Register   |      Log in   |   Terlupa password
Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
7,468
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10

Omar menyandar tubuhnya pada sofa empuk yang buatan dari luar negara. Hatinya resah memikirkan permintaan Seri. Kalau tidak kerana harta dia pun tidak sudi hendak memandu jauh semata-mata hendak berjumpa dengan Seri. Seri seorang bomoh handal yang hanya terkenal dalam kalangan golongan tertentu sahaja. Sudah banyak kali Omar cuba membuat onar menjatuhkan abang angkatnya, namun segala usaha dia menemui kegagalan. Kadangkala Omar terfikir kebal sangatkah Osman atau bomoh yang diupahnya hanya bomoh temberang? Omar mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kepalanya diramas-ramas, rambut rapinya kusut kerana fikirannya berserabut.

   Rumah Omar sunyi. Anak gadisnya tiada di rumah. Omar terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya. Omar lebih senang meninggalkan anak gadisnya Zara di rumah sahabat baiknya Rashid. Anak gadis Rashid dan Zara sebaya. Lagipun isteri Rashid guru yang mengajar Zara. Disebabkan Zara akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Zara dengan rela hati menghabiskan cuti hujung minggu di rumah Rashid.

  Omar baring di atas sofa. Memejam mata sambil memikirkan perancangan yang perlu dilakukan untuk melengkapkan syarat yang diberi oleh Seri. Syarat kedua terlalu sukar untuk dipenuhi. Dia tidak mahu menjadi pembunuh, tetapi bagaimana dia harus dapatkan semangkuk darah gadis sunti dalam masa terlalu singkat. Wanita-wanita yang didampinginya tidak sesuai untuk memenuhi syarat kedua Seri. Omar bingkas bangun dari sofa membuka suiz televisyen. Kemudian, Omar kembali berbaring di atas sofa empuk. Matanya dibuai kantuk. Saluran televisyen di tukar-tukar kerana tiada siaran yang menarik untuk ditonton. Akhirnya, Omar menonton siaran drama lakonan artis popular  tempatan. Omar tidak memberi sepenuh perhatian terhadap siaran televisyen sebaliknya otaknya ligat memikirkan masalah yang sedang membelenggi dirinya.

           "Dunia sekarang, ada duit segalanya mudah." 

Omar bingkas bangun dari pembaringannya. Kata-kata watak pelakon antoganis sedit sebanyak telah memberi ilham kepada Omar. Omar yakin rrancangannya akan berjaya. Omar memiliki wang dan harta yang banyak cuma yang membuatkan Omar sakit hati pada abang angkatnya, Osman memiliki lebih banyak harta daripadanya. Dia cemburu.

  Osman segera mencapai telefon pintar yang terletak di atas meja kaca. Osman mendail nombor telefon. Tidak lama kemudian, kedengaran suara orang upahannya menjawab panggilan Osman. Usai bercakap dengan orang upahannya, Osman mendail nombor telefon bimbit Zara.

   "Hai pa!" kedengaran suara Zara gembira di hujung talian. Sesekali suara anak gadis Rashid, Elina menyampuk perbualan Osman dan Zara.

   "Esok Zara balik rumah papa jemput ya?" 

   "Esok Zara balik dengan Pakcik Rashid.Pakcik Rashid nak bawa Zara dan Elina pergi kedai buku Popular." 

   "kalau begitu, papa tunggu Zara di rumah sahaja."

   "Baik pa." Zara mematikan perbualan. Osman mematikan suiz televisyen dan bergerak menuju ke biliknya yang. terletak di tingkat atas rumah agam miliknya. 

   ****

Omar berlari meredah hutan belukar. Gelap dan sunyi. Hanya bilahan cahaya bulan purnama yang dilindungi pokok-pokok balak membantu Omar untuk meneruskan lariannya. Peluh jantan membasahai tubuh Omar. Suara wanita menggilai semakin dekat mengetuk gegendang telinganya. Nafas Omar termengah-mengah. Dalam usia separuh abad Omar sudah tidak berdaya hendak berlari. Dipaksa kakinya supaya teruk berlari. Dia tidak mahu lagi terserempak dengan makhluk hodoh dan busuk.

   Omar terjumpa sebuah pondok usang bercahaya. Omar berlari merentasi anak sungai. Air sungai yang sejuk tidak dihiraunya. Palin penting Omar perlu mencari tempat persembunyian supaya jejaknya tidak dikesan oleh makhlik hodoh yang memburunya. Omar tidak sanggup mati dalam keadaan jasadnya menjadi santapan makhluk hodoh yang berambut panjang . Perjalanan ke rumah kosong itu berasa jauh sedangkan dengan hanya beberapa langkah Omar boleh sampai. Sebaik sahaja berada di depan rumah usang, Omar terus menerjah masuk. Mujur pintu tidak berkunci. Omar segera mengunci pintu dari dalam. Omar menarik nafas lega.

 "Kau baik-baik sahaja Omar?" Omar menoleh ke arah suara halus yang menyapanya. Omar terkejut melihay Seri berada di dalam pondok buruk yang dijadikan tempat persembunyiannya.

   "Ba..baik. Kau buat apa di sini?" Omar mengigil kesejukkan dan ketakutan.

   "Ini tempat aku! Aku sepatutnya bertanya padamu. Apa kau buat di sini?" Seri meleparkan senyuman pada Omar dan Omar tidak berminat untuk membalas senyuman Seri.

  "Ada makhluk hodoh mengejarku." Omar mengesat peluh yang membasahi wajahya. Pengalaman ngeri dan meremangkan bulu romanya. Omar berharap makhluk yang mengejarnya tidak menghidu keberadaannya.

   Seri ketawa. Seluruh alam malam mendengar hilai tawa Seri. Seri memandang wajah Omar. 

   "Omar, aku mahu kau penuhi syarat kedua dengan kudratmu sendiri. Kau harus membunuh gadis sunti itu dengan tanganmu sendiri. Ingat pesanku ini." Ketawa Seri masih berbaki. Omar masih lagi berdiri kaku di depan pintu pondok buruk. Bayangan Seri semakin jauh dan hilang. Mata omar meliar mencari kelibat Seri. Akhirnya, Omar terduduk di bucu pondok. Ruang pondok kosong tanpa perabut. Akhirnya,Omar terlelap kerana keletihan.

   Papa! Papa!

   Omar terkejut dari lena yang panjang. Kepalanya terasa berat. Sedikit demi sedikit Omar mencelikkan matanya. 

     "Seri.."

     "Papa, ini Zara. Papa mengigau ya?"  Omar bingkas bangun dari katil. Malu! Andai Zara melihatnya mengigau ketika tidur.

  "Zara kata mahu tidur di rumah Elina." Omar hairan melihat kemunculan Zara ketika jam menghampiri pukul 10.00 malam. Mujur Zara mempunyai kunci pendua. Jika tidak terpaksa Zara menunggu lama di luar rumah. Omar jika tidur memang tidak ingat dunia.

   "Keluarga Pakcik Rashid datang dari kampung. Rimas Zara. Jadi Zara beritahu Pakcik Rashid papa demam dan Zara nak balik rumah jaga papa." Zara tersengih nakal. Zara memang mewarisi bakatnya lakonannya yang berkesan. Zara meninggalkan Omar yang masih berteleku di atas katil. Kata-kata Seri tergiang-ngiang di fikirannya. Nampaknya, dia juga perlu menyelesaikan tugasan bersama-sama orang upahnya.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.