Home Novel Thriller/Aksi KAD LIAR
KAD LIAR
#mystrill
21/11/2019 19:41:19
11,629
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

Ace melangkah tenang, dengan gaya yang penuh keyakinan dan cukup bergaya. Beberapa orang anggota polis yang melintasinya mengangkat tangan kedahi tanda hormat dan sempat Ace membalas tabik hormat mereka itu. Wajahnya tetap kelihatan tenang dan serius seolah-olah tidak adaapa-apa yang berlaku, walhal otaknya serabut memikirkan tentang kejadian yang baru berlaku. Siasatan yang masih berjalan itu kerap kali menemui jalan buntu. Tiada suspek yang memenuhi kriteria, dan bukti yang ada belum cukup kukuh untuk menjatuhkan hukuman kepada sesiapa. Terasa pencariannya sia-sia sahaja, tapi dia tetap menguatkan diri untuk meneruskannya.

Pintu pejabatnya ditolak agak kuat, dan baru saja dia melangkah masukseorang anggota polis berpangkat sarjan tiba-tiba mendapatkannya. Dengan tergesa-gesa sarjan itu menyapa Ace. Wajahnya sedikit kalutdan serius. Ace hanya memandangnya hairan.

“Tuan, kami berjaya mendapatkan rakaman CCTV dari bangunan berdekatan tempat kejadian.” Lapornya. Tenang saja dia memberitahu tentang hal itu walaupun perkataan yang keluar dari mulutnya begitu laju. Wajah Ace berubah serta merta. Jelas kelihatan berseri-seri.

“Bagus! Saya nak tengok. Mana tahu kalau-kalau kita dapat sikit lead untuk kes ni.” Balasnya – kurang sabar. Sarjan itu hanya menganggukkan kepala, terus saja memberi laluan kepada Ace untuk berjalan di hadapannya.

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang agak kecil. Terdapat beberapa buah monitor tersusun kemas di atas meja. Ace terusmenarik sebuah kerusi sebelum menghenyakkan punggung ke atasnya. Sarjan itu terus mengklik salah satu dari ikon folder yang terpampang pada skrin komputer untuk membuka satu fail. Beberapa list video muncul pada monitor siap dengan masa dan tarikhnya sekali. Ace menggerakkan cursor ke satu video yang menunjukkan – 15 Mei 2015:12 a.m. Tarikh mangsa ditemui mati.

Mereka hanya memandang kosong skrin di hadapan mereka itu. Langsung tidak menunjukkan apa-apa yang menarik berlaku, yang kelihatan hanyalah beberapa ekor anjing liar yang berkeliaran di kawasan itu. Langsung tidak ada tanda-tanda kelibat manusia melalui kawasan itu. Ace menghela nafas panjang. Sesekali dia memeriksa masa yang sentiasa bergerak pada skrin itu.

“Aish…! Macam mana boleh takde apa-apa ni? Patutnya mangsa kita muncul kat sini, kan?” soal Ace. Sedikit kurang sabar. Dia memandang sekilas sarjan yang duduk di sebelahnya sambil jari telunjuknya diletakkan disatu sudut pada skrin itu. Sarjan itu hanya menganggukkan kepalanya.

Jam pada video itu menunjukkan jam 1.29 pagi. Ace menguap – mula berasa bosan. Sudah hampir sejam dia berada di dalam bilik itu. Video yang ditontonnya itu pun entah berapa kali dipercepatkan, langsung tidak risau kalau-kalau dia mungkin terlepas sesuatu. Dia benar-benar berharap agar ada petunjuk yang muncul dalam video itu walaupun sedikit. Ace menggeliat kecil namun matanya tetap memandang tepat pada skrin itu. Sarjan di sebelahnya itu hanya membisu, masih fokus pada skrin di hadapannya. Wajahnya tetap serius.

Saat jam pada skrin itu menginjak tepat 1.30 pagi, mata Ace yang hampir layu itu segar tiba-tiba. Dia membetulkan duduk, dan dengan spontan dia mencapai ‘mouse’ lalu mengklik icon ‘pause’. Matanya tidak berkelip memandang skrin di hadapannya itu.

“Tak…tak mungkin!” kedengaran suara sarjan itu berkata separuh menjerit. Ace meneguk liur yang terasa kelat. Dia benar-benar dalam keadaan buntu dan kehairanan. Dia berpaling memandang sarjan yang juga dalam reaksi terkejut. Mereka saling berpandangan. Mata mereka kembali memandang tepat pada sekujur tubuh yang tidak bergerak pada skrin itu. Itukan mayat mangsa yang kitorang jumpa? Macam mana pulak boleh ada kat situ? Soal Ace dalam hati. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Pukul berapa anggaran masa kematian mangsa?” Soal Ace tiba-tiba. Sarjan itu mengerutkan keningnya – cuba mengingati sesuatu.

“Kira-kira pukul 1.10 pagi, tuan.”

Ace hanya menganggukkan kepalanya. Dia mengurut dagunya beberapa kali dan terus membisu seribu bahasa. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya.Otaknya mula ligat berfikir tentang apa saja kemungkinan yang mungkin berlaku pada waktu itu. Dia hairan macam mana mayat itu boleh muncul di situ secara tiba-tiba pada 1.30 pagi tanpa langsung muncul dalam skrin sepanjang satu jam lebih. Walhal rakaman CCTV itu langsung tidak menunjukkan ada sebarang pergerakan manusia.

“Tak mungkin ini jenayah terancang.” Perlahan saja suara Ace memberitahu tentang teorinya itu. Sarjan itu memandangnya dengan pandangan hairan. Cepat benar ketuanya itu membuat kesimpulan.

“Sesiapa yang terlibat dengan kejadian ni, dah setkan tempat ni sebagai tempat pembunuhan. Dia orang hack CCTV bangunan terdekat dan buat seolah-olah mangsa kita muncul secara tiba-tiba.” Jelas Ace – tenang. Dia mengetuk-ngetuk meja itu dengan jari telunjuknya tanda dia dalam keadaan kurang sabar. Sarjan yang masih setia duduk di sebelahnya itu memandangnya dengan pandangan kagum. Tidak sangka yang ketuanya itu boleh terfikirkan tentang itu dalam masa yang singkat.

“Mungkin dia orang dah biasa dengan selok-belok kawasan ni.” Sambung Ace lagi.

Sarjan itu hanya membisu. Otaknya cuba menghadam taakulan yang dibuat oleh ketuanya itu. Cuba memahami setiap penerangannya secara logik. Betul jugak, kan? Fikirnya. Baru saja dia ingin membuka mulut bertanyakan tentang sesuatu, kedengaran satu ketukan di pintu. Serentak mereka berpaling, melontarkan pandangan ke arah seorang anggota polis yang muncul di muka pintu.

“Weh, Ace. ASP nak jumpa.” Beritahunya ringkas. Wajah teman sekerjanya itu serius saja pada pandangan Ace. Dia hanya menganggukkan kepalanya dan terus bangun dari kerusi itu. Sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu sempat dia berpaling dan berpesan kepada sarjan itu untuk terus menonton video-video lain. Juga terus memantau rakaman CCTV dari bangunan berdekatan. Manalah tahu kalau-kalau ada petunjuk lain yang mereka dapat perolehi walaupun sedikit. Sarjan itu hanya menganggukkan kepalanya – patuh dengan arahan itu.

Previous: BAB 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.