Home Novel Cinta SPLIT PLAYGIRL
SPLIT PLAYGIRL
thira jono
21/10/2021 03:30:24
32,449
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

MULUT ternganga. Elnara terkejut bila sepasang mata dapat melihat figura Anggun sedang terbaring sambil menengadah di atas sofa. Dia tersenyum ceria, lantas tubuh itu mahu dirangkul erat.

“Anggun, I miss you so much. Muah!” bibirnya mengucup lembut pipi si kawan. 

Jay tersentak. Segera dia menjauhkan tubuh dari Elnara. Biji matanya terjegil besar.

Ouch…” terasa sakit tangannya bila terasa tubuh bagai nak patah dipeluk erat.

“Aduhai, aku dah agak dah muka kau bengkak-bengkak kalau bertukar jadi mamat rimau tu. Dia tu memang suka cari pasallah! Asyik nak membelasah orang je. Dasar manusia kurang kasih sayang. kurang siuman!” 

Elnara mengomel panjang tanpa dia perasan, tubuh Anggun masih dikuasai oleh Jay. Kepala disandar pada bahu Jay. Segera Jay menjeling dari hujung mata.

“Apa yang kau merepek ni perempuan? Apahal kau cium-cium aku? Tak malu ke cium lelaki?” Jay bangkit dari kedudukan. Tangan menyelup poket seluar. Melopong Elnara di depan Jay.

Sedetik … dia berdiam diri. Elnara terkulat-kulat.

Oh my god. Aku cium Jay ke ni?” Elnara pegang batang leher sambil liur ditelan kesat. Wajahnya pegun menatap wajah yang kian membengis.

“Jay?” seolah-olah tidak percaya. Jay herot senyum ke tepi. Melihat cara berdiri, dia sudah tahu tubuh di depannya benar-benar Jay. Masih tidak berubah kepada yang asal.

Argh, dia masih muncul! Confirm si rimau ni tak tidur malam.Rupanya tadi dia pura-pura tidur aje agaknya! tak pun tidur ayam.

“Kau berharap Anggun keluar ke?” halus Jay ketawa. Selamba jari telunjuk menolak dahi Elnara. Kata-katanya membuatkan Elnara bercekak pinggang.

Ofcourselah gila. Tak akan pula aku nak mengharapkan kau keluar pula? Kau tu dahlah kasar, suka tolak dahi aku.” Elnara bersuara nada hampa.

Dia menghala pandangan ke lain tempat. 

“Kau ni memang menyampah dengan aku ke perempuan? Kau ni ada masalah hati hitam ke sampai tak sukakan kehadiran aku?” 

Jay merapatkan wajahnya sehinggakan kepala Elnara berlaga dengannya. Memandangkan tubuh Anggun dikuasai Jay, hati berdebar-debar.

Tidak sanggup mahu membiarkan mata bertentangan dengan mata Jay.

“Tapi aku sukalah bila kau marah-marah. Kau nampak cantik. Lama-lama kau ni nampak comel sangat.” Jay tersenyum manis. Elnara bungkam. Ternaik segala bulu roma mendengar kata-kata dari si dia. 

Buat pertama kali, Jay tunjukkan kelembutan intonasi suara depannya.

Mamat rimau ni dah kenapa?

“Apa kau merepek ni Jay? Kau jangan nak feeling dengan aku eh? Kau kena sedar, muka kau tu muka Anggun. Bukan muka lelaki sejati.” Elnara terketar-ketar. Takut pula rasanya.

Mata mereka saling bertatapan. Jay tidak berkelip menatap wajah Elnara. Dia suka melihat wajah di depannya. Segera Elnara kalihkan pandangan bila perasankan sikap Jay lain dari biasa.

“Aku tak cakap pun aku suka kau. Aku cuma nak tengok ciptaan Allah yang indah ni je.” Elnara terkulat-kulat. Dia makin gelisah bila berhadapan dengan Jay.

Ya Allah, tiba-tiba aku rasa nak dinodai.

“Hoi, jantan! aku ni memang tak suka kau muncul disebabkan perangai kau yang tak ada perasaan. Kau suka menyusahkan Anggun. Faham?” segera, tangan menolak tubuh Jay sekuat hati. Sengaja Elnara bersuara kasar. Dia mahu Jay sedar dari lamunannya.

“Eeh, nasib kau ni perempuan tau? Kalau tak aku dah tampar muka kau ni macam bola tampar.” Selamba jari telunjuk menolak dahi Elnara. Si gadis tergumam.

“Setakat tangan kecil kau nak tampar aku, kau ingat aku kisah ke? Kau ingat aku takde tangan ke nak tampar kau balik?” Elnara tidak mahu mengalah.

“Kau jangan nak cabar kejantanan aku!” tangan mengepal penumbuk. Bibir diketap kuat.

Tang mana jantannya muka kau ni? Bagi aku, dekat depan aku ni hanya Anggun.” Elnara meledak ketawa. Sengaja mahu menambahkan bara di hati Jay. Tangannya selamba memicit kasar wajah Jay. 

“Kalau aku yang keluar, kau jangan sebut nama perempuan lembik tu boleh tak? Anggap jelah aku lelaki sejati yang nak berdua-duaan dengan kau.” Wajah Jay merah padam. Sungguhpun begitu, Jay tidak akan menyakiti Elnara menggunakan tangan.

“Eee, makin seram aku dengan kau ni. Hoi, perempuan memang insan yang lemah. So, apa masalahnya kalau dia lembik?” Elnara menjelir lidah. Kepala tergoyang-goyang. Biji mata Jay dikecilkan, memandang penuh curiga.

“Aku malas nak bergaduh dengan perempuan gila macam kau. Lebih baik aku jumpa Fayyid sebelum terlambat.” Dia pusingkan tubuh untuk berlalu pergi.

Ah, malas mahu melayan perangai kurang siuman yang ditonjolkan Elnara.

“Kau nak buat apa jumpa dia? Tak payah nak tunjuk gangstar depan doktor pula eh?” Elnara sempat memberi amaran.

“Hal anak jantan tak payah nak menyibuk.” Jay mengatur pergi setelah bersuara kasar.

“Eeee, jantanlah sangat!”


HABIB menoleh ke tepi. Memerhatikan wajah seseorang yang dikenali sedang membayar sejumlah wang untuk membeli sekotak rokok. 

Dari segi suara, dia perasankan suara itu seperti suara tunangnya. Dia terleka memerhatikan figura itu dari jarak satu meter. Setelah tubuh itu melangkah keluar, Habib mengekori dari belakang. Mahu memastikan, insan yang dia lihat itu bukanlah Anggun.

Tak akan pula tunangnya mahu berpakaian sedemikian, kan? Tak masuk dek akal pula.

Setapak demi setapak Habib melangkah sambil matanya masih tertumpu memerhatikan setiap gerak geri tubuh tersebut.

‘Muka dia sebiji macam Anggun. Tapi cara dia berjalan, macam lelaki. Tak mungkinlah dia Anggun.’ tangan spontan menyentuh dada yang tiba-tiba diserang debaran.

Dup … dap…

Laju jantungnya berdegup. Jiwanya menjadi semakin keliru.

“Anggun ada kembar ke?” dia berbisik sendiri. Saat Habib sibuk mengekori figura itu dari belakang, 

Tiba-tiba …

Bro, kau apahal kau ikut aku dari tadi? Kau nak makan pakai kaki ke?” Habib terkejut bila tubuh itu berpusing sepantas kilat memandangnya. Jay turut tersentak bila dia perasankan wajah Habib.

‘Alamak, mamat penipu ni rupanya. aku kena cover Anggun ni.’ Dia sedikit risau jika Habib dapat mengenal pasti siapa dia yang sebenar.

“Aku tanya ni, kenapa kau ikut aku? Kau ni orang Ah Tong ke?” Jay berpura-pura tidak mengenali Habib. Suaranya tinggi seoktaf, sengaja mahu menjerkah. 

“Aaaa aku bukan ikut kau. Tapi aku ingatkan kau tunang aku,” tawa Jay tiba-tiba meledak. Dia tidak menyangka, Habib dapat mengenali tunangnya walaupun dalam keadaan begini.

“Muka lelaki macam aku ni pun kau boleh cakap yang aku ni muka macam tunang kau ke?” Jay sengaja menyarung kaca mata hitamnya agar Habib tidak mengesyaki lirikan mata Anggun melalui pandangan mata.

“Leee lelaki ke ni?” Habib tergagap-gagap.

“Kau ada nampak muka aku macam pondan ke?” Jay mendengus kasar. Dia paling menyampah bila orang sekeliling meragui kejantanannya.

Ini Anggun punya pasal. Muka flawless macam amoi. Sebab itulah dia tidak boleh menyembunyikan keperempuanan yang sudah tersedia dalam diri Anggun.

“Kenal Anggun tak? Dia kembar kau ke?” Habib bertanya ingin tahu, dia memberanikan diri walaupun wajahnya jelas gelisah.

“Anggun? Siapa pula Anggun tu? Merepek betul dia ni.” Jay menggeleng kepala berkali-kali. Habib terpempan. Matanya masih tidak berkedip memerhati.

“Oh, tak kenal eh? Aku salah orang. Maaf ganggu.” Kepala ditunduk sekejap tanda memohon maaf. Tanpa memberi reaksi, Jay segera memusing tubuh untuk berlalu pergi.

‘Aku dah tak sabar nak belasah Doktor Fayyid, boleh pula terserempak dengan tunang si Anggun.’ Dia mengeluh berat, sekadar dalam hati.


“JAY …” Doktor Fayyid terkejut bila Jay selamba menendang pintu kamarnya untuk masuk ke dalam. Terkulat-kulat memerhati.

“Fayyid … Fayyid. Kau ni memang selalu cari pasal dengan aku, kan?” tanpa berfikir apa, Jay terus menghempas tubuh Doktor Fayyid ke dinding tanpa lelaki itu tahu, apa kesalahan yang dilakukan.

“Aku cari pasal? Bila masa pula aku cari pasal?” 

Tak pasal-pasal bibirnya berdarah bila ditumbuk tanpa belas kasihan. Tangan Jay kemudiannya mencengkam leher Doktor Fayyid. Dia menyeringai.

“Apahal kau peluk-peluk Anggerik? Kau tahu tak yang Anggun meroyan dekat rumah semalam lepas dapat tahu yang kau dengan dia berpeluk?” tangannya dilayangkan pada perut Doktor Fayyid. Dia melempiaskan kemarahan bagi pihak Anggun.

“Dia marah?” soal Doktor Fayyid sambil menahan sakit.

“Kalau dia tak marah, aku tak akan keluar.” Tajam Jay menatap ke dalam mata Doktor Fayyid.

“Anggerik yang peluk aku. Tak akan aku nak halang?” segera Doktor Fayyid memberi penjelasan. Tidak mahu Jay salah faham dengannya.

Makin membahang hati Jay mendengar jawapan yang dianggap bodoh itu.

“Kau jangan ingat aku tak tahu siapa kau. Dan kau jangan ingat yang aku tak tahu kau suka Anggun.” tangan kiri Jay mencengkam tangan Doktor Fayyid. Ternaik urat hijau dek kerana cengkaman yang agak kuat.

Ouch …

“Apa maksud kau ni Jay?” soal Doktor Fayyid yang masih menahan kesakitan. 

“Kau tahu punca yang Anggerik keluar, tapi kenapa kau tak pernah beritahu Anggun pasal hal tu? Personaliti orang lain, kau boleh je beritahu. Tapi kenapa bila Anggerik engkau …” belum sempat Jay menghabiskan butir ayat, Doktor Fayyid terlebih dahulu mencantas. Tidak mahu Jay terus-terusan merapu dalam patah ayatnya.

“Jangan nak merepek. Aku ada sebab tersendiri, kenapa aku tak beritahu dia pasal Anggerik.” Giliran Doktor Fayyid pula mencerlung tajam.

Dia hilang sabar. Jay melakar senyuman sinis. Terasa jengkel mendengar ayat yang baru terlantun keluar dari ulas bibir Doktor Fayyid.

“Aku nak engkau akhirkan rawatan ni supaya Anggun tak perlu jumpa kau. Faham?” Jay memberi arahan. Suara itu semakin lama kedengaran keras.

“Kenapa kau selalu tak kasi aku rawat dia? Apa hak kau nak halang aku?” 

Sungguh, lelaki itu tidak mengerti dengan sikap Jay yang sering menghalangnya untuk memberi rawatan.

“Aku tak mahu hilang dari tubuh dia. Kalau aku hilang, siapa nak lindungi dia?” tegas Jay. Suaranya yang melaung kuat membuatkan segenap ruang bergema. Wajah serius seperti harimau mahu membaham mangsa.

Doktor Fayyid jeda. Memikirkan ayat untuk dipaculkan.

“Aku boleh lindungi dia. Aku akan pastikan dia sembuh supaya dia boleh hidup bebas macam orang lain.” Beritahu Doktor Fayyid sambil dia mengambil langkah lebih dekat. Kali ini, riak wajahnya kosong.

“Bebas? Kau yakin dia boleh bebas ke selagi dia sendiri yang lenyapkan memori silam dia? Aku ni muncul disebabkan dia tak nak ingat kisah lama. Jadi, jangan berani-berani nak hilangkan kitorang.” 

Bibirnya sengaja didekatkan pada cuping telinga Doktor Fayyid. Dia mahu, suaranya jelas kedengaran.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh thira jono