Bab 4b

"Papa, nampaknya projek kita dah dihidu oleh pihak UDF. Papa tahu kan? Diorang tu tunggu cukup bukti je untuk cekup kita."

"Mana kamu tau ni? Bukan ke selama ni kerja kita tak pernah bocor ke tangan pihak lain? Tak guna betul!" Prof Murad mengetap gigi.

"Guna ke tak guna, kita mesti lebih berhati-hati pada masa akan datang. Nuar tahu maklumat ni pun secara tak sengaja. Hari tu, masa Cikgu Jarjit menengking seorang budak yang bernama Aiman Hazziq, Nuar rasa puas hati sangat. Papa tahu kan, Nuar tak suka sesiapapun yang pandai lebih dari Nuar kecuali bakal menantu papa tu. Dia tak pa, lagi pandai lagi bagus. Tapi budak Hazziq ni kan, tak makan saman la. Dia terlalu bijak untuk dikalahkan haatta Anna sekalipun. Jadi, Nuar memang berdendam sangat-sangat la. Nak dijadikan cerita, masa Cikgu Jarjit menengking dan mencekak rambut dia, semua orang kecut perut..tak termasuk Nuar la. Marah punya marah, rupa-rupanya dia tu demam, patutlah dia buat derk je ngan marah cikgu tu." Anuar menghela nafas.

"Lepas tu, Cikgu Jarjit yang seba bengkeng tu sedar la yang pelajar dia tu demam lalu dia mengarahkan beberapa orang pelajar yang lain membawanya ke bilik rehat. Ha, papa! Masa tu lah dompet Hazziq tercicir. Sebelum pelajar lain Nampak, Nuar pura-pura rajin untuk duk kat depan dan terus ambil dompet." Sambungnya.

"Ada apa dalamnya?"

"Surprise papa! Dia tu ketua UDF bahagian Teknologi dan Hak Asasi Manusia. Apa yang kita buat ni papa, bawah kuasa dia. Papa faham kan? Pihak UDF terlebih dulu hantar anggotanya untuk mengintip kita." Anuar mengerutkan mukanya, ekspresi tak puas hati.

Prof Murad menyandar di sofa sambil otaknya ligat mencerna maklumat tadi. "Emmm...jadi budak tu namanya Aiman Hazziq la. Cis, tak guna punya budak! Kau tak kenal aku siapa ye. Nanti kau!" Berapi-api matanya.

=============================================================

"Assalamualaikum...."

"Waalaikumusslam...hah, dah balik pun anak mak. Lewat lagi hari ni."

Hazziq tunduk menyalami tangan ibunya. "Alah mak ni, baru pukul 4.30 petang la, bukannya lewat sangat pun. Nape, mak rindu ya..." Hazziq mula menyakat ibunya.

"Hish, ke situ pula. Taklah, mak Cuma risau kesihatan kamu tu. Kan kamu tu baru sembuh, hari ni dah pergi sekolah semula."

"Sayang mak kat Ziq. Alah, bukannya teruk sangat pun demam anak mak ni. Dahlah, Ziq naik dulu. Tak sabar nak makan masakan mak."

"Ha, mula la tu nak bodek." Mak Inah menggeleng kepala sambil mengukir senyum dalam diam, kemudian menyambung kerjanya yang terbengkalai.

Hazziq melemparkan begnya atas katil dan menyapa Mincy yang sedang ralit membaca komik. Wafiy yang baru siap berwudhuk masuk ke bilik abangnya apabila terdengar bunyi bercakap-cakap.

"Ha, dah balik pun abangku yang serba rajin ni."

"Apa masalah kau ni?" Hazziq memandang adiknya.

"Ada masalah la abang ....kalau tak de masalah Fiy takkan tercegat kat sini suka-suka je. Tu, Mincy. Kita nak bagi dia makan apa? Beras, nasi? Fiy tak tahu nak bagi makan apa, sebab semua benda yang Fiy tawarkan dia tak makan la abang."

"Ye ke?" Hazziq memandang ke arah Mincy yang sedang santai membaca. "Mincy, awak...tak suka makan ke? Atau tabiat awak tak makan?"

Mincy berhenti membaca dan memfokuskan perhatiannya kepada hazziq. "Hazziq, saya dah makan."

"Hah??"

"Sya dah makan." Ulangnya.

"Makan apa?" Giliran Wafiy pula berkerut muka.

"Makan apa saja yang ada dalam bilik ni lah."

Hazziq menepuk dahi. Dalam biliknyaa ada sepaket biskut sayur. "Mincy, kamu makan biskut? Nasi tak nak ke?"

"Nasi? Apa itu nasi? Saya tak tahu nasi tu apa benda. Tadi saya nampak ada biskut, saya cuba la makan. Emm...ia serasi dengaan makanan saya kat Planet Merah."

"Oh...jadi awak boleh makan biskut lah. Mincy nasi tu ialah makanan ruji orang Malaysia. Ia kaya dengan karbohidrat dan membekalkan tenaga yang lebih kepada manusia." Terang Hazziq.

"Saya rasa saya tak sesuai dengan nasi...kot." Teragak-agak Mincy meluahkannya.

Wafiy menarik senyuman hingga ke telinga. Dalam mindanya, tercongak idea untuk mengajar Mincy menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat Bumi. Mincy tak boleh selalunya makan biskut, kalau tak sengkeklah mereka dua beradik pas ni. Mereka berdua bukannya senang macam orang lain.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh