Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 11

11

            Hari ini adalah hari dimana Ummi Najwa mengadakan kenduri untuk Syaff. Selepas ni tentu susah aku nak jumpa dengan Syaff. Mak melintas di depan bilik Anie dan mak melihat anaknya itu sedang termenung memandang album gambar.

“Anie, kenapa ni nak? Kenapa muka monyok ni?” sambil mak membelai rambut Anie dan memegang tangan Anie. “ Tak apa mak. Anie cuma teringatkan kenangan dahulu.Tahu – tahu sekarang dah remaja dah Anie ni kan mak?” Anie terus menyimpan album ke dalam laci meja belajarnya.

            “ Jemput masuk semua. Ya jangan segan – segan. Jemput jemput.” Syaff menghampiri Umminya yang sedang mempelawa tetamu untuk masuk ke rumah. “ Ummi, tak keterlaluan ke kita buat macam ni?”sambil Syaff memberi senyuman kepada para tetamu. “ Keterlaluan apanya. Inikan untuk anak Ummi yang sorang ni.”

“Dulu akak pun kena sama tau.” Hanna keluar ke halaman rumah membawa air minuman untuk dihidang kepada tetamu yang berada di luar.

Seseorang yang agak lama tidak muncul tiba – tiba muncul pada malam itu. Syeera yang agak lama tidak tahu apa khabarnya ada menghadiri kenduri Syaff pada malam itu.

                        “ Hai Syaff. Lama tak jumpakan?” Syeera yang datang dengan keluarganya yang sedang menaiki tangga terus menyapa Syaff. Anie yang duduk bersama dengan tetamu lain melambaikan tangan kepada Syeera. Tetapi Anie tidak diperdulikan. Mata Syeera hanya tertumpu kepada Syaff.

“Hai, jemputlah masuk.” Syaff mengalukan Syeera dan terus perdi ke dapur. Entah kenapa Syaff macam melarikan diri dari Syeera.

            “ Syaff kenapa ni, kenapa lari dari aku.” Syeera menarik tangan Syaff tetapi Syaff macam agak kasar dengan Syeera.

“Kan aku dah cakap. Aku tak suka engkau! Kau kena faham! Hati aku ni dah milik orang lain kau faham tak!” Syaff seperti begitu pada Syeera.

“Tapi masa sekolah dulu?”

“Kan kita dah tak ada apa – apa hubungan. Kenapa dengan kau ni ha? Baik kau naik sekarang sebelum aku rosakkan kenduri aku ni.” Syaff menyuruh Syeera balik ke ruang tamu. Anie muncul dan Syaff terkejut jika – jika Anie ada terdengar perbualan mereka.

            “ Anie, kau ada dengar apa – apa ketadi?” Syaff nampak macam tak senang duduk.

“Dengar apa? Eh jomlah naik. Semua tengah tunggu awak tu.” Walaupun aku dengar semuanya tetapi aku simpan semua. Aku takut aku pula yang kena marah nanti.    

            Aku cuba mendekatkan diri dengan Syeera. Tetapi Syeera hanya menoleh dan tidak sedikit pun dia mempunyai niat untuk menegur aku.

Semua sedang beseronok di dalam rumah manakala Anie berada di belakang rumah. “ Apa kau buat disini Anie?” Syaff datang dari belakang terus duduk di samping Anie.“ Eh, Syaff. Tak ada. Duduk di bawah pokok ni tengok langit hidu udara malam.Tenang rasa hati.” Anie memandang ke langit dimana pada malam itu bintang –bintang berarak dengan penuh keindahan.

Malam itu berlalu begitu dan keesokan harinya bermulalah suatu yang baru berlaku. Aku tak tahu kenapa tiba – tiba tetapi aku tahu ini adalah rancangan Akak Alia.“Akak! Apa semua ni!” Anie bangun dan semasa dia keluar dari biliknya dia terkejut melihat apa yang sedang berlaku di dalam rumah.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S