Home Novel Islamik KETIKA MAHMOOD BERTASBIH
BAB 12: LAHIR JUNJUNGAN MULIA

Suatu hari ketika mengembara ke arah utara, seorang dari suku Quraisy berjumpa dengan kaum HERMIT.

“Dari mana kamu datang?”

“Kami datang dari Makkah”

“Akan lahir seorang Nabi di kalangan kamu di Makkah.”

“Siapakah namanya?”

“Muhammad, namanya.”

“Muhammad akan membawa kamu ke dalam cara hidup yang baru.”

Muka bercahaya laksana suria

Menyinari malam yang gilang gemilang

Malam keputeraan lahir agama yang benar dan terang

Waktu itu Aminah ibu, anak wahab keturunan mulia

Megah bangga sepenuh kalbu bersukacita.

Abdullah melahirkan seorang Perdana, mengatasi siti Mariam yang dara.

Seorang bayi yang amat sempurna sifatnya lahir dalam keadaan bersih tanpa kekotoran mengucapkan “Alhamdulillah” apabila bersin, sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Adam.

Berita kelahiran seorang bayi cukup menggembirakan Abdul Mutalib.

“Aminah telah melahirkan seorang bayi.”

Abdul Mutalib bergegas ke rumah Aminah untuk mendapatkan cucunya yang baru lahir.

“Berikan padaku aku akan membawanya ke hadapan Kaabah,” pinta Abdul Mutalib. Bayi itu dibawa ke hadapan Kaabah, Abdul Mutalib melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah dengan kelahiran bayi itu.

Abdul Mutalib kemudian membawa bayi itu ke Kota Makkah, ditunjukkan kepada kaumnya, cucunya yang baru lahir. Dia amat berbangga.

Previous: Monolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr Fendi Ameen