Bab 2

JUMAAT, 20 JAN.

Termasuk hari ni, sudah empat hari Hazziq membersihkan kebun itu secara keseorangan tiap-tiap petang. Letihnya bukan main. Apa tidaknya balik je sekolah kena pergi ke kebun. Ayahnya pula duduk goyang kaki di rumah. Seketika dia merebahkan diri atas tanah. Matanya dicelik luas, memandang ke langit biru. Sungguh luas langit ciptaan Allah. Hatinya tercetus rasa kagum pada-Nya. Sambil matanya merenung langit, mindanya terbang jauh kembali ke rumah.

Dia betul-betul tak faham apa sebab ayahnya paksa dia belajar di sekolah dan sekelas dengan Anna. Sepatutnya pada usianya sekarang, dia belajar di universiti, bukannya belajar pelajaran U kat rumah. Yang tambah membengangkan lagi kepalanya ialah kenapa ayahnya beria-ria suruh dia menyertai UFD. Sebab UFD tu jugaklah dia terpaksa belajar pelajaran SPM semula dengan tak rela. Kadang-kadang, sifat protes sekali sekala timbul dalam jiwa. Hari ni, terpaksa pula menebas semak samun. Uhh...sungguh menyakitkan. Dia menarik nafas panjang.

"Kadang-kadang sesorang itu perlu bersabar dalam menempuh hidup ni, kawanku." Tiba-tiba satu suara menegurnya, teguran yang berunsur nasihat.

"Sabar?"

"Ya, sabar. Sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran. Takkan kamu sebagai manusia Bumi tak tau erti sabar?"

"Ye, aku tau la sabar tu apa. Tapi aku nak kau tau, sabar pun ada had jugak. Hua Lei, cuba kau bagitau aku patut ke aku bersabar lagi dengan karenah ayah? Aku betul-betul bengang la sekarang, dia senang-senang je suruh aku berkebun, bersihkan tanah dia yang luas ni, pas tu dia goyang kaki kat rumah. Waktu pagi, aku dipaksa ke sekolah padahal aku dah 22 tahun la. Sepatutnya aku duk kat U sekarang ni tau, bukannya belajar pelajaran U kat rumah. Mana satu aku nak ulang kaji subjek U dan mana satu aku nak bahagi otak aku kat pelajaran SPM. Ah...!!"

"Kawan, tak baik kamu kata begitu pada ayahmu. Dunia akhirat dia tetap ayahmu. Ingat Allah kawan, mengucap. Berdosa seorang anak mengutuk ayahnya sendiri."

"Tapi.."

"Tak da tapi-tapi kawan. Dia tetap ayahmu! Hentikan cakap itu. Berdosa!"

Hazziq mencerna nasihat itu. Ya, memang benar mengutuk seorang ayah yang sudah bersusah payah membesarkan, mencari nafkah untuk keluarga. "Astaghfirullah..!" Dia beristighfar.

'Eh..nanti dulu! Kenapa Hua Lei bersyarah macam seorang ustaz? Bukan ke dia bukan Islam?' Hazziq hairan. Pantas dia berpaling ke belakang. Tiada. Bulu romanya meremang. Kalau bukan Hua Lei yang bercakap tadi, siapa? Dia memandang sekeliling, hari sudah senja. Hantu ke? Dia pantas berdiri dan membuang sisa-sisa rumput yang melekat dia seluarnya. Dicapainya sabit yang masih di tanah dan bersedia untuk pulang.

"Hei, manusia Bumi, kawanku! Tunggulah saya..!"

Hazziq memberhentikan langkahnya serta merta. Dia memandang sekeliling. Tiada sesiapapun di situ. Dia memberanikan diri. " Siapa kau? Apa kau nak dari aku?"

"Kawan, saya Mincy."

Hazziq tercari-cari suara itu. Suara sama yang memberikan nasihat tadi, suara sama yang menyuruhnya tunggu dan suara sama yang memanggilnya dengan manusia Bumi! "Mana kau? Kau ni manusia ke, jin ke atau syaitan? Atau kau ni orang bunian? Tunjukkan diri sekarang." Pekiknya.

"Saya makhluk Allah, bukan dari golongan jin, syaitan ataupun orang bunian. Saya datang dari Planet Merah, atau di Bumi manusia panggil Planet Zuhrah. Saya bukan halimunan, saya ada betul-betul di kaki kamu sekarang."

Hazziq memandang ke bawah. Seekor makhluk yang teramat comel, tersenyum memandangnya. Pada pandangan pertama, dia jatuh cinta pada makhluk tu! Dia menunduk lalu menyentuh makhluk tu. Lembutnya!! Tanpa berfikir panjang, dia pantas mengambil makhluk tu lalu dimasukkan ke dalam poket bajunya lalu dibawa balik ke rumah.

Selepas dimarahi oleh ayahnya kerana pulang lewat dari pukul 7 petang, dia pantas berlari naik ke rumah. Lantai rumah papan yang berusia lebih dari 50 tahun itu berkeriut-keriut bila dipijak dan keriutnya bertukar menjadi seakan-akan irama lagu bila dipijak dengan kasar. Bukan dia merajuk dengan ayahnya tapi dia tak mahu ayahnya tahu mengenai Mincy. Ini kerana kalau sebab kena marah, dia tak kisah pun. Telinganya dah lali dengan bebelan ayahnya setiap hari lebih kurang 10 kali. Nah!

Setelah menunaikan Solat Maghrib dan membaca Al-Quran, dia mendapatkan Mincy yang sedang tekun bermeditasi. Niatnya mahu menanya Mincy pasal diri, keluarga, Negara, planet dan banyak lagi tapi kemudian dia memadamkan niatnya. " Tak baik ganggu Mincy bertafakur, nantilah!" Dia bermonolog sendiri.

Allahu akbarullahu akbar. Ashhadu Alla ilaha illah.....

Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu Isyak. Dia segera menyertai solat berjemaah bersama ayah, ibu dan adik lelakinya Wafiy. Begitu juga apabila selesai solat, dia orang pertama yang keluar dari jemaah itu dan join pula bersama Mincy. Ayah dan ibunya tidak menaruh syak melihat perangai pelik anaknya tapi tidak bagi Wafiy. Pelik betul perangai abangnya malam ni.

"Aku mesti siasat." Azamnya.

Previous: Bab 1b
Next: Bab 2b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh