Register   |      Log in   |   Terlupa password
Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
6,121
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 15

Qalisya dan Mawar kini berada di rumah penginapan Pusat Permata Qasidah. Kedatangan mereka petang di jemput oleh pembantu Pusat Permata Qasidah, Puan Nur. Sikap Puan Nur yang ramah membuatkan rombongan mereka seramai 30 orang berasa selesa. Pusat Permata Qasidah adalah pusat pendidikan untuk anak-anak dari golongan kurang berkemampuan dan juga untuk anak-anak yatim piatu. Disebabkan rombongan mereka tiba hampir lewat petang, mereka hanya sempat meninjau keadaan pelajar-pelajar makan malam dan mengajar kanak-kanak itu ketika waktu ulangkaji di dewan belajar. Menurut Puan Nur sepatutnya pemilik Pusat Permata Qasidah menyambut kedatangan Mereka tetapi disebabkan ada hal kecemasan menyebabkan Pusat Permata Qasidah tidak dapat menunggu lama. Malam itu mereka ditempatkan di rumah tetamu yang telah disediakan. Melihat kepada kemudahan lengkap yang disediakan du Pusat Permata Qasidah, Mawar percaya pemiliknya bukan calang-calang orang. Dari Puan Nur, mereka mengetahui Pusat Permata Qasidah dibangunkan oleh seorang pesara guru dan juga ahli perniagaan yang berjaya. 

   Mawar bersyukur walaupun hidup serba kekurangan tetapi dia masih mempunyai keluarga. Perasaan simpatinya amat tinggi melihat wajah-wajah comel anak-anak yang tinggal di Pusat Permata Qasidah. Bagi anak-anak yang daif ibu bapa mereka terpaksa menempatkan mereka di situ demi kelangsungkan hidup dan pendidikan, anak-anak yatim piatu pula menumpang kasih tenaga pengajar disitu kerana sudah tidak memiliki keluarga.

  Qalisya memandang Mawar yang masih belum melelapkan mata sedangkan ketika makan malam tadi, Mawar beria-ia mahu tidur awal kerana kepenatan.

  "Mawar masih belum tidur?"

  "Belum lagi, tiba-tiba teringat budak-budak kecil di dewan tadi."

Qalisya tersenyum memandang Mawar.

  "Walaupun awak seorang yang degil dan kasar tapi awak tetap nampak sangat penyanyang dengan budak-budak itu."

   "Saya anak tunggal. Tidak pernah merasai pengalaman bermain dengan adik-beradik. Lainlah awak mempunyai empat orang abang."

   Qalisya ketawa. Dia teringatlan keluarganya. Qalisya menarik selimut menutupi tubuhnya. Penghawa dingin hawa sejuk membuatkan Qalisya mengigil. 

   " Lebih baik awak tidur. Esok kita perlu bangun awal. Banyak program perlu dilaksanankan. Nanti awak pula merenget sebab mengantuk."

   Mawar mengakui kata-kata Qalisya. Semenjak kebelakangan ini sukar untuk Mawar tidur lena. Hatinya berasa tidak sedap teringatkan keluarganya di banglo milik Seri. Seringkali Mawar didatangi mimpi-mimpi ngeri yang menyebabkan Mawar terkejut dari lena. Dia tidak memberitahu Qalisya. Mungkin mimpi itu hanya mainan tidur kerana dia rindukan keluarganya.

***

Hari itu hampir seharian mereka bermesyuarat memilih ketua kampung untuk memimpin penduduk di Kampung Lembah Perbatasan. Akhirnya keputusan diputuskan bahawa Tok Mail adik Tok Man akan mengantikan kekosongan sebagai ketua kampung dan dibantu oleh Yusuff. Malam itu, Tok Mail berborak dengan Tok Mail.

  "Tok harap Yusuff tidak keberatan membantu Tok."

  " Iya Tok. Lagipun dulu arwah atuk berpesan supaya menjaga kampung ini."

  "Baguslah kalau kau berfikiran begitu Yusuff. Ada tugas mencabar menanti kita. Tok harap kerja-kerja kamu tidak terabai. Kerjaya kamu juga satu amanah." Tok Mail menasihati Yusuff.

   Yusuff berpotensi mengantikannya suatu hari nanti. Walaupun Yusuff mendapat pendidikan tinggi tetapi dalam diri Yusuff mempunyai aura tersendiri. Mungkin kerana sejak kecil Yusuff telah dijaga dan diasuh oleh arwah abangnya menyebabkan Yusuff tidak kaku berhadapan dengan permasalahan masyarakay.

   "Tugas apa yang mencabar sangat itu tok?" Yusuff tahu kata-kata yang keluar dari mulut Tok Mail bukanlah bicara kosong.

  Tok Mail mengeluh berat. Bukan mengeluh kerana tugas yang menanti tetapi mengeluh kerana dia tidak pasti kejayaan atau kegagalan yang akan menanti mereka. Segala-galanya Tok Mail berserah pada yang Maha Esa. Dia akan sedaya upaya melaksanakan amanat arwah abangnya. Sebelum Tok Man jatuh sakit Tok Man telah menceritakan segala-galanya yang sedang berlaku di Kampung Lembah Perbatasan yang tidak diketahui oleh penduduknya. Tok Man berpesan biarlah perkara itu menjadi rahsia. Dia tidak mahu orang kampung risau dan hidup tidak tenteram. Tom Man berpesan andai dia tidak sempat menyelesaikan tugas itu, Tok Man berharap dia dan Yusuff menyelesaikannya.

   "Nanti Tok akan ceritakan padamu. Sekarang ini masanya belum sesuai."

Yusuff mengangguk faham.

  "Jemput minum Tok."

Tok Mail menghirup kopi kampung yang masih panas. Yusuff leka menikmati hidangan yang disediakan oleh opahnya. Daun-daun di kawasan semak tepi rumah Tok Man meliuk-liuk ditiup bayu malam. Mata Tok Mail dapat melihat lembaga hitam sedang menyeringi giginya yang tajam. Tok Mail berlagak bertenang. Seolah-olah dia tidak nampak apa-apa.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.