Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
27,265
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 8

     RYA meneguk air dari dalam botol yang dia ambil dari peti aisnya.Tegukannya agak lama .Dahaga mungkin .Dia tunggang , laju sahaja air sejuk itu menuruni ke perut melalui esofagus .


      TAP ! Blackout ! Gelap - gelita kini . Anna pantas membuka peti ais namun juga tak bercahaya. Botol di letak semberono aja kini . 


      Blackout pula ! Aduhai .... Rya terpaksa meraba- raba di dalam kegelapan kini . Jalannya pula agak canggung kini .


      "   Aduh ! Apa aku pijak ni ! Aduh ...." keluh Rya terasa pedih , sakit dan telapak  kakinya kini terasa di cucuk- cucuk dengan benda tajam . 


       " Apa ni ? " Soalnya terhenti lalu cuba meraba sesuatu untuk dia berpaut . Sukarnya dia rasakan kini .Bagaikan dirinya cacat penglihatan sahaja . Akhirnya dia dapat mencapai sesuatu . 


       " Darah ! " ujarnya setelah kaki yang sakit itu di angkat sedikit , telapak tangan kiri pula menyapu cecair likat berkenaan lalu di bawanya ke hidung .


        TAP ! Aku pula berada di dalam kegelapan kini . " Aduhai , tak sempat save lagi ...." keluhku mengetuk dahi . Dahlah sukar nak dapatkan idea sebegitu . Aduh ....! Kenapa pula ni hujan tak ! Ribut pun tak tiba- tiba aja blackoutnya ! 


         " Allah ! " 


* SUARA * 


        AKU kini terjaga dari pengsanku . Pengsan ? Aku pengsan tapi kenapa ? Jenuh aku cari punca pada ketidaksedaran ku ini .


         " Dah bangun ? " Soal satu suara yang aku tak tahu dari arah mana kerana aku berada di dalam kegelapan . " kau siapa ? " Soalku beranikan diri . Aku meliarkan kornea mata ku ke seluruh ruang . Aku pasti aku masih berada di dalam kondo ku . Aku kenal wangian itu . Pengharum ruangan yang baru aku beli .


       " Kau tak kenal aku ? Atau sengaja berpura- pura  tidak mengenali aku ? " Provokasi itu membikin aku mulai sangsi kini . " kau siapa hah ? Macamana kau masuk ke rumah aku ? " Soalku lagi . Aku yakin dia penceroboh ! 


        " Aku pemburu malam.? " 


        " Pemburu malam.?. Bukankah itu watak antagonis ku ? " Soalku lagi . Apakah telahan aku selama ini benar ? " 


         Apakah perkara yang aku anggap sebagai de javu kini benar- benar aku hadapi ? Atau apakah ini karma buat ku ? Atau sememangnya pemburu malam itu sendiri sebenarnya wujud ? 


SOMEONE ' S POV 


         GELAP - gelita ! Itu yang boleh aku perkatakan kini . Apakah dia masih belum pulang lagi ? Dia ke mana ? Jarang sekali aku lihat kondonya itu berada di dalam keadaan gelap sebegitu ! 


        Bukan pula aku mahu busybody tentangnya . Tetapi , entah kenapa ada sesuatu yang menarik tentang dirinya yang tampak misterius itu . Bayangkan tiada penulis yang tak mahu dedahkan dirinya pada orang awam pada setiap pameran buku ! Tetapi tidak pada Anna Patricia Amin ! 


        Tiap kali aku berkunjung di kiosk nya . Yang ada hanyalah si editor , dan setiap novelnya telah ditandatangani olehnya . Sang editor pula boleh tahan perahsianya ? 


       Sehingga ada kata- kata negatif yang telah dilemparkan padanya . Penulis psiko ! Pesimis ! Ada pula yang menghamburkan kata- kata nista seperti sengaja mahu publisti murahan dengan sembunyikan siapakah dia sebenar ! Tapi , aku tabik kerana karya- karyanya setanding Dan Brown , Stephin King dan Ramlee Awang Mursyid . Sungguhpun sehingga kini dia tak mahu gambarnya dilekatkan di cover belakang  . 


        Bagaimana aku boleh tahu dia adalah penulis itu ? Melalui kata- kata orang sekelilingku dan pemerhatianku selama ini . Gadis itu tidak pernah lekang dari laptopnya . Adakalanya aku pernah terserempak dengannya yang sedang berkarya seorang diri di taman tasik titiwangsa .


         Dan percaya tak jika aku cakap , aku pernah ekorinya berkarya di sebuah kawasan hutan berdekatan air terjun. 


         " Ke mana kau pergi ya ? Siapakah kau sebenarnya Anna Patricia Amin ? Kau terlalu misterius !" 


ANNA POV 


        AKU  cuba sedaya- upaya merungkaikan ikatan tali .Aku dapat merasakan ianya agak longgar . Ingin sekali aku petik lampu ! Tapi , malangnya blackout ! Tapi benarkah ? Aku harus periksa dahulu ' automatiknya'  di ibu suis .


        Tapi bagaimana ? Sedangkan diriku masih lagi terikat kini . Entah kenapa suara ghaib itu agak lama menyepi ?. Apakah dia telah melarikan dirinya ? Dan tinggalkan aku keseorangan dalam gelap ? 


       " Hei ! " Suara itu kembali menyapa kini .Terhenti seketika perlakuan ku . Aku dapat rasakan ikatan semakin longgar . Aku mengengsot secara perlahan - lahan sambil - sambil itu tangan meraba lantai berharap agar tersentuh sesuatu yang boleh di jadikan sebagai senjata mungkin ! 


         Baru aku teringatkan sesuatu . Tapi tentunya sukar untuk aku mencarinya kini . Aku cuba berfikir lagi . Dan cuba ingati di mana lagi aku sembunyikan ' benda' itu.


        " Tentu kau ingat aku tiadakan ? " Provoknya lagi . " kau nak apa dari aku sebenarnya ? " Soalan yang sama dan dah berkali aku ulangi. 


       " Aku mahu kau ! Masterpiece kau itu jadi milik aku ! " 


        " Tidak ! Kau siapa hah ? Plagiat karya aku ? Jangan kau haraplah ! " 


        " Hahaha ! Aku tak perlu plagiat ! Kerana aku adalah kau ! " 


        " Gila ! " 


        " Kau atau aku yang gila ?" 


        " Lepaskan aku psiko ! Kalau tujuan kau tangkap aku kerana mahu rampas masterpiece aku ! Jangan kau haraplah ! Tak mungkin ! Lepaskan aku ! " 


         Aku meronta sekuat mungkin sehingga tali yang mengekang pergerakan tanganku kini tercabut , aku bingkas bangun lalu aku capai apa saja yang bisa aku perolehi dalam gelap itu .


        " Pengecut ! Keluar kau ! Aku kata keluarrrr...! " Aku hayunkan vase tersebut tanpa arah yang tetap .Aku tak tahu dia berada di mana ? 


        " Hahaha....Finally Anna ! Finally kau boleh lepaskan diri juga ...." 


       " Keluar kau pengecut ! " Aku talakan vase ke setiap arah suara itu muncul .


        TOK ! TOK ! TOK ! 


       " Anna ! Anna ! Kau kenapa ? Kenapa bergelap ? Anna kau ok ke tu ? " Soal satu suara kedengaran cemas . " Shila ! Shila ! Tolong aku ! Tolong aku ! " Aku melaung meminta tolong .


      " Buka pintu ni ! Kau kena bukak pintu ni Anna ! " Shila diluar semakin tidak senang duduk .


      " Shila ! Tolong aku Shila ! " 


      " Hahaha...." 


      " Tolong aku ! " 


      " Hahahah....Mana kau nak pergi ?." Akhirnya suara itu memunculkan dirinya . Sukar untuk Anna mengecam wajah yang tertunduk di balik hud .


      " Siapa kau ? Kalau kau bukan pengecut kau tunjukkan diri kau yang sebenar ..! Aku cabar kau ! " 


       Hud di lorotkan.Perlahan- lahan wajah di dongakkan .


        Anna tergamam .Vase berkecai kini . Dia terlopong , terdorong ke belakang . 


        Dia tersenyum menyeringai .


        " Aku adalah kau ! " 


        " Tidakkkk.!" Akhirnya pandangan ku berpusing - pusing . Aku rebah ke lantai .


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.