Home Novel Thriller/Aksi KAD LIAR
KAD LIAR
#mystrill
21/11/2019 19:41:19
25,004
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 8

Dia melangkah lemah. Tubuhnya terasa sakit-sakit kerana seharian bekerja. Dia mendongak ke langit, dan dari celahan bangunan-bangunan yang dilaluinya dapat dia lihat dada langit yang dihiasi indah dengan taburan bintang-bintang. Malam itu dia sengaja melalui jalan yang agak sunyi untuk balik ke rumah. Jalan yang lebih singkat. Dia sedikit pun tidak berasa takut berjalan sendirian di lorong itu, yakin yang tidak akan ada seorang pun yang akan menganggunya kerana dia seorang lelaki. Well…walaupun dia seorang yang lembut tapi aman is still a man. Entah dari mana, tiba-tiba empat orang lelaki muncul dan mengerumuninya. Que panik.

“Aa…Apa yang korang nak?” soalnya. Suaranya terasa tersekat. Lelaki-lelaki itu hanya menyeringai dan tersenyum sinis. Salah seorang dari mereka mempunyai satu parut di hujung mata kirinya. Sebilah pisau poket dikeluarkan dari poket seluarnya lalu diacukan ke arah Que. Dia meneguk liur. Peluh serta merta memercik di dahinya.

“Bagi semua duit kau. Cepat!” ugut salah seorang dari mereka. Kolar bajunya diregut dengan kasar. Dengan terketar-ketar dia memasukkan tangannya ke dalam beg yang tergalas di bahu.

“Weh, cepatlah. Terhegeh-hegeh!” katanya agak kasar.

“Ni dia… tolonglah lepaskan aku.” Sempat juga dia meminta dirinya dilepaskan saat dia menyerahkan dompetnya kepada mereka. Dengan kasar dompetnya itu dirampas lalu diserahkan kepada seorang lagi lelaki dan lelaki itu terus menyelongkar dompet itu dengan rakus. Habis kad-kad yang terselit di dalam dompet itu dikeluarkannya dan dibuang saja keatas jalan.

Dua orang dari lelaki itu berdiri di belakangnya. Que jadi tidak selesa apabila merasakan dirinya diperhatikan dan dianalisa oleh mereka. Dia hanya mampu mengertap bibir menahan rasa apabila mereka dengan selamba bermain-main dengan rambutnya yang sedikit panjang dan terikat kemas itu. Kedengaran mereka ketawa perlahan – mengejeknya.

“Ini je yang kau ada?” soal lelaki berparut itu tiba-tiba. Beberapa keping not berwarna merah dan biru ditayang di mukanya. Dia menganggukkan kepalanya – lemah.

“Bodoh!” dengan kasar kepalanya di tolak. Que hanya mampu mendiamkan diri dan mengajar dirinya untuk bersabar. Walaupun dalam hatinya dia sudah memberontak bagai nak gila. Begnya diragut kasar. Semua barang-barang yang tersimpan di dalamnya di keluarkan. Yang terjatuh dari beg itu hanyalah sebatang pen dan dua buah buku. Lelaki berparut itu mula berderam tidak puas hati.

“Tak guna!” gerutunya. Dia berpaling memandang Que yang hanya mendiamkan diri. Spontan tangannya menarik rambut Que dengan kasar dan tanpa belas kasihan.

Bro…Bro… kejap! Kau tengok mamat ni. Boleh tahan, kan? Aku rasa kalau kita jual dia laku jugak ni.” Sampuk temannya yang sejak tadi hanya ketawa mengejek memerhatikan apa yang terjadi. Lelaki itu terdiam,seolah-olah tersedar tentang sesuatu. Lama wajah Que direnungnya. Senyuman yang tiba-tiba terukir di bibirnya membuatkan Que jadi tidak senang duduk. Jantungnya berdegup laju tatkala lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah berkali-kali.

“Kau dah operate,kan?” soalnya sedikit mengejek. Dia sengaja menjungkit kening sambil tersengih-sengih gatal. Kedengaran teman-temannya ketawa berdekah-dekah. Que memahami maksud kata-kata itu dan dengan spontan dia menutup badannya dengan tangan.

“A…apa? Aku tak…” suaranya tersekat-sekat. Kata-katanya mati di situ apabila salah seorang dari mereka menyampuk.

“Kita check sendiri je.” Kata-katanya itu disambut dengan hilai tawa yang semakin galak. Belum pun sempat dia melawan, tubuhnya sudah ditolak ke dinding. Dua orang dari mereka menekan kedua-dua belah tangannya kedinding dan seorang lagi meletakkan pisau ke batang lehernya. Andai kata dia tersilap langkah, memang melayang nyawanya di situ ketika itu.

“Tolonglah…lepaskan aku. Aku… aku bagi semua yang aku ada. Tapi tolonglah lepaskan aku. Tolong!” rayunya. Suaranya perlahan saja. Merintih pinta simpati. Dan semakin kuat mereka ketawa tatkala mendengarkan rayuannya itu. Nyata rayuannya sia-sia

Dengan kasar bajunya direntap kuat, hinggakan terkoyak lengan baju t-shirt yang tersarung di tubuhnya itu. Que menggenggam jemarinya erat. Kepalanya entah berapa kali ditunjal dengan kasar dan perkataan bodoh kerap kali mengetuk gegendang telinganya. Dia memejamkan matanya, cuba membayangkan yang semua ini hanya satu mimpi ngeri. Namun suara mereka ketawa besar kerap kali mengejutkannya untuk kembali kerealiti. Dia mengetap bibirnya apabila terasa ada tangan yang menyentuh tubuhnya. Terasa ikatan rambutnya semakin melonggar.

‘Jangan sentuh aku dengan tangan kotor korang.’ Gerutunya dalam hati. Dia membuka matanya perlaha-lahan. Pandangan matanya berubah menjadi dingin serta merta. Entah dari mana datangnya kekuatan, dia menendanglelaki di hadapannya dengan kuat hingga dia tertolak ke belakang. Teman-temannya terkejut dengan tindakan tiba-tibanya itu. Belum pun sempat mereka bertindak, tumbukan dan tendangan sudah singgah pada perut dan dada masing-masing hinggakan mereka tertolak ke belakang. Pisau dihayunkan beberapa kali di muka Que dan dengan tenang dia mengelaknya dengan tangkas. Tangan lelaki berparut itu dipegangnya erat dan bibirnya spontan menguntum senyuman sinis.

“Mati!” perlahan saja perkataan itu meluncur keluar dari mulutnya.

Pisau di tangan lelaki berparut itu terlepas dari genggaman tangannya. Melihatkan situasi yang sudah terbalik itu, mereka menyerangnya dengan serentak. Tubuh Que disepak dan dipukul tanpa belas kasihan. Que pula terbaring di atas jalan bertar itu menahan setiap pukulan mereka. Kedua-dua belah tangannya menutup mukanya. Matanya terpandangkan sebatang kayu tidak jauh darinya. Dan dengan susah-payah dia cuba mencapai kayu itu lalu menghayunnya sekuat hatinya.

Fikirannya kosong, seolah-olah otaknya ‘black-out’ saat dia membelasah mereka hingga lunyai. Nafasnya turun naik. Terasa bebanan yang dipikulnya menjadi ringan saat dia memukul mereka tanpa perasaan. Darah memercik membasahi baju dan tangannya. Que memandang lelaki-lelaki itu yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Tangannya mencampakkan kayu itu sebelum dia terduduk kepenatan.

Dia memejamkan matanya dan menarik nafas dalam-dalam. Ingatan dan kewarasannya kembali saat dia membuka matanya perlahan-lahan. Diajadi kaget saat terpandangkan lelaki-lelaki itu. Langsung terlupa tentang apa yang telah dilakukannya sebentar tadi. Spontan dia memandang tangannya sendiri yang sudah terketar-ketar.

Agak lama dia merenung tangannya yang jelas dengan kesan tompokan darah pekat. Air matanya mengalir laju tiba-tiba. Sekali lagi dia memandang lelaki-lelaki itu yang masih tidak sedarkan diri. Aku… Aku dah jadi pembunuh? Dia mengertap bibir menahan rasa. Ketakutan menguasai dirinya. Bahunya mula terhenjut-henjut menahan esak. Tidak sanggup menerima hakikat yang dia sudah jadi pembunuh.

“Kau hanya nak pertahankan diri kau. So, don’t be afraid.” Kedengaran satu suara menegur. Dia tersentak lalu mengangkat mukanya. Matanya meliar mencari arah datangnya suara itu.

Dalam kesamaran dapat dia lihat satu susuk tubuh berdiri tidak jauh darinya. Que hanya membisu. Perlahan-lahan tubuh itu melangkah keluar dari tempat persembunyiannya. Dia hanya memakai seluar pendek berwarna hitam separas lutut, dengan t-shirt dan sweater berwarna hitam. Rambutnya yang pendek itu kelihatan kusut. Mukanya ditutupi dengan sebuah topeng muka berwarna hitam.

Que pula benar-benar kaku saat lelaki itu melangkah mendekatinya. Namun tangannya cuba mencapai kembali kayu yang dibuangnya sebentar tadi.

“Ja...jangan dekat!” jeritnya – memberi amaran. Kedengaran lelaki itu ketawa perlahan. Amaran itu tidak diendahkannya. Lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya. Sehelai sapu tangan dihulurkan kepadanya.

“Ada darah kat muka kau.” Beritahunya. Lembut saja suara lelaki itu. Dengan serba salah Que menyambut huluran itu lalu mengesat kesandarah di mukanya.

It turns out this bad, eh? Seems like you’ve done way too much here.” Keluh lelaki misteri itu selamba. Dia menggelengkan kepalanya sebelum dia berpaling dan melangkah ke arah salah seorang dari lelaki-lelaki itu. Dengan tenang dia tunduk dan meletakkan jari telunjuknya ke batang leher lelaki itu. Dia berdiri dan memandang Que.

“Jangan risau, dorang hidup lagi.” Beritahunya tanpa ditanya. Namun dalam diam, Que sudah menarik nafas lega.

“Apa yang kau nak dari aku?” soal Que. Kehadiran lelaki itu benar-benar membingungkannya. Dengan cara berpakaian seperti itu, sedikit sebanyak ia menjengkelkannya dan juga menghairankannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.