Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 20

20

            Anie  mendekatkan diri dengan Adam. “ Sabarlah Tuan. Semua yang berlaku adalah ketentuanNya.Tiada yang dapat melawan jika itu yang ditakdirkan dari yang di atas.” Mak Mah cuba menenang Adam. Anie juga menepuk belakang Adam supaya dia boleh bertenang sedikit.Selepas Adam agak tenang, Anie menoleh ke arah pintu masuk. Anie ternampak seorang wanita yang sangat bergaya. Gayanya mengalahkan anak muda masa kini.

“ So macam mana orang tua tu? Dah mampus dah?” Wanita itu berdiri di hadapan Adam dan Mak Mah. Cara Adam memandang wanita itu agak berlainan seperti ada conflict antara mereka. Mungkin wanita ini adalah Datin Sofea iaitu ibu Adam yang sering bergaduh dengan Dato.Disebabkan masalah antara Dato dan Datinlah yang menyebabkan Adam tidak mahu tinggal bersama.

“ Kalau Mommy datang sini hanya untuk cakap macam ni lebih baik Mommy tak payah datang! Sekarang ni Mommy senanglah sebab Daddy dan pergi buat selamanya dan Mommy boleh berfoya – foya dengan semua harta Daddy!” Adam meninggikan suara kepada ibunya. “ Mommy tak pernah ajar anak Mommy jadi biadap macam ni tau!” Tangan Datin Sofea hampir sampai di pipi Adam dan kemudiannya Datin Sofea terus pergi dari hospital itu.

            “ Macam mana keadaan boss you sekarang? Dah okay?” Syaff bertanya kepada Anie semasa mereka dinner bersama – sama. “ I tak tahulah.Walaupun I setiausaha dia tetapi I tak tahu keadaannya. Dah dua minggu dia takmasuk kerja.” Anie menjelaskan kepada Syaff.

“ You, sebenarnya i. i. i.”Syaff tersekat – sekat percakapannya. “I. I ada apanya? Dari tadi tak keluar –keluar apa yang nak dikatakan.” Anie tersenyum melihat Syaff yang meraba – raba poketnya entah apa yang dicari. “ Ada pun. You sudi tak you jadi peneman hidupI ?” Syaff melutut di sebelah Anie dengan menunjukkan kotak cincin yang berbentuklove.  “ Em Syaff.” Anie menepuk bahuSyaff yang sedang menutup mata. “ Kotak kosong.” Anie memberitau Syaff. Syaff menjadi panik. “ Okay, Syaff, Syaff, relax okay. Duduk dulu. You masih ingat tak yang I pernah tersebut soalan dari Abah you?” Anie bertanya sejurus Syaff duduk semula. “ Ya, why? Is it important?” Syaff bertanya kehairanan.

Anie membuka begnya lalu mengeluarkan sebentuk cincin dan cincin itu sangat sama dengan cincin yang Syaff ingin berikan pada Anie. “ Sebenarnya Abah you pernah datang ke rumah.Dia cakap kalau I sudah sedia nak jadi menantu dia I kena pakai cincin ni dan tunjukkan pada you dan family.” Anie menyarungkan cincin di jarinya. “ So you sarungkan cincin ni maksudnya you sudi jadi?” Syaff tidak menghabiskan soalannyadisebabkan Anie terus menjawap. “ Yes!” Selepas mendengar jawapan Anie, Syaff terus melompat gembira. Semua pelanggan di restaurant memandang ke arah Syaff.Syaff terus duduk disebabkan malu.

            “ Tuan! Tuan! Mak Mah bawakan makanan untuk Tuan ni.” Mak Mah mengetuk pintu bilik Adam. Adam masi rasa terpukul dengan pemergian mendiang Daddynya. Mak Mah membuka pintu dan dia melihat Adam masih berbaring di atas katil. “ Tuan ni Mak Mah bawakan makanan.” Mak Mah meletakkan makananitu di atas meja.

“ Kenapa masih bersedih ni? Bangun.” Mak Mah menepuk paha Adam supaya dia bangun. Selepas Adam bangun Mak Mah terus menyuapkan Adam. “ Esok Mak Mah nak tengok Tuan Mak Mah yang manja ni masuk kerja. Tak elok tinggalkan kerja lama sangat. Tak pasal – pasal Anie buat kerja boss pula nanti.

“ Mak Mah. Jangan libatkan Anie boleh?” Wajah Adam berubah. “ Macam ni lah yang Mak Mah nak. Tersenyum barulah nampak handsome seperti selalu.” Mak Mah memegang muka Adam.

            “ Hari ini aku nak menjadi seorang boss yang bertanggungjawap dan aku mesti ingat arwah Daddy mahu aku menjadi ketua yang professional. Aku mesti ubah diri aku. Itu janji aku.” Adam berjanji pada dirinya sambil memakaikan necktie pada dirinya.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S