Home Novel Cinta HERO UNTUKNYA
HERO UNTUKNYA
TASHA SAIN
10/4/2015 00:36:28
20,612
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8
                                                                                  8
Sedang asyik mengelamun, seseorang meletakkan semangkuk mi yang panas berasap di atas mejanya. Fia mendongak. Ziyad?

Sizzling. Makanlah sementara panas”.

Dia duduk di hadapan Fia. Gadis itu menelan liur. Nampak sedap tetapi keegoan melarang. “Apa ni?”

“Aku belanja”. Ziyad ralit menyusun air minuman dan meletakkan sudu dan garfu di dalam mangkuk tersebut.

Fia mendengus. Dia benar-benar tidak menyenangi kehadiran Ziyad di sini. Sempat dia menoleh ke kiri dan kanan. Bimbang kalau Haziq juga berada di situ.

“Jangan buat macam ni, Ziyad! Saya tak selesa,” pintanya.

“Apa yang tak selesanya? Aku belanja makan pun salah?”

Bercakap dengan lelaki ini, memang Fia tak akan boleh menang. “Tolonglah Ziyad! Bawak sizzling awak ni, pergi tempat lain. Sedekah kat orang lain. Saya ada duit untuk beli sendiri!” tegas Fia sekaligus cuba mencabar ego Ziyad.

Lelaki berkaca mata itu mengetap gigi. Geram mungkin dengan kedegilan Fia. Lama dia mendiamkan diri di situ sebelum mengangguk.

“Okey! Okey! Aku pergi. Tapi, kau kena makan. Sikit pun tak apa.”

Ziyad bangkit dari duduk. Melangkah ke pintu keluar dari food court ini. Fia melihat batang tubuh lelaki itu hingga dia hilang dari pandangannya. Sekali lagi, rasa maaf ingin sahaja Fia pinta dari Ziyad, kerana telah membuatnya begitu.

Pasti yang Ziyad sudah tiada berdekatan, sizzling yang berada di hadapannya direnung lama. Kelihatan cukup menyelerakan. Memandangkan Ziyad membelikan untuknya, tidak salah rasanya jika dia makan.

Sejujurnya, Fia menghargai kehadiran Ziyad di situ kerana, sekurang-kurangnya dia tidak bersendiri. Tetapi, dia asyik bimbang dengan kehadiran Haziq. Lelaki itu sudah beranggapan buruk terhadapnya. Fia tidak mahu peratus keburukkannya bertambah pada pandangan Haziq.

Fia membawa sudu yang dipenuhi kuah ke mulut. Kepanasannya membuatkan Fia meniup kuah tersebut sedikit. Sedap juga. Memandangkan keadaan agak sejuk kerana penghawa dingin, makanan panas ini cukup membuatkan Fia selesa. Lalu, niat untuk merasai makanan tersebut bertukar menjadi sizzling ini perlu dihabiskan!


Ziyad mengintip dari balik dinding. Dia terpaksa memasuki salah sebuah kiosk di situ untuk melihat Fia dari situ. ‘Fia…Fia...,’ keluhnya. Kehadiran Fia di hadapannya sememangnya diharapkan. Untuk ulang alik ke Melaka, dia tidak mampu. Namun, bukan cara begini yang diharapkannya. Bahaya kerana gadis itu seakan bersendirian.

Dia bimbang. Terlalu bimbang dengan keselamatan gadis itu. Tidak mengapalah melihat dia dari jauh begini. Sekurang-kurangnya, bimbang yang bertamu beransur pergi.

Tersenyum dia saat melihat gadis itu menyuap kuah ke dalam mulut. Fia memang begitu. Rezeki yang diberikan tidak akan ditolak mentah. Meskipun, mulut kata tak nak.

Jurujual berbangsa Cina di kiosk itu menghampirinya. “Ada apa yang boleh saya bantu?”

Bahu Ziyad terhinjut sedikit. Baru tersedar yang gerak-gerinya menjadi perhatian. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan pula. Oh, Tidak! Dia tersalah masuk kedai. Kedai yang menjual pakaian dalam wanita!

Ziyad menyeringai. “Cup saiz A?”



Fia merenung jam yang berada di pergelangan tangan. Dia mengeluh. Jam sudah menginjak hampir ke angka sebelas malam. Pengunjung yang makan di sini sudah beransur pergi. Hatinya mula gusar lalu, Fia menoleh mencari kelibat Haziq. Di mana dia? Ingin sahaja dia mengambil teksi untuk pulang.

“Mana sedara kau ni?” Ziyad datang lagi lalu duduk di hadapannya. Lelaki itu menghulurkan beberapa helai tisu.

Terkejut Fia dengan kehadiran Ziyad sekali lagi. Tetapi, dia sembunyikan riak itu dengan menarik muka. Sejujurya, kali ini Fia tiada alasan lagi untuk menutup mulut Ziyad daripada mempersoalkan kehadiran sedaranya.

Ziyad membuat aksi mengelap mulut kepada Fia. Sedar yang dia sedikit comot, Fia cepat-cepat mencapai tisu yang dihulurkan Ziyad. “Terima kasih.”

“Jom, aku hantar!”

Fia memandang wajah Ziyad. Ada kesungguhan di situ. Tetapi, dia terpaksa menolak. Membiarkan Ziyad menghantarnya pulang ke rumah umi bermaksud akan menimbulkan tanda tanya kepada umi, abah dan saudara mara yang lain sedangkan Fia pergi bersama Haziq tadi.

“Tak boleh Ziyad, saya dah janji nak tunggu sini.”

Fia mendengar keluhan dari mulut Ziyad. “Kau boleh tak jangan jadi lurus sangat?”

Dia tunduk. ‘Aku bukan lurus Ziyad. Aku sendiri tidak tahu perkataan apa yang boleh menggambarkan sikap ini. Setia mungkin’.

“Berapa orang yang sepatutnya balik dengan kau?”

“Sorang.”

“Sorang? Kau calldia. Tanya dia kat mana.”

Fia berkerut mendengar cadangan Ziyad. Andai aku ada nombornya, sudah pasti aku maklumkan kepadanya yang aku ingin pulang dengan teksi sahaja’.

“Tak ada kredit,” jawab Fia perlahan. Entah di mana datang idea itu.

“Kau biar betul? Tak kanlah pergi tempat macam ni tak ada kredit? Macam mana kalau sesat?” bebel Ziyad.

Fia hanya diam. Malas ingin melawan kata. Sudahlah dia bengang dengan Haziq, ditambah pula dengan bebelan Ziyad.

Dia menghulurkan smart phonenya kepada Fia. Gadis merenung tanpa kelip. “Apa ni?”

Call dia. Beritahu dia, aku hantar kau balik!” arah Ziyad tegas.

Huluran lelaki itu tidak bersambut. Fia buat tidak nampak sahaja huluran itu.

Ziyad sudah mengetap bibirnya.

“Kenapa degil sangat ni?”

“Awak tak payah risau pasal saya. Saya boleh balik sendiri.”Ada getar dalam suara itu. Betulkah boleh pulang sendiri? Sudah terlalu malam baginya.

Ziyad meletakkan smart phonenya itu betul-betul di hadapan Fia. “Dah malam lah. Kalau siang lagi, aku tak kisah.”

“Yang sedara kau pun, tak ada otak agaknya tinggalkan anak dara sorang-sorang malam buta ni.” Berdecit mulut Ziyad memarahi ‘saudara’ Fia.

Gadis itu menyembunyikan senyum. Bukan tak ada otak. Haziq kurang hati dan perasaan.

Fia juga bimbang dengan keselamatannya sendiri. Hanya Allah sahaja tahu betapa syukur dia, ada yang menemani kala ini. Ziyad. Baik buruknya sudah dia arif benar.

“Kalau saya cerita, awak jangan marah.” Fia berfikir untuk jujur sahaja dengan Ziyad. Biar dia faham. Tapi, perlukah bercerita tentang Haziq? Ah, tentang tu, dia rasa yang dia masih belum bersedia.

Dia mengangguk. Lagaknya serius ingin tahu perkara sebenar yang akan Fia katakan padaku.

“Sebenarnya, saya tak ada nombor…”

What? Kau tak ada nombor sedara kau tu? Kenapa kau ni lem.. sangat!” nada suara Ziyad bertukar tinggi. Wajahnya terpamer rasa tidak puas hati.

Fia mengangkat muka. Dia tahu sambungan kepada perkataan lem yang hampir disebut Ziyad. Inilah yang buat malas nak cerita. Belum habis cerita, Ziyad dah ‘mengaum’ tak tentu pasal.

“Awak dah janji tadi tak akan marah.”

It’s not that aku marah. Macam mana kalau dia ingat yang kau boleh balik sendiri?” nada suaranya sudah semakin rendah.

“Saya lupa.” Itu sahaja alasan yang Fia ada dalam fikirannya walaupun itu bukanlah jawapannya.

Ziyad terdiam seakan sedang berfikir sesuatu. “Macam ni, kau tunggu lagi lima minit, kalau dia tak ada, aku hantar kau balik.”

Tengoklah tu, sesuka hati dia sahaja membuat keputusan. “Tapi, Ziyad…”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Nak tak nak, kau kena ikut aku!”

Ziyad bangkit dari duduk. Ingin meninggalkan Fia sendiri menunggu Haziq. “Awak nak ke mana?”

“Aku pergi tandas sekejap. Kalau dalam lima minit dia sampai kau tinggalkan nota ni” Dia menulis sesuatu di atas kertas tisu.

Aku balik dulu. –Fia-

Dia menyerahkan kertas tisu tersebut kepada gadis di hadapannya. “Kalau kau sengaja lari, aku nampak, siap kau. Aku heret!”

Sempat lagi dia menunjukkan sifat diktatornya itu. Sebal Fia melihatnya. Lalu, Ziyad hilang dari pandangan.

Cepatlah Haziq sampai. Fia tidak kuasa mendengar bebelan Ziyad lagi. Tidak mahu diheret lelaki itu.



Kembali dari tandas, Ziyad segera melangkah ke tempat yang diduduki FIa tadi. Kertas tisu

yang bertulis, Aku balik dulu. –Fia-terletak elok atas meja itu. Ada tambahan nota yang tertulis. Awak baik. Thanks.

Ziyad mengambil kertas tisu tersebut sebelum menyimpannya di dalam kocek seluar. Pintanya, Fia kembali ke rumah sedaranya dengan selamat.

Fia membuntuti langkah Haziq di belakangnya. Entah kenapa, dia dapat merasakan suasana yang tegang. Dari tadi hingga sekarang, tiada kata yang terluah dari bibir lelaki itu. Ingin Fia bertanyakan jika ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya tetapi, dia tidak berani. Mungkin salah satu punca dia begini kerana Fia.

Fia melangkah masuk ke tempat duduk di sebelah Haziq. Haziq juga turut masuk ke dalam kereta tersebut. Setelah itu, pintu ditutup kuat. Terkejut Fia dengan tindakan lelaki itu.

Haziq diam. Enjin tidak dihidupkan. Matanya hanya tertumpu kepada stereng kereta tersebut. Fia sudah tidak sedap hati melihat kebisuannya.

Beberapa saat kemudian, stereng kereta dihentak kuat dengan tangan. Fia terkejut lagi dengan tindakan itu. Patutkah dia berdiam diri membiarkan Haziq terus menyuarakan rasa hati seperti ini?

“Haziq, awak tak apa-apa?”

Dia tunduk. Gigi diketap bagi menahan rasa mendengar soalan Fia. “Do I look like I’m fine?”

Sinis bicaranya membuatkan Fia terdiam dengan soalannya sendiri. Fia takut Haziq akan mengamuk padanya.

“Kalau awak marah sebab saya, saya minta maaf”.

Entah kenapa Fia berani menyuarakan apa yang dirasakan ketika ini. Bila difikirkan kembali, ini sahaja masa yang Fia ada untuk mereka berbincang mengenali hati budi masing-masing. Andai dia mempunyai pilihan, dia sedia mengundur diri.

“It’s good for you to know!”

Fia mengeluh. Bagaimana ingin meminta Haziq untuk berterus terang?

“Boleh awak berterus terang? Saya tak faham…”

“Jangan buat-buat tak faham!”

“Apa yang dah saya buat?”

“Kenapa terima lamaran Ummi?”

Fia terdiam walaupun sudah menjangka ini yang akan dipersoalkan Haziq kepadanya.

“Saya minta maaf…”

“Benda ni tak akan selesai dengan cuma minta maaf!”

Fia halakan pandangan ke arah yang lain kerana air mata ini sudah tidak mampu ditahan dari mengalir. Pedih matanya kerana dikerah untuk menangis lagi.

“Tak kan 25 tahun hidup, tak ada sorang pun yang berkenan dengan you sampaikan orang yang youtak kenal pun, you terima saja lamarannya?”

“24”.

‘Dia tidak tahu cerita sebenar, maka dia membuat tuduhan melulu terhadap aku’. Fia cuba bersabar. Tangisan disembunyikan dengan memandang ke kiri.

“Atau mungkin, tak ada siapa pun yang nak perempuan macam you…”.

“Haziq, awak baik. Tolong jangan hina saya…,”perlahan sahaja bicara Fia yang sudah tertunduk dengan air mata yang sudah mengalir laju.

Haziq terdiam. Sempat lagi gadis di sebelahnya memujinya begitu. Ah, pedulikan! “I’m saying the truth right?”

Fia membatukan diri dengan sedu yang kedengaran. Malu kerana menangis di hadapan lelaki seperti Haziq.

“Fia, you have to know, sikit pun Itak ada hati dengan you. Memang awalnya I setuju hoped that you’re definitely very outstanding girl. But, you musnahkan semuanya. Apapun yang berlaku. Inak you yang putuskan pertunangan ni!”

Fia cuba menahan sedu dari terus kedengaran dengan menutup mulutnya. Dia tidak mahu membalas apa yang dikatakan Haziq. Keadaan sunyi seketika sebelum Haziq menghidupkan enjin keretanya dan memecut meninggalkan kawasan parkir Alamanda ini.



Jam tiga pagi, Fia masih belum mampu melelapkan matanya. Kata-kata penghinaan Haziq yang masih terngiang di telinga ini membuatkan mata Fia tidak mampu untuk tertutup rapat. Seketika terlelap Fia akan terjaga semula. Siling yang gelap Fia tenung lama. Berharap mata ini akan tertutup sendiri nanti.

Baru sahaja mata ini ingin tertutup, Fia dikejutkan dengan deringan telefon bimbit yang berada di atas meja. Lemah sahaja kaki ini ingin melangkah. Siapa pula yang menelefon pada waktu-waktu begini? Fia merungut sendiri.

Melihat ‘mak ngah’ yang tertera di situ, hatinya diserbu bimbang. Ada apa yang terjadi kepada mak ngah hingga memaksa mak ngah menelefon pada waktu ini.

Tanpa salam, Fia segera bertanyakan khabar mak ngah.

“Mak ngah okey?” cemas Fia bertanya.

Mak ngah terdiam di hujung talian. “Mak ngah, jawablah!” Fia menggesa apabila hanya sedu yang kedengaran dari sana. Dada Fia sudah bergetar hebat.

“Abang Man, koma kat hospital!”

Hampir terduduk Fia mendengar perkhabaran dari mak ngah. Abang Man, suami Kak Jasmin, anak sulung mak ngah sedang bertarung dengan maut!

“Inna lillah hi wa inna ilahi raji ‘un!” ucapnya. Otak lantas berfikir apa yang patut dilakukan untuk membantu.

“Mak ngah jangan risau! Insya Allah, nanti Fia balik…Tapi, mungkin esok pagi”

Telinga Fia menangkap sedu dari mak ngah. Siapa sahaja yang tidak sedih apabila keluarga sendiri ditimpa musibah.

“Mak ngah kat mana ni?”

“Rumah. Mak ngah jaga anak-anak Min. Min yang ke hospital”

Fia menghela nafas berat. Hebat ujian buat Kak Jasmin. Apa yang lalui ketika bersama Haziq tadi, tidak seberat Kak Jasmine ketika ini. Dia insaf sendiri. Air mata kekecewaan mulai kering apabila membandingkan keadaannya dengan Kak Jasmine.

“Mak ngah tak dapat nak datang majlis kahwin anak Sarah tu. Fia sampaikan salam mak ngah, ya nak”.

Fia mengangguk faham. Dia sendiri tidak boleh berlama di rumah ini memandangkan dia perlu bersama Kak Jasmin walaupun tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Insya Allah mak ngah, Fia balik esok. Mak ngah jangan risau ya!”

“Kamu hati-hati nak,”pesan mak ngah sebelum mengakhiri perbualan mereka. Punat merah pada telefon bimbit itu, Fia tekan.

Telekung yang tersangkut pada dinding, Fia renung sebelum melangkah ke bilik air bagi menunaikan solat hajat bermohon agar Allah sembuhkan Abang Man. Pada waktu ini, Fia yakin Allah mendengar apa sahaja yang diminta hambaNya kerana Allah itu Maha Mendengar Lagi maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba.



Sebaik sahaja mereka selesai bersolat jemaah pada waktu Subuh, Fia terus menceritakan kejadian yang berlaku kepada suami Kak Jasmin dan niat untuk pulang lebih awal kepada umi. Umi yang mendengar mengucap panjang mendengar apa yang berlaku kepada Abang Man. Lalu, umi mengizinkan Fia untuk pulang lebih awal.

“Lepas sarapan nanti, angah tolong hantar Fia ke Melaka”, pinta umi ketika Haziq bersalaman dengannya selesai solat jemaah.

Fia yang berada di sebelah umi sudah menelan liur apabila Haziq memandangnya dengan jelingan yang tajam. Fia menghalakan pandangan ke tempat yang lain.

“Kenapa awal sangat nak balik? Tak tunggu Along sanding?” soalannya seakan ditujukan kepada Fia. Namun, umi pantas menjawab.

“Abang Fia kemalangan. Sekarang ni ada kat hospital,” cerita umi. Wajahnya jelas keresahan.

Haziq terdiam sebentar. Entah apa yang sedang difikirkan dia . Serba salah Fia kerana terpaksa menyusahkan Haziq. Sudahlah angin lelaki itu tidak berapa baik semalam.

Selepas umi dan saudara mara yang lain meninggalkan bilik sembahyang itu, Haziq menghampiri Fia.

You saja nak susahkan I.

Fia terdiam. Itulah yang difikirkan Haziq ketika umi menyuarakan permintaan tadi.

“Saya tak ada niat nak susahkan awak. Saya nak cakap tadi, saya takut umi suruh awak hantar jugak saya balik Melaka.”

You nak cakap apa?”

Fia menghela nafas sebelum memberitahu cadangannya ini. “Hantar saya ke TBS sahaja. Saya balik naik bas nanti”

Andai tidak yang dia terima dari mulut Haziq, dia sudah merangka untuk menaiki teksi sahaja ke terminal itu.

Haziq berfikir seketika sebelum menyatakan persetujuannya.

Fia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya hati itu lembut juga untuk membantu.

Make sure you betul-betul balik Melaka! Itak nak bertanggungjawab nanti!”

Fia mengangguk laju memandang Haziq keluar dari bilik tersebut.



Ucapan terima kasih dihulurkan buat umi kerana membenarkan dia bermalam di vilanya dalam tempoh yang lama. Rasanya, ini kali pertama dia tidur di vila itu. Sebelum ini, jika datang menziarahi pun, Fia akan pulang ke rumah pada hari yang sama. Umi yang baik hati itu sempat berpesan agar Fia menjaga diri dan tidak lupa untuk menghubunginya.

Dia memandang Along pula. Senyuman nipis dihadiahkan buat Along. Dia tahu yang Along menjadi saksi kekecewaan Haziq terhadapnya. Malu dia ingin berhadapan dengan Along. Namun, mungkin ini kali yang terakhir mereka dapat berbicara setelah ini. Fia pasti yang tiada ikatan yang akan terjalin antara dia dan Haziq selepas ini.

“Minta maaf Fia tak dapat stay lama.”

Along membalas senyuman. “Andai Along di tempat Fia, Along juga akan melakukan perkara yang sama.”

“Kirim salam Kak Jun, Along.”

Along mengangguk. “Ambillah masa ni, berbincang dari hati ke hati dengan Angah.”


Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh TASHA SAIN