Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,051
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

Seri sedang mengasap-asap kemenyen. Ruang rumah kecil diterangi cahaya lilin. Seri memejam mata sambil membaca jampi serapah. Seri terbatuk-batuk kecil. Beberapa hidangan berada di depannya. Bau aroma pulut kuning dan ayam panggang tenggelam kerana bau kemenyan memenuhi ruang rumah. Malam sepi. Seri dapat merasakan hembus halus angin menampar lembut wajah dan lehernya.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat makhluk hitam di dihadapan Seri. Seri tersenyum melihat makhluk belaannya.

“Hariini kau telah berjaya bunuh Tok Man. Kau makan puas-puas. Bila aku perlukan kau. Aku akan panggil kau nanti.”

Seri ketawa. Sungguh liat nyawa Tok Man. Pelbagi ilmu digunakan untuk menjatuhkanTok Man. Tok Man ketua kampung yang sering menyusahkannya. Tok Man cuba menyingkarkan Seri dari Kampung Lembah Perbatasan. Segala kejadian yang berlaku di KampungLembah Perbatasan adalah angkara Seri.  Seri benci pada orang yang tidak menyenanginya. Setiap kali kejadian rasuk di KampungLembah Perbatasan, Tok Man tidak teragak-agak memanggil orang yang berilmu tinggi untuk menyembuhkan mereka yang menjadi mangsa Seri. Akibatnya, Seri sering berasa kesakitan saat dia tewas di tangan pengamal perubatan Islam.Kematian Tok Man adalah kemenangan besar Seri. Namun, Seri lupa kematian TokMan terjadi atas izin Allah. Seri juga lupa bahawa semua makhluk benyawa akanmati termasuk dirinya. Apa yang terjadi adalah hanya cara dan penyebab kepadakematian Tok Man.

Terdengar dengusan nafas kasar. Seri membiarkan makhluk belaanya menghabiskan hidanganyang telah disediakan. Tidak lama kemudian, terdengar pintu bilik dihempas kuat.Seri membaca mantera memagar kawan rumah kecil supaya hantu belaannya tidak berkeliaran. Rumah kecil dibelakang rumah agamnya menempat dua buah bilik.Sebuah bilik digunakan untuk mengurung hantu-hantu belaannya, dan sebuah lagi dijadikan sebagai bilik untuk Seri beristirehat.

Kelopak mata Seri mula berasa berat dan mengantuk. Usai mengunci pintu rumah kecil yang menjadi tempat melakukan perbuatan syirik Seri segera masuk ke dalam rumah.Rumah gelap. Biasanya selepas makan malam Seri segera meninggalkan meja makan.Lagipun, tiada apa yang menarik yang boleh dibualkan dengan Senah dan Megat.Dia harus menjaga statusnya sebagai seorang majikan dan tuan rumah. Sebaik saja merebahkan tubuhnya ke atas tilam empuk Seri terus tertidur.

Dari sudut bilik muncul seorang wanita menyerupai Seri. Berpakaian serba hitam dengan wajah hitam legam dan buruk. Rambut wanita itu adalah  ular-ular hitam melingkar di atas kepala wanita berwajah buruk itu. Di bahu kiri dan kanan terdapat ular tedung hitam bersaiz lebih besar. Kepala ular tedung kembang membuatkan Seri gerun. Wanita itu menghampiri Seri lalu berdiri di tepi katil. Limpahan cahaya bulan purnama membolehkan Seri nampak jelas wajah wanita bertaring dan daging pipi berulat merenung Seri.Bau busuk dan hanyir menusuk ke salurun pernafasannya menghasilkan rasa loya dan mual.

“Jikakau masih gagal mencari pengganti, wajah kau akan buruk selamanya. Dan segala ilmu yang engkau pelajari akan hilang. Cari pengganti jika kau ingin hidup lama!”

Wanita yang tidak diundang kehadirannya menggilai. Semakin lama suara hilaian semakin sayu lalu hilang disebalik bunyi hujan yang kian lebat. Seri terjaga dari lena.Peluh membasahi wajah dan tubuh Seri.Matanya tidak dapat lena memikirkan ritual yang harus dilakukan masih lagi tertangguh.

Pengganti?

Seri harus mencari mangsa demi menyelamatkan nyawanya. Dalam fikirannya, mengimbas beberapa wajah yang dikenali dan calon yang sesuai untuk dijadikan mangsa.

 

 

 

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh