Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 7

7

Setelah selesai mandi aku mengeringkan rambut aku di dalam bilik. Aku tedengar phone aku bunyi notification dan apa yang lawak tentang notification aku tu adalah notification dari Adam. Entah kenapalah Adam simpan nombor dia macam tu. Dia letak nama dia sebagai Mr.Bunny. ada ke patut.

“ Tentu awak terkejut dengan nama yang aku save tadi kan?Kekekekeke…” Rasanya Adam memang sengaja simpan nombor dia macam tu agaknya.

            “Terkejut jugalah. Sebab tiba – tiba ada rabit yang chat.” Aku reply chat Adam sebab takut dia anggap aku sombonglah pula.

“ Kekekeke… Kalau awak nak tukar nama tu boleh juga.Takut ada orang salah faham nanti.”

            “Salah faham? Tak ada siapa yang nak salah fahamlah.”

“ Ye ke. Kekekeke… Okey juga kalau macam tu. Simpan macam tu sajalah.”

“Anie! Dah siap ke? Cepat turun sini. Kenapa tak nak makan ke?” Suara akak kedengaran memanggil aku dari dapur. Tak terasa juga jam di dinding dah menunjukkan  sudah hampir pukul 7 malam.

            “ Ya akak! Kejap lagi Anie turun.”

“ Okeylah Adam aku nak makan dulu kalau – kalau free kita chat lagi. Bye” Aku meletakkan phone aku atas meja dan terus turun ke dapur.

“Dah ready?” Akak tiba – tiba tanya sama ada aku dah ready. Entah kenapa akak tiba – tiba tanya macam tu. “ Ready? Ready kenapa ni kak? Mak ada apa ni?” Akumengalihkan soalan aku kepada mak sebab akak biasanya akan mempermainkan aku nanti.

            “ Sedialah. Sedia nak bagitahu keputusan exam kamu tadi. Takkan tak nak bagitahu keluarga kamu ni?” Mak bertanyakan keputusan exam yang aku terima tadi. Aku bangun dari kerusi danpergi ke bilik aku untuk ambil slip keputusan aku. Tetapi apa yang tepapar di screen phone aku mengejutkan aku.

“ I LOVE YOU”

Aku sangat terkejut dengan chat dari Adam. Untuk elak salah faham aku delete chat dari Adam dan terus bawa slip keputusan aku kepada akak dan mak. Mak tak sangka aku mendapat keputusan yang cemerlang.

            “ Wow! 5A+ 3A- 2B! Akak bangga dengan adik akak ni. Tak sia – sia kita selalu gaduh. Akak memeluk aku dengan erat sampaikan aku semput.

“Akak. Tak dapat bernafas.”

            “ Alia, pengsan adik kamu tu nanti.Dah lah tu.” Mak menepuk belakang akak yang memeluk aku macam nak pengsankan aku. “ Anie, kamu nak sambung belajar mana nanti nak?” Mak bertanya kepada aku tetapi aku aku masih mengelamun teringatkan chat dari Adam tadi.

“Ha, ni lah masalah adik aku ni. Asyik mengelamun saja. Adik sayang. Mak tanyatu jawablah.”

“Ya, mak ada apa?” Aku tersedar dari lamunan.          

            “ Kamu nak sambung belajar manananti?”

“Nantilah Anie bagitahu ya mak. Sebab perut Anie dari tadi dah menyanyi nak minta suap. Hehehe.” Walaupun aku nak masuk Tingkatan Enam tetapi aku simpan dulu sebab aku tahu mak nak aku masuk Universiti terus.

“Em, mak. Akak. Esok kita pergi kubur ayah boleh tak mak? Sebab lama sangat Anie dah tak pergi. Selama ni Anie asyik sibuk sekolah je. Boleh?” aku mengajak mak dan akak untk menziarah kubur mendiang ayah. Rasa rindu pula dengan ayah dan aku nak tunjukkan result aku kepada ayah.

           “ Ya lah. Habiskan makan tu dulu nanti tolong mak basuh pinggan akak kamu kena lipat pakaian. Mak duduk relax saja nanti. Mak kan ada dua anak dara yang baik.” Mak membelai rambut aku dan akak.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S