Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
27,216
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 13

SOMEONE ' S POV 


     BENGANG ! Marah ! Apa lagi yang harus aku nyatakan lagi ? Terkejut ? Ya, memang ....Memang aku betul- betul terkejut . Manakan tidak , orang yang aku anggap dalam kesusahan juga sedang  dalam kesakitan kenakan aku kembali ! 


       Tetapi , aku semakin merasa pelik dengan ulahnya . Bagaimana dia boleh berada di dua lokasi berlainan dalam satu masa ? Dan mana luka- lukanya ? Atau apakah aku yang berhalusinasi ? 


        Namun, yang aku pasti penulis itu memang penuh dengan kecurigaan . Benarkah dia di serang dalam kondonya ? Benarkah penceroboh yang menyerang aku itu wujud ? Atau sebaliknya ? Split ! Iya, bukannya aku tak pernah nampak ? 


         Aku hanya mampu berfikir didalam lokap polis ! Aku tak bersalah tetapi aku yang kena ! Huh , memecah masuk rumah orang ! Tuduhan palsu yang telah penulis psiko itu lemparkan telah menjebakkan diriku dalam kandang besi ini ! Nak menyesal pun tiada berguna lagi . 


         Kaki dan tubuh ini dah berkali di bawa ke bilik interogasi untuk di soal- siasat ! Penat ? Siapalah yang tidak penat , jika di soal bagaikan pesalah sebenar ? 


           Dan, pesalah yang sebenar- benarnya pula bebas bergerak ke sana - sini ! Adilkah ini ? Adilkah ? 


INSP.AREF POV


        SUKAR ! Sukar untuk aku mensahihkannya ? Bukan pula aku mahu menuduhnya ! Tetapi , kad yang aku jumpai itu ? Dan kini , di dalam lokap pula , wujud pula seorang manusia dengan dakwaan memecah masuk ! Dan rumah itu pula , kondo Anna ! 


        Bermatian dengan penafian . Melalui penelitian aku juga , ya aku yakin bahawa lelaki ini di tuduh . Pelik sebenarnya mendengar hujahannya kala aku menyoal- siasat . 


        Mungkin cara dia salah ! Tetapi , niatnya yang mahu menyiasat kepelikan sikap penulis bernama  Anna Patricia itu tidak menjadi satu kesalahan . Anna ? Ya, aku juga sebenarnya sudah lama memendam perasaan ini . Satu perasaan di mana aku agak pelik pada sikap pesimis dan introvert nya . 


        Apa yang ada di sebalik seorang Anna Patricia Amin ? Anna menuduh En.Saiful Irshad sebagai pesalah ? Anna juga menyatakan bahawa lelaki merangkap jirannya itu seringkali menghendapnya ! Dan tuduhan paling berat adalah lelaki itulah pesalah yang kami semua buru itu ! 


        " Mana gambar itu ? " Aku menyoal diriku serentak dengan itu , beberapa keping gambar yang telah di bluetooth dari telefon pintar Anna sendiri . Gambar - gambar pemberian ' istimewa' dari PEMBURU MALAM .


        Pelik ! Bagaimana pula dia yakin ? Nama pembunuh misteri itu pula sudah cukup mencurigakan . Memang berita tentang pembunuhan high profile ini semakin menular di mata netizen . Cuma kehilangan jantung para mangsa tidak pula kami hebahkan ? 


        Apakah pembunuhan yang berlaku selama ini ada kaitan dengan Anna ? Apatah lagi dirinya sahaja yang acapkali menerima pemberian ' istimewa' ini .Mungkinkah pembunuh itu mengenali diri penulis itu ? Atau mempunyai sebarang perhubungan ? 


         Kejap ..


         Berbalik pada En.Saiful , dia pernah menyatakan bahawa penulis karya thriller nombor 1 itu mempunyai masalah jiwa . Atau lebih tepat lagi mengalami tekanan perasaan . Dan En.Saiful juga mengesyaki Anna mempunyai permasalahan identiti . Anna dikatakan mengalami masalah Split ! 


        Ya, Split Personality Disorder ! 





        TETIKUS aku lepaskan , leher yang agak lenguh aku lakukan sedikit senaman .Trauma psikologi ! 


        Ya, aku masih lagi teringat arwah bekas kekasih Anna pernah bercerita padaku tentang peristiwa hitam itu . Peristiwa di mana , Anna tanpa sengaja tertikam mati abang angkatnya yang dalam percubaan memperkosanya. 


        Dan arwah akibat terlalu mabuk dan tidak sedar telah cuba memperlakukan perkara yang sama . Akibat perasaan amarahnya pada Anna yang terlalu taksub pada dunia sasteranya . 


        Aku yang mendengarnya juga merasa marah pada keterlanjurannya itu . Sudahlah Anna sendiri masih lagi dalam trauma . Dan , apakah kematian arwah ini ada kaitan ? 


        Aduh! Pening aku begini ! Bagaimana seorang gadis yang lemah - lembut dan agak naive ini boleh merubah sikapnya ? Dan seandainya benar Anna berkaitan ia boleh di sabitkan kesalahan  di bawah akta 302 kanun keseksaan dan boleh membawa kepada hukuman gantung mandatori . 


        Akan tetapi, seandainya pesalah itu di syaki mempunyai permasalahan dari segi kesihatan mental kemungkinan hukumannya itu akan di ringankan sedikit . Dan pesalah itu pula akan menjalanani proses rawatan .


        Saiful Irshad ? Seorang jiran yang terlalu ambil berat pasal Anna . Apakah tujuannya ? Siapa juga dia sebenarnya ? Apa yang telah berlaku dalam kekalutan ini ? 


        Atau Saiful juga di antara peminat fanatik penulisan thriller Anna ? Bagaimana aku hendak siasat Anna ? Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada penulis itu . Novel ? Ya, aku rasa aku harus dapatkan novelnya dulu . 


        Siapakah pemburu malam.?.Apakah dia hanya aktif pada waktu malam sahaja ? Kenapa dia hanya ambil jantung sebagai ' piala kemenangan ' atau trademark pembunuhannya ! 


        Jantung ? Hati ? Hati seorang manusia ? Anna pernah di sakiti dan di kecewakan oleh arwah dan beberapa orang rapatnya . Sudah tentu hatinya sakit ! Dan dia telah ' merampas' hati- hati yang lain , mungkin mahu menyakiti pula ' hati- hati' itu sebagai pembalasan dendamnya ? 


       Ah ! Terlalu banyak kemungkinan sekarang ini ! Aku harus soal Saiful kembali . 


BILIK INTEROGASI 


ASP AREF 


Kenapa awak terlalu ingin tahu pasal Anna ? Sedangkan kamu berdua tidak saling - mengenali ? Apa motif kamu sebenarnya ? Atau kamu juga fanatik penulisannya juga ? 


SAIFUL IRSHAD ( SOMEONE) 


Mungkin benar saya juga di antara peminat karya Anna tetapi saya juga bukanlah peminat fanatiknya. Sebagai seorang jiran , saya rasa tidak salah jika saya ambil berat tentang jiran kita kan ? Saya juga tiada sebarang motif .


ASP AREF 


Awak pernah nyatakan bahawa Anna mempunyai masalah jiwa iaitu split . Apakah ada bukti ? Apakah awak sememangnya mengenalinya ? Saya harap awak bisa bekerjasama dengan kami dalam merungkai misteri ini . Awak juga menuduhnya psiko dan pernah melihat dia mencederakan dirinya , apa alasan awak ? 


SAIFUL IRSHAD


Ya , saya pernah melihatnya melakonkan beberapa watak. Saya yakini dia pembunuh itu kerana saya pernah nampak dia bertengkar malahan mencederakan dirinya sendiri .


ASP AREF 


Tapi , awak pernah nyatakan penulis itu telah di cederakan ? Apakah dia dicederakan atau mencederakan dirinya sendiri ? 


SAIFUL IRSHAD 


Saya, saya tak pasti Tuan . Tetapi memang saya pernah nampak dia hantukkan kepalanya sendiri . Walaupun, pada masa itu dia nyatakan dia telah dicederakan oleh pemburu malam .Saya kasihan padanya, lalu saya hulurkan bantuan tetapi saya pula terperangkap . Dan saya nampak pemburu malam itu , bertopeng putih dan berhud . Saya yakin dia perempuan melalui rakaman cctv yang saya pasangkan di belakang kondo . Dan saya juga pernah ternampak dia sedang ' menyembelih ' sesuatu . Baunya pula bukan seperti bangkai haiwan , tetapi mayat ! Dia juga pernah cuba menyusup masuk ke dapur saya . 


ASP AREF 


Siapa pemburu malam sebenarnya ? Pernah awak nampak apa - apa yang mencurigakan selain mencederakan dirinya sendiri ? Awak tahukan kes yang kian viral sekarang ini ?. Pembunuhan berantai misteri , jantung si mangsa pula hilang ! 


SAIFUL IRSHAD 


Saya yakini penulis itu sendiri . Sisi gelapnya ! Seperti yang telah saya nyatakan tadi . Saya boleh beri rakaman cctv tapi pada hari kes mangsa ke tujuhnya . 


Previous: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.