Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 18

18

            “ Minumlah dulu. Memang jadilah nak Adam ni balik hari ni.” Mak Anie menghidangkan Adam minum pagi. “ Jadilah Mak Cik, urusan kerja yang tak dapat dielakkan. Oh ya Anie mana Mak Cik. Belum nampak batang hidung dia lagi ni.” Adam menoleh ke arah pintu bilik Anie yang masih tertutup rapat.

“Hello, Lika? Awak nak tahu tak apa yang berlaku semalam?” Anie masih baring dan tersenyum panjang. “Aku tengah sarapan ni, ada apa semalam?” Lika meminum kopi.“ Syaff! Confess yang dia suka aku! Arrrrkkkk” “ Arrrrkkkk” Lika dan Anie sama – sama menjerit dan jeritan Anie membuatkan Adam bangun lalu berlari ke hadapan bilik Anie.

“Anie! Ada apa ni? Kenapa kamu menjerit?” Adam mengeluarkan nada risau. “Okay Lika aku keluar dulu. Lebih lanjut kita jumpa tempat biasa Okay? Bye.” Anie berbisik kepada Lika. Anie membuka pintu dia ternampak Adam dan Maknya kelihatan risau. “ Kenapa?” Adam bertanya.

“Mak, Boss. Tak tadi ada cicak jatuh. Dah lari dah. Tu yang menjerit tadi.” Anie memulas – mulas tombol pintu sebab malu.

“Mak ingatkan apa tadi. Dah keluar dari bilik tu.boss kamu ni dah nak balik dah.Teman dia keluar.” Mak Anie menyuruh Anie menemankan Adam sampai ke kereta.

“Anie, sebelum saya berangkat habis cuti nanti call saya. Saya datang ambik.”Tanpa sempat Anie menjawap Adam masuk ke dalam kereta. “ Mak! Anie keluar jap nak jumpa Lika! Lama tak borak dengan dia! Anie pergi dulu mak!” Selepas Adam pergi Anie terus jumpa dengan Lika.

“Anie! Amboi dari jauh aku nampak gigi kau tau.” Lika duduk di sebelah Anie yang tersenyum dari tadi. “ Apa yang patut aku jawap ek? Aku masih tak dapat berkata apa – apa lagilah. Lika tolong aku lah. Please?” Anie memujuk Lika untuk membantunya mencari jawapan yang sepatutnya dia jawap pada Syaff.

“Kau jawap ya je lah. Kan dari dulu lagi kau memang suka dia. Ni sekarang ni dia suka kau kira peluang terbaik kaulah sekarang ni.” Lika menyuruh Anie menjawap direct.

            “ Jadi macam mana dengan jantung hati pujaan adik akak ni semalam? Sempat confess?” Hanna mengejek Syaff yang dari tadi tak henti – henti pandang phone yang disebelahnya. “ Ya Syaff dah confess tapi belum dapat jawapan lagilah kak. Macam mana ni?” Syaff risau sebab dia takut dia ditolak oleh Anie.

“Syaff jangan risau perempuan ni perlu masa. Kan Ummi?” Ummi yang duduk bersama Abah mencuit lengan Abah. “ Yalah. Ummi ni. Syaff esok Syaff kena duduk rumah jaga rumah kejap Ummi Abah dan Kakak ada urusan kejap.” Abah mengarahkan Syaff.Syaff langsung tak tahu apa – apa urusan yang Abahnya katakan.

            “ Mak! Anie! Tengok tu siapa sampai.” Akak Alia mejenguk keluar setelah dia mendengar kereta singgah dihadapan rumah. “ Eh eh, Najwa. Ada apa kamu sekeluarga ni kemari? Syaff Mana?”Mak mengalu – alukan Ummi Najwa dan keluarganya.

“Silalah duduk dulu. Anie buatkan air minum nak.” Mak menyuruh Anie membuat air.

“Begini sebenarnya kami datang ni nak bincangkan satu pekara yang agak serious.” Mak Anie dan keluarga Syaff berbincang dengan sangat serious sampaikan Hanna dan Alia yang duduk sama disuruh bangun dari tempat mereka. Cuma Anie saja yang dibenarkan mendengar perbualan mereka.

“Kalau begitu kata putusnya kita sama – sama tunggulah ya.” Abah Syaff menutup perbualan mereka. Anie terus masuk kebiliknya dan menghempaskan badannya atas tilam terus meroyan.

“Amboi adik akak ni dah gila agaknya.” Akak Alia tersenyum menjenguk di celah pintu bilik Anie yang terbuka sedikit. “ Sibuk je Akak ni. Shoos, main jauh –jauh.” Anie bangun lalu menutup pintu biliknya.

Nampaknya pekara yang dibincangkan tadi sangat mengembirakan Anie sampaikan Anie dah macam kena hysteria dalam bilik. Hysteria yang tak menjerit.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S