Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 4

4

“ Anie! Bangun! Takkan anak dara macam kau bangun lambat selalu!” Suara Akak memecah masuh ke dalam bilik aku sedangkan Akak berada diluar.

“Ya Akak, Anie dah lama bangun. Cuma akak yang tak tahu!”

            “ Ye lah sangat bukan akak tak tengok kau tadi. Cepat siap kejap lagi kita ada tetamu. Tak pasal – pasal mereka tengok kau masih serabai. Kan tak manis.” Akak tersenyum sinis sebab memang hobi akak kalau dalam bab mengenakan aku. Tetapi yang hairannya siapa tetamu yang akak katakan tadi. Tak mungkin keluarga Syaff, sebab Lika kata semalam mereka akan sampai hari ini. “ Apa – apa je lah. Baik aku mandi dulu.Barulah segar sikit nanti.”

            “ Najwa! Aduhai, lama sangat tak jumpa. Makin cantik nampak.” Suara mak kedengaran dari bilik aku. Tetapi adakah Najwa yang disebutkan mak sebentar tadi adalah Ummi Najwa iaitu Ummi Syaff.Tetapi tak mungkin mereka sampai cepat sangat.

Aku bergegas keluar dari bilik aku sebab aku mendengar agak kecoh di luar. Setelah aku keluar dari bilik, mataku terus tertumpu kepada seseorang dan orang itu adalah Syaff. Entah kenapa aku rasa pelik macam kali oertama melihat Syaff walaupun sudah lama aku kenal dia.

            “ Tengok siapa tu?” Akak yang tiba –tiba berbisik di telingaku dan entah dari mana akak datang.

“His akak ni. Macam hantu je. Entah datang dari mana terus merepek.” Memang seperti biasa kalau bercakap dengan Akak. Tetapi walaupun begitu hubungan kami sekeluarga memang rapat.

            “ Cepat tolong Akak hidang air. Kitaada tetamu ni. Cepat!” Akak memberikan aku jag air yang dibuatnya tadi lalu menyuruh aku menghidangkan air yang dibuatnya. Apa nak dibuat apabila Akak dah menyuruh kalau tak obey nanti Akak buat hal. Tak pasal – pasal aku yang malu nanti. Akak memang berusia 25 tahun, tetapi perangai akak masih lagi macam budak – budak. Malah lebih lagi dari aku.

 “ Anie, bagi salam dengan Ummi Najwa kau tu.”Mak menyuruh aku memberi salam kepada Ummi Najwa tetapi sesuatu membuatkan aku hairan dan pekara itu adalah Syaff. Entah kenapa Syaff buat – buat tak nampakaku. Nampaknya Syaff dah lain. Dia nampak macam sombong.

            Sepanjang Syaff dan keluarganya berada di rumah kami, aku nampak Syaff masih tak menyatakan satu patah perkataansedikit pun. Entah kenapa dengan Syaff ni.

“Hai Syaff.” Aku cuba menegur Syaff dan ingin memulakan perbualan tetapi reaksi Syaff macam lain. Dia seperti tak nak bercakap dengan aku. Setelah melihat reaksi Syaff itu tadi, aku terus memberhentikan niat aku untuk berbual dengannya.

            “ Ummi apa khabar? Sihat?”  Aku terus mengalihkan pandangan aku ke arahUmmi Najwa.

“Sihat Anie. Ummi tengok Anie ni dah semakin cantik sekarang. Macam sudah bertahun lama Ummi tak tengok wajah Anie.”

            “ Apalah Ummi ni. Baru lima bulan tak jumpa Anie dah cakap macam tu.” Sejuk memandang wajah Ummi yang sentiasa senyum dan Ummi Najwa adalah seorang yang sangat penyayang orangnya. Tidak lama kemudian Lika datang rumah aku. Entah kenapa dengan Lika ni. Mungkin dia juga nak jumpa dengan Syaff tu. Ye lah, Syaff tu budak hots dulu. Sekarang ni kalau tengok lebih cair lah dibuat.

“Anie! Jom pergi sekolah! Result dah keluar! Anie!” Lika yang terpekik dari luar rumah. Rupa – rupanya dia datang nak bagitahu aku yang result dah keluar. Aku pula tak ingat yang hari ini result SPM keluar.

            “ Okey! Kejap aku keluar!”

            “ Em, mak? Anie minta diri dulu.” Aku meminta izin mak dulu sebelum aku pergi dengan Lika.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S