Home Novel Cinta HERO UNTUKNYA
HERO UNTUKNYA
TASHA SAIN
10/4/2015 00:36:28
20,612
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9
                                                                                 9

Pemanduan Haziq lancar. Cepatlah sampai ke TBS. Andai dia masih ingat tentang isu semalam, Fia tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan.

You tak lupa lagi, apa yang Icakap semalam?”

Akhirnya, apa yang Fia harapkan agar dia terus menutup mulut tentang perkara semalam tidak menjadi kenyataan.

Fia menggeleng. Semua itu angan-angan. Mana mungkin lelaki itu melupainya.

“I’m seriously into it!” tegas Haziq.

Fia mengukir senyuman hambar. “Awak boleh bagi saya masa?”

“What for?”

“Kita masing-masing ada orang yang kita sayang. Saya tak nak lukakan hati mak ngah, umi, abah sedrastik tu”

Haziq seakan sedang mencernakan setiap patah perkataan Fia.

“Habis tu, berapa lama you nak untuk putuskan semua yang mengarut ni?”

Kata-katanya seolah-olah ingin Fia sahaja yang menjadi penyebab putus pertunangan antara mereka. “Kenapa tak awak sahaja yang jujur dengan umi?”

Entah kenapa, rasa ingin tahu itu membuak dalam diri Fia hingga memaksa Fia untuk bertanya seperti itu. Haziq terdiam. Mungkin sedang mencari alasan.

Itak pernah kecewakan parents I. Itak mahu benda yang remeh ni, buat I pecahkan rekod Itu.”

Senangnya mulut mengeluarkan alasan seperti itu. Dia tidak tahu betapa Fia cukup kecewa dengan sikapnya yang seakan lepas tangan. Andai Haziq tahu, segalanya tentang dia adalah terbaik sebelum dia melemparkan kata-kata penghinaan terhadap Fia semalam.

“Saya pun, ada orang yang saya tak nak kecewakan”, ujar Fia perlahan. Dia berharap Haziq faham yang perkara ini membebankan dirinya juga. Mereka sama-sama tersepit.

Deringan telefon menghentikan bicara antara mereka. Dia menjeling sekilas kepada telefon bimbitnya yang berada di atas dashboard sebelum bertindak untuk menjawab panggilan tersebut.

“Yes, sweetheart…”

Fia tertunduk mendengar panggilan kepada orang yang berada di hujung talian Haziq. Kedengaran begitu lembut dan mesra sahaja suara lelaki itu itu. ‘Oh patutlah, dah ada yang punya!’

“No…I’m not doing anything”.Dia menjeling ke arah gadis di sebelahnya seketika. Fia mengalihkan pandangan apabila Haziq memandangnya.

Kemudian, Haziq terus bercakap-cakap dengan nada yang mesra dalam bahasa Inggeris dengan sangat fasih hingga Fia tidak memahami apa yang dibualkan mereka.

“I’ll be there!” Itu sahaja yang Fia faham setelah mereka berbual lama. Kedengaran juga agak kelam kabut juga.

Haziq memberhentikan kereta di bahu jalan. ‘Kenapa pula ni? Tadi, waktu menjawab telefon, tidak pula dia berhentikan kereta. Ada sesiapa yang ingin tumpang kereta ini ke?’

Fia menoleh kiri dan kanan. Memandang jika ada sesuatu yang membuatkan lelaki ini menghentikan pemanduannya. Eh, tidak ada apa- apa melainkan sebuah pondok bas.

You turun!” arah Haziq. Fia berkerut. Turun? Ni TBS ke? Fia memandang lelaki itu mengharapkan penjeasan kenapa perlu turun di situ.

“Turunlah. Itak boleh hantar you..You naik teksi dari sini”.

Itu tujuan dia menurunkan Fia di pondok bas tersebut.

Fia menanggalkan tali pinggang keledar yang terlilit kemas di dada. Redha sahajalah apabila empunya kereta bertindak menurunkan penumpang di tempat yang tidak sepatutnya.

“Ni!” Haziq menghulurkan sekeping not RM50 kepada Fia. Dahi Fia berkerut sekali lagi.

“Cukupkan nak buat tambang balik Melaka? Lagipun, bukan jauh sangat Melaka ”

Hulurannya Fia sambut. Rezeki jangan ditolak! Walaupun hati ini sebal dengan sikapnya tetapi orang sudah tak nak. Kenapa perlu dipaksa? ‘Tadi dia berjanji ingin menghantar aku ke TBS.’ Janji kah itu dengan anggukan kepala sahaja?

Fia keluar dari kereta memandang Haziq. Lelaki itu menurunkan cermin kereta tersebut. “Jangan beritahu umi!”

Hampir tergelak Fia dengan pesanan. ‘Itu sahaja yang ingin dipesan kepada aku. Tiada kata-kata ‘jaga diri baik-baik’, ‘dah sampai call I’.’

Fia melihat keretanya hilang dari pandangan. ‘Apa yang aku rasakan ketika ini? Marah? Sakit hati?’ Fia menggeleng sendiri. Mungkin ini petujuk yang mereka perlu memutuskan petunangan ini.

Ikatan tanpa cinta lebih-lebih lagi jika diri sudah ada yang punya tak akan membawa kebahagian, itu yang Fia fikirkan kala ini. Cincin pertunangan di jari manisnya ditenung lama. Lalu, Fia bertindak untuk menanggalkan. Tidak layak rasanya jari manisnya menyarung cincin itu.

Menanti teksi di pondok bas itu membuatkan punggung panas. Lepas berdiri, Fia duduk. Lepas duduk dia berdiri kembali unuk berjalan. Selepas itu, dia terpacak di sebelah tiang. Bosan, Fia duduk semula. Bila pula teksi nak sampai nI? Sebuah pun dia tak nampak! Cutikah mereka? Biasanya, hari Ahadlah hari terbaik untuk mereka mencari rezeki.

Jalan di situ agak lengang. Tidak ramai yang menggunakan jalan tersebut. Entah ceruk manalah dia letakkan aku?

Fia mendengus tatkala ada sebuah Ducati yang berhenti betul-betul di hadapannya. ‘Alamak!’ Peluh sejuk sudah mengalir. ‘Kenapa berhenti di sini?’

Fia buat-buat tak nampak apabila penunggang Ducati tersebut mengalihkan kepala ke arahnya. ‘Nak lari ke? Tapi, malulah kalau dia pun nak tunggu teksi macam aku! Eh, Ducati ni siapa pulak nak angkut?’

Perlukah dia bimbangkan tentang penunggang motor berkuasa tinggi ini.

Penunggang Ducati tersebut menanggalkan helmet dari kepalanya. Walaupun Fia tidak mahu memandangnya, dia tetap memerhatikan penunggang tersebut dari ekor mata. ‘Takut, jika aku lalai, dilarikan aku nanti, siapa susah? Haziq juga!’

Biarkan lelaki itu. Dia tidak tahu menunaikan amanah!

Dari ekor mata, Fia lihat dia meletakkan helmet di motornya. ‘Alamak! Dia nak taku direction ke? Sorry, saya tak tahu apa-apa! Kat mana ni pun saya tak tahu!’ Jawapan yang sudah terangka di minda kala ini.

Fia merapatkan beg tangan. Bimbang diragut juga. ‘Ada ke peragut tanggalkan helmet nak meragut?’

“Akulah!”

Suara itu kedengaran familiar. Fia menoleh ketika lelaki itu sudah duduk di tempat duduk bawah pondok bas tersebut.

“Ziyad!” Fia terjerit kecil.

‘Kenapa bergaya sangat ni? Sebab tu tak cam!’

Jaket hitam merah yang dikenakankannya sedondon dengan warna motosikal yang ditunggangi membuatkan dirinya seakan penunggang yang profesional. Dia menanggalkan kaca mata hitamnya.

Ziyad menepuk tempat duduk di sebelahnya mengisyaratkan agar duduk di situ bersama. Mungkin dia ingin mendengar penjelasan dari Fia. Bagaimana dia berada di sini.

Fia menghampirinya namun, duduk jauh sikit daripada Ziyad.

“Macam jodoh pulak bila nampak kau kat sini!”

‘Aish! Mukaddimah nak pancing orang lah ni!’

“Saya nak balik Melaka. Nak pergi TBS. Tunggu teksi,” cerita Fia walaupun Ziyad tidak bertanya.

Dia memandang ke arah gadis itu. “What’s this all about? Sedara lagi?”

Fia mengangguk. “Abang dia kahwin. Dia sibuk. Lagipun, sini dengan Melaka bukan dekat sangat”.

Nonsense! Siapa pun dia, sedara kau tu very unreasonanble person”. Ziyad bengang. Dari semalam. Cerita tentang Alamanda pun belum habis lagi. Pagi-pagi Ahad ini, Fia ditinggalkan sendiri di pondok bas. Logikkah itu?

Fia malas memenangkan Haziq. Seperti yang dikatakan Ziyad, lelaki itu memang tidak masuk akal. Terima sahaja panggilan sweetheartnya terus lupa amanah umi.

Ziyad menelan liur. ‘Aku dah singgungkan hati dia ke?’

“Teksi kawasan ni, kurang sikit…”,ujar Ziyad apabila menyedari Fia seakan terdiam mendengar ‘sedara’nya dikutuk.

Fia mengangguk faham. Tetapi, ada sesuatu yang Fia perasan, hari ini dia tidak seperti Ziyad yang Fia kenal. Bahasanya lebih lembut.

“Kalau dari sini nak pergi TBS naik bas apa?” tanya Fia. Dia sejujurnya tdak begitu arif dengan kawasan ini. Kalau tak dapat teksi, bas pun jadilah!

Ziyad tidak menjawab. Hanya mendiamkan diri. Fia berfikir seketika dengan soalannya. Salah ke aku bertanya? Atau mungkin dia yang tidak tahu.

“Kau tunggu sini sekejap.” Dia bangkit dari duduk lalu menghampiri Ducati yang tersadai. Arahan Ziyad menimbulkan tanda tanya.

“Kenapa pulak? Macam mana kalau ada teksi nanti?”

Ziyad mengukir senyuman nipis sebelum memakai topi keledar itu semula. “Aku pergi tukar kereta sekejap”.

“Nak buat apa? Saya tak boleh lama-lama ni! Saya kena balik cepat!” Fia menceritakan situasinya kepada Ziyad. Mengharap pengertian.

“Kau nak naik belakang ke?” soal Ziyad pula. Soalan dibalas soalan juga.

Fia pantas menggeleng. ‘Jangan buat naya! Belum pernah ada keturunan aku membonceng motosikal bersama lelaki yang bukan mahram!’

“Jadi, tunggu sekejap! Aku hantar naik kereta”. Dia menghidupkan enjin dan sekelip mata hilang dari pandangan.

Lajunya! Bahaya betul. Mengimbas kata-kata Ziyad tadi, dia nak hantar Fia hingga TBS?

‘Tapi, macam mana pula kalau ada teksi nanti?’

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh TASHA SAIN