Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
27,220
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 9

ANNA POV


TERJAGA .Lalu mataku membulat .Liar mengitari keliling yang kini diterangi cahaya mentari pagi . Aku perlahan- lahan membangunkan diriku yang tertidur di lantai . 


Aku terus pandang keliling .Keadaan seperti selalu dan tiada apa yang mencurigakan. Kepalaku masih lagi terasa sakit . Baru aku teringat sesuatu , aku bingkas bangun . Menapak laju ke arah dapur .Sebelum tu , aku mengalihkan langkah menuju ke dinding lalu kotak ibu suis aku buka luas . Semua punatnya aku periksa dengan teliti .


" Aik, ok je ! Tak turun pun automatiknya ? Habis tu memang betul blackout ke ? " 


" Tapi , kenapa blok sebelah terang - benderang ? Musykil pula ? " 


" Tabloid ! " Aku menapak pula ke arah pintu .Tergendala sebentar niatku untuk ke dapur . Perutku dah berlagu kini .


Kunci yang tersangkut pada paku yang aku pakukan pada dinding, aku capai lalu aku masukkan ke lubang tombol .Aku pusingkan makin dalam .


KLAK.! Pintu aku buka luas . Aku merenung dia .Dia juga merenung aku tajam sambil lalu .Langkahnya agak laju juga aku perhatikan . Aku terus menunduk mencari akhbar hari ini .


" Assalamualaikum , Anna ke mana semalam.? Mak cik tengok kondo Anna lama bergelap" Tegur satu suara. Aku terdongak , lalu aku terus tersenyum pada mak cik sebelah . Makcik sebelah kanan ku ini , agak kepochi sedikit jadinya aku layan sajalah karenahnya asalkan tak berlebih sudah .


" Waalaikumussalam, tak kemana makcik .Ada sahaja .Makcik semalam kan blackout " Ujarku bersahaja .Akhbar terus aku dakap .


Sengihan wanita separuh umur kini beralih arah .Dahinya juga berkerut . ' Bila pula blackout ? Dia ni kadang- kala seram jugak ' monolognya dalam nada umpatan .


" Setahu makcik , blok kita semua tak blackout pun " 


Aku pula mengerenyutkan dahi . Takkan rumah aku aja kot ? Automatik aku ok je ! 


" Eh, makcik balik dulu lah ya ..." ujarnya lalu menapak laju ke sebelah . Tak sempat aku nak menyoalnya lagi .Aku mengangkat bahu lalu menutup pintu aku kembali. Lagi sekali ' dia ' lalu di hadapan gril pintu ku . Pandangan kami bertatapan lagi .


' Kenapa dia suka renung aku ni macam pesalah aja ? ' Aku bermonolog .


Aku tarik pintu dari dalam. Aku meletakkan akhbar berkenaan atas meja lalu terus menapak ke dapur . Puas aku fikir apa yang telah terjadi semalam namun , sehingga kini masih lagi dalam kesamaran.


' Aku terjatuh ke ? Kalau tak macamana aku boleh terlena di lantai ? ' Aku lap sedikit kacamata ku . Aku tanggalkan pabila rasa tidak selesa .


" Senget pula cermin aku ni " Aku tak habis mengomel. Pintu ais dibuka , jem dan roti keping di tarik keluar . Plastik di buka , lalu aku masukkan ke dalam toaster untuk bakar roti sejuk tersebut . Sementara itu , aku mencapai kotak skru .


Kacamata aku tanggalkan lalu aku letakkan atas meja . Aku perhati dahulu paras tongkatnya sama ada sama paras atau tidak . Supaya apabila di kenakan pada telinga ia tak senget .


SOME ONE' s POV 


SENYUMAN ku tak pernah sekalipun dia sambut . Malahan direnung pula aku dengan tajam bagaikan aku ni seorang pesalah sahaja . 


Sambil aku mengomel , sambil aku menyudukan mee yang aku beli di warung mak kiah bawah tadi . Tiba- tiba aku teringat kembali apa yang telah aku dengari tadi . 


Aku tak tahu sama ada nak mengiyakan perkara itu atau tidak kerana agak sukar untuk aku percayainya . Lorong belakang kini dalam pantauan polis kerana telah menemui beberapa potongan tubuh manusia yang telah lama matinya . Dan berkemungkinan kondo ini juga akan di arahkan tutup buat sementara waktu .


Pihak polis mengesyaki ada antara penduduk kondo ini dalangnya . Aku belum menyerahkan apa - apa lagi rakaman , tetapi polis bagaikan sudah tahu sesuatu .


ANNA POV 


BERKALI aku ulangi membaca surat berkenaan . " Apakah pembunuh itu dari warga kondo ini ? " Aku mula mengesyaki seseorang . Pantas sahaja aku merenung kondo seseorang . 


Bukan mahu menuduh , aku tahu aku tiada bukti tapi instinct aku kuat menyatakan ada sesuatu yang tak kena pada ' dia' , dari gaya renungan , jalan dan tingkah lakunya . Aku tahu ' dia' seringkali merenung kondoku .


" Kemungkinan hadiah itu juga darinya !" 


" Walaupun pada mulanya , aku ingatkan..." Aku terngadah bila teringatkan seseorang yang kini telah menjadi arwah .


" Aku tak membunuhnya , aku cuma ajarnya sahaja supaya kenali aku ini siapa ! " 


Surat berkenaan terus aku peronyok . Entah kenapa , aku malas mahu ambil tahu tentang perkara ini . Biarlah selagi dia tidak menjadi ancaman aku . 


Kalendar aku tenung , lalu laju sahaja aku memicit dahi . Dateline semakin hampir . Sedangkan karya aku masih banyak lagi , klimaks pun masih tak sampai lagi .


Aku kehilangan idea. Dan bagaimana aku harus dapatkan maklumat tentang pembunuhan ? Salinan karya yang aku baru email pada editor di tolak dengan alasan tidak munasabah .


Aku bukannya ada kawan anggota polis yang boleh aku rujuk .


" Bagaimana ya ? Fikir Anna Fikir ! " Aku ketuk- ketuk depan kepalaku supaya ide hadirkan diri . Kes pembunuhan terbaru ini menarik minatku . 


TOK ! TOK ! TOK ! 


Aku tersenyum lebar . Tentu itu Shila . Aku terus bangun lalu menapak ke arah pintu . Tanpa aku intai dari lubang , pintu aku buka luas .


Aku tergamam .Bukan seperti yang aku harapkan . 


" Ya , cari siapa ? " Soalku sedikit gusar .Liur ditelan lagi . Lelaki bertopi cap , berkacamata aviator dan jaket kulit hitam separuh menguntumkan senyuman mesra dahulu . Dan aku juga membalasnya , tidak mahu dikatakan tidak mesra alam .


Perlahan- lahan kacamata aviator Rayban di tanggalkan . Aku agak terngadah . Wajahnya seperti aku kenal .


Kartu di lepaskan , " Saya Asp .Aref dari Gerakan Khas " Katanya tegas .Aku terus menaikkan kacamata yang melorot . Gementar mula terasa . 


Dia tersenyum , dia tahu sesiapa sahaja akan berasa cuak dengan mereka . " Saudari " 


" Anna " 


" Anna tak perlu risau , tujuan saya ke mari hanya untuk ini " Kertas yang baru tadi aku peronyok di tayangkan pada mataku . 


" Tak banyak sebenarnya yang saya tahu , Tuan .Tapi saya cubalah ..." Kataku jujur . 


Andainya pegawai itu tahu siapa Anna sebenar ? 


" Tak.apa , janji awak semua boleh beri kerjasama " 


" Tapi , tak silap saya awak ni novelistkan ?." Soalnya lagi . Dia sebenarnya berlakon tidak mengenali gadis itu .Sedangkan dia dah mengenalinya sedari pintu terbuka.


Aku juga mengenalinya .Kerana itulah aku gugup kini .Dia kawan Raf. Di mana Raf sekarang ya ? Kali terakhir aku menemuinya pada malam itu sahaja .


ASP AREF POV 


MEMANG tak aku sangka , akhirnya aku menemui dia . Bagaimana nak aku khabarkan tentang Rafael ! 


Masih sakitkah lagi hati wanita di hadapan ku ini ? 


Aku tahu semua wanita akan berasa sakit dengan ulah arwah . Tapi kini , dia telah meninggalkan kita semua . Takkan tiada perkataan maaf dari mereka ? 


Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini .Ini signifikan sebuah kehidupan . 


Namun, aku juga turut terngadah pada perubahan Anna. Wanita itu kelihatannya seperti tidak aktif . Mungkin kerana kekurangan tidur , maklumlah seorang karyawan . 


Dan dengar cerita, karya Obsesi bakal ke layar perak pula selepas Darah . Aku turut berasa bangga akan kejayaannya .


Tetapi , aku ada sedikit kemusykilan . Siapa Shila ? Aku nampak dia berbual tadi , tapi aku , aku memang tak nampak sesiapa pun . Apa aku yang tersalah pandang atau apa ? 


Ya , aku tak nafikan novelist sepertinya tentu hanya hanyut dalam dunia mereka sendiri tanpa ingin ambil tahu tentang hal lain.Kecuali jika mereka beringinkan sesuatu kelainan dalam karya mereka .


Anna juga ingin tahu serba- sedikit tentang bidangku , tentang kes- kes profil tinggi , ingin tahu apa itu modus operandi dan sebagainya . Namun, aku tidak di benarkan bongkarkan semuanya . 


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.