Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
8,582
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

KEDIAMAN DATO’ SHAHZUL ASMAWI

Adam menemui bapanya Dato’ Shahzul Asmawi di dalam bilik bacaan. Ada perkara penting hendak dibincangkan. Tidak sukar untuk Adam meneka perkara yang bapanya hendak dibawa berbincang. Semestinya perihal dirinya dengan Ariana Erina.

Adam memulas tombol, menolak daun pintu itu seraya melangkah masuk.Terlihat bapanya duduk di kerusi kulit berjenama. Sedang ternanti-nanti kehadirannya. Dato’ Shahzul Asmawi menyuruh Adam duduk di kerusi di hadapannya.

“Papa nak bincangkan fasal Adam dengan Ariana,” Dato’ Shahzul Asmawi memulakan bicara.

“Kenapa mama tak ada sekali nak bincangkan hal ni?” Adam menyoal.

“Mama kamu dah setuju nak kahwinkan kamu dengan Ariana,” papanya memberitahu tanpa berselindung.

“Jadi papa pun setuju?” Adam benar-benar berharap.

“Macam mana dengan Bella?”

“Pa, Bella sepupu Adam,” dia cuba protest.

“Jadi apa masalahnya? Agama kita tidak pernah menghalang untuk berkahwin dengan sepupu.” Bapanya membalas

“Papa nak Adam kahwin dengan Bella atas kepentingan papa sendiri. Kenapa papa perlu kongkong hidup Adam?”

“Papa buat semua ni untuk keluarga kita. Untuk anak cucu papa nanti. Papa tak nak Adam jadi macam abang dan kakak Adam tu. Pernah abang dan kakak Adam balik sejak kahwin dengan orang luar tu? Ada abang dan kakak kau balik jeguk papa dengan mama? Entahkan mati ke, hidup kekat luar sana. Papa dengan mama kat sini ada abang dan akak kau nak ambil tahu?” papanya meradang.

“Abang dengan akak buat macam tu sebab nak lari dari kongkongan papa,” balas Adam. Perbualan antara dua beranak itu semakin tegang.

Kedua-keduanya berhujah berdasarkan pendapat masing-masing. Saling bertingkah kata, sekali gus mempertahan hujan masing-masing.

“Betul ke yang Ariana tu mengandung?” Papanya mempersoalkan. Sengaja menimbulkan soalan yang tidak dijangka-jangka oleh Adam.

“Papa ingat Adam buat cerita? Keluarga Ariana beriya-iya datang jumpa papa untuk minta satukan Adam dan Ariana . Pa, Adam nak tebus dan bertanggungjawab atas perbuatan Adam,”

“Senang aje Adam cakap kan? Kalau papa jadi Adam pun papa akan cakap benda yang sama,”

“Please pa, Ariana cinta hati Adam. Adam akan korbankan apa aje,” Adam tampak bersunguh-sungguh.

Papanya menghela nafas panjang. Nafasnya terasa sakit menghimpit dada.

“Ok, papa benarkan Adam kahwin dengan Ariana. Tapi, ada satu syarat.” Ujar papanya menimbulkan persoalan.

Senyuman Adam melebar sampai ke telinga. Teruja.

“Apa dia pa?”

“Papa nak Adam madukan Ariana. Papa tetap nak Bella jadi isteri Adam. Itu keputusan muktamad,” tegasnya. Tidak lagi berdolak-dalik.

Senyuman di bibir Adam langsung mengendur.


KAMPAR, PERAK

RAFIQ melangkah turun dari bas sambil menjinjing sebuah beg pakain yang sederhana besar. Matanya meliar mencari kalau-kalau ada teksi untuk mambawanya ke kampung halamannya di Changkat Lengong.

Namun begitu, tidak terlihat kenderaan awam itu di sekitar sini. Memang susah nak cari teksi di stesen bas ini. Lainlah kalau ada di stesen keretapi. Itu pun kira rezeki kalau dapat teksi. Bukan seperti diKuala Lumpur. Berderet kenderaan awam itu menunggu penumpang yang memerlukan khidmat mereka. Siap ada yang memperlawa.

Rafiq mengeluh nafas halus. Hatinya tertanya-tanya sendiri bagaimana dia hendak pulang ke rumah.

“Rafiq!” satu suara memaggil.

Lelaki itu tertoleh-toleh mencari seseorang. Kalau tidak silap, dia seolah-olah terdengar seseorang sedang memanggil namanya sebentar tadi. Atau mungkin dia tersalah dengar.

“Rafiq!”

Sekali lagi namanya dilaungkan. Dia masih tercari-cari gerangan orang yang sedang memanggilnya. Sehinggalah dia terlihat seorang lelaki melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Bersama-sama dengan lelaki itu kelihatan seorang gadis muda yang anggun. Melihat pada perwatakan gadis itu, dia seorang yang pemalu.

“Rafiq Al'Qayumm. Anak jaguh silat Bakar Al’Qayumm,” lelaki itu menghulurkan tangan kepada Rafiq. Mereka berjabat salam.

“Arman...kan?” Rafiq inginkan kepastian.

“Takkan dah lupa aku kut? Kita duduk satu kampung sama-sama.” Arman menepuk-nepuk bahu lelaki itu. “Kau dah banyak berubah sejak kerja kat Kuala Lumpur tu. Eh, apasal leher kau?”

“Nantilah aku cerita,” Rafiq mengalihkan topik perbulan. “Kau buat apa sini?” Rafiq bertanya.

“Oh, aku ambilkan Najwa ni. Baru balik belajar dari Terengganu. Kau tak ingat Najwa ke? Anak ketua kampung?” Dia cuba mengingatkan.

Najwa tersipu-sipu malu tatkala Rafiq mengalih pandang ke arahnya.

“Mana boleh aku lupa. Dulu aku pernah tendang basikal dengan dia sekali masuk sungai. Habis basah lencun. Kesian dia. Dah tu kenal gelak pulak,” Rafiq mengambau kembali zaman nakal waktu persekolahannya. Dia tersengih.

Arman tertawa merdekah-dekah bila teringat kembali detik-detik itu.

“Hisy, abang Rafiq ni dari dulu suka usik Wawa. Tak suka tau,” rengek Najwa manja.

“Abang Rafiq kena sebat dengan arwah bapak abang Rafiq tau fasal hal tu. Berbekas lagi kat punggung ni ha,” dia berseloroh.

Najwa tersenyum kecil. Geli hati mendengar seloroh lelaki itu.

“Kau cuti ke?” Arman bertanya.

“Taklah. Aku balik terus. Aku dah tak kerja dah kat Kuala Lumpur tu,” Rafiq memberitahu pokok perkara sebenar.

“Eh,kenapa?” Arman berasa hairan. Kenyataan itu benar-benar mengejutkannya.

“Itu pun nanti aku ceritkan pada kau,” ujarnya sejurus soalan dikemukakan. “Aku nak minta tumpang kereta kau nak balik kampung,” Rafiq meminta pertolongan dari kawan lamanya itu.

“Tak salah pun. Kau kawan lama aku kut, takkan lah aku nak tinggalkan kau kat sini,” Arman tersengih-sengih.

Sejurus itu, Arman menunjukkan di mana keretanya diparkir berhampiran stesen bas itu. Arman menjadi pemandu. Najwa duduk di tempat dudukpenumpang, manakala Rafiq duduk di belakang. Tidak lama kemudian,kenderaan itu bergerak dalam kelajuan sederahana membelah jalan raya.

Sepanjang perjalanan, Arman banyak berbual-bual dan bertanya khabar mengenai Najwa tentang itu dan ini sepanjang duduk di Terangganu. Gadis itu menjawab setiap soalan yang ditanyakan seadannya. Bukan bersikap acuh tidak acuh. Dia suka telatah Arman yang gemar bercakap dan bercerita. Heboh jadinya kalau duduk dengan lelaki itu. Boleh jadi ‘tv bergerak’. Banyak berkenaan hal kampung diceritakan. Anak Kak Minah Leter kahwinlah, menantu Mak Som kamalanganlah, Pak Samad baru tambah bini nombor empatlah. Banyak lagi. Arman tidak lokek bercerita.

Sementara Rafiq hanya diam seribu bahasa. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta merentasi waktu yang kini dipanggil kenangan. Dia termenung jauh. Minda bawah sedarnya menerawang ibarat layang-layang terputus tali. Bergentayangan ke mana-mana dibawa bayu. Rafiq seolah berada di dalam dunianya sendiri.

Arman menyedari ‘ketidaksedaran’ kawan rapatnya itu tatkala dia melihat menerusi cermin pandang belakang .

“Kalau aku tak ada tadi, agak-agaknya macam manalah kau nak balik?” Arman bertanya, sekali gus memecahkan lamunan Rafiq sebentar tadi.

Najwa sempat menjeling sejenak ke belakang. Mencuri lihat ke arah Rafiq.

Lelaki itu seakan baru terbangun dari khayalannya sendiri. “Tak baliklah aku jawabnya,” dia membalas.

“Apa kena dengan leher kau tu?” Arman lekas bertanya meski pun dia tahu leher Rafiq cedera. Dia cuba hendak tahu apa puncanya.

“Kau ada baca surat khabar hari ini?” dia bertanya.

“Aku membaca? Ha... ha... ha...” Arman ketawa kecil. “Kau macam tak kenal aku Rafiq. Apa jenis bahan bacaan pun tak pernah sentuh,”

“Wawa, awak ada baca surat khabar hari ni?” Rafiq menyoal anak ketua kampung itu pula.

“Belum lagi,” rendah sahaja nada suara tatkala berkata-kata.

“Aku kena tembak,” Rafiq memberitahu tanpa berselindung.

“Huh!” Arman terkejut dengan ungkapan yang baru kelua dari mulut lelaki itu. Sukar untuk dia percaya.

Najwa juga turut menunjukkan reaksi yang sama. Cuma tidak ketara terahir diwajah.

“Kau kerja apa kat KL tu sampai kena tembak?” Rasa ingin tahunya meluap-luap.

“Aku kerja jadi pegawai peribadi seorang lelaki bergelar dato. Baru-baru ni dato tu mati kena tembak. Sebab tu aku tak nak kerja kat sana dah. Aku gagal laksanakan tugas aku... amanah aku,” Rafiq bercerita ringkas. Nada suaranya penuh dengan kekesalan. Rasa bersalah sukar dihakis.

“Inalilla...” Arman dan Najwa tumpang simpati dengan keluarga ternama itu.

“Abang Rafiq janganlah salahkan diri sendiri. Semua ini ada hikmahnya,” Najwa sempat berpesan.

Rafiq berkalih ke hadapan. Memandang gadis dara itu. Kata-katanya sebentar tadi meresap ke dalam jiwa. Seolah satu suntikan motivasi dan gelakan kepada dirinya.

“Arman... aku nak minta tolong sikit boleh?” Rafiq bertanya.

“Insya-ALLAH.Kalau aku boleh tolong, aku tolong.” Jawab Arman. Tangannya kejap memejang stereng kereta. Perhatiannya ditumpukan kepada jalan raya di hadapan.

“Boleh kau singgah kubur kejap. Aku dah lama tak ziarah kubur mak ayah aku.Kejap aje,” Rafiq meminta dangan baik.

“Apa salahnya,” kawan lamanya itu mambalas. 

“Terima kasih Man,”ujar Rafiq.

Arman hanya tersenyum kecil. Menerima dengan tangan yang terbuka kepulangan rakan lamanya itu.

Sekali lagi, Rafiq melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Merenung sebuah tapak yang dahulunya sebuah tempat perlombongan bijih timah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.