Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
32,875
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG2
KUALA LUMPUR

Pihak polis menutup sebahagian Taman Tasik Titiwangsa buat sementara pada awal pagi itu. Tali rentang berwarna kuning mengelilingi kawasa sekitar. Kini taman yang menjadi tarikan itu sudah menjadi crime scene. Pihak media massa dan pemberita berkampung di luar tali rentang tersebut meminta kenyataan dari pihak polis berpangkat sarjan yang ditugaskan berjaga di situ. Namun, pihak polis tidak akan memberi apa-apa maklumat.

  Inspektor Umar memarkirkan kereta peronda polis berhampiran kawasan kejadian. Sejurus dia keluar dari perut kereta dan meninjau persekitaran. Selanjur dia mengatur langkah ke arah kerumunan orang ramai yang kebanyakannya dari kalangan wartawan dan pemberita. Dia terpaksa berasak-asak di kalangan mereka sebelum dibenarkan melepasi tali rentang oleh seorang pegawai polis berpangkat sarjan.

  Tidak jauh dari situ, Inspektor Umar dapat lihat beberapa anggota forensik sedang melakukan tugas masing-masing. Penemuan sekujur mayat seorang wanita muda di tebing tasik dilaporkan. Inspektor Umar diarakan ke tempat kejadian. Mayat wanita itu ditemui oleh seorang lelaki cina. Namun bergitu, maklumat terperinci masih belum diketahui.

  Dua anggota forensik mengusung mayat yang sudah dibaluti plastik hitam menggunakan fold stretcher, lalu dibawa masuk ke dalam ambulans. Mayat mangsa akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

  “Emma,” Inspektor Umar memanggil rakan sejawatnya itu.

  Inspektor Emma yang sedang mengatakan sesuatu kepada ketua anggota forensik berkalih ke arahnya. Dia meminta diri sebelum datang menghampiri Inspektor Umar.
  “Baru sampai?” Nada itu kedengaran sinis.

  “Aku baru dapat laporan,” dia menjeling wanita berambut perang keemasan(blonde) itu.

  Inspektor Emma kelihatan elegen apabila berpakain uniform penuh anggota PDRM. Rambutnya yang panjang paras dada diikat ekor kuda. Ketingginnya sama dengan Inspektor Umar.

  “Apa yang jadi sebenarnya ni?” Dia meminta penjelasan dari Inspektor Emma.

  “Ada seorang lelaki cina terjumpa mayat perempuan kat tebing tasik masa dia tengah berjoging,” Inspektor Emma memberitahu.

  “Mana lelaki cina tu? Kau ada soal siasat dia?” Dua soalan sekali gus ditanyakan.

  “Belum lagi,” ringkas dia membalas pertanyaan itu.

  Inspektor Umar meliarkan pandangan  ke sekeliling. Dia terlihat seorang anggota polis berpangkat rendah sedang berbual-bual dengan seorang lelaki berbangsa cina yang bertatu naga di lengan kiri. Di samping lelaki cina itu, terdapat seekor anjing jenis baka bullmastiff duduk sambil terjulur lidah di sebelah tuannya. Di leher binatang itu terdapat rantai bertali.

  Sejurus, tanpa menunggu lama Inspektor Umar datang menghampiri mereka berdua.

  “Tuan!” Anggota polis berpangkat rendah itu menyedari kehadirannya lalu memberi tabik hormat.

  Inspektor Umar hanya mengangguk memberi isyarat bukan lisan kepada lelaki yang sedang melakukan soal siasat itu.

  “Tak apa sarjan. Biar saya yang ambil alih,” ujar Inspektor Umar. Tidak lama selepas itu, sarjan itu beredar.

  “Inspektor Umar. Panggil Umar saja,” dia memperkenalkan diri.

  Lim hanya mengangguk memahami.

  “Nama saya Lim, tuan”

  “Boleh cerita apa yang berlaku?” Inspektor Umar meminta.

  “Saya memang selalu joging setia hari tuan... err.. Umar.” Lim  sedikit kekok. “Selalu bawa saya punya anjing sekali,” Anjing itu sempat menongak ke arah Inspektor Umar seakan-akan hendak menyatakan kebenaran kata-kata tuannya itu.  

 “Tiba-tiba saja anjing saya menyalak dan berlari dekat itu tasik. Saya mula-mula tak nampak sebab sedikit gelap. Lepas tu saya datang dekat...  saya nampak itu mayat perempuan naked.” Lim bercerita ringkas bagaimana dia menemui mayat gadis muda itu.

  Inspektor Umar mendengar tekun setip butir percakapan Lim. Mindanya menganalisis dan mencerna sesuatu.

  “Lim tinggal kau kawasan berdekatan sini?” Dia menduga.

  Lelaki cina itu menganggukkan kepala beberapa kali mengiyakan pertanyaan tersebut.

  “Ada sesuatu yang mencurigakan semasa Lim telefon pihak polis?” Inspektor Umar sengaja bertanya, sedangkan jawapnya sudah dapat diteka dengan mudah.

  “Tak,” Lim mengeleng-gelengkan kepala pula. Jawapan itu memang awal-awal lagi sudah dijangka.

  Andian awal dibuat menerusi pengalamannya sebagai anggota PDRM. Tidak sukar dia hendak membuat kesimpulan bahawa mayat perempuan itu dibuang ke sini. Sebelum itu, dia dibunuh di tempat lain. Persoalannya sekarang, kenapa pembunuh membuang mayat itu di sini? Kenapa tidak dibakar dan membuang abunya di sungai? Terlalu banyak cara untuk menghapuskan mayat untuk menutup bukti pembunuhan.

  “Saya nampak macam ada yang pelik pada mayat itu perempuan?”

  Inspektor Umar lekas menoleh memandang Lim. Tanda tanya bersarang di mindanya.  


INSPEKTOR UMAR kembali menemui Inspektor Emma seusai menemui Lim sebentar tadi. Dia hendak tahu keadaan mayat ditinggalkan di tebing tasik itu sebelum dibawa ke hospital. Kebetulan, Inspektor Emma baru turun dari bahagian belakang  van ambulans. Dia baru lepas meneliti mayat perempuan malang itu sekali lagi.

  “Kau dah tengok  keadaan mayat?” terus sahaja dia bertanya.

  Inspektor Emma menganggukan kepala. “Tiada kesan-kesan serangan seksual terhadap si mati. Terdapat kesan ikatan pada pergelangan tangan dan kaki mangsa. Tiada kad pergenalan diri atau lesen memandu ditemui. Mangsa ditinggalkan dalam keadaan bogel tanpa seurat benang.” Inspektor Emma mengeluh halus.

  “Kau boleh siasat sendiri keadaan mayat sebelum van ni bergerak ke hospital,” masih terbayang-bayang keadaan sekujur tubuh tidak bernyawa dan pucat itu dibuang dalam keadaan mengerikan. Sukar hendak singkirkan dari kotak ingatannya.

  “Apa lagi yang kau dapat?”

 “Kau boleh tengok dan siasat sendiri,” Inspektor Emma menjawab. “Senangnya kau buat kerja,” sempat lagi dia memperli.

  “Aku tak nak tengok sebab mayat tu perempuan dan berbogel.” Tegas Inspektor Umar. “Aku baru bercakap dengan Lim tadi. Ada sesuatu yang aku perlu tahu. Berkenaan jahitan pada badan mangsa. Apa dia? Aku nak dengar terperinci,”

  Inspektor Emma menarik nafas panjang sebelum melepaskannya dengan perlahan.

  “Kedua-dua belah mata mangsa dijahit. Terdapat belahan memanjang dari bawah leher hingga ke bawah pusat. Belahan tu pun berjahit dan nampak masih baru. Aku syak pembunuh ambil organ dalaman dan mata mangsa,”

  “Ya ALLAH,” itu sahaja yang keluar dari mulut Inspektor Umar. Sejurus dia beristighfar panjang.

Previous: PROLOG
Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.