Bab 1b

Hua Lei diserang dengan pelbagai pertanyaan. Hazziq ni betul-betul mati ke atau berlakon je? Tapi, dia mana pandai berlakon.

"Hoi, bangunlah." Bisik Hua Lei. Senyap.

"Alamak, budak ni dah mati. Matilah aku. Oh..Hazziq, maafkan Cikgu. Cikgu tak bermaksud nak tarik rambut kamu. Cikgu hanya nak pelajar Cikgu tumpukan perhatian dalam kelas. Cikgu cuma nak...!"

"Cikgu, dia belum mati lagilah. Dia cuma tidur. Muka dia merah ni. Hua Lei, badan dia panas kan?" Anna tiba-tiba memotong gelabah Cikgu Jarjit. Dalam hati, nak ketawa pun ada. Tak sangka betul singa yang digeruni oleh semua pelajar boleh gabra macam ni.

"Betul ke Anna? Dia tak mati lagi kan? Syukur pada Tuhan." Cikgu Jarjit meraup mukanya kemudian menjengil matanya ke arah Hua Lei dan beberapa orang pelajar lelaki yang berada di line yang sama dengan Hazziq. "Apa lagi, bawa dia ke bilik rehat. Biar dia berehat kat situ. Itu pun kamu nak saya ajar ke?"

"Bb..baik Cikgu."

Terkocoh-kocoh mereka semua bangun. Cikgu Jarjit berdehem beberapa kali, cuba menutup kelemahannya. "Yang lain, sambung pelajaran. Jangan bising, kalau tak aku rotan!"

Tunduk semua pelajar. Senyum sinis mereka semua. Cikgu Jarjit tercalar kredibiliti sebagai guru tergarang 'of the year'. Huawawa...inilah nasib seorang guru.

(Moral: jangan terlalu garang. Contohi guru di bawah)


ISNIN, 16 JAN.

Selepas peristiwa kelmarin, cikgu Jarjit berubah sikap. Santun la sikit dengan pelajar. Dengan itu, mahkota guru tergarang Malaysia jatuh dan diganti dengan mahkota Best Teacher in the World. Dia juga mula disenagi oleh segenap lapisan guru dan pelaajar di sekolah itu.

Tersebut pula kisah Cikgu Cindy, iaitu guru terayu di sekolah tu. Guru yang mempunyai paling ramai peminat kerana kesopanan, lemaah lembut, baik hati, sabar, berdedikasi dan banyak lagilah. Dia mengajar mata pelajaran matematik dan memang subjeknya memcatat kelulusan paling tinggi berbanding subjek lain. Bagi kelas ni pula, semua pelajar mendapat A⁺ dengan angka 100, 99,98, 97, 96 dan 95 %. Kurang pada tu, tak ada. Wow..hebatnya.

"Semua pelajar, hari ni Cikgu nak bagi markah matematik. Ujian kali ni luar biasa nampaknya." Cikgu Cindy mengerling Anna di barisan hadapan yang diapit oleh May dan Saras.

"Apa yang luar biasanya Cikgu? Nuar dapat 100% ke?" Tanya Anuar dari barisan belakang. Cikgu Cindy senyum. "Hoi, Geng! Aku dapat 100% lah. Wuuu...boleh blahlah Hazziq. Kau ingat kau tu hebat sangat ke? Ini Anuar lah, jaguh matematik sekolah ni." Anuar menepuk dada. Gengnya bersorak menyanjung ketuanya hingga menimbulkan bunyi bising yang melampau.

"Bertenang dulu. Cikgu tak cakap lagi apa yang luar biasanya kan? Okey. Duduk dulu semua. Sebenarnya, ujian kali ni Anna Syuwayna yang dapat 100%. Hanya dia saja."

"Wuuuuuuuu.......padan muka Anuar. Perasan!!!!"

Kelas sekali lagi hingar bingar dengan sorakan pelajar yang berkenan dengan cara Anuar. Pelajar hanya 35 orang, tolak Anuar and the Gang 5 orang, 30 yang menentang. Jadi, memang gegarlah satu bangunan tu.

"Diam...diam pelajarku sayang." Pujuk Cikgu Cindy penuh kelembutan. Senyap semuanya...

"Yang dapat 99% hanya seorang juga. Aiman Hazziq."

"Tak pa hazziq, kau boleh buat lagi baik nanti." Kumar menepuk bahu Hazziq.

"Jadi pelajar semua, yang Cikgu kata luar biasa tu, nil ah. Hazziq yang selalu daapat 100% jatuh satu markah. Jadi, secara rasminya, juara bertahan kita ni kecundang. Hazziq, kenapa ni?"

"Err..tak! Maksud saya, mungkin latihan saya tak cukup bagus sejak kebelakangaan ni." Jawab Hazziq tergagap-gagap. Dirinya kini resah gelisah.

"Usaha lagi ya Hazziq."

Cikgu Cindy meneruskan pembahagian kertas soalan daan berbincang satu persatu permasalahan yang timbul. Semua pelajarnya dapat memahaminyaa dengan baik dan dia berpuas hati.

"Emm...Hazziq. Dah keluar result matematik?" Tanya Pak Mahad.

"Err..dah ayah!"

"Berapa?"

"Itu..."

"Lebih rendah dari anak saintis tu kan? Dah berapa kali aku cakap, belajar bersunggguh-sungguh tapi kau tu asyik keluar je. Memang tak lekat rumah. Kau ni nak jadi apa hah? Hantu?"

"Ayah!"

"Aku tak mau dengar sebarang alasan lagi. Cepat naik solat Zohor, makan dan tepat pukul 4.45 petang ni, tunggu ayah kat sini. Titik!" Pak Mahad mendengus kasar sambil menghayun langkah ke reban ayam. Hazziq mengeluh perlahan. Apa lagi yang boleh dibuat olehnya jika ayahnya memerintah.

Tepat seperti waktu yang disuruh, Hazziq sudah terpacak di halaman rumah. 2 minit kemudian, Pak Mahad muncul sambil membawa sebatang kapak dan sebilah parang puting. Hazziq memandang ayahnya tanda tak mengerti.

"Ikut ayah."

Sesampainya di suatu tempat, Pak Mahad memberhentikan langkah. Hazziq termangu-mangu sendirian sambil matanya melilau ke serata arah.

"Kita nak buat apa kat sini? Penuh semak samun."

"Ni tugas kau, Aiman Hazziq. Sebagai hadiah kau kalah dengan budak perempuan tu, bersihkan kebun ayah yang seluas 4 hektar ni."

"Tidakkkkkkk!!!!!!"


---- bersambung

Previous: Bab 4
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh