BAB 1

AHAD, 15 JAN.

"Lari, selamatkan diri!!"

BOOM!!

"Arghh...!"

Bencana besar melanda Planet Merah. Hentaman kejam dari meteor menyebabkan seluruh Planet Merah bergegar hebat dan menanti belah. Bahang kehancuran semakin dekat, berjuta-juta penduduk terkorban tanpa sempat melarikan diri walau selangkah. Teriakan lolongan tiada siapa yang tahu dan ....

BOOOMMMM!!!

"Tidak!!"

"Hazziq, Hazziq. Woi bangunlah! Kau ni mengigau siang hari. Bangunlah!"

Hah?

"Hazziq, pukul berapa kau tidur semalam? Berjaga malam lagi ya... bangunlah! Kenapa ngan kau hari ni hah? Monyok semacam je. Bangunlah, Cikgu tengah tengok kau tu." Hua Lei menggoncang bahu kawan baiknya.

"Ah, pedulikanlah. Aku nak sambung tidur, mengantuk ni." Hazziq masih tidak bergerak.

Hua Lei menggeleng kepala. "Apa yang kau buat semalam?

"Tak de ape."

"Ayah kau lagi ke?" Dia cuba mencungkil rahsia.

"Ha-ah." Hazziq mengangkat muka. Matanya kuyu, macam orang terkena penyakit kronik. "Dari pukul 11 malam hingga 2 pagi, dia suruh aku angkut pasir dalam hujan, pastu angkat kayu naik ke pelantar rumah. Lepas tu..."

"Lepas tu..?" Hua Lei menggoncang bahu Hazziq kemudian memalingkan mukanya ke arah Cikgu Jarjit yang sedang mengajar. Dia gelisah. Sekejap lagi, mungkin whiteboard marker yang sedang dipegang oleh guru Sikh melayang ke arah Hazziq. Hazziq ni pun satu, dah tahu cikgu ni garang melebihi singa betina, tidur pulak. Dia mengomel sendirian.

"Hazziq!!!!!!!!"

Bala dah datang. Tempikan dari guru itu sudah mampu membuatkan seluruh isi kelas terangkat bahu secara automatik.

"Kalau kau nak tidur, pergi balik rumah. Bangun sekarang!!!" Tempikan kali kedua itu membuatkan semua pelajar kecut perut. Tak sanggup rasanya melihat kawan mereka ditengking sebegitu rupa. Mungkin kali ni hanya tengkingan, pasni apa pula la yang kena. Anwar dan gengnya tersenyum sinis.

Cikgu sikh itu berjalan ke arah Hazziq. Berdetup-detap bunyi tapak kasutnya. Hua Lei berdoa dalam hati agar Hazziq bangun sekarang juga. Dia teringatkan Azam yang kena tempeleng empat hari lepas kerana tidur sewaktu dia mengajar. Terleleng-teleng budak tu dan sampai hari ni tak datang ke sekolah, fobia dengan sifat ganas cikgu tu.

Cikgu Jarjit mencekak rambut Hazziq dan menarik sekuat hati. Pelajar perempuan ada yang menekup muka, tak kurang juga yang terjerit kecil. Peliknya, Hazziq tetap macam tu juga, tak bergerak. Cikgu Jarjit diterpa aneh. Kenapa, sudah matikah pelajar aku ni? Dia menggelabah.



Next: Bab 1b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh