Home Novel Islamik KETIKA MAHMOOD BERTASBIH
Monolog

Sejarah Keturunan Manusia

Nabi Adam a.s faham bahawa beliau akan menghadapi konflik dan kesusahan di bumi. Satu perkara belum selesai, lepas timbul lagi satu perkara yang baru.

Dia harus berusaha untuk melangsung kehidupan baru, mendapatkan pakaian dan tempat berlindung serta senjata untuk melindungi keluarganya.

Zuriat pertama Adam adalah pasangan kembar seorang lelaki dan perempuan. Hawa melahirkan Qabil dan adik perempuanya. Masa berlalu seterusnya pasangan kembar kedua muncul, Habil dan adik perempuannya. Kesemua mereka menikmati limpahan rezeki dan makanan dari Allah.

Zuriat Adam dan Hawa membesar sebagai seorang lelaki yang gagah dan perempuan yang cantik. Qabil berbudi kepada tanah dengan menanam tumbuh-tumbuhan, sedang Habil memelihara haiwan ternakan.

Tiba masanya mereka memerlukan pasangan hidup. Adam cuba mencari cara terbaik untuk memilih pasangan Qabil dan Habil. Allah telah menetapkan supaya pasangan perempuan dipilih dari kembar yang berbeza. Allah telah mewahyukan kepada Adam supaya perkahwinan dilangsungkan mengikut perbezaan budaya dan warna kulit.

Qabil diarahkan berkahwin dengan kembar perempuan Habil, sebaliknya Habil akan mengahwini pasangan kembar Qabil, yang lebih cantik. Qabil enggan mematuhi arahan Adam yang telah diperintahkan oleh Allah.

Adam di dalam dilema dan sedih kerana sudah mula timbul permusuhan di dalam keluarga. Allah memerintahkan supaya Qabil dan Habil melakukan korban. Korban siapa yang diterima oleh Allah, menunjukkan mereka adalah di pihak yang benar.

Habil si adik memilih unta yang gemuk dan sihat untuk ujian pengorbanan itu, sedang Qabil menyediakan bijian yang kurang baik dari hasil tanamannya. Adam berkata “Allah menerima korban Habil.”

Terbukti di permulaan sejarah manusia, wanita yang cantik juga menjadi pilihan lelaki. Amarah Qabil memuncak, matanya seperti mata gergasi hijau. Pasangan yang dipilih untuknya kurang cantik, sebaliknya pasangan kembarnya lebih menawan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.