Bab 4

Selasa, 24 Jan

Prof Murad berjalan mundar mandir dalam ruang pejabatnya sambil mindanya ligat memikirkan projeknya yang tak siap-siap sejak dua tahun lepas. Matanya melilau mencari kelibat anak teruna yang sepatutnya sudah berada di sini sejak sejam lepas.

"Hish...mana pula si Nuar ni. Aku cakap datang sini pukul 4 petang, ni dah pukul 5. Bertuah punya anak." Dia mengomel sendirian. Segalanya Nampak tak kena di matanya.

"Hi, Pa." Anuar menyergah dari belakang. Terperanjat orang tua tu sampai terlompat.

"Kau ni kan! Kalau papa ada sakit jantung, dah mati serta-merta tadi." Prof Murad mengurut dadanya, cuba menghilangkan rasa terkejutnya.

"Alah Pa ni, bukannya tak biasa ngan Nuar. Dah bepuluh-puluh kali Nuar buat macam ni takkan tak lali lagi kot." Anuar tersengih panjang.

Prof Murad mendengus. Perit betul rasa hatinya kali ni. Dahlah masalah lain berlambak, campur pula ngan masalah baru, plus lagi perangai Anuar yang tak reti-reti hormatkan orang tua. 'Eh, aku pun masa kecik begitu jugak.' Prof Murad terkena sendiri.

Panggilan dari Anuar mencantas lamunannya. "Ada apa Pa panggil Nuar datang kat makmal ni? Macam semput nafas je cara Pa panggil Nuar, ingatkan ada masalah besar sampai tak cukup udara nak disedut."

Prof Murad duduk atas kerusi dan menundukkan kepalanya 90 darjah ke bawah. "Begini Nuar, Papa ada satu benda penting nak bagitau kamu." Dia berjeda dan memerhatikaan muka anaknya yang Nampak seperti ingin tahu. "Begini, dah seminggu papa rahsiakan benda ni dari pengetahuan kamu."

"Hah? Rahsia? Papa nak kaahwin ke? Boleh la Nuar tumpang sekaki." Anuar cepat-cepat memotong.

"Hish, budak ni. tak boleh ke tunggu papa habis cakap? Menyampuk je retinya."

"Alah, Papa ni macam arwah mak lah, membebel je 24/7." Anuar mencebik seraya bangun dan berjalan ke arah fail-fail yang bertimbun. "Apa papa nak kasi tahu Nuar ni?"

"Minggu lepas, kawan papa Prof Bill terjumpa empat ekor makhluk kecil yang comel sangat. Dia tunjuk kat papa apa bendanya tu dan apa yang papa dapati, makhluk bukan berasal dari planet kita."

"Hah? Betul ke ni Pa?" Anuar cepat-cepat duduk dan bersetentang mata dengan papanya.

"Betullah, apa yang tak betulnya? Tapi, oleh sebab Prof Bill tu saintis bahagian Teknologi, dia tak tahu la nak buat apa ngan makhluk tu lalu diserahkannya kat papa. Papa pula dah serahkannya kat Prof Halim untuk dibuat kajian."

"Jadi, apa keputusannya?"

Anuar menjadi semakin tak sabar. Kalau bab binatang ni, dia memang pakar dalaam hal mengendalikannya. Pernah sekali masa umurnya 14 tahun, dia kehilangan seekor tikus belandanya. Oleh sebab terlalu sedih, dia tak mahu membuang bangkai itu walaupun dipujuk berkali-kali oleh papanya. Lalu, tanpa pengetahuaan sesipapun, dia mencuri aahan pengawet dari makmal papanya dan mengawet tikus tu. Selama dua hari dia tidak keluar bilik.

Pada fikiran papanya, Anuar hanya terlalu sedih je tapi apa yang dia dapati memang di luar jangkaannya. Tikus yang asalnya sudah mati hidup semula! Hari tu juga papa menyoalnya dan dia akhirnya mengaku dia menggunakan formula sulit ayahnya untuk mencipta cyborg tikus. Prof Murad langsung tidak marah malah berasa sangat bangga dengan kebolehan anaknya dalam bidang ni.

"Ehem..ehem. keputusannya, makhluk tu dapat digunakan untuk projek kita."

"Maksud papa?"

"Mereka berempat punya kuasa yang lebih untuk membantu kita dalam menjayakan projek tu. Mereka ada cahaya yang lebih dari mencukupi untuk digunakan pada waktu malam jadi tumbesaran kita punya projek takkan terbantut disebabkan disebabkan malam. Mengerti?"

"Ya, Pa." Anuar terdiam seketika kemudian kepalanya didongakkan, memandang tepat ke arah papanya. "Papa nak tau tak, sebenarnya projek kita akaan ada masalah kejap lagi?"

"Apa?" Prof Murad terkejut besar.

Previous: Bab 3b
Next: Bab 4b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh