Home Novel Islamik KETIKA MAHMOOD BERTASBIH
BAB 6: BANGSA YANG HILANG

Sejarah Bangsa Arab adalah suatu sejarah bangsa yang amat panjang. Ahli-ahli sejarah membahagikan Bangsa Arab kepada tiga: Arab Baidah, Arab Aribah dan Arab Musta’ribah. Arab Baidah merujuk kepada bangsa-bangsa yang telah dilenyapkan oleh Allah kerana mereka engkar kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi dan Rasul yang telah diutuskan kepada mereka.

Di antara Arab Baidah adalah Kaum ‘Ad yang berasal daripada turunan Sem (Sam) anak Nabi Nuh (as). Nabi Hud[1] (as) diutuskan kepada Kaum ‘Ad bagi memimpin dan membawa mereka kepada agama Tauhid. Kaum ‘Ad tidak tersisa lagi keturunan mereka apabila kaum ini dimusnahkan melalui angin yang merobohkan kota-kota yang mereka bina.

Kaum Tsamud, yang tinggal di kawasan di antara Madinah dan Tabuk juga adalah Bangsa Arab yang telah lenyap. Nabi Nuh diutuskan bagi membawa kaum ini kembali ke agama tauhid kerana seperti kaum ‘Ad mereka ini adalah penyembah berhala. Kaum Tsamud dilenyapkan melalui azab yang ditimpakan ke atas mereka, suara yang kuat dari langit.

[1] “Dan kepada kaum ‘Ad (kami utus) saudara mereka, Huud. ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. kamu hanyalah mengada-adakan Tuhan saja.” (Hud : 50)


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.