Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
27,275
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1

ANNA ' s POV 


RYA berlari dengan pantas tanpa dia menghiraukan kesesakan manusia yang sedang lalu- lalang di dalam shopping complex berkenaan....


Rya berlari dan terus berlari .Adakalanya dia melihat di belakangnya, dia si pemburu , tetap tersenyum di sebalik hud hitamnya.


' Mana kau nak lari , hah sayang ? Malam waktu aku , sayang.....Waktu aku ....' monolognya tetap menghayunkan langkah kakinya , panjang sambil menyeluk saku jaket sweater warna kusam berhudnya itu.


TOK ! TOK ! TOK ! 


" Masuk...." kataku sambil mataku tak berganjak dari skrin laptop .Masih berkira- kira mahu mengembangkan lagi pernyataan dalam bab itu .Aku yakin masih ada isi yang belum aku masukkan lagi . Dan apakah plotnya kuat ? Atau perlukah aku twist kan ia ?


TOK ! TOK ! TOK ! 


" Aku kan dah kata masuk...! Masukklahhh ....Kau ni pun....! " Laungku , bukannya aku tak tahu siapa gerangan manusia di hadapan pintu kamar kondo ku ini.Sudah tentu , Shila rakan sekolah ku .Tapi , benarkah itu Shila ?


Lupa aku nak perkenalkan siapa aku ! Aku Anna Patricia Amin .Aku anak kacukan , mama ku melayu bugis papa ku pula inggeris .Pekerjaanku tidak seperti orang lain .Aku ada dunia aku sendiri.Dunia aku adalah kamar ini , adakalanya aku sesekali keluar .Sambil berlibur , sambil mencari idea untuk aku resapkan ke dalam karya - karya aku .Karya yang aku anggap sebagai masterpiece ! 


Aku di antara beribu peminat karya - karya thriller tanpa aku kisah siapa penulisnya .Ramlee Awang Mursyid dan Saidi Ramlee di antara pengkarya genre ini yang paling aku minati hasilnya.Dan Brawn dan Paula Hawkins antara thriller novelis luarnegara yang aku sentiasa teruja tatkala membacanya.


Kini, aku pula berjinak- jinak dengan dunia kejam dan suspen ini.Alhamdulillah tiga karya aku yang bertajuk Darah , obsesi dan pisau kini mengungguli carta pembeli .


Kenapa aku suka thriller ? Suspen? Kejam.? Pembunuhan ? Tapi ? Aku tak kata Romance genre itu cliche ya ? Cuma , ya aku suka pada cabaran ! Aku suka minda aku sentiasa berjalan dalam menyusun strategi pembunuhan untuk watak - watak yang aku cipta .Aku suka berada di dalam situasi di mana mangsa-mangsa aku merayu- rayu , melutut pada kakiku , meraung tatkala tubuh mereka berpisah.


Aku suka pada keseksaan mereka! Mungkin ada yang takut , gelarkan aku si penulis psiko tapi itulah aku !


Bagi aku itu hanya fiksyen! Khayalan aku semata ! Aku kejam dalam karya aku sahaja ! See ! Darah kini dalam pembikinan filem ! 


Aku adalah watak itu ! Aku yang merancang segala pembunuhan kejam itu ! Aku , yang suka pada titisan darah mangsa apabila watak kejam ciptaanku membunuh mangsa-mangsanya! Tanpa ada sedikit pun rasa belas ! 


Apa yang terpapar di skrin laptop aku sekarang ini , adalah ' baby ' terbaru aku , PEMBURU MALAM tajuk aku berikan. ' Baby' yang akan aku jadikan masterpiece selepas Darah ! 


TOK ! TOK ! TOK ! 


" Ya Allah ! Masuklah Shila wooi...Ish ! Selagi aku tak buka pintu ! Selagi itulah kau akan ketuk ! Kan Shila ! Kacau betullah ! Hilang lagi idea mengarang aku ni ! " Sambil tergaru- garu kepala aku merungut malas .


Kaca mata yang melorot pada batang hidung , lagi sekali aku tolak ke atas.Al maklumlah hidung aku tak mancung macam papa , more to mama .Rambut yang makin  serabai ikatannya  , aku buka getah pengikat lalu aku gigit sekejap kala tangan aku sedang memintal rambut .Setelah ketat aku teruskan langkah kaki menuju ke pintu .


TOK ! TOK ! TOK! 


TIK ! TIK ! TIK ! Titisan air pili aku keluar setitis demi setitis tanda aku tak pulas ketat.Betapa sunyinya kamar kondo ku ini sekarang , sehingga titisan air dari dapur pun aku dapat dengari kini.


Seram ? Aku ?


" Shila! ....Shilla! Eh, mana pulak dia ni pergi ? Ketuk pintu aku bukan main lagi ! " Aku pandang kiri , aku pandang kanan pula.Lorong itu kosong ! Sunyi dan gelap !


Pelik ! Takkan begitu cepat , Shila melangkah kot ! Ke mana pula perginya ? Maybe buy something to eat kot ? Tapi , benarkah telahanku itu ? 


Aku menunduk dan mataku terus tertancap pada satu kotak yang indah berbalut .Hadiah ? Setahu aku , hari jadi aku dah lepas ? Takkan Ejoi bagi aku hadiah ? Aku dengannya dah putus berapa bulan dah ?


Diakan tak suka dengan dunia aku ini .Boring katanya ! Seriuosly kali ini ,. aku tak kisah ada boyfriend or not ! Kalau aku nak ada sekalipun , biarlah sama bidang denganku ! 


Tapi ....Ada ke ? Argh! Abaikan iklan tu....


Kotak misteri aku ambil lalu aku teliti sisinya, kalau - kalau ada nota kecil ! Macamana aku nak tahu siapa penghantarnya?? Kad pun takde !-


*************


PEMBURU MALAM  POV 


" AKU tahu kau mesti ambil punya...." kataku tersenyum senget.Kau akan tahu , kau akan tahu Anna isi hati ku itu .


Aku tersenyum melihat rontaannya , sengaja aku mempermainkan jiwanya dengan acahan bunuh ku ! 


" Kau siapa hah ?? Kau nak apa ? Apa salah aku pada kau ? Jawablah sialll ! " Bentaknya sungguh daring sekali.Tercabar jiwa aku kini ! 


Aku terus meluru ke arahnya yang terpunduk tepi tong drum .Lalu rambutnya aku cekak kuat ! Mukanya terdongak kini ! Tapi sayang , kau hanya dapat lihat mata aku ! 


Kau semua hanya kenali aku dari balik topeng ini ! Tak perlu tahu siapa aku di sebalik topeng putih ini ! Cukuplah sekadar kenali aku sebagai PEMBURU MALAM....


Rambutnya aku cekak sekuat mungkin.Wajahnya aku belai - belaikan dengan hujung pisau ku yang tajam dan makin berkilat di simbahi cahaya neon dari tiang di mana gadis itu terpunduk.Muncungnya aku cengkam, rontaannya sengaja aku tidak hiraukan.


Hujung pisau perlahan- lahan aku tekan , lalu aku tariknya dari dahinya ke pipi sehingga munculnya darah pekat .Kemudian hujung pisau yang masih berdarah itu aku lalukan ke mulutku yang ternganga luas itu.Setitis ia mengalir lalu ia bercampur dengan saliva ku dan terus menuruni esofagus ku untuk ku hadamkan ia di dalam perut.


" Arghh...!" Makin dia menjerit , makin aku tekankan lagi hujung pisau ku ke dada kirinya.Aku pusing- pusingkan ia , darah yang menitis usah di tanya lambakkannya di aspal jalan yang agak basah itu.


" Hahaha...." Tawaku bergema kini .Di kawasan sunyi lagi gelap ini .Matanya terjegil dengan lidahnya terkeluar berjela.Tiada lagi seri pada wajah itu, setelah aku kelar- kelarkan .


ANNA  POV


BALUTAN dengan teliti aku buka pita selofannya.Pembalut hadiah bercorak hati besar berwarna merah kini telah terbuka. Namun sayang masih ada lagi balutannya, kini balutan surat khabar pula aku buka.


" Hadiah dari siapa ya ? " Pita yang telah aku buka , aku lekatkan atas meja tulis ku . Dan kini, warna coklat kotak kadbod mulai kelihatan.


DUP DAP ! DUP DAP ! 


Entah kenapa, jantung aku kian melaju kini .Seiring lajunya jemari aku mengumpil kotak berkenaan.


Bau apa ni ? Kembang- kempis hidung ku .Sambil aku buka , sambil aku hirup bauan berupa hanyir darah itu ! Darah ! 


Pelipat terakhir kini di jariku .Aku terus mengumpilnya sehingga terbuka keseluruhan kotak berkenaan.


ALLAH !


Itu kalimah pertama yang terkeluar dari mulutku .Aku terkebelakang , keterkejutan ! 


Apa yang ada dalam kotak separuh besar itu ?


Apa ?


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.