Home Novel Thriller/Aksi KAD LIAR
KAD LIAR
#mystrill
21/11/2019 19:41:19
11,627
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

Mereka saling berpandangan. Rasa hairan dan tidak senang dengan suasana di sekitar mereka bersatu dalam hati. Mereka sama-sama melontarkan pandangan ke arah Jack yang berjalan tenang di hadapan mereka. Lelaki itu langsung tidak berpaling memandang mereka. Malahan dia hanya membisu sejak tadi. Sudahlah mereka dihantui dengan suara-suara sumbang yang sibuk membuat spekulasi tentang mereka apabila Jack tiba-tiba saja datang memberitahu mereka yang ‘Queen’ mahu berjumpa. Siapa ‘Queen’? Ace menggenggam jari-jemarinya yang sudah berpeluh. Antara rasa teruja dan gusar.

Mereka melalui satu lorong panjang dalam bangunan itu dengan perasaan yang bercampur baur. Suasana suram dengan dinding yang merekah, di tambah pula dengan pokok-pokok yang menjalar melalui rekahan itu menambahkan lagi rasa kurang senang yang sememangnya sudah mengganggu fikiran mereka. Akhirnya lelaki itu berhenti di hadapan sebuah bilik. Dia berpaling memandang mereka sekilas dengan senyuman sinis yang meleret di bibirnya. Dengan isyarat kepala dia mengajak mereka masuk ke dalam bilik itu tatkala dia menolak daun pintu bilik tersebut. Mereka hanya mengikut dari belakang, melangkah masuk dengan perasaan yang berat.

Bilik itu sedikit gelap dengan cahaya lampu yang agak malap dari lampu meja. Jack berhenti melangkah dan berdiri di hadapan mereka sambil berpeluk tubuh. Wajahnya kelihatan tenang walaupun senyuman yangt erukir di bibirnya cukup menjengkelkan. Entah dari mana, kedengaran derap tapak kaki tiba-tiba muncul. Satu susuk tubuh muncul dari satu sudut ruang bilik itu yang tidak terkena cahaya. Sempat Ace menjeling ke arah Kid yang jelas kelihatan resah. Mereka hanya mampu tunduk, menahan rasa.

Evening, guys!” sapa satu suara. Lembut saja nadanya pada pendengaran mereka berdua.

Mereka mengangkat muka perlahan-lahan dan memandang sesusuk tubuh tinggi lampai yang sudah bersandar pada meja di hadapan mereka sambil berpeluk tubuh. Segaris senyuman manis terukir di bibirnya. Dapat mereka rasakan yang diri mereka sedang diperhatikan dan dianalisa oleh sepasang mata miliknya. Jack pula tersenyum penuh makna saat dia melangkah ke arah tubuh itu lalu berdiri di sebelahnya.

“Aku kenalkan – Queen.” Tenang suara Jack memperkenalkannya.

Mata mereka mula menganalisa Queen yang berdiri di hadapan mereka itu. Mereka yakin yang Queen seorang lelaki berdasarkan pada gerak tubuh dan susuk badannya. Walaupun tubuhnya yang kurus itu mungkin akan membuatkan seseorang keliru dengan jantinanya yang sebenar, tapi kalau diamati dengan betul memang sah dia seorang lelaki. Mungkin gayanya yang akan membuatkan orang bertambah keliru. Rambutnya yang panjang itu diikat kemas. Bibirnya kelihatan kemerahan, mungkin kerana dia memakai pelembab bibir. Wajahnya tidak dapat dipastikan kerana topeng berwarna putih dengan lambang ‘spade’ yang terlukis pada bahagian pipi topeng yang dipakainya itu. Dia memakai kemeja berwarna putih dengan lengan bajunya terbutang kemas pada pergelangan tangannya. Butang baju di bahagian dadanya terbuka dan menampakkan sedikit dadanya. Berseluar jeans hitam yang agak ketat dan berkasut but yang kelihatan berat dan besar.

You see, there’s some mistake about the rule on the website. Frankly speaking, there’s actually a rule that you two need to bear in mind.” Beritahunya. Dengan penuh gemalai dia mengangkat tangannya lalu jari telunjuknya di halakan ke arah mereka berdua. Ace dan Kid saling berbalas pandang. Pandangan mereka dilontarkan ke arah Jack yang sudah tersengih.

Queen tersenyum penuh makna apabila melihat reaksi serba salah mereka berdua. Dia menepuk tangannya sekali sebelum berdiri tegak tanda dia sudah bersedia dengan agenda yang seterusnya. Tangannya mencapai dua helai kertas di atas meja lalu melangkah perlahan ke arah mereka berdua. Kertas-kertas itu disuakan kepada mereka berdua. Sekali lagi mereka sempat berbalas pandangan sebelum menyambut huluran itu. Baru saja kertas itu bertukar tangan, Queen sudah mendekatkan mukanya ke telinga mereka berdua sambil kedua-dua belah tangannya diletakkan diatas bahu mereka. 

“Jangan menyesal. We gonna have lots of fun together. Menikmati setiap nafas terakhir mereka.” Bisiknya – perlahan. Suaranya kedengaran gemersik sahaja. Queen tergelak kecil.

“A…aku… Saya… tak....” Kid tergagap-gagap tiba-tiba. Ayat terakhir Queen itu sedikit sebanyak menggerunkannya. Queen hanya tersenyum sahaja saat dia menjauhkan mukanya dari mereka. Spontan dia menepuk bahu mereka – mesra. Ace termanggu-manggu dengan tindakan Queen itu. Kid mengangkat muka, memandang Ace yang juga jelas kelihatan terkejut namun masih bertindak tenang.

“Korang patut sign cepat. Banyak lagi benda lain aku nak buat.” Katanya. Nadanya tetap lembut pada pendengaran mereka. Namun begitu senyuman sinis tetapterukir di bibirnya. Lelaki itu kembali melangkah ke arah meja lalu bersandar padanya sambil berpeluk tubuh.

Ace memandang kertas di tangannya. Jelas kelihatan tulisan berwarna merah yang mengguna ‘font’ yang sama dengan website itu. Kid ikut sama membaca apa yang tertulis pada kertas itu. Wajahnya sedikit berubah apabila matanya terpandangkan perkataan – ‘Death Penalty’ yang tertulis dengan huruf besar dan berwarna merah tanda amaran. Dia meneguk liur.

Ace memandang Kid. Wajahnya ikut sama berubah. Jelas dia juga membaca bahagian yang sama. ‘Breaching group activity will cause DEATH PENALTY.’ Ayat itu seolah-olah bergema dalam kepala mereka. Adakah mereka juga akan mati seperti mangsa-mangsa kumpulan itu – dipancung. Kid memegang batang lehernya sendiri dengan wajah yang berkerut, seolah-olah dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepadanya. Ace yang sedar dengan reaksi Kid itu hanya mampu menepuk belakang Kid sambil mengukir senyuman nipis. Dia menganggukkan kepalanya, cuba untuk meyakinkan temannya itu. ‘Aku akan jaga kau.’ Bisiknya dan hanya dapat didengari oleh temannya itu. Kid menganggukkan kepalanya– akur.

Lambat-lambat mereka melangkah ke arah meja yang disandar oleh Queen itu. Sebatang pen dicapai dan tanpa teragak-agak Ace menurunkan tanda tangannya walaupun dia sedar yang ‘perjanjian’ tersebut tidak akan digunapakai di mana-mana mahkamah sekalipun. ‘Perjanjian’olok-olok yang sengaja dimomokkan untuk menakut-nakutkan mereka. Pen itu diserahkan pula kepada Kid, dan dengan terketar-ketar temannya itu menyambut huluran pen itu dari tangan Ace. Tangan Kid jelas kelihatan menggeletar saat dia menurunkan tanda tangannya. Sempat dia menjeling ke arah Queen yang turut memandang mereka dengan ekor matanya. Saat pandangan mereka bertemu, Kid terus melarikan pandangan matanya.

Mereka berundur ke belakang. Dengan tenang lelaki itu mencapai kertas yang ditanda-tangani oleh mereka lalu merenungnya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Dia menganggukkan kepalanya tanda dia berpuas hati. Kertas itu diletakkan kembali ke atas meja.

Good! Oh, almost forgot. From today onward… you…. ”Dia mengangkat tangannya, jari telunjuknya yang runcing itu dihalakan ke arah Kid sebelum dia menunjukkan ke arah Ace.

You’re the Ace of spade.” Sambungnya. Dari nadanya jelas dia serius. Senyumannya semakin lebar. Ace menunjukkan dirinya sendiri. Sedikit terkejut dengan kenyataan itu, walaupun hakikatnya dia langsung tidak mengerti sama ada title itu penting atau tidak tapi melihatkan reaksi Jack, dia yakin ‘Ace’ mungkin agak penting pada kumpulan itu.

“Apa? Asal budak baru ni pulak jadi Ace? Apa benda yang dia buat sampai dia dapat title tu?” bentak Jack. Suaranya meninggi. Wajahnya merah padam tanda tidak puas hati. Dia menggenggam jemarinya erat sambil matanya merenung tepat ke arah Queen. Lelaki itu hanya membisu. Langsung tidak menghiraukan pertanyaan Jack itu.

Okay, guys. I’ll see you next time.” Beritahu Queen, ringkas. Kedengaran Jack merengus sakit hati apabila pertanyaannya tidak dipedulikan.

Ace dan Kid saling berpandangan sebelum mereka sama-sama melangkah keluar dari bilik itu. Meninggalkan Jack dan Queen yang masih berada di dalamnya. Mereka melangkah perlahan melalui kembali lorong yang gelap itu. Kid hanya membisu sedari tadi. Entah apa yang bermain di fikirannya. Ace menepuk bahu temannya itu – perlahan.

Chill.” Bisiknya perlahan. Kid mengangkat muka memandang Ace sebelum dia menganguk lemah. Kedengaran dia menghela nafas panjang.

“Aura dia lain macam. Macam aura nak membunuh je.” Balas Kid tanpa sedar. Ace hanya tersenyum nipis. Tidak memberi komen tentang itu. Pastinya dia turut merasai perasaan yang sama seperti Kid.

Kid menundukkan kepalanya. Terasa ada beban berat di bahunya. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya. Terbayang pandangan mata Queen yang cukup menakutkannya. Ditambah pula dengan senyuman manis dan suara yang lemah lembut lelaki itu cukup mengerikan. Tapi jelas, dari gayanya lelaki itu sukar untuk ditewaskan. Tapi tak kira apapun, perasaan hairan masih bersarang dalam kepalanya. Dia mencuri pandang ke arah temannya yang masih kelihatan tenang. Hopefully things gonna be alright! Gerutunya dalam hati.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill