Bab 3b

"Apa maksud kau?"

"Semua orang kat sekolah ni tak tahu yang aku anggota UDF, pasukan yang ditugaskan untuk mencari dan mengintip setiap pergerakan kumpulan saintis yang menyalahgunakan kuasa dan kepintaran otak mereka. Aku di bahagian Teknologi dan Hak Asasi Manusia. Pelik betul, macam mana kau boleh tau kalau kau bukan orangnya."

"Orangnya apa? Hah, kau ingat kau dah cukup pandai ya. Tapi, sepandai-pandai kau pun aku tahu kau tak da bukti nak kaitkan aku. Ingat, hari ni aku bagi kau lepas tapi tak lepas ni. Lagi satu aku nak ingatkan kau, Anna milik aku. Jangan cuba rapat dengan dia."

Anuar berpaling pergi bersama konco-konconya.

Hazziq mengusap dagu. "Apa pasal dia suruh aku hentikan siasatan? Dia tak de kena mengena pun dalam hal ni. atau jangan-jangan...dia orangnya? Tapi...?" Ayatnya terhenti dan dia berfikir sejenak.

'Aku trick je tadi tapi dia nampaknya bersungguh-sungguh pula. Betul ke dia? Tapi, menurut sumber yang aku dapat, orang tu kecik je, bukannya sasa macam dia. Lagi pula, Anuar anak saintis yang mengkaji tumbuh-tumbuhan, yang aku nak cari ni saintis bahagian teknologi. Tapi, macam mana dia boleh tahu aku ni anggota UFD dan aku lebih muda dari dia? Aku memang tahu dia lebih tua dari aku sebab aku dah siasat semua biodata pelajar sekolah ni. Anuar terpaksa mengulang kelas kerana tak lulus masa di tingkatan 2 dulu. Aku rasa, aku dah simpan kemas-kemas rahsia ni. Matilah aku kalau rahsia yang terbocor ni sampai ke pengetahuan Komander Mabu. Hish...pening betullah.'

Hazziq menyusun kertas kerja Sejarah. Matanya terarah kepada meja di barisan sebelah kanannya. Anna Shuwayna. 'Ni satu lagi masalah. Apalah sangat yang ada ngan budak tu sampai Anuar nak bertumbuk ngan aku, padahal aku hanya anggap Anna sebagai teman biasa je, bukannya ada apa-apa. Agaknya, mata Anuar tu rabun tak?' Dia tersenyum seorang diri. 'Ayah pun sama. Sebab kalah satu markah je ngan budak tu, terpaksa aku bersihkan ladang dia. Betul-betul tak adillah. Apa lebihnya budak tu? Cantik? Cantik juga...!' Desis hatinya.

"Dahlah Hazziq, daripada kau duk fikir sangat pasal ni, baik kau fikir pasal meeting dengan Jabatan UDF petang ni dan Mincy kau tu." Hazziq berkata kepada dirinya sendiri lalu mengemas segala barangnya dan melangkah pulang ke rumah.


>> bersambung

Previous: Bab 3
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh