Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,053
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 19

Pagi itu Seri bersiap-siap memakai kebaya merah. Seri tersenyum saat dia terpandang wajahnya di cermin. Muda dan berseri-seri. Usai bersiap Seri segera menuju ke ruang makan. Senah sedang sibuk menghidangkan sarapan pagi. Kelihatan Megat baru sahaja selesai bersarapan di dapur. Megat mula menapak menuju ke pintu utama rumah.

   "Megat!"

Megat menoleh ke arah Seri. Megat tidak terkejut melihat penampilan Seri. Kadang-kadang Megat tidak mengerti akan sikap majikannya.

   "Ada apa puan?"

Seri menghampiri Megat. Bau aroma minyak wangi menusuk ke deria bau. Megat menanti arahan yang akan diberikan kepadannya.

  "Megat, petang ini aku mahu kau ke rumah Bomoh Rahmat. Nanti dia akan berikan barang yang aku perlukan."

  "Baik,puan."

Seri meninggalkan Megat menuju ke meja makan. Tidak lama kemudian, muncul kelibat Senah sedang menatang dulang kopi. Megat sudah hilang di sebalik pintu utama.

  "Senah, makan malam nanti aku mahu kau sediakan sup kaki ayam dan pulut kuning."

   "Baik,puan"

  Senah menuang kopi ke dalam cawan dan meletakkannya di hadapan Seri. Seri meneguk kopi dan menyuap nasik goreng kampung ke dalam mulutnya. Senah memerhati wajah Seri. Bukan Senah tidak biasa melihat wajah Seri muda tetapi kali ini wajah Seri nampak lain dan lebih muda semenjak Senah bekerja di situ.

   Seri perasan Senah memerhatinya. Namun, Seri sengaja ingin menguji Senah. Seri berhenti menyuapkan nasi goreng ke dalan mulutnya. Seri meneguk kopi sehingga habis.

   "Apa yang kau perhatikan,Senah?"

  Senah kaget. Senah segera menundukkan pandangannya. Seri tersenyum melihat Senah yang melihat Senah ketakutan. Seri suka orang takut kepadanya. Seri lagi suka jika orang patuh pada arahan dan peraturannya.

   "Saya lihat wajah puan cantik..berseri-seri seperti nama puan."

   Senah menggelabah. Senyuman Seri bukan senyuman biasa. Dia sudah berpuluh tahu. Bekerja disitu. Dia sangat kenal dengan Seri.

  "Senah, kau seorang pekerja yang baik. Seperti mak kau..pekerja yang setia. Cuma kau terlalu berani."

  Seri segera bangun dari kerusi dan meninggalkan Senah yang masih tercengang akan kata-kata Seri. Senah dapat rasakan bahawa Seri telah mengetahui segala perbuatannya yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Seri. Senah berasa tidak sedap hati. Senah segera mengemas meja makan dan bersiap-siap hendak pergi ke pasar.

   Megat sedang menyapu halaman rumah. Senah terkocoh-kocoh menghampiri Megat.

   "Abang, cepatlah! Saya nak ke pasar ni."

   "Awal lagi ni Senah."

Megat hairan. 

   "Awal apanya abang! Cepatlah sikit. Saya banyak kerja yang perlu dibuat harini."

Megat segera menghidupkan enjin kereta. Malas mahu mendengar leteran Senah. Kemahuan Senah segera dituruti.

Previous: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh