Register   |      Log in   |   Terlupa password
Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
4,191
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 14

Senah kelam-kabut menutup pintu bilik. Kelihatan Megat sedang tidur lena. Peluh membasahi tubuhnya. Senah terus melabuhkan punggungnya di atas katil. Ditariknya selimut yang sedang menutupi tubuh suaminya. Senah menutup sedikit wajahnya dengan selimut. Megat tersedar dari tidur. Meilhat Senah yang mengigil ketakutan. Wajah senah pucat. Tangan Megat menyentuh bahu Senah.

   "Senah, kamu kenapa?" Megat kehairanan melihat sikap Senah.

   " sa...sa..ya..takut bang."  Gigilan Senah semakin menjadi-jadi.

   " Apa yang hendak ditakutkan?" Megat masih tidak puasa hati selagi tidak mendapat jawapan dari Senah.

   "Tu..tu.." jari telunjuk Senah menunjuk ke arah luar tingkat. Megat mengecilkan sedikit matanya untuk melihat objek yang ditujukkan oleh Senah.

   "Apa? Saya tak nampak apa-apa pun." Megat mengongcang bahu Senah.

   Senah berasa bulu romanya meremang seperti ada mata lain yang sedang memandangnya. Senah dapat rasakan di dalam bilik itu bukan dia dan suaminua sahaja yang ada. Mata Senah meliar memandang sekeliling. Bilik yang dingin mulai berasa bahang. Senah tidak senang duduk. Bersumberkan cahaya lampu yang malap, Senah dapat melihat lembaga hitam berdiri di sudut bilik yang menempatkan almari pakaian. Mata makhluk hitam itu memandangnya dengan penuh perasaan marah. Senah gerun melihat mata makhluk hitam itu bercahaya seperti api. Senah menutup terus tubuhnya dengan selimut sambil mengengam erat tangan Megat.

   "Abang...abang ..tolong halau dia."

   Megat melihat sekitar biliknya. Megat masih tidak melihat objek yang ditunjukkan Senah. Megat tahu Senah berada dalam ketakutan yang teramat sangat.

  "Halau apa?" Megat terus menyoal.

  "Halau..ben..benda hitam yang berdiri tepi almari baju." Dahi Senah berpeluh kerana ketakutan dan kepanasan. Mata Megat melihat ke arah almari pakaian. Terbuntang mata Megat saat penglihatannya menangkap susuk tubuh hitam yang sedang berdiri kaku di tepi almari pakaian. Megat segera membaca ayat Kursi dan beberapa potong ayat suci al-Quran. Makhluk hitam yang pada awalnya ingin mendekati Senah terus ghaib setelah mendengar ayat suci al-Quran.

  " Senah! Bangun. Benda itu dah hilang." Senah perlahan-lahan melurut selimut yang menutuo wajahnya. Setelah memastikan keadaan selamat Senah minum air yang telah dibacakan ayat-ayat suci al-Quran yang di bacakan oleh Megat.

   " Awak ke mana tadi?  abang sedar tadi awak dah tiada di atas katil. Abang fikir kamu ke tandas atau ke dapur."  Megat menyoal Senah.

  "Tadi saya memang saya ke tandas bang, saya dengar seperti ada orang buka pintu utama rumah. Saya ingatkan pencuri sebaliknya saya nampak Puan Seri. Dia seperti menanti seseorang. Tidak lama kemudian, saya dengar enjin kereta. Saya intai di tingkap. Rupa-rupanya lelaki yang pernah datang ke sini."  Senah bersungguh-sungguh memberitahu Megat.

  " Dia buat apa di sini? Awal-awal pagi?" Megat memandang keadaan alam yang masih gelap melalui jendela kaca bilik mereka.

  " Entah abang. Saya nampak Puan Seri mengajaknya ke rumah belakang. Saya pun intai dari luar."

  Senah takut hendak menyatakan bahawa dia telah melanggar arahan Seri untuk kali kedua. Megat hanya menggeleng-geleng kepala melihat kedegilan Senah. Kejadian yang dialami oleh mereka sebentar tadi adalah amaran dari Seri supaya tidak mencampuri urusannya.

   "Awak Senah, suka mencari masalah. Orang berperangai begitu jangan dibuat main Senah. Silap langkah nyawa melayang. Selepas ini jangan lakukan perbuatan itu lagi!" 

  Senah mendiamkan diri mendengar nasihat suaminya. Senah betul-betul sudah serik. Senah berharap apabila siang menjelma dia mampu berhadapan dengan Seri.

******

Omar terjaga dari lena saat telingannya terdengar bunyi tagisan teresak-esak. Omar pelik!. Hanya dia sahaja yang berada di dalam bilik itu. Mungkin suara itu dari bilik sebelah. Tapi, kedengaran kuat di telinganya. Omar berasa tidak selesa. Omar bingkas bangun ingin mencari suara tangisan. Omar membuka pintu bilik. Dia mengamati bunyi suara tangisan itu. Sah! suara itu  bukan suara tangisan di luar bilik atau di bilik sebelah sebaliknya suara itu datang dari dalam biliknya. Omar menutup pintu kembali. Matanya meliar mencari arah suara. Dalam samar cahaya, mata Omar menangkap sekujur tubuh yang sedang membelakanginya. Perempuan itu sedang duduk memeluk kedua-dia belah kakinya. Seingat Omar dia hanya berada di dalam bilik itu sendirian. Omar tidak mengenali perempuan  berambut panjang yang sedang menangis. Omar mendekati  perempuan itu.

  "Cik..cik buat apa di dalam bilik saya?" Omar menyentuh perlahan bahu perempuan berambut panjang itu. Perempuan itu menoleh.

 " Elina! Elina buat apa disini?" dalam kehairanan Omar berasa gembira. Elina berada di depan matanya. Ini bermakna, Elina masih hidup dan gadis yang dibunuhnya bukan Elina.

   "Tolong Elina, Pakcik!" airmata bercucuran membasahi pipi mulus Elina. 

   "Tolong apa? Kenapa Elina berada di sini?" Omar bertanya bertubi-tubi. Adakah Elina telah diapa-apakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab? melihat keadaan Elina tidak terurus tidak mustahil Elina ditipu lelaki berhidung belang. Elina! Orang secantik namanya.

  "Ada orang mahu bunuh Elina?" 

  Omar terkejut. Omat dapat merasakan kesejukkan jemari Elina yang menyentuh tangannya meminta pertolongan. Omar kaget.

   "Pakcik tak sudi tolong Elina?" 

   Wajah cantik Elina perlahan-lahan bertukar menjadi gadis hodoh. Wajahnya dipenuhi darah dan kesan dipukul. Lehernya membuak darah merah pekat dan kehitaman. Bau busuk dan hanyir darah. Omar terkejut dan mengigil ketakutan. Omar mengundurkan badannya ke belakang.

  "Pakcik tak mahu tolong Elina?"

Elina melangkah menghampiri Omar.

  "Kenapa pakcik bunuh Elina, apa salah Elina pada pakcik?"

  Soalan Elina bukan sahaja membuatkan Omar takut sebaliknya Omar berasa bersalah. Omar segera berlari ke pintu bilik. Tombol dipulas namun pintu gagal dibuka.

  "Pakcik mahu pergi kemana?" Elina sudah berada di hadapan Omar. Pandangan mereka bersatu. Omar tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Tubuhnya kaku bagaikan di gam rapat ke lantai. Omar memejam matanya mengharapkan segala yang dialami hanyalah mimpi. Omar membuka matanya. Elina masih setia berdiri di hadapannya. Darah merah menitis ke lantai. Kaki Omar tidak mampu digerakkan, jauh sekali untuk melarikan diri.

   Omar dapat merasakan ada tangan lain sedang menyentuh lehernya. Omar yakin bukan Elina saja yang berada disitu. Jika Elina masih berdiri di hadapannya, siapa pula berada di belakangnya? Omar buntu. Tubuhnya mengigil. Peluh jantan membasahi wajah dan tubuhnya. Omar memejam mata. Omar dapat rasanya ada jemari berkuku tajam sedang membelai lembut lehernya. Sekilas dikerling Omar tidak nampak tangan sesiapa.

  "Abang!"

Omar kenal suara itu. Suara Julia! Omar menyumpah dirinya kerana terlupa hendak minum air yang diberikan oleh Seri.

  "Abang sampai hati buat Julia begini! Kasihan anak kita." kini disebelah Elina berdiri seorang wanita yang sedang memangku bayi. Memang benar wanita yang berpakaian serba putih itu adalah Julia. Omar tahu kerana pakaian yang dipakai Julia adalah baju yang dibelinya sebagai hadiah untuk Julia dan pakaian itu yang dipakai Julia ketika dibunuh. Seperti Elina, tubuh Julia di penuhi darah dan kesan tikaman. Omar memejam matanya. Dia takut tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Omar membuka matanya. Julia dan Elina memandang wajahnya dengan pandangan marah dan dendam. Elina dan Julia menghampirinya. Julia tersenyum memandangnya. Omar ketakutan saat terpandang gigi taring milik Julia. Lebih mengejutkan bayi yang berada dalam pangkuan Julia bukanlah bayi sebaliknya batu nisan. Elina mendekati Omar lalu mencekik Omar manakala Julia menikam Omar di perut dengan kukunya yang tajam. Omar bergelut melepaskan diri dan Omar merasakan kesakitan teramat sangat di perutnya.

  "le..le..pas..kan..aku.." Omar merayu.

  Tuk!tuk!tuk!

  Omar terjaga dari tidurnya. Kelihatan matahari terik membahang wajahnya. Omar bangun duduk berteleku di atas katil.

  Tuk!tuk!tuk!

  Omar melangkah malas ke pintu. Pintu dibuka. Kelihatan nyonya yang menjaga kaunter hotel berdiri di depan pintu biliknya.

  "you ok?"

  Wajah wanita cina itu mempamerkan kerisauan.

  "Saya baik-baik saja."

  "Kalau begitu tak mengapalah. Tadi orang sebelah bilik awak beritahu saya awak buat bising."

  "Saya minta maaf."

Wanita cina itu berlalu pergi. Omar menutup pintu kembali. Dalam fikirannya teringatkan mimpi ngeri yang hadir dalan tidurnya. Omar pasti dia mengigau malam tadi tanpa disedarinya. Omar melangkah ke bilik air membasuh wajahnya yang kusut masai. Omar memandang cermin di sinki. Sedang Omar membelek wajahnya yang masih tampan walaupuntelah berusia matanya tertangkap garisan-garisan halus kemerahan di lehernya. Adakah kejadian yang berlaku ke atasnya benar-benar terjadi? Omar buntu. Garisan-garisan halus dilehernya seperti di cakar oleh kuku yang tajam. Omar segera mengambil barang-barangnya. Di mahu ke kawasan bangunan yang menjadi saksi terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. Dalam hati, Omar berharap bulan Elina yang menjadi mangsanya.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.