Bab 3

"Abang, macam mana Fiy tak tahu bila perangai abang ni pelik sangat malam ni. Petang tadi abang balik lewat, bila ayah marah abang terus naik, masuk bilik dan tak keluar-keluar hinggalah masa solat berjemaah tadi. Pastu pula, belum pun bersalam dengan ibu dan ayah, abang dah lesap. Lagi satu, abang tahu tak pukul sekarang? Dah pukul 10 malam tau. Ibu bising dah tu Tanya kenapa anak terunanya tak keluar-keluar bilik, tak makan malam. Ini betul-betul pelik, kebiasaannya abang orang pertama yang berkejar ke dapur, buka tudung saji dan terus menjamah hidangan. Baca doa pun entah sempat ke tidak." Dia bersyarah panjang, menyindir pun ada.

"Oh ye abang, apa benda dalam baju abang tu? Nak kata hamster bukan, besarnya macam double telur ayam gred A, ada hidung, mulut yang comel, sepasang mata yang bersinar galak, jernih dan lengkap dengan tangan dan kaki. Bulu pula...alahai, comelnya. Abang...boleh Fiy tengok?" Dia membuat muka kesian dan penuh mengharap.

"Tapi...!"

"Fiy takkan bagitau ayah. Janji." Pantas dia memotong.

"Betul ni? Kalau ayah tahu...siap kau!"

"Ya, ya!"

Wafiy pantas menutup pintu dan menguncinya dari dalam. "Mincy, ulang semula apa yang awak bagitau abang saya tadi. Please.."

"Baiklah. Macam ni. Bla bla bla..." Mincy mengulang ceritanya sama seperti dia menceritakan kepada Hazziq. Wafiy mendengarnya penuh minat.

"Hebatnya. Macam filem.."

KUK!

"Adoii..apa ni bang? Main je sengkeh orang.. sakit tahu!"

"Apa dah jadi ngan otak kau ni? Dah berkarat ke? Orang cakap betul dia kata filem pulak. Ok, cakap dengan abang, dah berapa buah filem kau tonton bulan ni?"

"Emm..10."

"10? Masya Allah, patutlah dah bengap sangat kepala otak adik aku ni. Hah..."

Hazziq menarik nafas panjang.

ISNIN, 23 JAN.

"Sekarang, Cikgu akan umumkan pelajar terbaik bulan ni. Para pelajar sekalian, pada pendapat kamu siapa yang terbaik?" Cikgu Cindy memerhatikan seluruh isi kelas. Ada yang berbincang, sibuk menanya, perasan sendiri dan macam-macam lagilah fiil perangai pelajarnya.

"Cikgu, saya rasa Muthu." Salah seorang pelajarnya bangun. Muthu yang sedang menulis terpinga-pinga, tak tahu hujung pangkalnya.

"Kenapa?"

"Sebab Biologi dia higher, tak da yang dapat lawan. Pelajaran lain pun dia skor A."

Cikgu Cindy mengangguk. "Lagi siapa?"

"Anuar."

"Kenapa?"

"Dia kalahkan Hazziq dalam pelajaran Sains Teknologi."

"Oh, begitu. Lagi?"

"Mei Kuan."

"David."

"Sara."

"Aiman."

"Siapa Hua Lei? Aiman? Siapa Aiman?" Cikgu Cindy mengerutkan dahi. Semua rakan sekelas memandangnya.

"La, ni kan nama Hazziq. Muhammad Aiman Hazziq. Cikgu dah lupa ke?"

"Oh, maafkan Cikgu. Cikgu benar-benar terlupa tadi. Okey class, actually semua nama yang you all sebutkan tadi tu memang pelajar terbaik tapi pelajar yang terbaik dari yang terbaik ialah....Anna Shuwayna. Anna, tahniah Cikgu ucapkan. Bagus. Kekalkan prestasi awak, teruskan berusaha. Yang kedua ialah Hazziq. Bulan ni Hazziq kalah 1 mata je dari Anna. Dan yang ketiga ialah Anuar. Dia ketinggalan 10 mata di belakang Hazziq. Yang lain, tunggu buku laporan. Okey semua? Cikgu harap kamu semua teruskan berusaha, SPM 3 bulan je lagi dan Cikgu nak nasihatkan you all jangan cepat berputus asa. Cikgu tahu anak didik Cikgu ni semuanya bagus-bagus dan akan berjaya. Cikgu doakan."

5 minit kemudian, Cikgu Cindy meninggalkan kelas. Suasana kelas bertukar menjadi riuh macam pasar. Al-maklumlah bila-bila masa je loceng akan dibunyikan dan bacaan doa akan kedengaran.

"Hazziq, tak nak balik lagi ke?" Hua Lei meletakkan begnya atas meja. Masa ni, hanya mereka berdua je yang belum keluar dari kelas.

"Nantilah dulu. Banyak kerja ni, kalau aku balik sekarang pasti ayah aku akan suruh buat kerja dia pula. Kerja aku tak menang tangan nak siapkan nak siapkan kerja dia pula. Nantilah dulu. Nanti kalau aku balik sekarang tak pasal-pasal pengsan, tak boleh nak hadiri mesyuarat. Baru kelam kabut kau dibuatnya."

"Alah, kalau kau pengsan ada Cik Anna yang boleh rawat. Tak ke gitu?" Hua Lei mengusik.

"Eh kau ni. Cakap ikut sedap mulut je. Sebab dialah aku kena bersihkan ladang tu semua. Penat betul." Dia mencebik.

"Hek eleh... aku rasa kan demi Anna tu, kalau nak tebas gunung pun kau sanggup buat!" Tempelaknya.

"Oii, jaga mulut tu sikit. Dahlah, kacau je kau ni. Pergi baliklah."

"Marah nampak? Takpe, marah-marah sayang." Hua Lei masih mahu mengusik. Dia gemar melihat muka teman baiknya itu merah padam menahan malu.

"Aku lempar buku ni kan!"

"Aku balik! Jangan lupa petang ni. Meeting!" Hua Lei meninggalkan Hazziq seorang diri yang masih tersenyum-senyum seorang diri. "Hazziq, Hazziq. Kau tak boleh tipu aku kalau bab hati ni, sebab akulah Doktor Pakar Cinta."

Hua Lei pantas mendapatkan motornya dan memecut laju meninggalkan kawasan sekolah.

"Kesian kau. Banyak kerja kalau balik sekarang pasti ayah kau akan suruh buat kerja dia pula. Kerja kau tak menang tangan nak siapkan kena pula siapkan kerja dia. Jadi, terpaksa balik lewat." Anuar tiba-tiba muncul di depan Hazziq. Gengnya yang seramai 5 orang itu membuat bulatan mengelilinginya. Anuar sebagai ketua berbicara.

"Kau banyak kerja, tapi sempat berangan lagi. Kalau kau berangan nak dapatkan rumah besar ke, pangkat besar ke, takpe. Itu hak kau, tapi ingat! Anna Shuwayna Prof Halim pacaran aku dan kau jangan nak cuba-cuba simpan perasaan terhadap dia. Ingat, ni amaran aku. Itu yang pertama.."

"Yang kedua?" Hazziq pantas memotong. Malas sebenarnya melayan karenah Anuar yang lebih dikenali dengan Raja Samseng.

"Kurang asam punya budak. Berani kau potong cakap aku. Perkara yang kedua, aku nak kau hentikan siasatan UDF kepada mana saintis pun kat negara ni."

"Kalau tak nak?" Hazziq menghadapkan mukanya kepada buku semula. Tak kuasa melayan Anuar.

"Kau ni kan..!!" Anuar mengepal penumbuk. Hatinya mendidih dengan perangai musuh nombor 1 nya ni namun disabarkan hatinya ni.

"Ingat budak, ini amaran aku yang pertama. Kalau kau tak nak dengar cakap aku, kau akan tau nanti. Hei, ini Anuarlah, jaguh tinju sekolah ni. Kau jangan main-main dengan aku, nanti aku tinju muka kau baru hilang macho kau tu. Kau tu bertaraf adik bagi aku, jadi, jangan cuba-cuba. Aku tak heran sangatlah dengan UDF kau tu."

Hazziq menutup buku dan memandang ke arah Anuar. "Anuar Prof Murad, mana kau tahu aku ni bertaraf adik bagi kau? Lagi, macam mana kau boleh tau yang aku ni anggota UDF?"

"Err...."

"Jadi kaulah orangnya." Hazziq memicingkan matanya ke arah Anuar yang berubah air mukanya.

Previous: Bab 2b
Next: Bab 3b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh