Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 17

17

“ Anie! Akak nervous ni. Macam mana cantik tak akak?”Akak Alia memegang tangan Anie yang menemaninya di dalam bilik. “ Akak jangan risau sebab hari ni adalah hari bahagia Akak. Akak tak perlu nervous sebab kalau Akak nervous nanti hilang seri. Anie pula yang cantik dari akak nanti.”Anie mengejek akaknya itu. “ Tengok tu, ada orang mengintai kamu.” Akak menunjukkan Adam yang berdiri di sebelah pintu bilik Akak Alia.

“Boss buat apa ni?” Anie bangun lalu memegang tombol pintu. “ No, tak ada apa – apa.Saja je tengok sekeliling kot – kot ada yang memerlukan bantuan. Eh, Anie kan aku dah cakap panggil aku guna nama aku saja tak perlu panggil boss.” Adam kenyitkan matanya ke arah Anie.

“Baiklah Adam! Maafkan saya. Saya perlu tutup pintu ni. Tolong main jauh – jauh boleh?” Semasa Anie ingin menutup pintu, Adam menahan pintu itu daripada ditutup. “ Kejap, boleh kita jumpa di luar. Aku ada something nak discuss dengan awak. Jangan lupa okay?” Adam melepaskan pintu lalu berlalu pergi ke arah para tetamu yang datang.

Tanpa sempat Anie membalas Adam sudah berlalu pergi. Rupa – rupanya Adam terus menunggu Anie di bahagian belakang dimana cuma ada beberapa orang saja disana.

“Hey, bro.” seseorang menyapa dari belakang Adam. “ Lama tak jumpa bro.” Orang itu menyapa Adam sekali lagi dan orang itu adalah Syaff. “ Kau buat apa sini?”Mereka saling tak memandang ke arah masing – masing.

“Nothing just hantar pekerja hadiri majlis perkahwinan kakaknya dan menjadi tetamu penting.” Adam masih tidak memandang ke arah Syaff. Macam dingin saja antara mereka.

“Okaylah bro malas nak borak panjang. I gonna go now. So enjoy the night bro.”Syaff menepuk bahu Adam dan kemudian masuk ke dalam rumah. Semasa ingin masuk Anie terserempak dengan Syaff. “ Hai, lama dah sampai?” Anie bertanya kepadaSyaff.

“Kira lama jugalah. Em, Anie. Aku ada something nak bincang dengan awak. Awak sibuk tak?” Syaff pandang ke arah Adam. “ Tak sibuk sangat. tapi aku nak jumpa Adam kejap. Awak dah borak dengan dia?” Anie menunjukkan Adam yang masih berdiri di tempatnya tadi.

“Oo, Okay. Kalau macam tu. Awak pergi jumpa dia dulu lepas tu kita jumpa selepas majlis tamat?”

“Okay.” Anie terus ke arah Adam. “ So ada apa yang boss nak cakapkan ni?” Anie memandang Adam yang sedang tersenyum melihat langit.

“Pasal tadi? Tak macam ni, saya kena balik esok sebab ada hal pejabat. Tapi kalau awak masih nak tinggal sini tak apa.” “Sorry Anie. Sebenarnya I nak bagitahu yang I masih cintakan you. Tapi I tahu ada orang lain yang lebih layak dari I so I terpaksa bohong pada you.”  Adam memandang Anie tepat pada matanya.

“Oo, tak apa ke boss?” Anie rasa bersalah sebab dia setiausaha Adam tetapi dia masih bercuti.

“It’s Okay. Eh, jomlah masuk nanti tertinggal majlislah pula.” Adam dan Anie masuk bersama – sama.

            Kini Akak Alia sudah sah menjadi isteri kepada Abang Zul. Suasana majlis begitu meriah disebabkan ramai orang kampung yang datang.

“Lika terima kasih sangatlah sebab tolong. Kalau tak pengsan aku. Tak sangka pula ramai orang datang.” Anie memegang tangan Lika.

“Ye lah. Oh ya Anie. Tadi aku jumpa Syaff dia suruh aku beritahu kau yang dia tunggu kau di halaman depan.” Lika menunjuk ke arah pintu.

“Baiklah. Sekali lagi thanks sangat – sangat.” Anie terus ke halaman depan dia ternampak Syaff sedang menunggunya.

“Syaff! Hehe. Apa yang nak beritahu tadi sampaikan suruh Lika ingatkan aku?” Anie buat seperti biasa. Anie terkejut apabila Syaff memandang tepat ke arah matanya.

“Look, I just wanna say that do you still remember the promise that we made before? Can we change it?” Syaff nampak sangat serious.

“Why? Kenapa tiba – tiba nak ubah perjanjian yang awak sendiri lafazkan.” Aniehairan dengan perangai Syaff.

“Yes, I know. But something different now. You know why? Because I started to love you.” Anie terkaku dengan jawapan Syaff dan Anie tak mampu berkata apa –apa. “ Aku tahu yang dulu aku kata dalam perjanjian kita yang kita hanya boleh kawan sampai bila – bila dan tidak boleh ada perasaan antara satu sama lain.Tetapi aku sendiri tak boleh kekalkan perjanjian itu. Okay like this, I give you time and when you ready you can tell me the answer.”

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S