Home Novel Thriller/Aksi KAD LIAR
KAD LIAR
#mystrill
21/11/2019 19:41:19
25,015
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6

Tubuhnya menggeletar hebat. Dia memandang sekelilingnya dengan perasaan resah dan takut yang bersatu dalam dada. Terasa nafasnya singkat dan dadanya seolah-olah dijerut kuat. Entah berapa kali dia meneguk liur, namun tidak terasa. Ini ke pengakhiran hidup aku? Soalnya pada dirinya sendiri. Perkataan mati yang bergema di sekelilingnya membuatkan bulu romanya berdiri tegak. Dia memejamkan matanya, seolah-olah cuba membangunkan dirinya daripada mimpi ngeri itu.

“Kau tengah cuba ingat balik dosa-dosa kau ke? Bagus betul.” soal satu suara, bertanya dengan nada yang cukup sinis. Suaranya yang perlahan separuh berbisik di sebelah telinganya itu terasa seolah-olah menusuk jantungnya.

Dia membuka mata dan terpaku. Lidahnya juga terkelu. Mulutnya sedikit terbuka kerana terkejut apabila dia bertentang mata dengan si empunya suara. Lelaki di hadapannya itu menguntum segaris senyuman nipis penuh dengan makna yang tersirat. Mata lelaki itu juga tidak bercahaya dan wajahnya tegang tanpa perasaan. Apa yang pasti dia mengenali lelaki itu. Tak mungkin dia lupa wajah yang menyeringai menampak baris gigi yang teratur di hadapannya itu.

Well, baguslah kalau kau dah mula ingat dosa-dosa kau tu. Sempatlah kan kaunak bertaubat sebelum kau mampus. Kan?” Soalnya dengan nada mengejek. Lelaki itu tersenyum sinis sambil menyengetkan kepalanya sedikit. Merenungnya dengan mata yang merah menyala. Peluh membasahi dahinya. Entah mengapa dia berasa sejuk walaupun tubuhnya berpeluh.

“Fad…Kita kawan, kan? A… aku… buat semua tu untuk kepentingan kita. Bukan kita sama-sama kaut hasil ke?” Rayunya. Perlahan saja suaranya. Dia cuba mengingatkan Fad tentang status mereka. Dipandangnya Fad yang perlahan-lahan berdiri menghadapnya.

“Heh…?! Kawan….” Kedengaran lelaki itu melempiaskan batuk yang dibuat-buat. Sengaja mengejeknya dengan perkataan ‘kawan’ itu.

“Untuk kepentingan kita atau kepentingan kau sorang? Kau rasuah semua orang untuk kau dapat apa yang kau nak. Kau bongkak, angkuh dengan kekayaankau. Kau hina orang. Kau kena ingat, kau hina aku. Keluarga aku. ”Suara Fad meninggi. Saat itu juga dia menghayun laju pedang ditangannya. Hampir mengenai muka temannya itu. Lelaki itu meneguk liur– ‘fuh, nasih baik tak kena.’ Matanya sudah terbuntang luas kerana terkejut.

“Aku tak pekak lagi masa tu lah. Betul, aku terhutang budi dengan kau.Tapi tu tak jadi alasan untuk kau ambil kesempatan ke atas keluargaaku. Kau jadikan aku kuli. Malukan keluarga aku. Musnahkan masa depan adik aku. Seriously, kaulah manusia paling hina atas muka bumi ni.” Sambung Fad lagi. Wajahnya berubah berang. Cahaya dendam jelas kelihatan menyala daripada pandangan matanya. Dia serta merta teringatkan keluarga dan apa yangtelah lelaki di hadapannya itu lakukan terhadap mereka. Tentang adiknya yang diambil kesempatan atas dasar terhutang budi.

“A…aku minta maaf. Bagilah aku peluang untuk tebus kesalahan aku. Tolonglah. Aku tak nak mati kat sini. Fad, tolonglah lepaskan aku. Aku janji aku takkan bagitahu orang pasal korang.” Rayunya untuk kesekian kalinya. Matanya sempat memandang sekelilinya. Sekumpulan lelaki mengelilinginya dan masing-masing masih setia menyarung topi keledar sejak tadi.

Fad tersenyum mengejek. Kepalanya ditelengkan sedikit sambil matanya merenung tepat ke wajah temannya yang masih berlutut di hadapannya – tidak berganjak sejak tadi. Belakang pedang itu disangkut ke atas bahu. Dia mengangkat keningnya.

“Maafkan kau? Of course. Why not? Aku ni memang seorang pemaaf.” Balasnya perlahan. Wajah temannya itu sedikit berubah. Berasa seolah-olah ada sinar harapan di situ.

“Tapi…lepas kau mati!” jerit Fad – lantang sambil tangannya menghayun pedang di tangannya itu dengan laju. Bilah pedang yang tajam itu mengenai batang leher lelaki itu hingga terpisah kepala dari badan. Darah memercik keluar seperti air paip – laju.

Kepala itu bergolek perlahan dan berhenti betul-betul di hujung kaki Fad. Senyuman Fad melebar saat matanya memandang kepala itu. Berasa bangga. Matanya terpejam perlahan-lahan dan ingatan terakhir lelaki itu hanyalah hartanya yang menimbun yang ditinggalkannya.

*

Ace memecut laju. Deruman enjin motorsikalnya bergema kuat memecah keheningan malam. Sempat dia menjeling ke arah cermin sisi motorsikalitu. Segaris senyuman terukir di bibirnya saat dia terpandangkan motorsikal Kid yang semakin menghampirinya. Saat lampu isyarat bertukar merah, mereka sama-sama berhenti. Ace menaikkan visor helmetnya lalu memandang Kid yang sudah berada di sebelahnya.

“Lambat! Motor kau dah tak pick-up tu. Dah boleh dah kau buang dalam lombong.” Ejek Ace. Dia ketawa lepas. Kid mencebik tatkala mendengarkan ejekan Ace itu – tidakpuas hati.

“Siot! Kau nak lumba ke? Jom la. Kita tengok motor aku ni pick-up ketak.” Cabar Kid. Enjin motorsikalnya sengaja dikuatkan semata-mata untuk mencabar Ace. Ace pula hanya ketawa. Tahu sangat yang temannya itu memang pantang diejek.

“Hahaha…boleh! Tapi kalau kau kalah kau belanja aku.” Sahut Ace. Dia mengenyitkan matanya sambil tersengih.

Kid menarik muka masam. ‘Confident nampak!’ Gerutunya dalam hati. Sempat dia menjelirkan lidahnya pada Ace sebelum dia kembali memandang ke hadapan. Visornya dijatuhnya. Ace ketawa melihatkan keletah Kid itu sambil menggelengkan kepalanya. Dia ikut sama melontarkan pandangannya kehadapan – bersedia.

Saat lampu isyarat bertukar hijau, mereka terus memecut laju.Masing-masing cuba menyaingi sesama sendiri. Tidak ada seorang pun yang nak mengaku kalah dalam pertaruhan sia-sia mereka itu. Menang atau kalah adat permainan yang cuma menjadi ayat penyedap hati kepada si loser.Target untuk menang sentiasa diutamakan.

Kid berjaya menyaingi Ace dan beberapa kali dia cuba untuk melintas temannya itu. Ace yang sedia menyedari tentang itu berpaling sedikit memandang Kid di sebelahnya. Diangkatnya ibu jari sebelum dia memusingkan ibu jarinya ke bawah. Kid mengertap bibir tidak puas hati. Dia tahu Ace sedang mentertawakannya saat itu. Baru saja Ace mahu memecut, sebuah motorsikal berkuasa besar melintas mereka dengan laju. Mereka saling berpandangan. Terkejut dengan kemunculan motoritu secara tiba-tiba.

Tanpa mereka sedar, sekumpulan penunggang muncul entah dari mana dan mengepung mereka berdua. Sekali lagi mereka saling berpandangan.Serta merta mereka memperlahankan motor mereka. Entah mengapa mereka rasa berdebar-debar. Mereka memandang sekeliling. Tidak ada seorang pun antara penunggang-penunggang itu yang berpaling memandang ke arahmereka. Penunggang di sebelah kiri Ace tiba-tiba saja melajukan sedikit motornya lalu menunggang di hadapan mereka dan muncul seorang lagi penunggang yang menggantikan tempatnya.

Visornya diangkat, menampakkan sepasang mata yang memandang tepat ke arahnya. Dari pandangan matanya, Ace tahu yang dia kelihatan serius kerana renungannya yang tajam itu. Ace sedikit tergamam apabila penunggang itu mengangkat tangannya lalu menunjukkan ke arah mereka berdua sebelum menghalakan jarinya ke hadapan. Ace termanggu-manggu, kehairanan walaupun hakikatnya dia memahami maksud penunggang misteri itu. Dia mahu mereka mengikut kumpulan itu.

Penunggang-penunggang itu terus memecut laju meninggalkan mereka. Ace dan Kid saling berbalas pandang sekilas sebelum mereka ikut sama memecut dan mengikut kumpulan itu dari belakang. Ace keresahan dan teruja pada masa yang sama. ‘Ni ke kumpulan yang aku cari?’ Gerutunya. Dan serta merta segaris senyuman puas terukir di bibirnya.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill