Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 12

12

            Tak terasa sudah 5 tahun berlalu. Sekarang aku sudah tinggal berjauhan dari keluarga aku. Aku memulakan kehidupan baharu aku sebagai seorang officer saja.

Apa pun aku bersyukur dengan apa yang akak buat pada aku pada masa itu. Memang tak dapat aku lupakan pada pagi itu.

            . “Akak! Apa semua ni!” Anie bangun dan semasa dia keluar dari biliknya dia terkejut melihat apa yang sedang berlaku di dalam rumah. “ Apa? Surpriselah ni. Kan kamu pun nak belajar jauh macam orang lain juga.” Anie kelihatan blur mendengar jawapan akaknya itu.

Pekara 5 tahun lepas berjaya menjadikan Anie seperti Anie sekarang. Anie mendapat kerja selepas saja tamat pengajian.

“Cik Anie, Boss panggil Cik datang ke pejabatnya sekarang juga.” Anie dipanggil oleh setiausaha Boss iaitu Puan Maya. “ Saya datang.” Anie lekas bangun dari kerusinya terus menuju ke ruangan Bossnya. Anie mengetuk pintu lalu masuk. “ Ya Boss. Kenapa Boss panggil saya?” Anie terjenguk – jenguk disebabkan bossnya itu berpaling darinya.

            “ Anie kan aku dah cakap, kalau kita berdua saja macam ni awak boleh panggil saya dengan nama saya saja. Tak perlu formal sangatlah.” Boss masih belum menoleh ke arah Anie.

“Baiklah Adam! Ada apa panggil saya ni?” Anie terus duduk sambil berpeluk tubuh.

“Macam ni lah tapi tak perlu buat muka. Anie, jomlah keluar lunch. Jom, jom,jom?” Adam buat muka 50 sen supaya Anie mahu ikutnya.

            “ Sorrylah Encik Adam. Saya sudah lunch.” Anie bangun dan terus menuju ke arah pintu.

“Anie!” Adam meninggikan suara. Anie tersentak lalu berhenti. “ Kalau awak tak ikut saya makan, awak jangan menyesal dengan apa yang saya lakukan nanti.” Adam bangun dari kerusi lalu menuju ke arah Anie dengan muka marah. Anie berasa kaku dan agak takut dengan apa yang mungkin berlaku dengannya tetapi sebaliknya.

Adam terus keluar dari biliknya dan tidak lama kemudian Anie terdengar suara Adam. “Ahannggg. Mak! Anie tak nak ikut Adam. Mak! Anie jahat dengan kita. Waaaaa!”Keluar saja Anie apabila terdengar suara Adam dan dia terkejut melihat perangai Adam yang macam budak kecil meminta susu.

            Seorang pekerja lelaki menghampiri Adam. “ Boss bangun Boss. Kotor lantai tu. Lagipun tak baik dilihat pekerja yang lain.” Lelaki itu menegur Adam tetapi Adam masih lagi buat perangai.

“Tak nak! Nak Anie ikut kita makan. Kalau tak kita nangis lagi.” Staff yang lain memandang ke arah Anie dan muka Anie menjadi merah disebabkan malu dengan perbuatan Adam.

Dengan terpaksa Anie menurut kehendak Adam. “ Baiklah Boss.”

“Tolong.” Adam menghulurkan tangannya kepada Anie.

            “ Apalah awak ni. Buat malu je katoffice tu tadi. Ye lah tahulah awak tu anak tuan Syarikat tu.” Anie muncung disebabkan perbuatan Adam tadi.

“Yelah, sorry. Nanti tak buat lagi. Nak pesan apa? I belanja.” Adam membuka menu untuk Anie.

“Kenapa pula tiba – tiba ber ‘U, U’ ‘ I, I’ pula ni. Pesan apa –apa je lah.”Adam terus membuat pesanan.

            “ Apa khabar Syaff sekarang? Lama dah tak jumpa dia. Dia masih contact you ke?” Adam dah kembali ke mood asalnya. Bercakap seperti seorang yang professional.

 “ Entahlah Adam, aku pun tak tahu apa khabar dia. Lagipun semenjak aku keluar kampung aku tak pernah call Ummi Najwa.Mungkin dia masih sambung belajar dia kat London tu mungkin.” Anie pula yang berubah mood dari merajuk ke sedikit sedih.

            “ Syeera pula? You ada jumpa dia? You and Syeera kan satu kampus dulu.” Adam melihat Anie termenung selepas dia menyebutkan nama Syeera. “ Anie? Anie!” Anie tersentak. “ Minumlah air you tu. Lagipun lunch time dah nak habis ni.” Adam tidak menyambung soalannya tadi disebabkan dia merasakan ada sesuatu yang aneh pada Anie.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S