyum. Tira melambai dari jauh. Sebenarnya dia
telah berpakat dengan Tira. Mujurlah Tira sudi membantu.
Filia kelihatan mahu
melarikan diri, Tira cepat-cepat memaut lengan temannya itu.
“Kalau iya pun marahkan
Farhan. Takkan dengan Fikri pun terkena tempiasnya sekali. Kita dengar dulu apa
yang dia nak cakap boleh?” pujuk Tira. Filia masih senyap.
Fikri
sudah pun mengambil tempat di hadapan mereka. Kerusi di tarik perlahan, dia
tersenyum tawar. Kelihatan Fikri teragak-agak menyusun kata. Dia tengok Tira.
Tira jungkit bahu. Fikri akhirnya
menghela nafas perlahan.
“Aku sedar mungkin kau
akan kata aku akan sebelahkan Farhan. Aku tak masuk mana-mana pihak. Kau kawan
aku. Farhan pun kawan aku. Cuma aku rasa aku harus selesaikan semua ini. Memang
dia yang bersalah. Aku akui, itu memang silap kami merahsiakan hal ini daripada
kau. Tapi percayalah kami tak berniat langsung nak membohongi. apatah lagi nak
mempermainkan kau.”
Filia senyum sinis.
Suaranya keras. “Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?” Sungguh terang lagi
bersuluh Filia masih lagi tidak menyenangi dirinya. Cakapnya pun endah tidak
endah sahaja di pendengarannya.
Mungkin sebab inilah
Farhan memilih untuk mempersalahkan dirinya. Dia tahu tiada guna meneguk
di air yang keruh. Farhan memahami
Filia, itulah masalahnya.
Atas sebab tu jugalah
dia mengelak untuk berjumpa Filia. Tetapi tidak bagi Fikri kerana baginya,
semua ini harus di-jernihkan kembali.
“Aku nak sampaikan satu
kisah. Aku harap kau tolong dengar dengan jelas.” pinta Fikri.
Filia angguk nak tak
nak. Tira hanya mampu mendiamkan diri. Bimbang jika dia membuka mulut sekali
dengan dia terkena tempiasnya nanti.
Fikri memulakan
ceritanya, “Dulu ada seorang budak lelaki ni yang membesar dan tinggal bersama
atuk dengan neneknya. Sekali sekala, ibu dan ayahnya akan datang menjenguknya.
Dia tertanya kenapa ibu dan ayah membiarkan atuk dan nenek yang menjaganya?
Mungkin ibu dan ayahnya terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk dirinya?
Kalau betul apa pekerjaaan dorang sehingga dia terpaksa tinggal bersama atuk
dan nenek? Tiada jawapan yang diberikan. Dia ada tanya pada atuk dan nenek,
mereka juga mendiamkan diri. Akhirnya dia pendamkan terus persoalan itu.”
Fikri berhati-hati menutur
kata. Bimbang juga dia kalau ada para pelajar yang memasang telinga. Mujurlah
kafe mulai lenggang.
Dia terdiam seketika
sebelum menyambung, “Hinggalah genapnya umur dia 12 tahun. Kebenaran tu
akhirnya terbongkar dan sehingga kini
pun dia masih tak mampu nak terima. Sudahlah perkara ini di rahsiakan dari
pengetahuannya. Dapat tahu pula bahawa dia rupanya pewaris takhta. Itu satu
kenyataaan dan hakikat yang wajib dia terima.”
Filia mula mengangkat muka memandang Fikri.
Dia mula menumpukan sepenuh perhatian.
Fikri menguntum senyum
nipis. “Impiannya hilang. Zaman kanak-kanaknya di ragut terus dari hidupnya. Dia
mengalami konflik identiti seawal usia yang terlalu muda. Dia sukar
menyesuaikan diri sekembalinya ke istana. Dia jarang bergaul dengan teman
sebaya.
Sebaliknya dia amat
merindui kawan-kawannya di Malaysia. Terpaksa berpisah dengan kawan baiknya,
Ayif amat memeritkan hatinya. Paling malang sekali, bila dia dibenarkan balik
ke kampung, kawannya itu dah pun berpindah. Sampai sekarang dia masih cari
kawannya itu.”
Filia gigit bibir. Farhan
pernah menceritakan tentang teman baiknya itu. Raut wajah Farhan yang mendung
dan suram ketika itu kembali menyapa memori. “Aku harap kau tak mereka cerita…”
ujarnya perlahan.
Fikri bengang. Ingatkan
Filia sudah percayakannya tapi ternyata hati gadis ini sangat keras. “Buat apa
aku nak mereka-reka cerita. Semuanya memang benar. Aku rasa kau sendiri pun
boleh nampak. Farhan tu sikit pun tak ada gaya macam putera. Sebabnya dia dah
terbiasa bergaul dengan rakyat biasa. Kalau boleh dia pun tak nak semua ni. Dia
siap minta ayahandanya rahsiakan identitinya. Dia langsung tak bersedia untuk
di dedahkan sebagai putera mahkota.
Sebab itulah, sehingga
ke hari ini, dunia masih tertanya-tanya siapa pewaris Sutrasia yang misteri
itu. Dia pernah cakap kat aku, kalau boleh, dia lagi suka hidup macam dulu.
Hidup bebas tanpa kokongan. Akhirnya, dia kumpul keberanian dan minta pada ayahandanya
supaya diberi peluang mengejar impiannya sebelum menaiki takhta. Ayahandanya
pernah berjanji akan menunaikan permintaan Farhan kalau dia setuju kembali ke
Sutrasia. Habis pelajaran sekolah menengah, Farhan balik semula ke sini. Aku
ditugaskan untuk menjaganya.”
Filia
dan Tira saling berpandangan. “Rupanya kau ni pengawal peribadi dia?” tanya
Tira.
Fikri
angguk.
“Dia datang sini semata-mata
nak mengejar cita-cita dan mencari kawannya Ayif tu?” tanya Tira lagi.
Fikri tersenyum sebelum
mengangguk. Nampaknya Tira yang terlebih nampak berminat mahu mengetahui,
berbanding teman di sebelahnya itu yang hanya sesekali bersuara.
“Ya, dengan mengguna
pakai identiti sebagai Ariel. Farhan akhirnya memulakan karier seninya. Akibat
tidak mahu di ganggu selepas aktiviti seni, dia memutuskan untuk menjadi Farhan
yang korang kenali sekarang ini. Seorang
yang kononnya nerdy dan skema.
Belajar di sini amat
menyelesakannya. Tak seperti masa di kolej diraja dahulu. Semua kelakuannya
diperhatikan. Harus jaga itu dan ini. Oleh sebab itu datang sini. Dia mahu jadi
dirinya sendiri. Tapi itulah ketentuan Ilahi tiada siapa yang tahu. Dia bertemu
dengan Filia dan segalanya berjalan lancar hinggalah tercetusnya perkara yang
tak terduga ini.” akhiri Fikri setelah bercerita dengan panjang lebarnya. Dia
tersandar ke belakang menunggu bait bicara dari mulut Filia.
“Satu sahaja aku nak
tanya, kenapa jelaskan semua ni pada aku? Aku hanya seorang teman biasa.”
“Teman biasa? Sehingga sebulan lamanya kau
merajuk dengan Farhan itu kau kata teman biasa? Atau sebenarnya kau ada agenda
yang tersembunyi. Kau nak anak raja tu melutut minta maaf pada kau?” tempelak
Fikri kasar.
“Fik,
kau dah lebih. Kau sendiri tahu Filia bukan orang yang macam tu. Dalam hal ni
Farhan yang bersalah. Memang wajarlah Filia buat dia macam tu.” bidas Tira.
“Aku
tahu tapi korang tak patut hukum dia tanpa mengetahui kenapa dia buat macam tu.
Kalau aku tak fikirkan penyakit dia dah lama aku…” Fikri terdiam. Hening. Tersasul
sudah.
Terlajak
perahu boleh di undur. Terlajak kata malang menanti? Maaf Farhan aku terlepas
cakap. Sudahlah banyak yang dia ceritakan pada Filia dan Tira. Tambah lagi satu
bala pula.
“Apa
dia? Farhan sakit?” Filia mula di landa gusar. Peristiwa Farhan pengsan di
sebabkan dirinya kembali berputar di ingatan. “Ada kaitan dengan jantung dia
ke?”
Fikri hela nafas.
Alang-alang dah terlepas biarlah Filia tahu. “Keadaannya masih stabil. Mungkin
jantung si penderma tu masih belum dapat menyesuaikan diri dengan diri Farhan.
Doktor pun ada pesan jangan biar dia tertekan sebab itu akan memberi kesan pada
kesihatan jantungnya.”
“Jadi
di sebabkan ini kau…” Filia tidak menghabiskan ayatnya. Dia sendiri mulai
memahami.
“So, that’s it.
Aku dah tak berhutang dengan korang. Segala apa yang aku ceritakan ni. Aku
harap korang tolong rahsiakannya. Jangan beritahu Farhan. Dia tak tahu pun aku
datang jumpa korang.” pesannya.
“Maaf, aku tak patut
mencurigai kejujuran kau dan Farhan. Aku sedar aku juga silap. Aku silap untuk
tidak berfikir secara waras. Kawan boleh di cari tetapi aku terlupa sahabat
sejati sukar di cari. Aku harap kau berikan aku masa. Masa untuk menerima semua
ini dengan hati yang terbuka dan tenang. Terima kasih juga sebab kau jelaskan
semua ini.” ucap Filia.
“Thanks to Him.
Dia yang berikan aku kekuatan untuk meleraikan simpulan kekusutan ini.”
Senyuman nipis di berikan sebelum berlalu pergi.
Tira bersuara,
“Sekarang semuanya terserah pada kau. Will you continue to be in this friendship with him?”
“Isthikarah,
berdoa dan bertawakal, itu sebaik-baik jalan penyelesaian.”
“Jangan
lupa, kau juga harus berikhtiar dan berusaha barulah akan ada jalan keluarnya,”
Benar itulah yang
sebaik-baiknya. Urusan manusia bukan berada pada tangan mereka, ianya di bawah
ketentuan Ilahi. Oleh itu, janganlah kita meletakkan seratus peratus urusan
kita pada diri kita sendiri. Ambil sedikit, yang selebihnya serahkanlah pada
Dia yang Satu yang Maha Mengetahui segalanya.