BLURB

Geramnya! Merah padam muka Dayana. Dia dimalukan oleh seorang pemuda di khalayak. Sakitnya hati! Terbantut hasratnya untuk memasarkan kerepek buatannya di Pasar Mini Akif. Ayahnya pula memujuk. Amarahnya melebur. Lantas Pasar Mini Akif dikunjungi sekali lagi. Rupa-rupanya pemuda itu pengurus dan pemilik pasar mini. Dialah Akif.

Mata bertentang mata, tidak mampu melunakkan hati Dayana yang geramnya sudah di tahap maksima. Terus dilampiaskan marahnya. Namun Akif tetap senyum. Rupa-rupanya dia sudah jatuh cinta!

Akif, baik sangat, menyebabkan Dayana tergoda juga. Tapi, bagaimana dengan Ikhwan? Mereka sudah berkawan sejak kecil.

Akif pula digilai oleh gadis lain. Dayana buntu. Ikhwan datang melamar. Dayana terkasima. Malang, emak Ikhwan enggan bermenantukankan dia, pembuat kerepek berkelulusan SPM! Emak Dayana sakit hati lantas pinangan Ikhwan ditolak.

Akif dan Dayana ditunangkan. Belum sempat bernikah, Akif tiba-tiba menghilang. Puas dicari, Akif tidak ditemui. Kemana dia pergi? Dayana terus menanti. Ikhwan yang masih mengharap, kembali menagih cinta.

“Yana, benarkah Ikhwan tidak layak mendiami kamar hati Yana, walau disudut yang terpencil?” –Ikhwan.

Dayana jadi tak tentu arah.

Previous: Bab 4
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.