Home Novel Cinta SPLIT PLAYGIRL
SPLIT PLAYGIRL
thira jono
21/10/2021 03:30:24
32,517
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

ELNARA tayang wajah aneh. Yin dipandang dengan penuh keanehan. Tidak pernah personaliti itu muncul depannya. Bila dia sudah munculkan diri, Elnara jadi bingung. Sudah di ajak pulang, tetapi Yin masih mahu menghabiskan segala makanan yang ada di atas meja. 

Doktor Fayyid pernah memberitahunya tentang ciri-ciri yang ada pada diri Yin. Namun, doktor sendiri tidak dapat  memberi maklumat terperinci, mengapa lelaki itu munculkan diri.

Kata ganti nama ‘I’ ‘you’ dan perkataan ‘I tak berselera dengan perempuan’ membuatkan dia dapat mengenalpasti kemunculan Yin. 

Nasib baiklah Doktor Fayyid memberitahu segala maklumat Yin kepadanya. Kalau tidak, pasti dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya menghadap Yin.

‘Dengan Yin tu awak memang susah nak kalah.’

‘Dia tu lelaki, tapi berperangai perempuan. Naluri dia tu lebih sukakan lelaki. Itulah yang saya pasti. Sebab dia cakap saya ni taste dia.’

Setiap pesanan dari Doktor Fayyid diingat satu per satu. Perlahan-lahan, nafas berat dilepaskan.

Yin antara personaliti yang sukar munculkan diri. Tapi kalau sekali dia dah keluar, memang segala mental dan fizikal wajib standby awal-awal. Kalau tak kental jiwa, boleh sakit mental layan perangai si Yin. Kena sabar melayan sikap aneh yang akan Yin tonjolkan. 

Urgh, memang baguslah tu tak selalu  keluarkan diri. 

“Panasnya tudung ni. Nak bukalah macam ni.” Belum sempat dia menanggalkan tudung, laju tangan Elnara menahan.

Fuh, dia tak boleh biarkan Yin buat begitu. Mereka di tempat awam.

“Woi, jangan cari pasal. Aku sepak kau nanti. Cukuplah Jay tu biadap suka tunjuk aurat Anggun. Jangan kau pula memandai nak buka aurat Anggun.” Elnara bertegas. Masih lagi tangannya mencengkam lengan Yin.

“I ni Yin. I ni lelaki! Bukan perempuan. You ni bodoh ke? Tak akan laki nak pakai tudung?” Yin menjeling dari hujung mata. Dia bertegas mahu membuka tudung, tetapi Elnara semakin keraskan cengkaman hinggakan Yin tak mampu bergerak.

“Ush, jangan cakap kuat-kuat boleh tak? Jaga maruah Anggun sikit.” Mata Elnara sedikit terbeliak. Rasa nak tengking Si Yin kuat-kuat.

Suara Yin ni macam nyamuk. Asalkan bercakap je mesti dia nyaringkan suara macam Elnara berdiri jauh 100 meter darinya.

Confirm sakit tekak Anggun bila dah sedar nanti. 

“Okey fine. Tapi lepaskan I.” Yin ketap bibir. Pipi kemerahan menahan sakit.

“Selagi kau  berniat nak buka tudung ni, selagi tu aku tak akan lepaskan kau.” Dia membeliakkan matanya lebih besar berbanding tadi. Yin di depan sudah angguk berkali-kali.

Rasa nak tercabut tangan bila Elnara buat begitu. Cengkaman Elnara macam nak membunuh.

“Ya, I tak tanggalkan. I gurau je tadi.” Tergagap-gagap Yin membalas. Elnara herot bibir ke tepi.

Tahu takut.

“Dah lah, jom balik. Nanti makin susah aku kalau lama-lama kat sini.” Elnara bergegas menyimpan telefon bimbit ke dalam beg.

Mahu pulang dengan kadar segera sebelum ada hal pelik-pelik yang perlu di hadap.

“Malas. I nak pergi cari anak-anak ikan yang letops, lepas tu buat stok geli-geli.” Jelas Yin, dalam waktu yang sama tangan mencapai tisu di depan mata. 

Astaghfirullah, apa kau merepek ni syaiton? Dah jom balik!” dahi berkerut seribu.

“No!” Yin nencebik bibir dan berpeluk tubuh. Pandangan dihala ke tepi. Nak mogok kononnnya.

“Eee, mengadanya dia ni.” Elnara dah siap sedia kepal penumbuk.

“So, what?” Saja Yin memprovokasi Elnara. Dah sakit-sakit tangan pun masih nak berdegil.

“Aku nak jumpa Doktor Fayyid ni. Kita kena balik awal sebelum dia sampai kat rumah kita dulu.” Mendengar penjelasan Elnara, tiba-tiba Yin terbangun dari tempat duduk.

Dia lebarkan senyuman. Pandangan matanya pula bersinar bak cahaya lampu jalan.

“Doktor Fayyid? Wah, doktor herlok tu ke?” kedua belah tangan melekat ke muka. Gaya ‘feeling feeling’ jatuh cinta.

Elnara hanya terlopong. Tak tahu nak beri reaksi yang bagaimana. Sesekali, dia pandang ke kanan dan kiri untuk perhatikan para pelanggan yang pandang ke arah mereka.

Aduh, malunya aku!

“Assalamualaikum. Awak berdua okey?” satu suara memberi salam. Figura itu berdiri lurus sambil tersenyum.

‘Alamak, ustaz idaman aku.’ Elnara tersentak. Dia telan liur yang terasa pahit. 

“Waalaikumussalam. Wow, siapa ni? Herlok nya.” Yin berjalan mendekati Ustaz Junayd. Kemudian, tangan selamba mencuit dagu si jejaka guna ibu jari. 

Dia pandang lelaki itu dari atas ke bawah. Pantang nampak laki dahi licin sikit, mulalah dia nak menggatal.

Rasa nak terhenti jantung Elnara melihat tingkah laku Yin.

Ya Allah, apa dia dah buat ni. Kenapalah karakter gay wujud dalam dunia Anggun? 

Elnara pula rasa tak selesa. Karakter itu mampu mencemarkan nama Anggun sebagai wanita islam.

“Eh, Anggun okey?” Ustaz Junayd berundur beberapa langkah ke belakang. Terkejut bila dagu di sentuh.

Dia tak pernah terfikir pun Anggun akan bertingkah sedemikian 

Sorry ustaz . Kami kena balik dulu!” Cepat-cepat Elnara berdiri di hadapan Yin. Sengaja menjadi penghalang antara ustaz dan Yin. 

“Hei, kenapa nak balik pula ni you? Ajak lah ustaz herlok ni makan sekali.” Yin berlari semula ke depan, lantas tangan selamba menyentuh bahu Ustaz Junayd.

Astaghfirullah al-azim, Anggun? Kenapa ni.” Terkebil-kebil Ustaz Junayd. Keliru dengan situasi yang dialami.

Elnara bertambah malu bila Ustaz Juynad sendiri nampak tak selesa dengan perubahan Anggun.

“Kau jangan nak merepek. Dah jom balik.” Laju dia tarik tangan Yin menjauh dari Ustaz Junayd.

“Keee kenapa ni?” Ustaz Junayd menyoal inginkan kepastian. Tegak posisi dirinya.

“Saaa saya salah order air ustaz. Dia tak boleh minum jus oren, so dia jadi mabuk, macam tak sedar dia buat apa.” Elnara merangkul tubuh Yin agar berada dalam dakapan. Tidak mahu melepaskan si kawan.

Itu aje jawapan yang mampu difikirkan Elnara.

“Haaa, jus ni memabukkan ke sampai dia mabuk?” Ustaz Junayd keanehan. Berkerunyut wajahnya perhatikan Elnara.

“Taaa tak pun. Tak mungkinlah. Cuma... alahai, susah nak terangkan.” 

Ah, Elnara dah tak reti nak susun ayat. Dia dah rasa tertekan gila dengan perangai Yin.

Aduhai, kenapalah Ustaz Junayd muncul waktu-waktu aneh begini? Cubalah muncul waktu lain!

“You lepaskanlah I. Bagilah I sentuh sikit anak ikan guppy ni.” Omel Yin sambil tangan menyiku bahagian pinggang Elnara.

“Jangan merepek. Balik!”


LAJU-LAJU Elnara mengunci pintu rumah. Tak mahu Yin keluar lagi. Punyalah penat dia nak tahan Yin dari melarikan diri darinya. Berperanglah juga kat jalan tadi, bila terpaksa mengejar Yin sampai ke tempat parkir. 

Buat malu je dengan orang!

“Apahal kau buat hal ha? Aku ni dahlah tak pernah jumpa kau. Baru sekali jumpa, kau dah pandai buat perangai dengan aku.” Elnara tayang wajah bengis. Yin menjuling mata ke atas. Tangan pula sibuk kuis rambut sendiri. Sesekali, dia letup-letupkan jari jemari sendiri.

Elnara hanya perhatikan setiap geri Yin. Mahu menghafal tiap satu pergerakan supaya dia mudah mengenal pasti sikap Yin bila lelaki itu munculkan diri.

“Ada I kisah?” Yin buat mencebik bibir. Kepala di dekatkan betul-betul depan muka Elnara. 

Kuat memberontak. Itulah karakter utama yang ada dalam diri Yin.

“Kau kena kisahlah! Sebab tindakan kau tu buatkan Anggun malu seumur hidup,” tengking Elnara. Bibir diketap geram.

“Lantaklah kalau perempuan tu yang susah. Dia yang buatkan aku wujud,  dialah kena tanggung.” Tanpa rasa bersalah, Yin berkata-kata.

Elnara bengang. Tetapi cuba menahan diri yang semakin sarat dengan perasaan yang berbara api.

“Lantak kau lah, malas aku nak layan.” Elnara pula yang malas nak layan. Dia merebah tubuh di atas sofa. Leganya bila dapat bersandar setelah bersusah payah melayan kerenah Yin.

“Hei, jom pergi rumah ustaz herlok tu nak tak? I rindukan dia.” Yin yang mendapatkan tempat di sebelah Elnara, berura-ura mahu bersua Ustaz Junayd.

Elnara tersentak. Spontan tangan menepuk dahi.

“Adoi, aku ingatkan Ustazah Ayu je saingan aku! Rupanya ada lagi saingan. Kacau daunlah dorang ni.” Bebelnya sendiri. Suara diperlahankan.

“Kalau you beritahu dekat mana rumah ustaz herlok tu, I akan dengar cakap you.” Yin menyambung bicara. Siap angkat tangan kononnya berikrar.

Elnara angkat bibir sebelah gaya menyampah.

“Eee, kau dah kenapa? Tiba-tiba rindukan dia? Gelilah aku.” Boleh tertegak segala bulu romanya bila Yin kata begitu.

“Hurm... nak pergi dapur lagi bagus.” Yin bangun semula. Kemudian, mengatur langkah ke dapur.

“Kau nak buat apa kat dapur tu?” laung Elnara tatkala hujung mata merenung Yin yang sudah atur langkah ke dapur.

“Rahsia.” Yin senyum sungging. Dia terfikir satu idea.

“Lantak kau lah.” Elnara yang duduk bersandar hanya membiarkan Yin menuju ke dapur.

Nak minum air agaknya.

Beberapa minit Elnara bersandar, Yin muncul semula depannya. Tapi kemunculan Yin buatkan jantungnya bagai nak gugur.

“Woi, kau nak buat apa ni Yin? Letak pisau tu!” Dia bangkit dari pembaringan setelah melihat Yin berdiri depan muka sambil pisau dilekatkan ke bahagian muka. 

Belum sempat Elnara merampas pisau tersebut, Yin tawaf satu sofa. Cuba melarikan diri.

“Bawa I pergi rumah ustaz herlok tu.” Sambil berlari, dia membuat permintaan.

“Tak nak.” Elnara bertegas.

Setelah berlari beberapa pusingan,Yin berhenti di sudut hujung tamu. Elnara turut hentikan larian.

“Letaklah pisau tu! Kenapa kau pegang pisau macam tu?” gementar dia bila melihat pisau lipat yang dipegang Yin masih melekat di muka. Walaupun pisau itu tak di buka, kelakuan Yin tetap berbahaya.

“Kalau you takmau bawa I jumpa ustaz tu, I akan calarkan muka kawan you dengan pisau lipat ni.” Elnara tergamam. 

Beristighfar panjang mendengar ugutan Yin. 

“Aduh, janganlah ugut macam ni.” Walaupun hanya pisau lipat yang berada di genggaman Yin, namun pisau itu mampu melukakan Anggun.

“Haaa, kalau macam tu cepat bagitahu, kalau tak I cakar!” ugutan Yin buatkan Elnara nak nangis.

Ya Allah, manalah Doktor Fayyid ni.

“Okey, aku bagitahu.” Dia terdesak. Mahu tidak mahu, dia perlu beritahu di manakah rumah Ustaz Junayd.

“Okey, bagitahu dekat mana rumah dia!” sambil tersenyum, Yin membalas. 

“Haaa, rumah Ustaz Junayd tu sederet dengan rumah kita. Tapi belah kanan. Selang empat baris rumah!” akhirnya, Elnara terpaksa buka mulut. Tangan dituding ke arah sebelah kanan.

“Bagus, dengar kata. Okey, nah pisau ni balik.” Terlompat riang Yin bila rancangannya berjaya. Dalam waktu yang sama, dia hulurkan pisau lipat kepada Elnara. Segera pisau dicapai.

Ting tong...

Kedengaran loceng rumah berbunyi. Segera Elnara berlari melihat gerangan yang hadir.

Dia yakin, Doktor Fayyid sudah tiba.

Alhamdulillah, syukur.


YIN tenung muka Doktor Fayyid dalam-dalam. Tersipu senyum melihat doktor depan matanya. Jari jemari sibuk mengusap paha Doktor Fayyid yang baru duduk di depan Elnara. 

Belum sempat Elnara dan lelaki itu berbincang, Yin sudah ganggu ketenteraman mereka.

“Makin herlok kekasih lama I. Lamanya tak jumpa you, kan?” Yin muncung sedepa. Dia buat muka pura-pura merajuk. 

“Macam mana you boleh keluar ni Yin? Dah lama you tak keluar.” Doktor Fayyid bertanya lembut. Dia membalas manis senyuman Yin.

“I lama tak keluar sebab betina tu tak nak keluarkan I. Eee, benci.” Yin lepaskan perasaan geram. Dia buat muka manja depan Doktor Fayyid.

Tanpa disedari, sepasang mata lelaki itu tenang merenung Yin. 

Siapa pun yang muncul, tetap wajah Anggun yang manis itu di depan mata.

“Dah tu, macam mana you boleh keluar?” soalnya lagi. 

“Sebab doktor rindukan I kut?” Makin lama, Yin makin rapatkan muka meghadap Doktor Fayyid. Berdegup kencang jantungnya bila Yin bertingkah sedemikian.

“Yes, I miss you dear.” Doktor Fayyid herot bibir ke tepi. Melayan jiwa yin. Elnara rasa nak muntah lihat lakonan si jejaka.

“So nyummehhh.” Yin mencuit lembut bawah dagu Doktor Fayyid. 

“Tapi selain you rindukan I, macam mana you boleh terlepas keluar ni? I nak tahu juga kenapa kekasih I keluar. Kalau I dah tahu, nanti senang I nak keluarkan you.” Menyoal lanjut. 

“Sini I bisik.” Penuh kemanjaan, Yin memanggil. Debaran di dada Doktor Fayyid kian menebal.

Dia takut perasaan aneh muncul terhadap Anggun bila karakter Yin menggodanya.

“Anggun tu bodoh, hati lembut sangat. Kalau tak dapat nak tolong orang, abaikan jela. Anggap takde rezeki. Dia pergi rasa bersalah buat apa, kan? Tak pasal-pasal I yang keluar. Padan muka dia,” ceritanya dalam bisikan. Berkerut seribu dahi si jejaka. 

“Maksud you apa?” Doktor Fayyid turut berbisik. Elnara memandang penuh curiga. Bibir diherot ke tepi.

Rasa di anak tirikan pula bila mereka berbisik.

“Alahai, tak payahlah cerita pasal Anggun. Apa kata, kita berasmara lagi bagus. I dah lama rindukan you.” Yin merengek kecik. Pantas tangan menolak bahagian dada Doktor Fayyid. Kemudian, tangan berpeluk tubuh.

Kembang kuncup hidungnya bila buat muka merajuk. Elnara pula yang rasa nak bagi penumbuk.

“Kalau macam tu, you pergilah buatkan air untuk I dulu. Baru kita berasmara. Boleh?” Doktor Fayyid bermain dengan intonasi suara. Tanpa berfikir panjang, Anggun bamgkit dari duduknya. Tangan membentuk lambang ‘okey’ tanda dia bersetuju.

“Okey.” Terkedek-kedek dia menuju ke ruang dapur. Doktor Fayyid menarik nafas lega bila dia tidak perlu memainkan peranan penting dalam dunia Yin.

Penat juga jadi doktor psikologi ni.

“Ya Allah, gelinya saya tengok dia tu. Doktor pun melayan sangat dia tu dah kenapa?” Elnara bergerak duduk sebelah si jejaka.

“Terpaksalah layan. Saya nak tahu, kenapa dia keluar.” Dalam keterpaksaan dia melakukan hal itu.

“Ergh, saya lebih rela layan kegedikan Anggerik Amanda dari kegedikan jantan tu.” Elnara memang tak puas hati betul denga perangai Yin dari tadi.

Lebih rela layan kegedikan seorang perempuan daripada melayan kegedikan lelaki jadi-jadian.

“Saya lebih rela kena tumbuk dengan Jay dari berasmara dengan dia tu.” Seloroh Doktor Fayyid. Kepala digeleng sekali. Tawa kecil terletus di bibirnya.

“Hahaha, sanggup Jay muncullah ni?” Elnara tersenyum nakal.

Atleast dia tu straight. Yin ni geng warna pelangi.” 

Serentak, mereka ketawa. Yin yang berada di bahagian dapur cepat-cepat datang semula ke ruang tamu.

Tak tenang melihat mereka bermesraan.

“Doktor... Yin is coming.” Suara manjanya semakin terserlah. Siap terpusing gaya princess lagi depan Doktor Fayyid. Kononnya nak tunjukkan kecomelan.

“Adoi, dia dah datang.” Elnara menggetus. 

“Hei, you apahal duduk sebelah doktor? Bukan ke tadi you duduk dekat depan tu?” 

Yin menegur Elnara yang duduk bersilang di sebelah lelaki itu. Kerutan dahinya menebal.

“Kami berbual sekejap.” Doktor Fayyid yang menjawab. Elnara rasa tak mampu nak berkata-kata. 

Kali ini, Yin berdiam. Dia menolak Elnara ke tepi dan duduk di bahagian tengah di antara mereka berdua.


Assalamualaikum...


Satu suara berkumandang dari arah pintu. Suara seorang lelaki.

Elnara dan Doktor Fayyid terkejut. Pintu yang terbuka itu diperhatikan. Terlihat seorang lelaki berdiri dari luar pagar utama.

“Wow, siapa yang datang yituuu? Anak ikan baru ke?” kepala dipanjangkan ke depan. Mahu melihat bayangan di luar rumah.

“Ustaz kut?” Elnara berdiri untuk melihat tetamu yang hadir.

“Ustaz herlok ke maksud you?” Sepantas kilat Yin menahan perjalanan Elnara. Dia turut berdiri semula.

Acuh tak acuh Elnara mengangguk. Melihat anggukan Elnara, tangan Yin menekup mulut. Bahagia reaksinya.

Oh my god. Biar I yang buka.” Laju dia berlari mahu menuju ke muka pintu. Belum sempat sampai di muka pintu...


Gedebuk!


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh thira jono