Home Novel Cinta SPLIT PLAYGIRL
SPLIT PLAYGIRL
thira jono
21/10/2021 03:30:24
32,451
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

MATA terbelalak melihat suasana asing baginya. Ekor mata berlayar pandang ke segenap ruang. Namun, dia tidak dapat mengenal pasti di manakah dia berada. 

Sunyi. Tiada siapa yang berada di situ. Yang ada hanya dia.

Apa yang pasti, dia sedang berdiri di atas sebuah bangunan.

Tika ini, dia dalam keadaan yang sangat dekat dengan kematian. Dia berdiri di hujung-hujung bangunan. Pandangan mata menjunam pandang ke bawah. 

Astaghfirullahaladzim…

Mengucap panjang dia dibuatnya. Segera kaki mengundur ke belakang. 

Penat!

Sekarang ini, itulah yang dirasakan. 

Nafas tercungap-cungap. Peluh menitis-nitis membasahi dahi. 

“Kenapa aku berdiri dekat bangunan ni?” Dahi berkerut tebal. Dia bertanya pada diri sendiri.

Anggun benar-benar tidak pasti mengapa keadaannya jadi begini. 

Siapa yang munculkan diri sehinggakan dia duduk di tempat asing dalam kepekatan malam yang ditemani cahaya bulan?

Argh, serabut!

Hati Anggun berdegup kencang seiring dengan denyutan nadi yang semakin laju.

'Ya Allah, aku kat mana ni?' 

Hatinya meraung kuat. Air mata bercucuran turun. Saat dia menangis, tiba-tiba hati berasa sangsi. Terus jemari menyentuh seluruh tubuhnya. Dalam keadaan mencangkung, dia menangis semahunya. 

"Aku takut." Diseka air matanya. cecair dari hidung keluar mencemari bibir.

Dalam keadaan menangis, mindanya tersedar akan suatu perkara.

“Eh, kenapa aku masih Anggun? bukan ke waktu takut macam ni, Ayu yang keluar? Kenapa dia tak keluar?” Anggun keanehan. 

“Bila aku perlukan kau, tak keluar pula kau ni.” Tertekan. Emosi semakin bercelaru. Anggun sedikit kecewa kerana dia kekal menjadi personaliti utamanya.

Bila hatinya berharap agar personaliti-personalitinya untuk keluar, tak nak pula mereka keluar. 

Hari demi hari Anggun merasakan hidupnya berada dalam pertempuran yang tidak berpenghujung. Lebih-lebih lagi bila dia perlu menghadap personalitinya yang semakin kuat dan sering keluar tanpa dipinta.

No …Waktu-waktu macam ni Jay yang patut keluar! Dia je yang berani hadap benda-benda macam ini.” 

Anggun menjerit sekuat hati hingga berdengung seluruh ruangan. Wajah kemudiannya diraup kasar.

“Habib … tolong saya Habib.” 

Satu nama menitip di bibir. Hanya lelaki itu yang menyinggah dalam ingatan.

Dahulu, Habib yang sentiasa ada buatnya di kala perlu. Dia berharap lelaki itu juga muncul dalam waktu-waktu begini. 

Anggun takut. Sangat takut. 

Setelah beberapa minit cuba menenangkan diri di atas bangunan tersebut, tiba-tiba… 

“Eh, ni pakaian Jay. Maknanya waktu aku datang sini, Jay yang keluar?” Bibir membulat besar. Baru tersedar yang dia menjadi Jay sebelum hadir di tempat asing itu.

Hanya Jay yang suka memakai Hoodie dan berseluar jeans koyak ala ala samseng jalanan. 

Opsss … mamat tu memang samseng jalanan! 

“Tapi kenapa dia datang kat sini? Bukan ke Jay suka jalan-jalan dekat lorong gelap pergi kutip hutang. Dia tak mainlah nak melepak dekat bangunan mewah macam ni.” Emosinya sedikit stabil bila ketakutan semakin berkurang. 

“Anggun. Kau tak ingat ke pasal bangunan ni?” satu suara menyergah telinga. Anggun tersentak bila dia dapat melihat diri sendiri di depan mata. Bagaikan cermin, dia memandang tubuh itu.

“Jay? Kaaa kau wujud ke?” soalnya tergagap-gagap. Jay herot bibir ke tepi. Hati Anggun diserang debaran. Denyutan nadi seakan terhenti berdetik.

No … Ini semua khayalan. Mana mungkin personaliti bergandanya munculkan diri secara fizikal. Itu tidak akan terjadi.

Kebiasannya mereka akan berbual di sebalik pantulan cermin. Bukannya berdiri dan mata bertemu mata.

“Kalau aku tanya, jawablah!” Figura itu menengking. 

Anggun bungkam. Dia bagaikan bermimpi. Sesekali, dia menampar pipi kanan dan kiri. Mahu memastikan yang dia berada dalam dunia realiti.

Ouch! Sakit. Maknanya ini benar-benar realiti.

Air liur terasa seperti tak tertelan. Rasa macam likat sangat liur itu sehingga melekat di kerongkong.

“Jay … Kenapa kau bawa aku datang sini haaa? Kau ada pukul sesiapa ke dekat bangunan ni?” Jay menggeleng. Langkah kaki semakin menghampiri Anggun. 

Figura itu menyeringai.  

“Aku datang sini sebab engkau yang paksa aku datang dekat tempat ni!” dia jawab di celah-celah ketawa.

“Jangan nak merepek Jay!” Kaki dihentak kuat. Tidak mengerti maksud tersirat yang disampaikan kepadanya.

Jay selalu begitu. Dia suka menakutkan orang dengan senyuman jahat dia tu.

“Lain kali jangan paksa aku untuk munculkan diri depan kau kalau kau tak nak aku keluar!” suara Jay tinggi seoktaf. Pandangan mata itu benar-benar menikam hingga ke dalam mata menusuk ke jantung. 

Anggun memang tak suka kalau dia keluar. Kerja dia asyik nak membelasah orang saja. Disebabkan dia, Anggun perlu berhadapan dengan bahaya.

“Apa maksud kau ni Jay? Kau jangan buat sesuka hati boleh tak? Aku dah penat nak menghadap kau ni.” Getus Anggun geram. Wajahnya berderau menahan marah.

Anggun perlu mengawal marah supaya personalitinya tidak bertukar lagi. Dia perlu kekal menjadi Anggun supaya personaliti yang lain tidak membawa dia merawang ke tempat lain.

“Kau penat menghadap aku? Wah, ini balasan kau dekat aku lepas apa yang aku buat untuk engkau.” Bulat mata Anggun mendengar kata-kata itu.

Entah jasa apa yang dia buat pun aku tak tahu.

Bisik Anggun di dalam hati.

“Tak ada apa yang kau buat untuk aku selain menyusahkan hidup aku.” Hujung mata menjeling. Malas sungguh mahu berbincang dengan Jay yang tak reti bahasa ni.

Asyik dia je nak menang. Sampai aku sendiri pun susah betul nak melayan setiap kerenah dia.

“Kalau engkau tak hentikan rawatan psikologi kau dengan doktor tu, aku akan pastikan yang aku kuasai diri kau yang sebenar. Aku akan buat kau tidur tak bangun-bangun.” Anggun jongket kening sebelah.

Dia nak buat aku tidur tak bangun-bangun? Ah, dia ni suka beri ayat keramat yang menggerunkan.

“Kenapa kau benci sangat kalau aku dapatkan rawatan? Sepatutnya kau bantu aku Jay! kau kena pergi dari tubuh aku supaya aku boleh hidup bebas.” 

Bebola matanya melingas ke kiri dan ke kanan. Tidak betah mahu merenung personalitinya itu. Kehampaan bersarang dalam hati.

Anggun perasankan yang Jay diam saat soalan itu diajukan. Berfikir sesuatu agaknya.

“Kalau aku pergi, siapa nak lindungi kau, Anggun. Engkau yakin ke yang kau boleh lindungi diri sendiri kalau aku hilang? Engkau tak menyesal kalau aku dah pergi dari hidup kau?” bertubi-tubi soalan diajukan kepada Anggun. 

Terkelu lidah Anggun mahu menjawab. Tiba-tiba hati diserang perasaan hiba. Wajah kian menunduk, tidak mampu keluarkan sebutir ayat.

Kenapa si Jay ni bermain dengan emosi pula malam ni? Pelik je.

“Engkau perempuan, kau perlu perlindungan dari aku.” Sekali lagi, kata-kata Jay mendebarkan perasaannya.

Eeh, tapi hakikatnya Jay pun perempuan!

“Aku sahabat dalam tubuh kau, Anggun. Aku tak boleh pergi, jadi tolong biarkan aku dekat sini!” 

Buat pertama kalinya, intonasi suara Jay tenang. Dia tidak menjerkah seperti selalu. Bicara katanya kedengaran ikhlas dari hati.

Mulut Anggun melopong. Otak ligat berfikir tentang maksud di sebalik kata-kata itu. 

Kenapa kau sering menimbulkan tanda tanya Jay? Macam mana kau boleh muncul dalam diri aku! 

Siapa kau sebenarnya? Wujudkah engkau dalam dunia realiti?



Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh thira jono