Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
32,811
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 1
Borhan Abdullah seorang penasihat kewangan dan juga seorang bapa kepada seorang anak perempuan. Hidup dalam kesederhanaan sedangkan perkerjaannya antara pendapatan yang tertinggi di negara ini. Isterinya, Balqis Ufaira telah meninggal dunia ketika bertarung nyawa melahirkan satu-satunya zuriat hasil pegkongsian hidup mereka yang bernama Ariana  Erina.

  Ariana  Erina anak luas biasa. Anak kurniaan ILAHI. Ini kerana sudah bertahun-tahun Borhan Abdullah dan Balqis Ufaira cuba untuk mendapatkan zuriat, namun tidak juga berhasil. Suami isteri itu berjumpa doktor untuk mengetahui punca kegagalan mereka mendapatkan zuriat. Doktor dapati bahawa kedua-dua mereka tidak mandul, cuma sperma Borhan Abdullah sahaja yang tidak aktif atau subur.

  Atas saranan doktor, Borhan Adbullah bersetuju untuk mengunakan keadah Persenyawaan In Vitro (IVF), ia merupakan persenyawaan sel telur wanita dan sperma lelaki di luar rahim. Di mana ovum wanita dikeluarkan dan disenyawakan dengan sperma. Kemudian, telur yang telah disenyawakan akan dipindakan kepada uterus dengan tujuan menghasilkan kehamilan.

  Kebanyakaan pasangan suami isteri berjaya hamil atas kaedah sains moden ini. Walaupun bergitu, usaha itu tetap gagal. Balqis Ufaira tidak juga hamil. Malah, mereka suami isteri cuba menggunakan perubatan tradisional. Hasilnya tetap sama. Namun, doa tetap dimunajatkan bersungguh-sungguh terhadap yang Satu. Usaha dipergiatkan untuk meneruskan generasi keluarga ini.

  Berkat kesabaran dan doa, Balqis Ufaira mula tidak sedap badan, mual-mual serta muntah-muntah. Apabila ditanya isterinya itu kerap mengatakan tidak sihat. Berlainan pula pada tangkapan Borhan Abullah. Dia seakan-akan tahu itu tanda-tanda awal wanita mengandung.

  Selepas menjalani peperiksaan, doktor benar-benar mengesahkan yang Balqis Ufaira mengandung anak pertama mereka. Bahkan, doktor sendiri terkejut dengan keajaiban ini. Satu dalam seribu fenomena seperti ini terjadi dalam dunia sains dan perubatan. Kemungkinan besar  Balqis Ufaira tidak akan hamil lagi di masa yang akan datang.

  Cukup bulan, Borhan Abdullah akan bawa isterinya ke hospital untuk memeriksa jentina bayi mereka. Pasangan suami isteri itu tidak sabar-sabar hendak mengetahui jentia anak yang bakal dilahirkan. Tidak kiralah bayi lelaki mahupun perempuan. ALLAH telah rancang semanya. Tidak perlulah mengeluh atas pemberianNYA yang tidak terhingga ini. Mereka tetap bersyukur.

BORHAN Abdullah menemui rakannnya Rahman sekeluarga bersama bayi perempuannya. Ariana  Erina perlukan susu ibu. Maka disebabkan itu dia hadir ke rumah rakan karibnya Rahman beberapa bulan selepas kematian isteri tercinta.

  “Aku nak minta bantuan kau Rahman,” ujar Borhan Abdullah. Sangat berharap yang rakannya itu boleh membantu masalah yang dihahadapinya sekarang.
  “Insya-ALLAH Borhan, apa yang aku boleh bantu aku bantu,” jawab Rahman sungguh perihatin akan nasib yang menimpa Borhan.

  “Aku nak minta isteri kau susukan anak aku. Tolonglah Rahman. Ariana  perlukan susu. Isteri kau pun baru lahirkan anak setahun lepas kan?” Rayu Borhan Abdullah bersungguh.

  Rahman memandang wajah isterinya, Intan Haswani. Mereka saling berpandangan. Melihat sahaja pada raut wajah isterinya itu, Intan Haswani tidak akan teragak-agak menghulurkan bantuan kepada Borhan. Dia tidak kisah menyusukan Ariana  Erina. Cuma, dia hanya hendakan  kebenaran suaminya terlebih dahulu.

  “Tolonglah Rahman, aku sanggup bayar setiap titisan susu yang Ariana  minum,”

  “Tak! Tak payah!” kata Rahman. “Kau kawan aku. Isteri aku pun tak kisah. Kau tak perlu bayar satu sen pun untuk isteri aku susukan anak kau,”

  “Terima kasih Rahman! Terima kasih banyak!” Hampir-hampir sahaja lelaki itu berteriak. Dia betul-betul bersyukur kerana ada rakan yang ikhlas membantunya.

  Selanjur Borhan Abdullah menyerahkan Ariana  Erina yang berada di dalam pangkuannya kepada Intan Haswani. Wanita itu menyambut bayi yang berbungkus itu dengan belaian kasih sayang. Bayi kecil itu sedang tidur nyenyak. ‘Kasihan,’ detik hati wanita yang bergelar ibu itu. Ariana Erina tidak sempat hendak merasai susu ibu kandugnnya sendiri.
  “Intan naik ke atas dulu ya bang,” Intan Haswani meminta kebenaran.

  “Yalah,” jawab suaminya.

  Kemudian Intan Haswani pun bingkas berdiri. Lalu bergerak ke tangga rumah menuju ke tinggkat atas sebelum hilang dari pandangan. Borhan Abdullah berkalih memandang rakannya itu.

  “Macam mana aku nak balas jasa baik kau Rahman?”

  “Hari ni kau susah, esok lusa aku susah kau pula tolong aku,” kata Rahman berkias. Dia tidak mahu rakannya itu bersusah hati. Rahman tidak akan meminta apa-apa dari lelaki itu atas keperhatianan yang dihulurkan. Asalkan, anak kecil itu sihat.

UNIVERSITY OF OXFORD, ENGLAND
Ariana  Erina kini sudah mencecah 21 tahun dan merupakan seorang pelajar junior di University of Oxford. Universiti yang terletak di bandar raya Oxford dan merupakan universiti yang tertua. Berasal dari akhir abad ke-11. Cuaca dingin negara Britian atau UK ini sungguh tidak menyenangkan bagi orang benua Asia. Suhunya terlalu berbeza sekali berbanding di Asia Tenggara. Dinginnya langsung berbeza di negara Malaysia. Di samping itu, United Kingdom atau Britian merupakan sebuah negara yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu, England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales. Sebuah negara berdaulat yang terletak di persisiran pantai barat laut tanah besar Eropah.

  Pada hari pertama di universiti itu, Ariana  Erina lewat hampir satu jam selepas kelas kuliah pertama bermula. Namun, pengajar atau pensyarah memahami kehadiran pelajar baru yang selalu kerap datang lewat pada hari pertama. Lagi-lagi pelajar dari luar negara. Ariana  Erina terpaksa menebalkan muka menahan malu tatkala dia masuk ke bilik kuliah ketika pengajar sedang berkuliah panjang berkenaan pelajaran mereka pagi itu.

  Perkenalan awal antara Ariana  Erina dan Abigaile selepas kuliah pagi itu berakhir. Gadis tempatan berambut perang (brunette) separas bahu, berkulit cerah dan licin. Bermata bulat berwarna biru laut selayaknya dia orang tempatan di England. Dia antara kenalan terawal Ariana  Erina.

  Lama kelamaan Ariana  Erina menetap di bumi England. Dia sudah lali dengan budaya bebas sosial di negara orang. Antara lelaki dengan perempuan berpelukan serta berpegangan tangan. Cium-ciuman mesra pasangan di halayak hampir setiap hari berlaku di sekelilingnya. Lelaki atau perempuan yang tidak mempunyai teman istimewa dianggap nerd. Bukan sahaja di Malaysia. Siapa-siapa sahaja yang memegang buku atau ulat buku dianggap nerd semata-mata.

  Abigaile berusaha bersungguh untuk membuang sisi nerd yang ada dalam diri Ariana  Erina. Ramai kenalan lelaki Abigaile yang cuba ‘dilekatkan’ pada Ariana Erina, namun gadis itu boleh tahan ‘liat’ lebih yang dia jangka. Sungguhpun bergitu, pertemuan Ariana  Erina dan Adam mengubah segalanya.
 

HARI ini Ariana  Erina ke perpustakaan Bodleian. Tidak banyak yang dia tahu berkenaan dengan perpustakaan ni, apa yang dia tahu ia merupakan perpustakaan penyelidikan kepunyaan University Of Oxford. Dan dikatakan sebuah perpustakaan tertua di Eropah. Lebih  80,000 E-jurnal dan koleksi khas termasuk buku serta manuskrip dan banyak lagi. Dia tidak dapat mendalami dengan lebih lanjut berkenaan perpustakan yang bersejarah ini.

  Ariana  Erina ada tugasan yang perlu dibereskan sebelum minggu hadapan. Abigale tidak dapat menemani Ariana  Erina kerana ada kuliah yang perlu dihadiri. Oleh itu, kira-kira dua jam Ariana  Erina berada di dalam perpustakaan itu untuk menyiap tugasannya.

  Setelah tugasanya selesai, dia mengambil nafas untuk melepasakan lelah yang bertakung di dada. Rasa penat mengulit sekujur tubuhnya sekali gus membuatkan kedua-dua belah kelopak matanya terasa memberat. Mengantuk. Dia terbayangkan tilam serta bantal empuknya. Kalaulah dia dapat mengenyakkan tubuhnya di atas katil itu barangkali dia sudah melayari mimpi-mimpi indah.

  Ariana  Erina mengerling  jam tangannnya yang terlilit di pergelangan tangan kanan. Gadis berkulit putih susu itu seorang kidal, disebabkan itulah jam tangannya dipakaikan di pergelangan tangan kanan. Ini kerana dia mencapai jam itu menggunakan tangan kiri dan dipakaikan ke tangan kanan.

   Hembusan nafas halus, Ariana  Erina hembuskan. Tangannnya meraba-raba beg galas di bawah kerusi yang didudukinya. Sebaik sahaja dia mencapai beg galasnya, dia membuka beg itu lalu mengeluarkan sebotol air mineral. Dibukanya penutup botol, lantas dia meneguk air itu sehingga tinggal separuh. Terasa dingin anak tekak yang terasa haus. Kemudiannya dia memutup botol itu sebelum diletakkan di dalam beg galasnya semula.

  Ariana Erina ada sedikit masa terluang. Dengan masa yang dia ada itu, Ariana  Erina mengambil masa untuk membaca novel seram bertajuk IT tulisan penulis lagenda Stephen King. Ketebalan novel itu mengalahkan sebuah kamus. Kandungannya melebihi seribu muka surat. Ariana Erina berbeza dengan kebanyakan pelajar-pelajar lain yang suka membaca. Kalau mereka semua suka membaca novel romantik, namun tidak bagi Ariana  Erina. Penulis kegemaranya tidak lain dan tidak bukan adalah Stephen King. Walaupun dia tidak ada kesemua novel penulis itu, tetapi buku lelaki itulah yang selalu dicarinya. Dia jarang-jarang dapat membaca novel disebabkan banyak assignment yang perlu disiapkan seberapa segera.

  Konsentrasi Ariana Erina terganggu tatkala dia terdengar bunyi seretan kaki kerusi ditarik oleh seseorang. Spontan dia berkalih ke arah punca bunyi itu. Selang dua tiga buah kerusi bertentangan dengannya terlihat seorang lelaki Asia melabuhkan punggunnya di kerusi tersebut sambil meletakkan beg galasnya di kaki kerusi. Lelaki itu berambut pendek.. Tinggi lampai, berkulit cerah dan juga anak matanya berwarna perang seperti kebanyakan orang Malaysia. Tidak sukar untuk Ariana  Erina meneka kemunginan lelaki itu orang Asia.

  Secara tidak disangka-sangka, anak mata lelaki itu berkalih ke arah Ariana  Erina. Pandangan mata masing-masing berlaga. Lelaki itu tersenyum kecil tanda sapaan bukan lisan. Seperti terkena kejutan elektrik, Ariana Erina tergamam. Berderau darahnya. Degupan jantugnnya secara mendadak berdetak kencang. Dengan teragak-agak, Ariana  Erina membalas senyuman mesra lelaki itu. Tambah mendebarkan Ariana Erina, tiada seorang pun yang menghuni meja yang diduduki mereka. Seolah-olah petemuan ini seperti dirancang. Memberi ruang untuk mereka berdua sahaja.

  Jiwa hawa Ariana Erina mulai goyah dengan senyuman dan ketampanan lelaki itu. Satu perasaan halus mengalir seperti tindakan kimia di dalam tubuhnya. Naluri kewanitaan Ariana  Erina sudah mula tertarik kepada seorang lelaki. Dia tertanya-tanya kepada dirinya sendiri apakah rasa yang mengalir dalam dirinya ini. Kerana tidak pernah-pernah dia merasai perasaan itu sebelum ini sepanjang hidupnya. Dia hanya mampu memujuk dirinya sendiri bahawa ia sekadar fenomena biasa manusia normal.
  Pembacaannya sedikit terganggu. Sekali-sekala dia mencuri pandang ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu.

  ‘Tegurlah Ariana! Pergilah tegur lelaki itu!’ Satu suara seakan berbisik di telinga kirinya.

 ‘Mana boleh! Tunggu ajelah dia tegur kau. Kau kan perempuan. Biar lelaki yang tegur perempuan. Takkan perigi cari timba pula!’ Kali ini satu suara yang sama muncul di telinga kanannya pula.

  ‘Kalau aku tak tegur bila lagi?’ Bisik hatinya pula. Ariana Erina menjeling ke arah lelaki itu lagi.

  Gadis itu langsung tidak menyangka yang jejaka itu akan merenugnnya sekali lagi. Cepat-cepat Ariana Erina menyembunyikan mukanya di sebalik novel tebal itu. Mukanya panas kemerah-merahan. Dia malu sendiri.

  “Stephen King, huh?” tegur lelaki itu. Nadanya sengaja diperlahankan disebabkan mereka berada di dalam perpustakaan.

  Ariana  Erina mengangkat muka. “Excuse me?”

  “Penulis kegemaran saya... Stephen King. Jarang orang perempuan layan novel dia,”katanya. “Selalunya perempuan layan novel John Green,”

  “Shhhh!!!” Satu suara yang entah datang dari mana menyuruh mereka senyap.

  Lantas lelaki itu mengemaskan barang-barangnya sebelum bingkas bangun. Merapatkan kerusi yang didudukinya tadi ke meja. Lalu bergerak ke kerusi kosong yang tidak berpenghuni di sebelah Ariana  Erina. Dia menarik kerusi itu sebelum melabuhkan punggunnya.

  “Kacau aje orang tadi tu. Orang tengah nak try ni,” ujarnya perlahan.

  Ariana  Erina tertawa kecil. Geli hati. Rasa malunya tadi terhadap lelaki itu tiba-tiba lanyap.

  “Awak nak try saya?” Soalnya pada lelaki itu, birbinya mengukir senyuman manis. Memperlihatkan barisan giginya yang tersusun cantik dan putih bersih.
  “Of course la. Sebelum orang lain ambil,” jawabnya. Nada perbualan mereka perlahan sahaja.

  “Why me? You barely know me. Entah-entah saya ni anak raja,”

  “Well, helo,” lelaki itu berpura-pura melurutkan rambutnya ke belakang, sebelum mengeyitkan mata. “Nama saya Adam,” dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

  Ariana Erina tertawa kecil. Gadis untuk menyambut huluran tangan Adam. Saya Ariana ...”  katanya. “... Ariana  Erina,” Mereka pun berjabat salam.

  “Orang Malaysia?” Tanya Adam.

  Pertanyaan itu dijawab dengan anggukan kepala sahaja. “You?”

  “Orang KL,” jawabnya selamba.

  “Samalah tu,” Bidas Ariana Erina.

  “He... he... he,” Adam tertawa.

    Bermula dari awal pertemuan itu merupakan permulaan kisah percintaan antara mereka berdua.

Previous: PROLOG2
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.