Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 19

19

            Hari ini dah masuk seminggu Anie masih belum memberitahu Syaff apa jawapannya. Sambal pejamkan mata Syaff mundar– mandir dalam biliknya lalu mengetuk – ngetukkan phone ke dahinya

”””””” Ringtone iPHONE””””””

Syaff segera menjawap disebabkan itu panggilan dari Anie. “ Hello, Anie.” Syaffmenunggu Anie memberikan jawapan dengan penuh gementar seperti ingin memenangi anugerah.

“Okay Syaff. Aku tahu awak dah lama tunggu jawapan dari aku. So sekarang ni jawapan aku adalah….” Syaff memegang kepalanya sementara menunggu Anie menyebut perkataan yang dia ingin dengar. “ Yes dan jawapan aku kepada soalan Abah Awak juga Yes.” Syaff terkejut mendengar Anie tiba – tiba menyebut Abahnya.

“Wait, wait, wait. Apa tadi? Soalan Abah?” Syaff bertanya kehairanan. “ Ya, awak tanyalah Abah awak nanti.” Mereka berdua berbual agak lama dalam phone.

“So, see you this evening? You dah ada kat KL kan?”

“Em Okay Encik Syaff jumpa petang nanti.” Anie menutup phonenya dan Anie tak menyedari Adam ada di belakangnya. “ Lama borak? Dah bercinta ke?” Anie menolak Adam masuk ke ruang pejabatnya. “ Awak macam mana awak tahu ni? Anie happy sebab akhirnya dia dapat merasakan cinta dari seorang yang dia suka. Tetapi sebaliknya bagi Adam.

“O macam tu. Okay. Eh pergilah ke tempat you buat kerja.” Adam menjawap dengan nada yang agak lemah. “ Okay. Anie keluar cepat sebab dia nampak riak muka Adam berubah. Selepas Anie keluar Adam terduduk di kerusinya. Muka Adam kelihatan agak sedih.

“ Nampaknya segala apa yang aku buat selama ni tak mendatangkan kebahagiaan kepada aku. Betul cakap kau dulu Syaff the best man win.”

Anie memeriksa jadual Adam. Anie lengkas bangun kerana Adam ada meeting pada waktu lunch dengan client di sebuah restaurant. “ Boss?” Anie mengetuk pintu melihat Adam lagi serious tandatangan fail yang di atas mejanya.

“Masuk. What is it?” Adam menyuruh Anie masuk tanpa melihat ke arah Anie. “ Boss ada meeting dengan client pada waktu lunch di restaurant.” Anie membacakan jadual Adam. “ Okay, you can go now.” Adam masih tak menoleh kepada Anie.Selepas Anie keluar Adam menghembus nafas panjang. “ Relax Adam. Kau mesti boleh lakukan. Kau jangan buat dia perasan yang kau kecewa dengan dia. Huu.”Adam bercakap pada diriny.

“Kenapa dengan Adam tu. Tadi okay je mood sekarang macam dingin je? Apa – apa jelah, mungkin terlalu stress sebab tu mood tak seberapa.” Anie duduk semula dimejanya.

“Hello Mak Mah. Ada apa ni?” Adam terkejut selepas menerima pangilan daripada Mak Mah. Adam terus bergegas meluru keluar dari pejabatnya. Meja Anie yang bersebelahan pintu pejabatnya terkejut melihat Adam keluar begitu laju.

“Boss pergi mana tu!” Anie mengekori Adam dari belakang disebabkan tanggungjawap dia sebagai setiausaha kepada Adam. Tanpa menjawap Adam menarik tangan Anie. Dia membawa Anie bersamanya. Anie yang terkejut tak dapat berkata apa – apa dengan perbuatan Adam sebentar tadi.

“Boss sorry tanya kita ke mana ni?” Anie bertanya tetapi Adam tidak menjawap pertanyaan Anie. Disebabkan Adam masih tak menjawap pertanyaan Anie, Anie duduk diam salam kereta.

””””” BTS – SPRING DAY”””””

“Hello?”Anie menjawap panggilan daripada Syaff.

“You, jangan lupa janji kita tadi. Nanti I teks you nama tempatnya. Suara Syaff seperti dia tidak sabar nak berjumpa dengan Anie.

“Em, Awak sorry tak dapat datang. Ada hal emergency di tempat kerja. Kita tangguh hari lain boleh?” Anie rasa bersalah pada Syaff dan dia juga rasa bersalah kalau di tidak ikut bossnya itu.

“Okay, I faham. So kalau ada masa kita jumpalah nanti. I faham hal kerja pun penting.” Suara Syaff pula berubah menjadi sedih. “ Okay, bye.”

Setelah sampai Adam terus berlari tanpa sempat menutup enjin kereta. Anie hairan kenapa Adam membawanya ke hospital. Anie menutup enjin kereta Adam dan setelah dia masuk ke hospital dia ternampak Adam menangis.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S