Register   |      Log in   |   Terlupa password
Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
6,121
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13

Seri terjaga dari lena malam yang panjang. Dalam samar cahaya lampu meja Seri kelihatan sedang berkomunikasi dengan seseorang. Seri mengangguk-angguk kepalanya beberapa kali. Kemudian, Seri bangun bersiap-siap. Jam dinding menunjukkan pukul 3.00 pagi. Usai bersiap-siap Seri melangkah menuju ke ruang tamu. Seri melabuhkan punggungnya di sofa empuk dan membiarkan dirinya berada di dalam gelap. Mulut Seri terkumat-kamit membaca mantera. Tidak lama kemudian, muncul makhluk gembala ular di hadapan Seri. Kehadirannya menimbulkan perasaan kurang senang dalam hati Seri. 

   "Bila kau mahu sempurnakan syaratku?" suara nyaring menyapa pendengaran Seri.

   "Malam ini tika purnama aku akan sempurnakan janjiku!" Seri memberi jawapan yakin.

   "Jika kau gagal, segara apa yang kau pelajari akan hilang dan aku akan mencari penganti dirimu.Ingat perjanjian denganku hanya sekali. Tiada peluang kedua atau ketiga."  Nada makhluk itu berbaur ancaman.

   "Baik! aku akan turuti segala keinginanmu dengan segera." 

   Makhluk berwajah hodoh itu perlahan-lahan hilang dalam kegelapan. Seri menanti kehadiran tetamunya dengan penuh ketenangan. Dalam fikiran Seri tergiang-giang ancaman yang baru diterimanya.

   Kedengaran enjin kereta di luar rumah. Seri segara membuka pintu utama menuju ke pintu pagar rumah. Oman keluar dari kereta sambil menjinjit beg berisi barang-barang yang diminta oleh Seri. Seri membuka pintu pagar mengajak Omar menuju ke rumah kecil di belakang banglo agamnya. Omar mengikut segala arahan Seri tanpa curiga. Pintu rumah kecil di buka. Mereka masuk ke dalam rumah. Seri menutup kembali pintu. Lilin dinyalakan. Omar menggosok-gosok tubuhnya yang kesejukkan. Kini, Omar dan Seri duduk bertentangan. Angin pagi menyerap ke segenap tubuhnya membuatkan Omar mengigil.

  "Sudah engkau penuhi syaratku?" Seri merenung tajam wajah Omar.

  "Sudah, Seri." Omar memandang liar persekitaran dalam rumah. Hati Omar dijentik perasaan yang kurang senang. Seperti ada mata lain memerhatinya.

  "Berikan padaku."

  Omar segera menggeluarkan barang-barang yang diminta oleh Seri. Baju, rambut dan bekas darah diletakkan sekali di hadapan Seri.

   "Bagus!" dalam samar cahaya lilin Omar dapat melihat senyuman manis Seri saat menatap segala keperluan yang dibawanya.

  "Seri, aku takut andai aku terbunuh anak gadis sahabatku." luah Omar dengan nada kekesalan.

  " Kau usah bimbang. Itu semua perasaan biasa kerana kau belum pernah membunuh orang. Nanti lama-kelamaan kau akan biasa dengannya. Silap-silap kau ketagih bau darah."

   Omar berharap ini kali pertama dan terakhir dia membunuh. Dia tidak mahu menjadikan pembunuh sebagai kerjaya atau hobinya. Dia perlu menjaga nama dan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan yang baik dan sempurna di mata masyarakat walaupun kehidupannya tidak seindah yang difikirkan orang. Seri menyerahkan sebotol air kepada Omar. Omar mengambil dan membelek-belek botol yang diberikan Seri.

   "Untuk apa air ini?" Omar menyoal Seri. Hairan!.

   "Air itu kau minum nanti supaya dapat memulihkan semangatmu." tanpa banyak soal Omar memasukkan botol yang berisi air ke dalam begnya.

  "Sekarang kau boleh pulang. Serahkan segala-galanya padaku. Jika ada apa-apa kau datanglah bertemu aku." 

  Omar segera meninggalkan Seri. Seri segera menyediakan peralatan yang perlu untuk melaksanakan upacara pada waktu malam nanti. Ketika Seri sedang leka melakukan kerja-kerjanya Seri berasa seperti diperhatikan. Mata Seri meliar memandang sekeliling. Seri segera bingkas bangun lalu menuju ke pintu utama. Pintu dibuka dan Seri berdiri di muka pintu. Telinga Seri menagkap bunyi seperti ada seseorang yang sedang bersembunyi berhampiran rumah kecilnya. Mungkin Omar? Seri segera membaca mentera menyeru makhluk belaannya. 

  "Cari siapa yang sedang menceroboh tempatku!" Usai memberi arahan Seri segera masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci rapat. Tidak mahu sesiapa menganggunya.

***

Kereta yang dipandu Omar meluncur laju meninggalkan Kampung Lembah Perbatasan. Omar mengerling sekilas ke arah jam tangan mewah miliknya. Jarum jam menunujukkan pukul 4.15 pagi. Jalanraya sunyi tanpa kenderaan. Hanya kereta Omar yang masih setia berada di atas jalan raya. Omar memasang radio. Kedengaran suara DJ berceloteh mengurangkan rasa mengantuk yang mula bermaharajalela. Omar membuat keputusan untuk menginap di hotel bajet yang terdapat di pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kampung Lembah Perbatasan. 

  Omar berhenti di stesyen minyak untuk membeli makanan di kedai serbaneka. Perut Omar berasa lapar minta diisi setelah hampir seharian Omar tidak menjamah makanan. Pagi Omar hanya sempat bersarapan secawan kopi dan dua keping roti bakar kerana Omar terlalu sibuk dengan beberapa mesyuarat di pejabatnya.

  Omar mencapai beberapa tin kopi segera dan roti. Pekerja stesyen minyak di kaunter masih sedang leka memandang skrin telefon pintar setelah melihat tiada pelanggan mengisi minyak. Omar berjalan menuju ke kaunter pembayaran.

   "Kira..."

Pekerja yang kemas berpakaian uniform segera mendongak melihat Omar. Omar hairan melihat wajah pucat lelaki muda itu.

  "se..se..puluh..ring..ringgit."  pekerja yang menjaga kaunter itu tergagap-gagap menutur kata. Omar segera membayar jumlah harga barang yang di beli lalu menuju ke kereta. Omar meneruskan pemanduan mencari hotel yang terdapat di pekan yang agak sunyi. 

  Omar menuju ke kaunter hotel. Hanya terdapat seorang perempuan cina yang sebaya dengannya menyambut kedatangannya.

  "Nyonya, masih ada bilik kosong ke?" 

Perempuan berbangsa cina itu meneliti skrin komputer menyemak kekeosongan bilik yang masih ada.

  "Bilik kosong masih ada. Encik mahu berapa bilik?" wanita cina fasih berbahasa melayu itu memandang Omar.

  "Satu." mata Omar sudah dikuasai rasa kantuk.

  Selesai selesai urusan pembayaran di kaunter. Wanita cina itu menyerahkan kunci kepada Omar. Tangan Omar ringan menyambut huluran kunci kepadannya. 

   "Isteri encik ke yang berada di belakang encik? cantik orangnya." Omar menoleh ke belakang. Tiada sesiapa! Omar melemparkan senyuman pada wanita cina itu. Mungkin wanita cina itu juga mengantuk sepertinya.

  "Saya naik dulu ke bilik. Terima kasih nyonya."

  " Sama-sama."

Omar menuju ke bilik yang telah diberikan kepadanya. Hotel penginapan Onar hanya hotel dua tingkat. Bahagian bawah menempatkan kaunter dan bahagian atasnya pula terdapat beberapa bilik. Setelah jumpa bilik yang dicari, Omar merebahkan diri di atas tilam. Fikirannya ligat memikirkan kejadian yang berlaku sepanjang hari. Plastik roti diletakkan di atas meja. Omar terlalu mengantuk. Makanan yang dibeli belum terusik. Kejadian dia membunuh gadis beruniform sekolah dan Julia terbayang-bayang di fikirannya. Akhirnya, Omar terlelap kerana kepenatan.

  

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.